Tajuk : Dunia Tanpa Tembok III
Penulis : Ayman Rashdan Wong
Penerbit : The Patriots
30 tahun telah berlalu sejak runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 yang menamatkan Perang Dingin. Optimisme tentang masa depan dunia yang lebih terbuka, tanpa sempadan, saling terhubung kini diganti oleh pesimisme yang melihat dunia semakin dekat dengan kehancuran akibat persaingan kuasa-kuasa besar, kenaikan pemimpin populis dan kemunculan ultranasionalisme.Tidak kira betapa majunya teknologi, atau betapa berevolusinya tamadun, hubungan antarabangsa tidak akan lari daripada hukum-hukum berikut:“Musuh kepada musuh adalah kawan”“Tiada musuh atau kawan yang kekal”“Geografi adalah takdir”Berpandukan tiga kunci ilmu geopolitik – KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI – buku ini akan membimbing pembaca memahami asbab musabab di sebalik konflik dan kerjasama antara negara.
Dunia Tanpa Tembok III adalah sambungan dari
DTT II tapi lebih update dari perkembangan terbaru. Dalam DTT III kali ni masih
lagi berpandukan tiga elemen geopolitik iaitu kuasa, geografi dan identiti
tetapi kali ni ARW pecahkan setiap negara dalam setiap bab. Terdapat 50 bab
dalam buku ini dan 42 bab adalah berkenaan dengan negara-negara dalam peta
dunia. Dalam buku ni juga ada penambahan istilah baharu dalam politik iaitu
Astropolitics, Cyberpolitics, Hate Politics dan Ecopolitics. Boleh baca DTT III
untuk mengetahui apakah makna disebalik istilah-istilah baru politik ini. Sama
seperti penulisan ARW sebelum ini, buku ini juga diterangkan dengan menggunakan
bahasa yang mudah difahami tetapi jika anda sudah baca DTT II, pasti anda akan
sedar tentang pengulangan DTT II dalam DTT III tapi ia bukanlah satu isu cuma
saya sarankan jika anda tidak bercadang untuk jadikan DTT sebagai koleksi,
memadai jika and abaca DTT dan terus ke DTT III tanpa perlu membaca DTT II.
Tetapi jika and abaca DTT II, anda akan lebih sangat memahami isi kandungan DTT
III.
1.
Seperti yang kita sedia maklum, AS – China – Rusia adalah tiga kuasa
besar. Tetapi negara-negara Asia Tenggara
seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Myanmar,
Laos, Vietnam dan Cambodia bergabung dan menjadi inklusif. Cuma diterangkan
bahawa China adalah satu-satunya ancaman nyata kepada negara-negara Asia
Tenggara berikutan tuntutan China ke atas Laut China Selatan namun ASEAN tidak
mampu berdiri bersama untuk mengancam China kerana geopolitik.
2. Secara
kasar, orang Afrika boleh dikategorikan mengikut kelompok etnolinguitik yang
lebih besar termasuk Arab tetapi sempadan dipecahkan oleh penjajah Eropah tanpa
mengambil kira perbezaan etnik dan identiti. Ia adalah penyebab perang saudara
selalu berlaku dalam zon Timur Tengah dan juga Afrika. Selepas penjajah keluar,
negara-negara ini bergelut untuk hidup dan membawa kepada perang saudara dan
konflik dalaman. Namun begitu, Afrika kini sudah banyak berubah dan ke arah
perkembangan positif contohnya seperti Ethiopia yang pernah mengalami perang
saudara tapi kini sudah keluar dari bayangan gelap dan menuju kemajuan ekonomi
yang pesat.
3. Apabila masuk bab Timur Tengah, pasti akan
membayangkan sebuah rantau yang sentiasa huru-hara dan tak pernah aman. Malah,
5 daripada 7 konflik yang banyak mengorbankan nyawa berlaku di negara Timur
Tenggara. Selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah selepas WW1, Timur Tengah bergelut
dengan kekacauan akibat geopolitik. Ingat nama Sharif Husayn, ingat akan
peristiwa sumbangannya membantu UK untuk merampas Palestin, Syria dan Madinah
dari Uthmaniyah. Impian Sharif adalah untuk menjadi Khalifah tetapi Sharif
telah kena ‘game’. Rupa-rupanya UK dan Perancis telah memeterai Perjanjian
Sykes-Picot untuk membahagi-bahagikan kawasan sesama mereka. Negara-negara Arab
ni luaran Nampak macam nak support Palestin tapi sebenarnya mereka ada
kepentingan masing-masing dan tidak pun melawan sehingga titisan darah yang
terakhir. Panjang kalau nak huraikan
tentang Timur Tengah ni. Bacalah DTT – DTT III untuk lebih pemahaman
4. Pada tahun 1997, Hong Kong telah diserahkan
semula kepada China selepas diperintah selama 150 tahun oleh UK namun ia masih
sebuah wilayah pentadbiran khas yang mempunyai undang-undang, matawang dan
kebebasan sendiri. Penjajahan selama 150 tahun ke atas HK telah membentuk sifat superiority
orang HK. Mereka rasa, mereka lebih
bagus dari orang China. Manakala persoalan tentang Taiwan pula, adakah Taiwan
ini sebuah negara atau sebahagian dari China? Taiwan ialah sama seperti HK yang
dulu sebelum diserahkan semula kepada China TETAPI Taiwan masih sebahagian dari
China. Pening? Kena baca bab 34 – Taiwan.
5.
Adakah anda ingat tentang jenama Huawei yang telah di banned oleh Trump
kerana bimbang risiko pengintipan siber oleh Huawei? ARW ada ulasannya dalam
bab Cyberpolitics. Manakala penembakan
di Christchurch, New Zeland oleh seorang pengikut Neo-Nazi, Brenton Tarrant
juga ada diulas dalam DTT III dalam bab Hate Politics.
Ingin saya membuat kesimpulan tentang Malaysia
berdasarkan bacaan saya dari DTT – DTT III ini, Malaysia mempunyai lokasi
geografi strategik yang boleh dikatakan sebagai kurniaan dan takdir yang baik,
tetapi Malaysia perlu lagi meningkatkan keselamatan, kedaulatan dan kemakmuran
negara ini selain meneruskan hubungan diplomasi dan memilih sikap berkecuali
dalam isu-isu antarabangsa yang tiada kaitan dengan Malaysia. Tetapi, Malaysia
juga perlu berusah mengukuhkan ekonomi negara supaya tidak tertinggal jauh dari
negara Jiran kita iaitu Indonesia yang bakal menduduki tangga ke-4 kuasa besar.
“Dari AS, Rusia, China, Turki hingga Jepun,
semua negara utama pada hari ini sedang berusaha untuk kembali kepada identiti asal
mereka; AS dengan ‘MAKE AMERICA GREAT AGAIN’; Rusia dengan ‘SLAV-ORTODOKS’;
Turki dengan roh Islamnya; Indonesia dengan neo-Majapahit. Oleh itu, kita pun
sepatutnya mencari balik asal usul kita yang tenggelam dalam sejarah untuk
diketengahkan sebagai identiti dalam dunia” – Bab 46, Malaysia (muka surat 336)