Tajuk
: The Kite Runner
Penulis
: Khaled Hosseini
Penerbit
: Riverhead Books
The
Kite Runner merupakan buku novel (historical fiction) karya pertama Khaled
Hosseini yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Beliau adalah seorang penulis
berketurunan Afghanistan tapi kini menetap di Amerika bersama keluarganya dan
bekerja sebagai doktor. Buku ini menduduki carta pertama selama 2 tahun oleh
New York Times. Buku ini juga telah di adaptasi dalam bentuk filem dengan tajuk
yang sama, The Kite Runner.
Ia
mengisahkan tentang watak utama seorang lelaki bernama Amir yang dibesarkan
dalam kalangan golongan berada. Bapanya adalah seorang pengusaha yang terkenal
di Afghanistan dan merupakan seorang lelaki budiman yang mempunyai sifat-sifat
baik dan sentiasa membantu orang miskin. Baba mempunyai seorang pembantu bernama
Ali berketurunan Hazara yang miskin dan mempunyai seorang anak bernama Hassan
yang menjadi rakan karib kepada Amir. Amir digambarkan sebagai seorang budak
lelaki yang membutuhkan perhatian dari Baba yang sentiasa sibuk dengan hal-hal
kerja dan Amir juga seorang budak lelaki yang tidak punya keberanian untuk
menentang kejahatan atau pembulian manakala Hassan anak Hazara ini pula
digambarkan sebagai seorang budak lelaki yang naif, tidak pandai membaca, dan
sangat setia dan menghargai Amir sebagai rakannya yang membesar bersamanya dan
sering mempertahankan Amir dalam apa jua situasi tetapi Amir pula menganggap
Hassan tidak lain selain atas dasar majikan dan hamba saja walaupun jauh di
sudut hati Amir, beliau ada rasa sayang dan ikatan bersama Hassan yang dia
sendiri kurang faham tentang rasa itu. Persahabatan mereka telah bertukar
menjadi pengkhianatan selepas kejadian perlawanan laying-layang di Kabul dan
terputus ikatan hubungan mereka bak laying-layang terputus talinya. Amir hidup
dan membesar dan membawa beban rasa bersalah dan tidak mampu untuk Amir lupakan
selamanya walaupun Baba telah membawa Amir jauh meninggalkan bumi Afghanistan
yang di takluki oleh Russia ketika itu ke dan tinggal di Amerika. Amir
berkahwin dengan seorang wanita keturunan Afghanistan yang menjadi tulang belakang
kehidupan Amir selepas itu.
Beberapa
tahun kemudiaan setelah Baba meninggal dunia, Amir menerima surat dari sahabat
karib Baba iaitu Rahim Khan yang meminta Amir untuk datang bertemu dengannya
dan seterusnya menceritakan tentang sejarah, kenangan, aib dan khianat yang
menjadi rahsia selama ini. Rahim Khan meminta Amir untuk mencari kembali anak
Hassan iaitu Sohrab di Kabul, Afghanistan. Afghanistan ketika itu sedang
dilanda pergolakan dan dikuasai oleh Taliban dan adalah mustahil untuk Amir,
seorang yang tidak berani itu untuk masuk dan melakukan misi mencari Sohrab
tetapi dek kerana ingin membalas balik jasa, pengorbanan dan kesetiaan serta menebus
kesalahannya terhadap Hassan, Amir tekad untuk masuk ke Kabul dan menyelamatkan
Sohrab yang ditawan oleh Assef iaitu musuh lama Amir yang sering membulinya dan
Hassan dan Assef telah menyertai Taliban malah bangga membunuh atas nama Islam.
Buku
ini sebenarnya agak kontroversi di Afghanistan kerana penceritaan kekejaman Taliban
terhadap rakyat dan juga layanan kaum Pashtun terhadap kaum Hazara di
Afghanistan. Kaum Hazara dilayan buruk dan dijadikan hamba oleh golongan atasan
kecuali keluarga Baba yang melayan semua orang dengan layanan yang sama. Novel ini
di garap dengan sangat baik dan detail berdasarkan plot, karakter dan suasana
Kabul ketika tahun 70an dan sehingga Amir datang untuk mencari Sohrab yang
ditawan Taliban.Penceritaan tentang kisah Amir, Hassan, Baba, Ali dan kehidupan
mereka menusuk sehingga membuatkan saya adakala terpaksa menahan sebak lebih-lebih
lagi ketika Rahim Khan menceritakan tentang kematian Hassan dan isterinya yang
ditembak oleh pihak Taliban di hadapan rumah lama Baba dan Amir ketika cuba
mempertahankan rumah yang menyimpan seribu satu kenangannya bersama sahabat
yang amat dikasihinya iaitu Amir. 5 bintang untuk novel ini. Buku ini adalah
buku fiksyen antara yang paling terbaik saya pernah baca.
“Why did people want to hurt my father?” Sohrab said in a wheezy little voice. “He was never mean to anyone.”“You’re right. Your father was a good man. But that’s what I’m trying to tell you, Sohrab Jan. That there are bad people in this world, and sometimes bad people stay bad. Sometimes you have to stand up to them. What you did to that man is what I should have done to him all those years ago. You gave him what he deserved, and he deserved even more.”“Do you think Father is disappointed in me?”“I know he’s not.” I said. “You saved my life in Kabul. I know he is very proud of you for that.”