Followers

Friday, 4 March 2022

Book Review - Kopilosofi

Tajuk : Kopilosofi
Diselenggarakan : Kiridaren Jayakumar & Shamsul Amin
Penerbit : Biblio Lit


20 Kisah 20 Rasa
Dibru penuh sayang dan cinta
Untuk sesetengah orang, kopi bukan kopi semata-mata minuman kegemaran. Kopi barangkali menyimpan cerita; tentang keluarga, tentang kepayahan atau mungkin juga cinta yang tidak kesampaian. Boleh jadi juga kopi secawan mengingatkan kita kepada sesuatu perjalanan, kepahitan hidup yang sukar ditelan, atau juga mengajarkan kita falsafah yang kemas tersimpan.
 

Buku ini adalah untuk bacaan santai dan ringan sahaja tapi jaga-jaga tau. Nanti anda akan tercari-cari kopi sebab 20 kisah dan cerita dalam buku ni adalah tentang KOPI. Ada kopi cappuccino, ada kopi hazelnut, kopi Cap Kapal Api, kopi Mocha dan yang paling mengamit kenangan, KOPI HITAM BANCUHAN MAK! Dalam masa sehari sahaja membaca buku ini, saya telah minum secawan kopi Aik Cheong, Setin Nescafe Kopi Mocha dan membancuh secawan kopi Nescafe Hazelnut 3 in 1. Nasib baik kopi tidak mampu mengganggu tidur malam saya.
 
Setiap orang mungkin ada kenangan dengan kopi. Kopi sememangnya mampu membuatkan seseorang teringat akan kisah lama kerana kopi sangat sinonim dalam hidup kita. Aroma kopi hitam biasanya mengingatkan kita kepada kenangan lama bersama orang tua di kampong halaman, Kopi 3 in 1 pula adalah peneman kita waktu kita terpaksa bersengkang mata menelaah pelajaran tatkala peperiksaan bakal tiba. Kopi di café-café hipster mengimbau janji setia dan kenangan indah waktu bercinta dengan pasangan atau mungkin bekas kekasih yang telah menghilang tanpa khabar berita. Benar, kopi bukanlah dinilai dari berapa mahal harga bijiran kopi itu atau betapa hipster nya kopi itu tetapi daripada memori yang telah dicipta ketika menikmatinya. Semua kenangan itu ada dalam 20 kisah ringkas dari 20 orang penulis dalam kopilosofi ini dengan pelbagai jalan cerita dan rasa.
 
 
Andai kata takdir menentukan untuk kita punya satu peluang untuk berbicara bersemuka, aku cuma punya satu soalan yang mahu kuajukan kepada kamu. Bukan untuk mencari ruang damai, bukan pula mahu membina jambatan dari arang dan abu. Tidak sekali-kali juga untuk histeria melolong mahu membuktikan bahawa aku bukan kopi picisan yang boleh kau perlekehkan. Aku sekadar ingin tahu – pernah atau tidak, biar sekali atau biar cuma sesaat, sewaktu hubungan kita masih baik-baik, kamu terkenangkan aku dalam hirupan kopimu?” – Bab: Kamu Yang Pernah Ku Kenang Dalam Setiap Hirupan Kopi (muka surat 167)

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...