Tajuk : Penerbangan Terakhir MH 370 & MH 17
Penulis : Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman
(Daripada perspektif)
Penerbit : Patriots Publishing
Misteri kehilangan MH370 masih lagi menghantui rakyat Malaysia. Kehilangannya masih ditatapi oleh setiap rakyat. Ketika rakyat Malaysia masih menunggu dengan sabar khabar berita itu, satu lagi kehilangan terus meggegarkan Negara. MH17 telah ditembak di suatu sudut langit Eropah. Ada ratusan nyawa lagi diragut dalam nahas pesawat. Lantas, kedua-dua tragedy tersebut menimbulkan tanda tanya.
Banyak sangat cerita-cerita konspirasi tentang
kehilangan MH370 yang terjadi 8 tahun dulu yang berlegar-legar di media sosial
malah ada pihak yang tidak terlibat langsung dengan nahas kedua-dua pesawat ini
mengambil kesempatan menerbitkan buku berdasarkan berita-berita yang keluar
dari media semasa dan juga media sosial. Tetapi buku terbitan Patriots
Publishing ini adalah dari sumber pertama iaitu dari mantan Ketua Pengarah
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Dato’ Sri Azharduddin Abdul Rahman
sendiri yang sudi berkongsi pengalaman ketika terbabit dalam kedua-dua tragedi
ini. Wajar untuk kita tolak cerita-cerita konspirasi dan percayakan maklumat
yang lebih tepat melalui sumber yang boleh dipercayai seperti buku ini.
Buku ini dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu satu
bahagian tentang MH370, manakala satu bahagian lagi tentang nahas MH17. Tetapi
oleh kerana buku ini masih baru, jadi saya tidak akan review secara details:
KEHILANGAN DAN PENCARIAN MH370
1. Kejadian berlaku pada hari sabtu, 8 Mac 2014.
Pesawat itu ialah pesawat B777 adalah pesawat yang amat besar membawa 227
penumpang dan 12 kru, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 12.42
pagi waktu tempatan, hilang dari radar lebih kurang jam 1.22 pagi, 8 Mac 2014.
Ketika hari kedua, iaitu pada 9 Mac 2014 TUDM memaklumkan bahawa pesawat MH370
telah berpatah balik. Maklumat itu diterima daripada rakaman radar TUDM. MH370
hilang dari radar selepas melalui waypoint IGARI (iaitu kedudukan berada tepat
di sempadan ruang antara Malaysia dan Vietnam). Pesawat dilihat konsisten.
2 Pada hari kelima, Ketua Siasatan Air Accidents
Investigation Branch (AAIB) yang berpusat di Farnborough, UK memaklumkan
kemungkinan MH370 terhempas di lokasi antara Australia dan Madagaskar dan
mereka berjaya mendapatkan petunjuk kedudukan lokasi MH370 tetapi kawasan yang
dimaksudkan itu teramat luas iaitu MH370 berakhir di Lautan Hindi. Misi
pencarian seluas 120,000 km persegi menelan belanja AUD198juta dan dibiayai
oleh tiga Negara iaitu Malaysia, Australia dan China.
3. Antara cabaran yang dihadapi ketika misi
pencarian ialah-
i) Lokasi di manakah terletaknya bangkai MH370 perlu dianalisis kerana mereka
memperolehi data-data dari satelit Inmarsat yang merupakan satelit komunikasi
dan bukannya satelit pengesan.
ii)
Lokasi pencarian di selatan Lautan Hindi amatlah luas dan dalam dan belum
pernah dikaji selidik oleh manusia.
iii)
Cuaca di Lautan Hindi terutamanya pada musim sejuk terkenal dengan keadaan
ombak yang besar dan arusnya yang sangat kuat dan berbahaya. Oleh itu, misi
pencarian dihadkan pada musim penghujung musim bunga, musim panas dan pada awal
musim luruh sahaja.
iv) Peralatan misi pencarian perlu menggunakan alat yang tercanggih dan sesuai
serta dikendalikan oleh pakar-pakar pencarian dasar laut dan memerlukan
perbelanjaan yang tinggi.
4. Tujuh buah negara terlibat dalam siasatan.
Tiga Negara iaitu Malaysia, China dan Australia bersetuju bahawa perlu adanya
perjanjian tiga ihak dalam menjalankan usaha pencarian. Berdasarkan perjanjian,
segala keputusan membabitkan MH370 perlu mendapatkan persetujuan tiga Negara.
Jadi tiada motif untuk teori konspirasi terlibat dalam kehilangan
MH370 kerana setiap laporan akan dirujuk kepada negara-negara terbabit.
5. Sehingga hari ini, sebanyak 27 serpihan yang
berkemungkinan daripada MH370 sudah dijumpai dan tiga darinya telah disahkan
adalah milik MH370 antaranya ialah komponen bahagian sayap yang dikenali
sebagai flaperon dan flap di Tanzania. Beberapa komponen lain dijumpai di
Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Madagaskar. Serpihan disimpan di Kementerian Pengangkutan kerana sekiranya
bangkai pesawat MH370 dijumpai suatu hari nanti, siasatan perlu dibuka semula.
