Tajuk
: Angkuh & Prasangka
Penulis
: Jane Austen (Terjemahan oleh Irni Fazrita Farid)
Penerbit
: Biblio Press
Siapa Darcy di mata seorang Lizzy? Lelaki angkuh, sombong, mewah tetapi megah. Meski berpicing mata, Elizabeth tahu Darcy sama sekali tidak mempersona. Elizabeth benci akan cara Darcy memandang dunia sekelilingnya; merendah-rendahkan, bicaranya meremehkan, sesuai sekali dengan darjatnya sebagai bangsawan. Api kebencian Elizabeth kian marak, apabila mendapat tahu, Darcy pernah melakukan sesuatu perkara yang menurutnya, tidak boleh dimaafkan. Ada sisi lain pada diri Darcy, tetapi Elizabeth mengambil masa yang lama untuk memahami, dan menerima kebaikan yang tersembunyi. Mampukah Elizabeth menebus prasangkanya terhadap keangkuhan Darcy selama ini Akankah tumbuh cinta yang sia-sia atau sesuatu yang bererti?
Angkuh & Prasangka adalah novel terjemahan dari Novel
klasik Pride & Prejudice tulisan Jane Austen yang telah diterbitkan pada
tahun 1813, iaitu 209 tahun yang lalu tapi masih lagi kekal menjadi sebuah
novel ‘berhantu’ sehingga ke hari ini. Dengan penggunaan Inggeris Klasik,
BiblioPress berjaya menterjemahkannya menjadi sebuah bahasa Melayu yang indah,
klasik tanpa mengubah susunan penulisan asal. Jika anda pernah menonton filem
Pride and Prejudice lakonan Keira Knightley sebagai Elizabeth Bennet dan
Matthew Macfadyen sebagai Fitzwilliam Darcy, anda akan membayangkan Keira dan
Matthew dalam watak-watak utama ketika membaca novel ini termasuk Rosamund Pike
yang memegang watak Jane Bennet dan suasana Netherfield, Kent, Hertfordshire
dan Pemberley yang sangat indah dan hijau. Novel asal dalam bahasa Inggeris
digarab dengan penuh indah dan tidak kurang juga dengan novel ini yang telah
diterjemahankan.
1. Novel ini mengisahkan kisah dan hubungan
cinta di antara golongan kelas pertengahan dan atasan Inggeris pada abad ke-19.
Tentang keluarga Bennet adalah keluarga dari kelas pertengahan yang mempunyai
lima orang anak gadis yang terkenal dengan kecantikan mereka dan ibu mereka,
Mrs Bennet yang bercita-cita besar untuk mengahwinkan anak-anak gadisnya dengan
lelaki-lelaki bangsawan yang boleh memberikannya kekayaan segera namun walaupun
begitu Mrs. Bennet adalah seorang ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya
dengan sepenuh hati. Mr. Bennet pula ialah seorang bapa yang terhormat dan
lebih memahami isi hati anak-anak gadisnya namun caranya yang tenang dan kekal
diam mendorong Mrs. Bennet terus-terusan mengajar anak-anaknya untuk mengejar
pemuda-pemuda kaya. Elizabeth, anak ke-dua Mr. dan Mrs. Bennet digambarkan
sebagai seorang yang bijak, cantik dan suka membaca tetapi mempunyai pandangan
yang lebih cenderung untuk menilai seseorang dari luaran tanpa mengenali mereka
terlebih dahulu manakala anak sulung Mr. dan Mrs. Bennet pula iaitu Jane Bennet
adalah anak yang paling cantik, lemah-lembut dan baik hati serta sentiasa baik
sangka dengan sesiapa pun. Kedatangan Charles Bingley (Mr. Bingley) dan
Fitzwilliam Darcy (Mr. Darcy) ke Netherfield telah merubah kehidupan Mr. dan
Mrs. Bennet.
2. Watak Elizabeth sebagai seorang yang
cenderung untuk prasangka dan mudah menilai seseorang berdasarkan sifat luaran,
telah diseimbangkan dengan watak Jane yang berlawanan dengan sifat Elizabeth
dan akhirnya salah sangka Elizabeth menjadi pengajaran hebat dalam hidupnya. Adakalanya
rasa rimas dengan watak Mrs. Bennet yang digambarkan persis Makcik Bawang
Malaysia dan kedengaran seperti ‘anak-anak adalah pelaburan masa tua nya’,
namun itu adalah watak normal wanita-wanita berstatus MRS. pada zaman itu untuk
melindungi masa depan anak-anak perempuan mereka kelak selepas kahwin.
