Followers

Monday, 28 March 2022

KL - Ipoh - KL dengan ETS

Assalamualaikum...

7 hari sebelum kejadian, tiba-tiba ada orang tu keluarkan cadangan ajak pergi Ipoh naik train sebab dia terbaca kat Facebook pasal ETS. Kita pun ons je sebab dia ketua dan yang nak sponsor, kan. Tanya si Adik dan Abang, mulanya si Abang ok tapi last minit sebelum beli tiket dia kata tak nak ikut sebab malas. Maybe dia dah buat research dulu sebelum tu 😄

Hari Khamis malam, saya cepat-cepat booking tiket secara online lepas puas gelak tengok waknatTV pasal dia scam member pukul 5 pagi sebab nak ajak breakfast ke Sungai Buloh tapi sebenarnya nak bawa ke Ipoh, last-last dia yang kena scam sebab harga ETS mahal. So di situ kami aware harga tiket tak murah... 
Kami terus booking tiket secara online kat website dan ambil train pertama jam 850 pagi dari KL Sentral ke Ipoh dan train balik ialah train terakhir pukul 635 petang dari Ipoh ke KL Sentral. Si adik dah tak sabar. Seperti biasa, bila dah confirm sesuatu event tu.. dia akan tanya saya "are you excited to .... Mama" "Yes, I also very-very excited!" setiap 2 jam sekali. Tapi dia belum tahu bahawa trip kali ni mungkin akan 'perah' tenaga dia cukup-cukup. Kesian baby Mama..... 😄

Hari sabtu, pukul 745 pagi kami dah sedia keluar rumah, drive ke LRT Gombak dan park kereta di sana. Seterusnya kami menaiki LRT terus ke KL Sentral tepat jam 830 pagi dan terus naik ke level 2 untuk menaiki ETS tetapi sampai depan polis yang menjaga kawasan kaunter tiket ETS KTMB, polis maklumkan yang tiket kami ialah KUALA LUMPUR bukan KL SENTRAL. Berderau darah saya sebab saya salah beli tiket yang sepatutnya KL SENTRAL bukan KUALA LUMPUR. Kami terus ke kaunter untuk mohon tukar tiket. Alhamdulillah boleh tukar cuma kami perlu tambah lagi RM30 untuk 3 tiket pergi. Selesai tiket, kami kelam-kabut turun untuk kejar train yang sudah tiba. Syukur, dipermudahkan oleh Allah swt. Sikit lagi kami tertinggal train.

* 3 Tiket LRT dari Gombak ke KL Sentral & KL Sentral ke Gombak RM25
** Parking di LRT Gombak RM4.50



    
Ini adalah kali pertama kami menaiki ETS. Saja nak bawa anak merasa naik train lama sikit dan jalan jauh. Macam saya pernah cakap, bawa anak explore mengikut kemampuan masa dan ruang.

Perjalanan KL ke Ipoh mengambil masa 2 jam 25 minit kerana kami ambik ETS Gold. Jika anda naik ETS Platinum, masa perjalanan pendek sikit kerana kurang station yang ETS akan berhenti untuk ambik dan turunkan penumpang tetapi harga Platinum lebih mahal dari Gold. Harga untuk seat juga berbeza. Anda boleh rujuk blog atau search dalam google untuk lebih info tentang ETS. Tetapi secara asasnya, setiap ETS terdapat tandas, cafe, surau dan kemudahan untuk warga OKU di coach E. Saya dapat menikmati makanan cafe ETS iaitu Nasi goreng kampung ketika train KL ke Ipoh dan Nasi lemak rendang ketika train Ipoh ke KL. Rasa makanan boleh tahan sedap dan anak saya suka rasa rendangnya. Tetapi sedia maklum harganya agak mahal. Saya akan berikan harga nanti.

Cafe terletak di coach C

Surau juga terletak di coach C sebelah cafe. Surau kecil saja boleh muat 2 orang.

Ini nasi goreng kampung yang saya beli dalam Train dari KL Sentral - Ipoh. Saya juga beli neskafe dan milo panas. Boleh tahan sedap nasi gorengnya walaupun nampak biasa-biasa saja. Pedas dan ada rasa, cuma ikan bilisnya dah tak rangup sebab dipanaskan dalam microwave. Oh ya, mereka akan panaskan makanan ya.

Akhirnya kami sampai di Ipoh pada pukul 11.28 pagi dan cuaca sangat panas terik dan membakar kulit dan tulang sum-sum hitam macam roti bakar. Macam manalah rider di jalanan hadap panas terik demi sesuap nasi tanpa pakai sunscreen.



