Hiiiiiiiiii....
Sabtu lepas saya telah mengunjungi Pesta Buku - Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2022 KLAB22 yang bertempat di Pasar Seni Kuala Lumpur. KLAB22 ni adalah alternatif kepada Pesta Buku Kuala Lumpur yang sepatutnya diadakan di PWTC pada tarikh yang sama tetapi ditunda kerana PWTC masih digunakan untuk program vaksinasi. Oleh itu, para penerbit buku berganding bahu mencari alternatif lain untuk merealisasikan pesta buku ini atas permintaan ramai para pencinta buku.
Sebelum tu saya nak ulas tentang lokasi KLAB kali ni. Saya sangat bersetuju jika akan datang, Pasar Seni akan menjadi lokasi wajib KLAB kerana lokasinya berhampiran dengan pengangkutan awam LRT dan bas, malah jika menaiki kenderaan sendiri pun anda ada pilihan sama ada parking di depan Pasar Seni atau dalam bangunan Dayabumi. Tetapi awas dengan kadar parking yang agak mahal. Saya perlu bayar RM14 untuk parking dalam Dayabumi. Tapi tidak mengapa, parking ditempat selamat dan ada guard yang jaga lebih 'murah' dari parking merata.
Bukan sekadar parking, Pasar Seni adalah tempat nostalgia saya ketika menuntut di Shah alam kerana inilah 'port' saya dan rakan-rakan mengalas perut sebelum atau selepas menaiki bas untuk ke destinasi seterusnya (ketika balik dari kampus atau mahu pulang ke kampus). Rindu moment tu tapi tak mahu repeat. Saya seorang yang suka look forward dan appreciate apa yang ada dihadapan saya... 😄
Sesuatu yang tidak dirancang adalah, apabila saya berkesempatan bertemu Saudara Ayman Rashdan Wong (ARW) penulis Dunia Tanpa Tembok I, II & III dan Politik Untuk Pemula yang sedang melayan para peminat di atas stage. Tetapi saya tidak membawa sebuah pun buku tulisan ARW (walhal saya sedang ulang baca DTT) jadi tidaklah dapat saya beratur untuk mendapatkan tandatangan atau bergambar. Lagipun masa tu saya sudah berjanji untuk melawat rakan saya di reruai Whitescoat.
Ketika saya singah di reruai bibliophile dan membeli 2 buah buku, empunya Bibliophile iaitu Saudara Kiridaren Jayakumar mengatakan yang beliau kenal saya kerana selalu membeli buku-buku dari Bibliophile dan saya katakan saya juga pengikut beliau dan Bibliophile di Twitter dan Instagram. Begitu sekali banyaknya buku-buku yang saya beli hingga empunya kedai buku pun sudah hafal nama saya 😂. Teruskan terbitkan buku yang bagus-bagus terutamanya buku terjemahan. Saya akan terus membeli.
Saya menghabiskan kira-kira 3 jam di sana kerana hujan dan terpaksa menunggu lama di food court sambil mengopi bersama teman tersayang dan kemudian terserempak dengan sahabat karib yang comel dan riuhlah food court dengan suara kami berdua begitu meriah memecah suasana yang dah sedia meriah 😂.
Alhamdulillah berjaya dapatkan 5 buah buku di KLAB22 dan walaupun saya masih ada beberapa senarai buku yang saya letakkan dalam wishlist tetapi tak beli kerana belum berkemampuan.
Penganjur KLAB22 kali ini telah maklumkan di Twitter beliau bahawa seramai 24,016 pengunjung telah mengunjungi KLAB22 yang bermula pada 24 - 27 Februari 👏
Terima kasih KLAB22. Semoga dapat join lagi KLAB yang akan datang. Terfikir untuk join sebagai part time seller di sana untuk KLAB atau apa sahaja pesta buku yang akan datang kerana minat saya dengan buku. Mana lah tau kan, hobi boleh menjana sedikit pendapatan.