Followers

Monday, 28 February 2022

Book Review - Penerbangan Terakhir MH 370 & MH 17

Tajuk : Penerbangan Terakhir MH 370 & MH 17
Penulis : Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman (Daripada perspektif)
Penerbit : Patriots Publishing


Misteri kehilangan MH370 masih lagi menghantui rakyat Malaysia. Kehilangannya masih ditatapi oleh setiap rakyat. Ketika rakyat Malaysia masih menunggu dengan sabar khabar berita itu, satu lagi kehilangan terus meggegarkan Negara. MH17 telah ditembak di suatu sudut langit Eropah. Ada ratusan nyawa lagi diragut dalam nahas pesawat. Lantas, kedua-dua tragedy tersebut menimbulkan tanda tanya.

Banyak sangat cerita-cerita konspirasi tentang kehilangan MH370 yang terjadi 8 tahun dulu yang berlegar-legar di media sosial malah ada pihak yang tidak terlibat langsung dengan nahas kedua-dua pesawat ini mengambil kesempatan menerbitkan buku berdasarkan berita-berita yang keluar dari media semasa dan juga media sosial. Tetapi buku terbitan Patriots Publishing ini adalah dari sumber pertama iaitu dari mantan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Dato’ Sri Azharduddin Abdul Rahman sendiri yang sudi berkongsi pengalaman ketika terbabit dalam kedua-dua tragedi ini. Wajar untuk kita tolak cerita-cerita konspirasi dan percayakan maklumat yang lebih tepat melalui sumber yang boleh dipercayai seperti buku ini.
Buku ini dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu satu bahagian tentang MH370, manakala satu bahagian lagi tentang nahas MH17. Tetapi oleh kerana buku ini masih baru, jadi saya tidak akan review secara details:

KEHILANGAN DAN PENCARIAN MH370
1. Kejadian berlaku pada hari sabtu, 8 Mac 2014. Pesawat itu ialah pesawat B777 adalah pesawat yang amat besar membawa 227 penumpang dan 12 kru, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 12.42 pagi waktu tempatan, hilang dari radar lebih kurang jam 1.22 pagi, 8 Mac 2014. Ketika hari kedua, iaitu pada 9 Mac 2014 TUDM memaklumkan bahawa pesawat MH370 telah berpatah balik. Maklumat itu diterima daripada rakaman radar TUDM. MH370 hilang dari radar selepas melalui waypoint IGARI (iaitu kedudukan berada tepat di sempadan ruang antara Malaysia dan Vietnam). Pesawat dilihat konsisten.
2 Pada hari kelima, Ketua Siasatan Air Accidents Investigation Branch (AAIB) yang berpusat di Farnborough, UK memaklumkan kemungkinan MH370 terhempas di lokasi antara Australia dan Madagaskar dan mereka berjaya mendapatkan petunjuk kedudukan lokasi MH370 tetapi kawasan yang dimaksudkan itu teramat luas iaitu MH370 berakhir di Lautan Hindi. Misi pencarian seluas 120,000 km persegi menelan belanja AUD198juta dan dibiayai oleh tiga Negara iaitu Malaysia, Australia dan China.
3. Antara cabaran yang dihadapi ketika misi pencarian ialah-
      i)  Lokasi di manakah terletaknya bangkai MH370 perlu dianalisis kerana mereka memperolehi data-data dari satelit Inmarsat yang merupakan satelit komunikasi dan bukannya satelit pengesan.
        ii) Lokasi pencarian di selatan Lautan Hindi amatlah luas dan dalam dan belum pernah dikaji selidik oleh manusia.
    iii) Cuaca di Lautan Hindi terutamanya pada musim sejuk terkenal dengan keadaan ombak yang besar dan arusnya yang sangat kuat dan berbahaya. Oleh itu, misi pencarian dihadkan pada musim penghujung musim bunga, musim panas dan pada awal musim luruh sahaja.
    iv) Peralatan misi pencarian perlu menggunakan alat yang tercanggih dan sesuai serta dikendalikan oleh pakar-pakar pencarian dasar laut dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
4. Tujuh buah negara terlibat dalam siasatan. Tiga Negara iaitu Malaysia, China dan Australia bersetuju bahawa perlu adanya perjanjian tiga ihak dalam menjalankan usaha pencarian. Berdasarkan perjanjian, segala keputusan membabitkan MH370 perlu mendapatkan persetujuan tiga Negara. Jadi tiada motif untuk teori konspirasi terlibat dalam kehilangan MH370 kerana setiap laporan akan dirujuk kepada negara-negara terbabit.
5. Sehingga hari ini, sebanyak 27 serpihan yang berkemungkinan daripada MH370 sudah dijumpai dan tiga darinya telah disahkan adalah milik MH370 antaranya ialah komponen bahagian sayap yang dikenali sebagai flaperon dan flap di Tanzania. Beberapa komponen lain dijumpai di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Madagaskar. Serpihan disimpan di  Kementerian Pengangkutan kerana sekiranya bangkai pesawat MH370 dijumpai suatu hari nanti, siasatan perlu dibuka semula.
6. Terdapat pembabitan orang kenamaan yang berbangsa Perancis telah membuat siasatan sendiri dan mengupah penyiasat peribadi sehingga menyukarkan pihak Malaysia untuk mendapatkan salah satu serpihan yang ditemui di Pulau La Reunion berhampiran Madagaskar. Boleh baca buku ini untuk lanjutan.