Stesen Kereta Api Ipoh dikenali sebagai Taj Mahal kerana reka bentuknya persis Taj Mahal di India. Ia dibina dengan reka bentuk Moorish dan bercirikan Islam dibina pada tahun 1917 dengan nama Perak State Railway. Asalnya nak buat Hospital tapi ditukar jadi station kereta api dan terdapat beberapa cafe serta 21 bilik hotel (dah ditutup). Kos bina railway ni RM335,000 KETIKA ITU. wow....

*Harga tiket ETS kami untuk 3 orang KL Sentral - Ipoh - KL Sentral RM260
** Makanan & minuman di cafe ETS pergi dan balik RM35



Ini adalah bangunan lama Pejabat Pos Ipoh yang terletak di Jalan Dato' Sagor. Sekiranya nak ke Concubine Lane, boleh ikut Jalan Dato' Sagor dan sepanjang jalan tu boleh bergambar atau 'menikmati' Pejabat Pos lama yang dah ditinggalkan ni. Bangunan ni siap dibina pada tahun 1916 oleh arkitek British A. B. Hubback. Katanya kerja-kerja baik pulih dilakukan sejak tahun 2007 tapi sekarang dah 2020 sis... terbengkalai bangunan bersejarah ni. Nasib arkitek British yang bina bukan arkitek Melayu zaman dulu. Walauapapun, bangunan ni patut di jaga sebab sejarah kan.

Oleh kerana kami cuma menaiki train dan tidak merancang untuk naik kereta ke tempat yang lebih jauh, jadi arah tuju kami adalah sekitar Concubine Lane sahaja. Mulanya saya merancang untuk ke Pasar Karat Ipoh yang terletak kira-kira 13 minit berjalan dari Station KTMB ke sana tetapi memandangkan Pasar Karat tutup tepat jam 1 tengahari dan ketika kami sampai, jam hampir mencecah 12 tengahari maka kami batalkan plan asal dan terus ke Concubine Lane yang perlu berjalan hanya 7 minit sahaja dari Station KTMB Ipoh. Sepanjang Perjalanan ke Concubine Lane, kami melalui Pejabat Pos Ipoh, Masjid Sultan Idris II, dan Birch Memorial Clock Tower.

Masjid Sultan Idris II. Ia dibina pada tahun 1968.

Birch Memorial Clock Tower atau dalam BM nya Menara Jam Peringatan Birch dibina untuk memperingati British Resident Perak yang pertama ini. Tak banyak info tentang Menara ni. Ia saja-saja bina untuk kita terus ingat pasal orang British ni.


Ok nak cerita sikit pasal sejarah Concubine Lane ni. Concubine Lane (juga dikenali sebagai Yi Lai Hoi dalam bahasa cina bermaksud The Mistress Lane) ni ada 3 Lane iaitu Concubine Lane, Wife Lane dan Market Lane. Concubine Lane ni dulu ialah kawasan darkside untuk orang dulu-dulu 'simpan' perempuan simpanan, gundik atau isteri-isteri rahsia mereka. Lorong-lorong ini dimiliki oleh seorang jutawan perlombongan biji timah berbangsa Cina dan dihadiahkan kepada ketiga-tiga isterinya untuk mereka kutip hasil sewa. Lorong ni wujud sejak tahun 1908 dan bermaksud dah 112 tahun dan pernah menjadi saksi gelap aktiviti hiburan golongan kayangan zaman dahulu.

Nampak tak bangunan ada daun-daun hijau tu? Itu hotel dan sebelah hotel tu ada lorong sempit. Di bahagian depan lorong ini adalah Kong Heng Square dan Plan B.Di lorong situ, kita akan jumpa Bookxcess Kong Heng Ipoh. Untuk pengemar buku, tempat ni berhantu.

Jalan ini lah yang saya katakan  sebagai 'lorong sempit' tu. Laluan ni cantik sebab ada beberapa lokasi untuk bergambar.

BookXcess King Heng Ipoh ni ada sejarahnya sendiri tau. Asalnya bangunan BookXcess ni ialah sebuah bank lama yang pernah masyhur dulu (tak cerita pula bank apa. Bank orang British lah kot). BookXcess masih mengekalkan seni bina bangunan itu dan juga masih kekalkan reka bentuk suasana bank lama. Di bahagian bawah terletaknya kotak deposit dan bilik kebal bank masih dikekalkan tapi diletakkan rak-rak buku. Sangat unik konsepnya dan saya sangat suka. Orang kerja bank mesti suka dapat fefeeling bank lama zaman dahulu kala.

Di bahagian bilik kebal juga terdapat Yasmin at Kong Heng Newseum iaitu muzium berkenaan dengan Yasmin Ahmad dan filem-filemnya. Masuk percuma tetapi anda boleh masukkan beberapa sumbangan untuk galakan supaya 'muzium' ini akan terus beroperasi untuk tatapan peminat filem-filem Arwah Yasmin Ahmad. Bagi saya, muzium ini patut dikekalkan. Whether you know who was Yasmin or not, please come and visit. She was apart of Malaysian history.


