Followers

Tuesday, 1 February 2022

Book Review - Dasar Pandang Ke Jepun

Tajuk : Dasar Pandang Ke Jepun
Penulis : Moustapha Abbas
Penerbit : Patriots Publication

WELCOME FEBRUARY!


Ingatkah anda ketika Tun Mahathir menjadi PM ke 4 dan 7, kita disarankan untuk mencontohi Jepun terutamanya dalam teknologi dan sistem pekerjaan di sana. Selain kehebatan teknologi dan kemajuan negara Jepun yang digembur-gemburkan, adakah anda tahu tentang sisi lain negara Jepun? Jadi buku ini mengandungi banyak maklumat dan analisis dari segi positif dan negatif negara Jepun yang mungkin kita tidak tahu untuk sama-sama kita berfikir tentang keperluan menjadikan Jepun sebagai negara contoh untuk negara kita terus maju dan membangun. Disebalik kekaguman dan keindahan Jepun yang kita lihat melalui gambar-gambar atau merasai sendiri pengalaman di sana, buku ini mendedahkan sisi lain negara matahari terbit ini yang mana adakalanya kedengaran pelik dan tidak masuk akal dan ada juga kebaikan yang boleh kita contohi dan terapkan dalam kehidupan kita. Buku ini ditulis dengan baik dan ringkas untuk setiap bab dan mudah difahami dengan kajian dari sumber-sumber dan artikel yang lengkap.
 
Walaupun Jepun sebuah negara yang maju dan berteknologi tinggi an terkenal dengan kereta api peluru iaitu shinkansen, mesin layan diri, bunga sakura, kedai serbaneka yang dikenali sebagai konbini, sumo, geisha dan juga pedang samurai. Berkenaan dengan budaya kerja masyarakat jepun, sesetengah budaya mungkin boleh dipraktikkan di Malaysia contohnya seperti budaya kaizen iaitu mencari cara menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan, tetapi budaya bekerja lebih masa sehingga membawa isu karoshi (kematian di tempat kerja) tidak harus di contohi. Walaupun ia meningkatkan produktiviti tetapi ia tidak wajar dipraktikkan kerana ia dilihat sebagai gagal menjaga kebajikan pekerja malah menonjolkan sisi obsesi firma perniagaan yang hanya mengejar untung semata sehingga hilang sifat kemanusiaan. Selain itu, negara Jepun bukanlah negara contoh dalam menangani isu kesihatan mental kerana isu bunuh diri dan fenomena pengasingan diri yang mengakibatkan terdapat ramai warga emas yang akhirnya mati keseorangan di rumah sehingga mayat mereput tanpa diketahui oleh sesiapa. Ia tidak wajar untuk kita ikuti kerana masyarakat kita sangat mementingkan kepentingan bermasyarakat dan hubungan keluarga yang rapat. Tetapi disebalik sisi negatif, wajar juga kita pandang sisi positif masyarakat Jepun seperti pembersihan stadium selepas sesuatu perlawanan sukan atau bola yang diamalkan oleh masyarakat Jepun telah menjadi fenomena dan dipuji seluruh dunia serta ketepatan masa masyarakat Jepun yang wajar dicontohi dan disesuaikan dikalangan masyarakat kita kerana kelewatan sering merugikan semua pihak. Kesimpulannya, kita tidak perlu terlalu berkiblatkan negara lain. Mana yang baik, boleh diambil sebagai panduan tetapi jika kita terlalu obses dan taksub kepada sesuatu perkara, ia akan mendatangkan kemudaratan kelak. Never get so busy making a living that you forget to make a life. Everything in life, has to have balance.


“Di Jepun, ketakutan terhadap malu melebihi sayang terhadap darah daging sendiri. Terdapat budaya ‘kando’ iaitu ibu bapa akan memutuskan hubungan dengan anak yang membuat kesalahan yang mendatangkan malu kepada keluarga” – Rasa Malu Bangsa Jepun, ms 264

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...