Followers

Friday, 18 March 2022

Book Review - Malaya 1941

Tajuk : Malaya 1941
Penulis : Rafe Rahmat & Hairil Anuar
Penerbit : The Patriots


Pada tahun 1940, panglima-panglima perang Jepun harus bersepakat dengan kata putus. Mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu – Hokushin-ron (Jalan ke Utara) atau Nanshin-ron (Jalan ke Selatan). Hokushin-ron ialah doktrin perluasan kuasa Jepun yang menyasarkan kawasan sebelah utara Jepun, yakni Manchuria dan Siberia yang telah dinilai potensinya dari aspek politikal dan ekonomi kepada empayar Jepun. Sementara Nanshin-ron pula ialah doktrin perluasan ke selatan yang menyasarkan kawasan Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli yang sangat kritikal kepada empayar Jepun. Jepun tidak berasa bersalah untuk menjajah kerana menganggap mereka setaraf dengan kuasa-kuasa Barat yang telah pun memiliki empayar dan jajahan yang luas.


Buku ini bukan sama sekali menceritakan perihal Tanah Melayu pada tahun 1941 tetapi menceritakan  sepenuhnya tentang pertempuran antara Tentera British yang mempertahankan Malaya dari dimasuki oleh Tentera Jepun pada tahun 1941.

Secara ringkasnya buku ini adalah tentang sejarah bermulanya penaklukan tentera Jepun ke tanah melayu bermula tahun 1941.  Buku ini bermula dengan ringkasan tentang Tentera British dan Tentera Jepun, kemudian dalam bab seterusnya biodata tentang Komander-komender Tentera Jepun dan British yang berada di Malaysia ketika itu. Kemudian dalam bab seterusnya menceritakan tentang operasi dan pertempuran-pertempuran yang terjadi di Malaya ketika Tentera Jepun cuba untuk menakluki Malaya.
1.  Sebelum Tentera Jepun betul-betul dapat menakluki Malaya, mereka perlu menghadapi 6 pertempuran dengan Tentera British iaitu di Kota Bharu, Jitra, Kampar, Slim River, Gemas-Muar-Parit Sulong dan Endau. Tentera British bermati-matian cuba mempertahankan kawasan-kawasan yang cuba ditakluki sehingga mengakibatkan beribu-ribu tentera British, India, Australia mati bertempur. Malangnya tuah tidak memihak kepada Tentera British akibat kesilapan-kesilapan teknikal dan percaturan dari pihak Tentera British, maka Tentera Jepun dapat menguasai pertempuran.
2.  Tiada persediaan mental dan fizikal oleh pentadbiran Malaya ketika itu untuk menghadapi Tentera Jepun sedangkan pihak Tentera Jepun bersungguh-sungguh dan menyusun strategi yang sangat teliti untuk memasuki Malaya. Sikap pandang rendah pihak pentadbiran terhadap keupayaan Tentera Jepun telah membuatkan Tentera British kalah dalam semua pertempuran.
3.  Karenah biokrasi melanda dengan pemotongan peruntukan pertahanan telah menghalang pasukan pertahanan membina pasukan yang mantap dengan peralatan perang yang baik. Manakala di pihak Tentera Jepun pula, mereka telah meneliti dan mengkaji cara pertempuran dalam cuaca panas lembap dan hutan tropika dengan membuat persediaan yang sangat teliti dalam masa Cuma 6 bulan sahaja.  Selain itu kualiti Tentera Jepun yang mempunyai pengalaman berperang di China dan Manchuria sebelum melancarkan serangan ke Tanah Melayu menjadikan pasukan mereka kuat. Mereka juga telah dilatih untuk berperang dalam keadaan serba kekurangan dan bekalan makanan yang sedikit dalam tempoh perang yang lama. Tetapi Tentera British pula mengantar pasukan-pasukan yang kurang berpengalaman.
4.  Tentera Jepun telah membawa kira-kira 12,000 – 18,000 buah basikal dengan kapal dan tidak membawa kenderaan bermotor. Ia memberi kepantasan mobility untuk pasukan Tentera Jepun untuk bergerak dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain.
5.  Perkara yang tidak akan dan tidak mungkin kita akan lupakan selama-lamanya ialah kekejaman Tentera Jepun terhadap tahanan-tahanan mereka. Tentera dan pasukan bantuan yang cedera telah dipaksa untuk berjalan walaupun dalam keadaan yang parah atau ditikam sehingga mati dan kemudian mereka akan ditembak. Malah ada peristiwa mereka dibakar hidup-hidup dan mayat-mayat mereka digilis dengan lori dengan sengaja. Ada beberapa tawanan yang berjaya melepaskan diri kerana mendapat perlindungan dari penduduk tempatan.

Peristiwa ini akan terpahat dan selamanya diingati oleh kita rakyat Malaysia. Keamanan yang kita kecapi hari ini terpaksa dibayar dengan pengorbanan yang bukan calang-calang. Berdoalah semoga kita tidak perlu lagi berdepan dengan keadaan seperti ini di masa akan datang.


.. “Ketika mara ke garisan kubu ke 3, mortar tentera Jepun telah jatuh tepat ke dalam kubu di mana Kapten Graham sedang berlindung. Letupan itu telah mencederakan kedua-dua kakinya. Sambil berlutut dia masih memberikan arahan dan melontar grenad ke pasukan Jepunyang sedang berundur. Kapten Graham dibawa ke hospital di Tanjung Malim dengan ambulans tetapi kemudian mati akibat kehilangan darah yang banyak dan kecederaan parah yang dialami”. – Bab 10 – pertempuran Kampar (muka surat 100)

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...