Saya tak beli apa-apa buku pun. Saya agak kurang berminat dengan buku-buku fiction dan romance. Walaupun ada History Book, saya prefer membaca buku sejarah dalam BM untuk lebih faham. Tapi saya sedang berminat untuk mencari lebih koleksi historical fiction selepas terjebak dengan buku The Kite Runner. Jika dalam versi Indonesia, mereka ada penulis Tere Liye yang sangat saya minati.


Ini kali ke-2 saya ke sini sebenarnya. Saya pernah datang ke sini bersama dengan rakan-rakan saya pada Februari 2020 waktu Covid baru muncul dulu.




Selepas melepasi BookXcess, kami terus menuju ke Concubine Lane. Haa... ini barulah Concubine Lane. Concubine Lane ni bersambung dengan Market Lane. Dalam Concubine Lane ni jual beberapa makanan viral yang anda mesti nak cuba rasa. Ada Kuma Rainbow Cheese Toast, Ais Kepal, Rendang Tok, Bahulu Pandan, Laksa-Mana dan di hujung lane terletaknya Platform 9 1/2 Harry Potter. Saya sebenarnya excited nak ke Platform 9 1/2 untuk merasa butterbeer dan fefeeling student tua nak ke Hogwards TAPI beratur panjang sangat. Tak mampu saya menunggu lama untuk masuk ke dalam cafe tersebut. Jadi untuk mengisi perut untuk kali ke-2 hari itu, kami ke Laksa-Mana dan makan laksa. Sedap sangat.. saya suka laksa macam ni. Anak pun enjoy makan laksa.

Saya langsung tidak membeli apa-apa makanan yang dijual di sini kerana kawasan ini sempit dan oleh kerana hari minggu, jadi lorong ini penuh sesak dengan pengunjung yang datang. Untuk membeli makanan viral di sini, kita perlukan effort yang lebih untuk memegang dan menghabiskan makanan tersebut agar tidak menjadi beban ketika berjalan dan berlangar bahu sesama pengunjung. Oleh kerana saya dan anak juga jenis tidak begitu minat makanan manis dan pelik, maka kami pun tidak beli apa-apa pun. Ramai yang membeli sambil rakam video dan gambar untuk disimpan dalam media social. Adakalanya kami terpaksa berhenti untuk membeli laluan kepada mereka bergambar di tengah-tengah lorong sambil memegang makanan viral. Sabar je lah...





Bukan sekadar menjual laksa je, ada beberapa menu 'ringan' untuk mengalas perut.



Selain laksa biasa, kami juga order laksa sarang, meatball, fries dan chicken nugget. Air pula cold caramel coffee dan orange. Tak ada milo ice. Mujur saya bawa air bekal dari rumah untuk si anak sebab anak saya tak minum air manis yang lain kecuali sarsi.

Dalam cafe Laksa-Mana ni reka bentuk lama dikekalkan dan saya rasa seperti vibe masa di office ketika saya bekerja di Setapak sebab lagu-lagu 70an yang dipasang di radio lama dalam cafe ni mengingatkan saya masa saya kerja dulu. Officemate suka buka radio klasik.fm sebab dia 'orang-lama'. Alahai... rindu kat Abang Din & Kak Marina yang sporting sangat walaupun beza umur kami agak jauh.

Ada peristiwa lawak sewaktu kami menyusuri Concubine Lane yang padat dan sesak dengan pengunjung + panas, kami masuk ke sebuah kedai dihadapan Cafe Laksa-mana kerana katanya masuk percuma.. and the rest is history 😂. Tak tahu macam mana nak olah ayat untuk tulis dalam blog ðŸ˜‚. Rasa macam kena scam secara halus pun ada ðŸ˜‚. Nasib tergadai RM12 je ðŸ˜‚.



Seterusnya kami ke Kong Heng Square Artisan Market. Tempat ini masih sama seperti 2 tahun dulu CUMA dulu tak ada Plan B Cafe di dalam Kong Heng Square ni. 
Di sini terdapat pelbagai hasil kraftangan yang unik dan artistik dijual dengan harga yang berpatutan. Tempat ini juga adalah tempat popular utuk para instagrammer bergambar dengan view dan gambar yang unik dan aesthetic.





Seterusnya kami keluar dari Kong Heng Square untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Time Tunnel Ipoh, Upside Down World Ipoh dan Han Chin Pet Soo (Ipoh World). Jaraknya hanya mengambil masa 2 minit sahaja dari Kong Heng Square.

