Tajuk : Dunia Tanpa Tembok
Penulis : Ayman Rashdan Wong
Penerbit : Patriots
PublishingIlmu adalah kuasa.Bahasa adalah simbolik.Geografi adalah takdir.Ketiga-tiga ungkapan ini adalah faktor yang boleh meruntuhkan tembok perbezaan manusia di dunia dalam mencapai kata sepakat dan kefahaman antara satu sama lain.Ilmu tentang geopolitik antarabangsa pula adalah kunci untuk kelangsungan hidup negara dan bangsa, dan ilmu yang diperolehi harus berdasarkan prinsip-prinsip Realisme, Diplomasi dan Patriotisme.
Ini kali kedua saya membaca
buku ini. Memandangkan sekarang hangat tentang isu Rusia – Ukraine dan ramai
suggest untuk baca buku ini untuk lebih memahami isu berkaitan dengan Rusia –
Ukraine, maka saya kembali mencapai buku ini untuk dibaca semula. Bukan tidak
faham atau tidak tahu tentang isu dua negara itu tetapi saya ingin membaca
semua penulisan ARW dalam buku DTT yang ditulis dan diterbitkan sekitar tahun
2018 ini dan ingin memahami isu ini berdasarkan kefahaman ARW 4 tahun lalu,
sebelum perang ini meletus.
Kenapa DTT? Kerana ARW
menulis dengan menggunakan bahasa ringkas dan mudah difahami. Buku ini ditulis
dengan cara santai dan ringkas walaupun isinya tentang geopolitik dunia. Buku
ini juga sesuai untuk beginner yang baru nak mahu belajar tentang isu politik
dunia, tentang kuasa-kuasa besar dunia.
Dibawah ni adalah ringkasan tentang
buku ini:-
1. ARW menulis buku ini
berdasarkan fakta bukan kecenderungan atau emosi. Kebanyakan kalau kita baca
sesuatu maklumat tentang politik dalam dan luar negara, penulis akan cenderung
untuk menulis dengan emosi dan bias. Maka kita tidak akan dapat kebenaran dan
fakta sesuatu kejadian.
2. Geopolitik adalah ilmu
berkenaan dengan Geografi + kekuatan negara. Buku ini ada menerangkan bagaimana
kedudukan geografi sesebuah negara itu dapat mempengaruhi sistem politik dan
hubungan-hubungan antarabangsa. Dukacitanya, umat Islam berada di kawasan
geopolitik yang menjadi kepentingan kuasa-kuasa besar kerana keadaan
geografinya.
3. Buku ini juga menerangkan
tentang logik tentang tindakan-tindakan ‘gila’ pemimpin dunia seperti Trump,
Kim Jong Un, dan Erdogan. Kenapa mereka kelihatan ‘gila’ di mata pihak media?
Apakah mereka benar-benar gila? Juga menerangkan tentang perpecahan Korea
menjadi Korea Utara dan Korea Selatan dan bagaimana tercetusnya perang saudara
antara mereka. ARW juga mengupas tentang kejayaan Korea Selatan dalam industri
hiburan dan bagaimana industry ini mampu menjadikan sesebuah negara ‘berjaya’
seperti Jepun yang pernah meletup dengan industry hiburan mereka satu ketika
dulu?
4. Menerusi IP Man 1 - 4 China mengambarkan yang British dan Jepun adalah jahat kerana dalam memori orang-orang cina, ada tempat khas untuk British dan Jepun yang akan mereka kenang sampai bila-bila. Itulah cara China 'menghargai' sejarah penaklukan British dan Jepun dulu. Namun, China menonjolkan ketinggian moral orang China iaitu membalas kejahatan dengan kebaikan melalui dialog-dialog dan watak IP Man dalam filem tersebut antaranya dialog IP Man sebelum naik ke pentas ketika perlawanan antara IP Man dan Miura, jeneral Jepun "Beza antara orang Cina dengan orang Jepun ialah orang Cina tidak sesekali menggunakan kekerasan untuk menindas orang lain" dan juga dalam IP Man 2, kata-kata Master Hung berbunyi "Jangan biarkan 'hantu' (merujuk kepada orang British) memandang rendah terhadap kami". Sekali lagi IP Man tidak membunuh lawannya, iaitu Twister (peninju British) walaupun Twister telah membunuh dan menghina masyarakat China ketika sidang media.
5. DTT juga mengupas tentang
isu konflik Syria, Yaman, Rohingya dan bagaimana terjadinya perang 6 hari
Israel ke atas Palestin secara ringkas tapi lengkap dan padat. Jelas-jelas
kelemahan kepimpinan umat Islam waktu itu yang merendah-rendahkan kekuatan
musuh dan hidup dalam ilusi. US juga berjaya memperdaya Pak Arab dengan
Petrodollar iaitu sistem pembiayaan jual-beli petroleum HANYA menggunakan USD.
Kesannya ke atas dunia islam ialah Pak Arab telah memperkayakan kapitalis
antarabangsa terutamanya banker antarabangsa iaitu golongan YAHUDI ZIONIS.
Ironinya bukan orang Islam yang mencabar sistem RIBA tapi CHINA dan RUSIA telah
memeterai pelbagai perjanjian untuk membuang USD dalam transaksi antara mereka
sebab CHINA dan RUSIA nak cabar hegemoni US. (US dan Yahudi tak takut bom,
mereka takut apabila orang mencabar sistem mereka dengan membuang USD)
Buku ini adalah permulaan
yang baik untuk memahami geopolitik dan isu-isu semasa dunia. Adakah Malaysia
berada di landasan yang betul? Malaysia mengamalkan sistem diplomasi semenjak
Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia dan ini adalah
kekuatan MALAYSIA. Malaysia kekal aman makmur selama lebih dari 60 tahun kerana
mempunyai diplomat, pakar ketenteraan dan perisikan yang berkaliber dan
dedikasi. Namun adakah keadaan ini akan kekal sampai 40 tahun lagi? Soal
selidik ke atas 685,000 belia pada tahun 2018 menunjukkan hanya 7% yang melihat
dasar luar sebagai aspirasi. Sangat sedikit orang yang minat dengan hubungan
antarangsa dan dasar luar kerana menganggap ia tidak memberi kesan kepada poket
masing-masing. Pada dasarnya ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada
keselamatan dan hubungan luar negara. Sudah sampai masanya kita fikirkan
halatuju Malaysia sama ada mahu kekal menjadi sebuah negara kecil atau kuasa
menengah atau kuasa serantau dan meletakkan MALAYSIA dalam peta dunia sebagai
pemain diplomasi yang disegani.
“Dunia politik adalah dunia
bantu diri (self-help). Jangan salahkan orang lain kalau kita menjadi loser.
Apabila Raja Muhammad XII menangisi kejatuhan kerajaan Granada, ibunya menegur;
“Jangan menangis seperti seorang wanita untuk apa yang kamu tidak dapat membela
sebagai seorang lelaki.”. Ya, Fortuna tidak sesekali mengasihi pemimpin yang
lemah." – bab: Machiavellianisme (muka surat 173).