Assalamualaikum...
How's your weekend, peeps?
How's your weekend, peeps?
Alhamdulillah penantian 2 minggu untuk anak-anak ku akhirnya berakhir. Hari-hari counting day + tiba-tiba si Abang boleh pula demam hari jumaat. Buat Self Test Covid hari sabtu, alhamdulillah negative. Malam sabtu, si Adik dah pesan bangun pukul 8 pagi sebab nak kena bertolak pukul 11 pagi 😅
Petrosains... here we come!
gambar google sahaja |
Masuk-masuk terus bergambar dan buat video juga sebab cantik
Section pertama ialah Maker Studio. Maaf saya lupa nak ambik gambar section ni. Banyak ambil short video untuk Instastory sahaja. Agak lama kami di sini memandangkan si Adik sangat gemar dengan arts. Pasrah bila dia insist nak habiskan lukisan untuk ditukar menjadi animasi. Saya turut membantu dengan harapan cepat sikit siap dan si Abang pula buat origami, walaupun bila siap origami tu.. beliau complaint yang ekor nya hodoh.
Next section adalah Oil Platform. Mungkin para pekerja atau isteri-isteri mahupun para gf yang suami/boyfriend bekerja offshore atau yang yang berkaitan dengan Oil & Gas akan teruja dengan section ini.
Selepas Oil Plantation, kami ke section Speed pula. Kat sini ada Petronas F1 dan pelbagai pameran dan aktiviti yang kita boleh cuba berkenaan dengan kelajuaan di sini. Seronok sebab boleh try macam-macam game. Banyak video saya ambil sini
mencuba kelajuan balingan kita
Selepas section SPEED, kami melalui Molecule Cafe dan singah sebentar untuk melayan anak-anak makan kek dan minum air. Anak-anak kata kek sedap dan kami makan ber-view kan pemandangan bangunan-bangunan sekitar KLCC. Cantik.. dan nampak 'panas' di bawah sebab cuaca panas semalam (what are you trying to said huh?😂)
Kemudian kami ke tingkat atas iaitu Molecule Nano World dan berjalan sambil membaca fakta-fakta tentang molukel-molukel seperti zarah, atom, ketumpatan dan sebagainya.. ada beberapa bahagian experiment yang boleh di cuba berkenaan dengan ketumpatan zarah-zarah dan lain-lain. Selain itu, section ini sangat cantik dan instagram friendly. Tetapi maaf saya dah tua too pose for instagram. Anak-anak pun tak minat ber foto, mereka lebih excited nak explore.
Next, kami explore angkasa lepas dan planet-planet pula di section SPACE. Si Adik sangat suka dengan SPACE dan banyak buku-buku dan module planet-planet yang kami beli untuk dia sempena birthday malah biliknya juga masih terdapat lukisan-lukisan planet yang dia sendiri lukis. Kami juga beli teropong ke angkasa yang berharga beratus untuk dia dan dia pernah bercita-cita menjadi jurutera NASA tapi itu semua masa dia darjah 1 😂. Sekarang cita-cita dan minat sudah berubah...
Merasa pengalaman ribut di planet Marikh. Tapi saya rasa kuat lagi kipas kat kenduri yang besar size 3XL tu 😂. Apa pun tetap seronok dan saya suka video ni sebab saya nampak kurus dan slim
Perjalanan seterusnya ke dalam TIME TUNNEL. Membayangkan kita hidup di zaman serba canggih dan menggunakan sepenuhnya sains serta teknologi untuk memudahkan kehidupan kita. Terdapat robot yang boleh berkomunikasi tapi tidak secara langsung. Ada 1 insiden apabila robot tersebut menyebut "hey.. siapa kamu di sana..." sambil menunjuk ke arah si Adik dan si Adik terkejut. Kami termasuk pengunjung di sana ketawa sebab adik terpinga-pinga dan malu. Rupanya robot tu telah di set bukan berkomunikasi secara langsung.
Secara peribadi, saya tidak menyokong kehidupan kita di ambil alih oleh teknologi sepenuhnya. Ada sesetengah perkara memang kita perlukan sistem yang berteknologi dan menyenangkan kita contoh seperti parking yang menggunakan sepenuhnya cashless. Tetapi tidak robot-robot yang akan mengambil alih peluang pekerjaan dan mengakibatkan masalah pengangguran.
Seterusnya, kami ke PALEO TO PETROLEUM persis berada di zaman Dinosour
Ada 2 section lagi yang saya lupa untuk ambik gambar iaitu SCIENCE STATION dan SPARK2. Kami berada di sini selama 2 jam dan paling penting, anak-anak happy.
Bawah ni saya share harga tiket
Jika tak silap saya, Petrosains akan upgrade dan buka beberapa lagi section dan aktiviti nanti. Bolehlah bawa anak-anak explore dunia sains di Petrosains. Harga tiket pun tak mahal dan masih harga mesra rakyat.
Saya seorang yang suka explore, jadi saya berbesar hati dan willing to spend untuk anak-anak explore bersama saya dari mereka explore bersama kawan-kawan nanti kerana masa kami kecik dulu pun ayah kami rajin bawa kami berjalan-jalan Kuala Lumpur walaupun kami tak punya kenderaan dan hanya menaiki bas atau teksi. Banyak kenangan membesar berjalan bersama-sama mak ayah dan terutamanya adik saya dan sangat hargai kenangan itu.
Jadi saya mahu repeat kenangan itu bersama anak saya dan bye...