TRAGEDI MH17
1. MH17 ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777. Pesawat itu meletup akibat terkena tembakan peluru berpandu, sebelum jatuh menjunam lalu terhempas berhampiran Torez Di Donetsk Oblast, Ukraine kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol pada tarikh 17 Julai 2014 jam 12.31 tengahari waktu Amsterdam (7.31 malam waktu Malaysia) dan terputus hubungan pada jam 4.22 petang waktu Ukraine (10.22 malam waktu Malaysia). Komunikasi terputus di kedudukan 30 kilometer dari waypoint Tamak dan kira-kira 50km dari sempadan Rusia – Ukraine.
2. Masalah utama untuk mengambil kotak hitam dan seterusnya membawa keluar mayat-mayat mangsa ketika itu ialah tiada sesiapa pun yang dapat masuk ke lokasi kejadian kerana kawasan tragedi adalah di bawah kawalan kumpulan pemberontakan yang bertentangan dengan kerajaan Ukraine. Pada 21 Julai 2014, 12 komando Malaysia berjaya berunding dengan ketua pemberontak untuk mengeluarkan kotak hitam bersama jasad-jasad mangsa keluar dari kawasan kejadian.
3. Ada beberapa pihak cuba mendapatkan kotak hitam tersebut secara paksa atau rela termasuk dari kerajaan Ukraine sendiri tetapi berjaya dihalang oleh pasukan komando Malaysia. Kerajaan Ukraine tidak memberi layanan yang baik malah tidak dapat memberikan jaminan keselamatan ke atas pasukan MAS dan Malaysia semasa berada di Ukraine.
4. Setiap mayat melalui process rumit dan mengambil masa yang lama untuk mengenalpasti identiti kerana ia perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati tanpa kesilapan kerana ada mayat yang sempurna dan ada yang tidak sempurna. Hanya satu mayat tidak memerlukan process rumit dan DNA kerana di dalam poket bajunya, terkandung passport antarabangsa. Dan akhir sekali, hanya dua mangsa sahaja tidak dapat dikenal pasti identitinya kerana mayatnya tidak dijumpai. – ada beberapa kisah lagi tentang mayat-mayat mangsa yang diceritakan di dalam buku ini.
5. Dalam laporan siasatan, pesawat MH17 terkena letupan di bahagian sebelah kiri kokpit. Letupan itu berpunca daripada kepala peledak. Laporan akhir itu turut menyatakan bahawa MAS tidak boleh dipersalahkan dan cara pengendalian pesawa itu juga tidak boleh dipersalahkan. Terdapat tuduhan bahawa pesawat MH17 terbang di udara yang tidak sepatutnya dilalui, hakikatnya terdapat lebih kurang 60 buah pesawat melalui kawasan itu pada hari yang sama. Ketika MH17 ditembak jatuh, pesawat Air India AI113 sedang terbang dari arah bertentangan dan pesawat Singapore Airlines SQ351 sedang terbang dibelakang MH17 menuju arah yang sama.

Kesimpulannya, janganlah kerana konon nak jadi orang yang banyak knowledge atau maklumat tentang sesuatu perkara terutamanya cerita berkenaan kehilangan pesawat MH370 ini, kita terus percaya dengan sumber-sumber tidak sahih dan reka-reka di blog mahupun media sosial untuk menyesatkan pemikiran orang lain dan berlagak 'dialah-hero-sebab-tahu-semua-perkara'. Kadang-kala memang terjadinya sesuatu perkara yang luar dari jangkaan dan kotak fikiran dan logik akal manusia tetapi semuanya adalah qada dan qadar Allah swt. Percaya kepada DIA yang maha berkuasa dan panjatkan doa kepada Allah, mohon semoga misteri kehilangan MH370 akan terungkai dan semoga mangsa-mangsa kedua-dua tragedi pesawat ini ditenang di SANA. Semoga keadilan memihak kepada yang benar dan teraniaya.