3. Perasaan benci Elizabeth terhadap Darcy pada
awal pertemuan akhirnya bertukar menjadi cinta selepas Elizabeth mengetahui
segala-galanya tentang Darcy. Malu dan marah dengan sifat dirinya yang suka
menilai luaran orang lain tetapi diyakini oleh Darcy sebagai sifat berhati-hati
dan bijaksana. Di akhir babak, Darcy mengaku dirinya adalah seorang yang baik
dan sifat Elizabeth yang waspada itu mampu untuk melindunginya kelak. Malah,
Darcy juga mengatakan bahawa pasti selepas mereka berkahwin, dia akan mengambil kesempatan ke atas
sifat garang Elizabeth untuk mengusik dan mencari peluang bergaduh dengan kerap
– bentuk hiburan untuk seorang lelaki bijak dan serius seperti Darcy
4. Seringkali cinta kalah dengan status dan
taraf hidup seseorang dan juga pendapat orang lain yang mengatakan sifat yang
sekian-sekian tidak akan mampu bertahan dan bahagia, tetapi dalam novel ini
mengatakan sifat serta taraf hidup adalah halangan yang mampu di kalahkan
dengan pemikiran yang matang dan bijak. Biasanya jodoh kita adalah sekufu kita,
ia diterjemahkan juga dalam novel ini di mana adik bongsu Elizabeth dan Jane
iaitu Lidya Bennet yang akhirnya berkahwin dengan bekas anak pekerja mendiang
bapa Darcy iaitu George Wickham yang telah memburukkan Darcy di mata seluruh
Netherfield hakikatnya Darcy lah yang telah melunaskan segala hutang-piutang
Wickham selama ini. Lidya pula adalah anak manja yang hanya berusia 16 tahun
dan dibiarkan bebas berpeleseran oleh Mrs. Bennet dengan matlamat supaya anak
bongsunya itu mendapat jodoh dari kalangan kaya juga. Namun, atas sifat pendek
akal Lidya dan cintanya kepada Wickham, mereka lari dan akhirnya berkahwin.
5. Jane Austen adalah penulis yang sering
mengambarkan cinta sebenar iaitu perhubungan romantis dalam cinta tanpa nafsu semata-mata.
Buku-bukunya selamat untuk dibaca oleh anak-anak remaja. Austen mengambarkan
cinta yang sebenar, kerana cinta adalah cinta tanpa syarat. Tidak kira dengan
sesiapa pun, selagi ia nyata. Kritikan masyarakat dan adat resam serta status
taraf hidup sering menjadi halangan dalam hubungan cinta maka Jane Austen
merealisasikan cinta sebenar dalam novel-novelnya.
Novel ini jika dibaca dalam
buku yang asal menggunakan Bahasa Inggeris pada abad ke-19, 200 tahun dahulu
mungkin sangat sukar untuk saya memahami, bersyukur bila Biblio Press mengambil
initiative untuk menterjemahkan buku ini dalam bahasa melayu dan tidak mengubah
bahasa asal English Classic. Dunia wanita ketika abad ke-19 bukanlah seperti wanita abad ke-21 yang
berdikari dan mampu berdiri atas kaki sendiri tanpa perlu bergantung pendapatan
dan keselamatan diri dengan lelaki, (tetapi Elizabeth adalah watak wanita abad
ke-19 yang beyond her century). I was enjoy reading something absolutely
strange to the world I live in. Terdapat ramai Elizabeth pada zaman ini tetapi
tidak zaman dahulu. Pada kita, kenkangan pada zaman dahulu kala berkenaan isu
gender dan mata pencarian seorang wanita yang perlu untuk berkahwin dengan
lelaki kaya kedengaran janggal tetapi pada wanita zaman itu, it was very real.
I didn’t find this is romantic story as many readers have, tetapi cerita cinta
biasa ketika abad ke-19. Recommended!
“Sejak awal lagi,
keangkuhanmu, kesombonganmu dan penghinaan egois kamu terhadap perasaan orang
lain, menjadi landasan kebencianku kepadamu. Belum cukup sebulan aku
mengenalimu, aku merasakan bahawa kamu lelaki terakhir di dunia yang boleh aku
kahwini”, - Elizabeth Bennet