Followers

Wednesday, 16 February 2022

Book Review - Tamadun Mongol

Tajuk : Kitab Tamadun Mongol
Penulis : Amir Asyraf Alwi
Penerbit : Patriots Publishing


Kitab Tamadun Mongol membawa pembaca menyusuri kembali bangsa pemanah berkuda ini dengan dipecahkan menjadi 4 bahagian iaitu bahagian 1 tentang Sejarah, bahagian 2 tentang Tradisi, bahagian 3 pula tentang tokok dan peristiwa dan bahagian terakhir iaitu kejatuhan Tamadun Mongol. Buku ini mengandungi 492 muka surat bermula dengan penghargaan dan akhir sekali bibliografi. Kandungan dan penceritaan ditulis dengan penulisan yang ringkas dan mudah difahami dan cara penceritaan yang menarik tetapi terdapat banyak kesalahan ejaan. Sangat sesuai untuk mereka yang minat tentang sejarah islam dan bidang agama.

Penjajahan dan penaklukan Mongol berlaku pada sekitar abad ke-13 meliputi sebahagian besar wilayah Eurasia. Para sejarawan menganggap kebangkitan Mongol yang menyumbang kepada banyak kemusnahan tamadun-tamadun penting  sebagai salah satu episode paling dasyat dalam sejarah.  Mongol adalah kuasa besar utama yang pernah dilihat dunia, bukan hanya kekuatan secara kasar semata-mata tetapi Mongol juga adalah sebuah kerajaan yang besar dari segi ukuran tanahnya. Tentera Mongol mampu menunggang kuda melintasi rumput Siberia yang sangat sejuk dan padang pasir Arab yang panas terik. Mereka menunggang kuda dengan begitu mudah, semudah mereka melancarkan serangan tentera laut.