“Mencari MH370 di Lautan Hindi sesuai dengan pepatah Inggeris yang berbunyi, ‘Like looking for a needle in a haystack’ atau dalam bahasa melayu adalah ‘seperti ingin mencari jarum dalam timbunan rumput kering’. Tetapi pada saya, timbunan kering itu perlu dicari dan dikenalpasti terlebih dahulu atau ‘we have to find the right haystack first.’. Begitulah perumpamaannya, betapa susahnya untuk mencari pesawat malang MH370. Walaupun sukar, kerajaan masih perlu berusaha mencari pesawat tersebut supaya pengakhiran (closure) dapat dimuktamadkan dalam episode misteri kehilangannya.” – Bab 2: Usaha Pencarian (muka surat 76)

Friday, 25 February 2022

Book Review - Putera Kecil

Tajuk : Putera Kecil
Penulis : Antoine De Saint Exupery (Penterjemahan oleh Azzah Abdul Rahman)
Penerbit : BiblioPress


Ia mengisahkan tentang seorang juruterbang yang terdampar di gurun dan bertemu dengan Seorang Putera yang datang dari planet lain yang telah mengembara dari satu planet ke satu planet yang lain dan akhirnya sampai ke bumi. Dalam pengembaraannya, Putera Kecil berkongsi tentang ceritanya bertemu dengan orang dewasa yang aneh-aneh di setiap planet yang dia singah dan setiap pengembaraan dan perjumpaannya dengan orang dewasa terbabit mempunyai makna dan pengajaran. Dan setiap perjalanan dan pengembaraannya yang penuh makna mendalam itu akhirnya menyedarkan Putera Kecil untuk pulang ke planetnya dan lebih menghargai mawarnya yang telah dia tinggalkan keseorangan walaupun dia menyayangi si Mawar dan begitu juga si Mawar.

1. Buku ini mengisahkan imaginasi seorang kanak-kanak yang tidak ada sempadan mahupun logik akal. Tapi itulah dia kanak-kanak, mereka bebas untuk berimaginasi dan menentukan apakah bentuk imaginasi dan angan-angan mereka. Walaupun kita pernah jadi kanak-kanak satu ketika dulu, kita tetap tidak mampu memahami jiwa kanak-kanak.
2. Buku ini luahan hati kanak-kanak tentang dunia dan pemikiran orang-orang dewasa yang tidak cuba memahami dan menjiwai ‘watak’ mereka sebagai kanak-kanak. Malah terus-terusan membuatkan mereka berhenti berfikir sebagai kanak-kanak dan cuba menjadikan mereka sebagai dewasa.
3. Setiap pengembaraan dan kisah Putera Kecil bertemu dengan Sang Raja, Kaki Berlagak, Seorang Pemabuk, Ahli Perniagaan, Si Penyala Lampu dan akhirnya Ahli Geografi mengandungi makna yang mendalam tentang perihal orang-orang dewasa. Bagaimana kita sebagai orang dewasa mentafsirkan maksud-maksud tersebut mengikut tafsiran kita sendiri.

Buku ini sebenarnya bukan untuk kanak-kanak tetapi untuk orang dewasa lebih memahami jiwa kanak-kanak dan mengingat kembali jiwa kita semasa kanak-kanak. Bukankah kita juga pernah menjadi kanak-kanak dan punya cerita, imaginasi dan angan-angan seperti dalam buku ini? Kenapa kita mahu hentikan angan-angan dan cerita-cerita tidak logik anak-anak kita dan memaksa mereka berfikir serupa dengan orang dewasa? Mereka tidak perlu dibebankan dengan masalah orang dewasa kerana bukan tanggungjawab mereka untuk berfikir persis orang dewasa. Tanggungjawab mereka ialah terus berimaginasi dan mungkin dari tahun ke tahun yang lain dan mengikut pertambahan umur mereka, imaginasi mereka akan bertukar menjadi realiti. Dan kita tidak perlu momokkan mereka untuk memahami masalah orang dewasa. Tugas kita ialah membahagiakan mereka walaupun kita dibebani dengan masalah-masalah rumit. Sayangilah kesihatan mental mereka.


