Followers

Wednesday, 30 March 2022

Book Review - Tuk Tak: Cerita Zahid Ahmad Tentang Muzik Malaysia, Dram dan Proses Bikin Lagu

Tajuk : Tuk Tak: Cerita Zahid Ahmad Tentang Muzik Malaysia, Dram dan Proses Bikin Lagu
Penulis : Zahid Ahmad
Penerbit : Bukuku Press


Ketika fenomena Rock meledak pada pertengahan 80an, dia sekali lagi memilih arus yang berbeza dengan menjadi seorang drummer Jazz Melayu pertama yang mendapat bimbingan maestro Jazz negara, Michael Veerapen yang namanya masyhur di Berklee College of Music.
Zahid sudah melengkapkan fasa beliau sebagai seorang drummer. Dia pernah bermain di kelab malam sehinggalah dia menjadi antara sessionist terbaik yang terlibat proses rakaman album daripada Sudirman sehinggalah Ekamatra.
Pertemuan beliau dengan Roslan Aziz, Mac Chew dan rakan-rakan pemuzik yang lain akhirnya mencapai sesuatu detik penting dalam sejarah muzik negara. Zahid bersama-sama Roslan Aziz menjadikan Roslan Aziz Production (RAP) yang membawa kelainan dan revolusi baharu dalam muzik di Malaysia.

Sejujurnya, saya tak kenal pun siapa Zahid Ahmad, malah saya kurang kenal dengan pemuzik Malaysia kecuali pemuzik dari kumpulan-kumpulan ternama 90an, Uda Wahid di GV dan Pa’ang (bermain percussion untuk kumpulan SLAM) tetapi saya tertarik dengan buku ni sebab ada tentang Jamal Abdillah dan membelinya. Cuma 1 muka surat sahaja cerita tentang Jamal Abdillah tetapi selain itu saya juga tertarik dengan penulisannya yang santai dan macam kita borak dengan kawan-kawan. Selain itu saya sangat suka membaca perjalanan seseorang yang berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi lebih-lebih lagi mereka bermula dari bawah. Penulis bermula dengan bawah dan kerana minat, usaha, ilmu serta keazaman yang kuat selain minat yang mendalam, beliau kini menjadi pensyarah di Universiti-universiti awam dan swasta di Malaysia malah beliau juga menerbitkan buku tentang bermain drum dalam bahasa Melayu untuk rujukan para pelajar dalam bidang muzik.
Beliau adalah seorang drummer Jazz Melayu yang bertanggungjawab dalam pembikinan album Hijau, Zainal Abidin dan Sheila Majid. Beliau adalah anak didik maestro Jazz Negara iaitu Michael Veerapan (who?) dan juga adik kepada bekas pemain drum kumpulan Search, Arwah Yazid Ahmad. Buku ini mengisahkan tentang sejarah bermulanya minat dan akhirnya menjadikan Zahid Ahmad sebagai seorang drummer yang disegani oleh para musician di Malaysia kerana kehebatan dan ilmu yang beliau ada sebagai drummer. Dalam buku ini, Zahid Ahmad bukan sahaja cerita tentang perjalanan hidupnya sebagai musician tetapi ada juga tips dan nasihat serta kata-kata ‘bebelan’ tentang industri muzik tanahair yang slow dan tidak perubahan. Agak tersinggung juga bila penulis menekan-nekan tentang kelemahan ‘orang kita’ yang tidak suka improvement tetapi apabila difikir-fikirkan dan mengaitkan dengan diri saya, saya terpaksa mengaku ia adalah benar.

Best. Bagi saya buku ini penuh dengan ILMU. Bukan sahaja untuk pemuzik atau para artis yang terbabit dalam industri hiburan, tetapi kata-kata dan nasihat penulis boleh juga diambil sebagai rujukan dan semangat untuk kita menjadi seseorang atau bidang yang kita minati/ceburi lebih baik dari semasa ke semasa.  Minat sahaja tidak mencukupi untuk menjadi hebat dalam sesuatu bidang yang ingin kita ceburi. Jangan pernah berhenti untuk belajar, sedia menerima kritikan dan ber-experiment dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Setiap penambahbaik akan menghasilkan pekerjaan yang berkualiti. Bahkan untuk menjadi seorang ibu, isteri dan suri rumah pun kita tetap perlu belajar dan terus belajar untuk mendapatkan sebuah keluarga yang berkualiti lebih-lebih lagi jika kita mempunyai ‘team’ yang juga berkualiti.

“Aku tidak perlu cakap apa-apa. Kalian yang pernah menyaksikan sendiri konsert muzikal Puteri Gunung Ledang boleh menilai hasil kerja kami.
Kita kena buat yang terbaik, barulah hasilnya dapat dinikmati semua. Kerja keras dan disiplin itu asas yang utama. Kita jangan cepat berpuas hati selagi kita belum dapat apa yang betul-betul bagus, barulah kita dapat mempersembahkan karya yang terbaik” – Zahid Ahmad (muka surat 114)


Selingan:
Kata-kata Zahid Ahmad tentang kelemahan ‘orang kita’ ni bukan sekadar dalam dunia muzik sahaja tetapi boleh juga kita dikaitkan dengan bidang lain. Pada saya, jika kita melakukan sesuatu kerja atau minat sesuatu bidang memang sangat perlu untuk kita sentiasa belajar mencari kelemahan dan kesalahan diri untuk lebih improve dan menaikkan skill ke level yang lain. Contoh jika kita bekerja sebagai kerani, takkan selamanya kita ingin terus menjadi kerani? Semestinya kita mahu jadi Manager pada suatu masa nanti. Tetapi bukan sekadar pangkat sahaja kita perlu improve, skills dan ilmu juga perlu seiring untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik. Saya pernah bekerja dengan sebuah bank tempatan sebagai Officer. Saya seorang yang sangat into dengan apa yang saya lakukan dan akan cuba menguasai sesuatu pekerjaan supaya saya boleh menjadi seorang pekerja yang lebih berkualiti dan seterusnya dinaikkan pangkat. Apabila saya berkongsi pendapat saya dengan pihak atasan untuk improvement bersama, dibelakang saya mereka (pihak atasan) mengata saya dan melabelkan saya memandai-mandai. Konsep mereka ialah kita bekerja perlu “Yes, Bos!” atau “Baik, Bos” baru boleh naik pangkat walaupun sistem dan konsep kerja ditakuk lama. Kemudian saya beralih kerja di salah sebuah foreign bank, saya dapati segala yang saya pernah kongsi di tempat lama dan dibakulsampahkan dulu telah pun dipakai oleh bank tersebut. Kerana itu mereka menjadi top bank dalam bidang saya. Saya gembira akhirnya saya dapat bekerja dengan sebuah syarikat yang berkualiti. Saya dan suami mengelarkan tempat lama sebagai ‘kerja main-main sekadar kutip gaji dan balik’. Itulah hakikatnya dan pengalaman ketika saya bekerja dengan syarikat tempatan. Sesiapa pun boleh naik pangkat jika anda seorang yang patuh dan ikut cakap bos, tetapi anda akan dibenci jika cuba untuk mengubah cara kerja yang ditakuk lama.

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...