6. Terdapat pembabitan orang kenamaan yang
berbangsa Perancis telah membuat siasatan sendiri dan mengupah penyiasat
peribadi sehingga menyukarkan pihak Malaysia untuk mendapatkan salah satu
serpihan yang ditemui di Pulau La Reunion berhampiran Madagaskar. Boleh baca
buku ini untuk lanjutan.
TRAGEDI MH17
1. MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai
2014, mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777. Pesawat
itu meletup akibat terkena tembakan peluru berpandu, sebelum jatuh menjunam
lalu terhempas berhampiran Torez Di Donetsk Oblast, Ukraine kira-kira 40
kilometer dari sempadan Rusia. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang
Amsterdam Schiphol pada tarikh 17 Julai 2014 jam 12.31 tengahari waktu
Amsterdam (7.31 malam waktu Malaysia) dan terputus hubungan pada jam 4.22
petang waktu Ukraine (10.22 malam waktu Malaysia). Komunikasi terputus di
kedudukan 30 kilometer dari waypoint Tamak dan kira-kira 50km dari sempadan
Rusia – Ukraine.
2. Masalah utama untuk mengambil kotak hitam dan
seterusnya membawa keluar mayat-mayat mangsa ketika itu ialah tiada sesiapa pun
yang dapat masuk ke lokasi kejadian kerana kawasan tragedi adalah di bawah
kawalan kumpulan pemberontakan yang bertentangan dengan kerajaan Ukraine. Pada
21 Julai 2014, 12 komando Malaysia berjaya berunding dengan ketua pemberontak
untuk mengeluarkan kotak hitam bersama jasad-jasad mangsa keluar dari kawasan
kejadian.
3. Ada beberapa pihak cuba mendapatkan kotak
hitam tersebut secara paksa atau rela termasuk dari kerajaan Ukraine sendiri
tetapi berjaya dihalang oleh pasukan komando Malaysia. Kerajaan Ukraine tidak
memberi layanan yang baik malah tidak dapat memberikan jaminan keselamatan ke
atas pasukan MAS dan Malaysia semasa berada di Ukraine.
4. Setiap mayat melalui process rumit dan
mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti identiti kerana ia perlu dilakukan
dengan penuh berhati-hati tanpa kesilapan kerana ada mayat yang sempurna dan ada yang tidak sempurna. Hanya satu mayat tidak memerlukan process rumit dan
DNA kerana di dalam poket bajunya, terkandung passport antarabangsa. Dan akhir
sekali, hanya dua mangsa sahaja tidak dapat dikenal pasti identitinya kerana
mayatnya tidak dijumpai. – ada beberapa kisah lagi tentang mayat-mayat mangsa
yang diceritakan di dalam buku ini.
5. Dalam laporan siasatan, pesawat MH17 terkena letupan di bahagian
sebelah kiri kokpit. Letupan itu berpunca daripada kepala peledak. Laporan
akhir itu turut menyatakan bahawa MAS tidak boleh dipersalahkan dan cara
pengendalian pesawa itu juga tidak boleh dipersalahkan. Terdapat tuduhan bahawa
pesawat MH17 terbang di udara yang tidak sepatutnya dilalui, hakikatnya
terdapat lebih kurang 60 buah pesawat melalui kawasan itu pada hari yang sama.
Ketika MH17 ditembak jatuh, pesawat Air India AI113 sedang terbang dari arah
bertentangan dan pesawat Singapore Airlines SQ351 sedang terbang dibelakang
MH17 menuju arah yang sama.Kesimpulannya, janganlah kerana konon nak jadi orang yang banyak knowledge atau maklumat tentang sesuatu perkara terutamanya cerita berkenaan kehilangan pesawat MH370 ini, kita terus percaya dengan sumber-sumber tidak sahih dan reka-reka di blog mahupun media sosial untuk menyesatkan pemikiran orang lain dan berlagak 'dialah-hero-sebab-tahu-semua-perkara'. Kadang-kala memang terjadinya sesuatu perkara yang luar dari jangkaan dan kotak fikiran dan logik akal manusia tetapi semuanya adalah qada dan qadar Allah swt. Percaya kepada DIA yang maha berkuasa dan panjatkan doa kepada Allah, mohon semoga misteri kehilangan MH370 akan terungkai dan semoga mangsa-mangsa kedua-dua tragedi pesawat ini ditenang di SANA. Semoga keadilan memihak kepada yang benar dan teraniaya.
“Mencari MH370 di Lautan
Hindi sesuai dengan pepatah Inggeris yang berbunyi, ‘Like looking for a needle
in a haystack’ atau dalam bahasa melayu adalah ‘seperti ingin mencari jarum
dalam timbunan rumput kering’. Tetapi pada saya, timbunan kering itu perlu
dicari dan dikenalpasti terlebih dahulu atau ‘we have to find the right
haystack first.’. Begitulah perumpamaannya, betapa susahnya untuk mencari
pesawat malang MH370. Walaupun sukar, kerajaan masih perlu berusaha mencari
pesawat tersebut supaya pengakhiran (closure) dapat dimuktamadkan
dalam episode misteri kehilangannya.” – Bab 2: Usaha Pencarian (muka surat 76)