Time Tunnel Ipoh Old Town adalah salah sebuah attraction di Ipoh yang WAJIB kita pergi kalau datang kat Ipoh ni sebab... tempat untuk kita re-call balik kenangan waktu dulu masa kecil di kampung. Dalam ni semua barang-barang nostalgia dari zaman 40an sehingga 70an disusun dan dipamerkan untuk pengunjung. Ada beberapa barang lama yang pernah wujud di kampung saya seperti seterika arang, gerobok dapur, basikal lama arwah Tok Andak, tudung saji, lampu picit serta perkakas dapur yang mengingatkan saya keseronokan pulang ke kampung pada waktu kecil dahulu. Ada juga barang-barang lama yang sempat saya gunakan dulu seperti meja tulis sekolah kayu walaupun masa tu dah masuk 90an, tapi sempat juga merasa.

Jika google Time Tunnel Ipoh ni saya dapati keadaannya sangat berbeza dengan realiti yang saya pergi. Mungkin covid telah menutup sebahagian kawasan. Keadaan di dalam premis ini gelap dan panas kerana lampu dan kipas tidak dibuka membuatkan ketua rombongan (suami) kepanasan dan berpeluh-peluh serta anak saya yang sudah mula merungut penat. Tingkat paling atas pula tidak dibuka jadi kami hanya boleh berlegar-legar di tingkat 2 sahaja. 

* Harga tiket RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak





Sangat berpeluh tapi mujur make up masih maintain. Jika pengudaraannya dan pencahayaannya, mungkin tidaklah kami lemas di dalam ini. Harap owner dapat improvekan balik tempat ini. Sayanglah sebab tempat ni adalah salah satu attraction penting di Ipoh.

Seterusnya kami ke Upside Down World Ipoh tetapi maaf, hanya beberapa kerat gambar sahaja yang kami mampu ambil kerana penat dan kehabisan sumber tenaga dan si anak sudah mula buat muka penat beliau.

Maaf.. gambar google




Ini sahaja yang kami mampu dan kami menghabiskan masa beberapa minit duduk dan menikmati aircond di dalam ini. Mujur tak ada pengunjung pun waktu kami duduk bersantai sambil menghabiskan masa. Lebih kurang pukul 3 petang, kami baru kami keluar dan terus ke Little Ipoh Cafe untuk berehat sambil minum kopi.

* Harga tiket untuk pemegang MyKad - 
RM16 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah dan RM10 untuk warga emas

Dalam perancangan, seterusnya kami akan ke Han Chin Pet Soo (Ipoh World). Han Chin Pet Soo ni ialah muzium perlombongan pertama di Malaysia yang diuruskan oleh Ipoh World Sdn Bhd. Dalam muzium ni kita boleh tengok kehidupan para pelombong Hakka di Lembah Kinta pada masa dulu. Ada photo-photo lama yang dipamerkan pasal kegiatan lombong. Melalui blog-blog review tentang tempat ini, saya teringin nak masuk untuk baca dan melihat sejarah lama tentang Hakka ni. Malangnya, Han Chin Pet Soo tutup buat sementara waktu ni. 


Perhentian terakhir kami di Ipoh haritu ialah Little Ipoh Cafe yang terletak sebelah dengan lorong Concubine Lane. Ketika di sana, oleh kerana anak lelapkan mata sekejap di meja, kami bergilir-gilir keluar menyusur Concubine Lane buat kesekian kali untuk membeli apa-apa yang patut. Saya cuba untuk beli Bahulu biasa tetapi saya perlu tunggu agak lama untuk dapatkan stok jadi terpaksa saya cancel order. kempunan 
bahulu orang perak.. eh lupa pula suami saya orang perak 😎


Pada pukul 4.45 petang kami mula bergerak ke Station KTMB Ipoh tapi singah di JWW Birch Memorial Clock Tower dan bermain dengan kucing oyen yang sangat manja di sana.


Jika tanya pendapat saya, jika anda memang nak ke Ipoh untuk food hunting atau stay lebih dari sehari atau mempunyai anak yang ramai, ETS bukan option yang berbaloi sebab kosnya sangat mahal dan anda boleh habiskan setengah hari saja jika berjalan di sekitar Hentian KTM Ipoh ni dan perlu tambah tambang untuk grab atau teksi untuk ke tempat yang lebih jauh. Tapi jika nak merasa naik ETS untuk perjalanan yang jauh dan tak berkira tentang kos, seperti kami... boleh cuba. Boleh belajar benda baru terutama untuk anak-anak kita expose dengan pengangkutan awam.

Sekian sahaja entry panjang yang saya taip selama 2 hari untuk rujukan kepada those yang teringin nak day trip ke Ipoh dengan menaiki ETS. Insya-Allah jika ada masa, saya akan buat 1 entry pendek guide dan tips day trip ke Ipoh. Terima kasih membaca.


Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...