Di bawah ini saya ringkaskan tentang Tamadun Mongol:-
1.    Pengasas Mongol ialah Genghis Khan atau nama asalnya Temujin. Bapanya, Yesukhei dibunuh oleh suku Tatar yang merupakan seteru. Pada usia 16 tahun, Genghis Khan berkahwin dengan Borte dan tidak lama kemudian Borte telah diculik oleh suku Merkit selama hampir setahun. Dia Berjaya menyelamatkan Borte dan semasa diculik, Borte telah melahirkan anak pertama, Jochi dan menimbulkan keraguan orang ramai tentang status anak itu tetapi Genghis marah dan menyebut sebanyak tiga kali bahawa Jochi adalah anak sulungnya. Borte kemudian melahirkan empat orang anak lelaki lagi.
2.    Mengabungkan taktik ketenteraan yang licik, Temujin membalas dendam kematian bapanya dengan cara yang sangat kejam. Kemudian selepas kemenangan demi kemenangan Temujin, para ketua suku-suku lain setuju berdamai dan mengistiharkan Temujin sebagai Genghis Khan iaitu Penguasa Sejati. Genghis Khan meninggal dunia pada tahun 1227 dan sebab kematiannya dikatakan kerana terjatuh dari kuda akibat keletihan yang melampau.
3.   Pentadbiran di bahagi kepada empat bahagian untuk anak-anak Genghis Khan sebelum kematiannya. Tampuk pemerintahan diberikan kepada Ogedei iaitu anak ke dua yang menguasai sebahagian besar Asia Timur, termasuk China. Empat bahagian dipecahkan kepada Dinasti Yun, Kekhanan Chagatu, Ilkhamid dan Ulas Jochi.
4.  Tentera Mongol dikatakan sebagai tentera kejam namun semasa Genghis Khan hidup semua hukuman dilakukan hanya semasa kempen di tengah-tengah medan perang. Tahanan dibunuh dengan cara penuh kemanusiaan dan tidak dilakukan terhadap orang awam. Namun hukuman mati ini menjadi teramat kejam selepas kematian Genghis Khan.
5.  Penaklukan Mongol diyakini menjadi punca utama tercetusnya wabak Bubonik iaitu Kematian Hitam di sebahagian besar Eropah dan menjadi penyumbang utama penurunan populasi manusia di Eropah. Pada kemuncaknya, wabak Kematian Hitam bertanggungjawab di atas 75 hingga 200 juta kematian di Euroasia dan membunuh 30 – 60% populasi Eropah dan kira-kira separuh daripada populasi China. Ia menjadi salah satu malapetaka paling dasyat dalam sejarah.
6.  Pada tahun 1237, Mongol dipimpin oleh Batu Khan menyerang Rus dan membunuh penduduk, menjarah dan membakar Kota Ryazan, Kolumna, Moscow, Vladimir, Tver dan semua kota utama Kievan Rus dan berlanjutan sehingga tahun 1242. Selepas hentaman dasyat buat Rusia, Rusia memerlukan masa 100 tahun untuk pulih sepenuhnya.
7.  Projek-projek pembinaan dan infrastruktur awam giat dilaksanakan mereka semasa kemuncak kegemilangan pemerintahan antaranya ialah projek perluasan Terusan Besar kearah Beijing, pembinaan bangunan-bangunan di ibu-ibu kota, dan istana serta pembinaan rangkaian lebuh raya yang dilengkapi dengan sistem pos berstesen. Tamadun Mongol juga pertama sekali memperkenalkan sistem passport untuk pelawat luar yang masuk ke Mongol. Marco Polo ada mencatatkan tentang sistem passport tersebut di dalam bukunya.
8.     Pertempuran Ain Jalut dikenang kerana ia merupakan salah satu permulaan awal kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Mongol
9.    Hulagu Khan telah meninggalkan Baghdad sebagai sebuah kota yang hancur dan berpenduduk tetapi tidak punya keupayaan, sumber daya dan kemahiran untuk bangkit kembali. Kematian dianggarkan seramai 90,000 paling sedikit atau sejuta penduduk termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi semuanya ditetak, ditusuk dengan pedang atau dipukul hingga mati. Setiap bangunan yang menjadi simbol kemegahan di Kota Baghdad termasuklah masjid, istana, bazaar dan pusat pendidikan, semuanya musnah sama sekali termasuk perpustakaan yang terkenal dan terbesar di dunia iaitu Baitul Hikmah. Ratusan ribu teks ilmu, manuskrip dan buku sains yang tidak ternilai harganya dilemparkan bagaikan sampah ke dalam sungai, ada yang mengatakan buku-buku ini dilonggokan di antara sungai dengan tebing untuk dijadikan jambatan tentera Mongol untuk penunggang kuda menyeberangi sungai melalui jambatan buku-buku itu.
10.   Beberapa saintis yang terbaik muncul dari era Mongol termasuk Guo Shoujing dan Zhu Shijie. Orang Mongol juga menghasilkan calendar yang sangat tepat.


Membaca Kitab Tamadun Mongol dan Tamadun-tamadun lain, membuatkan saya bersyukur kerana lahir pada zaman moden dan tidak perlu menghadapi perang untuk menyaksikan orang-orang yang ingin berkuasa, mendapatkan kuasa dan tanah jajahan melalui pertumpahan darah. Kaum lelaki wajib pergi berperang dan berkhidmat untuk negara seumur hidup dan meninggalkan keluarga, anak-anak serta orang tersayang untuk berbakti. Manakala orang awam pula hidup dalam ketakutan menghadapi kekalahan dan pencerobohan oleh bangsa lain untuk merampas segala-galanya yang menjadi milik kita atau dibawa lari untuk dijadikan hamba atau... mati dibunuh tanpa belas kasihan. Bayangkan...


Mereka bahkan mengambil lemak mayat dari orang yang mereka bunuh lalu ia dicairkan sebelum dilemparkan ke mana-mana bangunan dan di mana saja api menyentuh lemak itu, api yang terbakar darinya hampir tidak boleh dipadamkan

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...