“Saya gagal memahami dia ketika itu. Saya sepatutnya menilai dia daripada tindakan, bukan kata-kata. Dia melengkapi hidup saya dengan haruman dan serinya. Tak sepatutnya saya melarikan diri! Sepatutnya saya sedar yang dia sebenarnya sangat mengambil berat tentang saya di sebalik helah-helahnya yang mengarut. Bunga sangat sukar difahami. Tetapi ketika itu saya masih terlalu muda, tak tahu cara yang betul untuk mencintai dia.” – (muka surat 54)

Thursday, 24 February 2022

Book Review - The Physicists’ Odyssey – Kisah Kisah 25 Sarjana Fizik

Tajuk: The Physicists’ Odyssey – Kisah Kisah 25 Sarjana Fizik
Penulis: Zamir Mohyedin & Musoddiq Jaafar
Penerbit: Patriots Publisher


IQ yang tidak tertanding. Ketabahan menghadapi ujian. Keunikan yang membuatkan mereka terasing. Namun disebalik kejayaan dan penemuan yang memukau dunia, mereka juga manusia seperti kita. Ada suka dan duka. Ada betul dan silap. Ada tangis dan ketawa. Ini kisah 25 sarjana fizik, yang nama mereka terpahat dalam sejarah, sebagai yang teragung. Bukan sahaja kisah hebat yang diriwayat, tetapi kisah drama kehidupan yang tercatat.

Buku ini menghimpunkan kisah-kisah 25 ahli sarjana fizik hidup dari lahir hingga meninggal berdasarkan turutan era dan zaman. Setiap kisah mereka diceritakan tentang kelahiran, asal-usul, pendidikan, keluarga, perjalanan tentang penemuan-penemuan sains dan fizik serta matemtik serta sumbangan-sumbangan mereka dalam dunia fizik dunia.  Sebagai seorang yang bukan dalam bidang sains tulen sejujurnya saya cuma kenal dengan tiga orang tokoh fizik yang diceritakan iaitu Isaac Newton, Albert Einstein dan Stephen Hawking. Buku ini menggunakan laras bahasa yang mudah difahami dan penulisan yang menarik terutama kepada orang yang tidak mempunyai pengetahuan fizik seperti saya.
1.   Dalam 25 kisah sarjana fizik ini, seorang sarjana fizik yang beragama islam dan merupakan ilmuan Arab yang paling agung dalam bidang fizik terutamanya optic iaitu Alhazen. Kitab-kitabnya juga telah memberikan pengaruh yang sangat besar kepada ilmuan-ilmuan Eropah.
2.  Kisah menarik tentang seorang tentang sarjana fizik wanita yang sangat memberi inspirasi. Perjalanan Marie Curie adalah sebuah kisah yang panjang dan sukar. Marie melalui perjalanan yang berliku untuk mendapatkan ijazah kerana sistem diskriminasi terhadap kaum wanita ketika itu yang tidak membenarkan mengambil bidang-bidang tertentu. Jika ada pun, yurannya tersangat mahal. Jadi Marie terpaksa menangguhkan dahulu pengajian untuk membantu pembiayaan pengajian kakaknya dalam bidang perubatan. Marie akhirnya berjaya mendapatkan ijazah, PHD dan seterusnya mendapat Anugerah Nobel Fizik dan merupakan wanita pertama yang menerima anugerah berprestij itu.
3.       Faraday ialah ahli fizik yang menyumbang dalam disiplin eletrik, magnetism dan elektrokimia merupakan seorang saintis yang berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya tukang besi sementara ibunya adalah pembantu rumah. Faraday terpaksa bekerja sambil belajar kerana kekangan kewangan. Tetapi kerana kerajinan bekerja, dia disukai oleh majikannya. Walaupun Faraday tidak mempunyai pendidikan formal tetapi merupakan penyumbang terbesar dalam bidang fizik.
4.      Rupanya tak semestinya saintis pandai dalam matematik. Pada mulanya saya fikirkan saintis wajib pakar dan cemerlang dalam matematik moden dan tambahan tetapi rupanya ada beberapa saintis ini yang tidak mahir dalam matematik dan bergantung dengan kepakaran saintis lain dalam bidang matematik. Apa pun, ia tetap tidak memadamkan kekaguman saya terhadap mereka yang cemerlang dalam 4 subjek iaitu Matematik (moden dan tambahan). Sains, Fizik dan Biologi. Pasti mereka ini orang yang HEBAT!
5.   Peperangan banyak menganggu aktiviti dan kehidupan para saintis terutama saintis berbangsa Yahudi. Namun mereka akhirnya kembali selepas tamat perang. Malah, Albert Einstein pernah ditawarkan jawatan sebagai Presiden Israel yang pertama tetapi ditolak oleh Einstern.

Sesungguhnya semua kemudahan teknologi dan kesenangan yang kita kecapi hari ini adalah hasil kerja keras dan semangat yang tak pernah putus asa dalam meneroka dan berexperimen untuk mencipta teori-teori baru atau menambahbaik teori lama dan menjadikan sesuatu penemuan saintis itu sebagai kemudahan untuk generasi kini. Saya sangat syorkan buku ini dibaca oleh pelajar sekolah untuk memberi inspirasi dan panduan kepada mereka yang meminati bidang ini.


“Berita kematian beratus ribu orang akibat bom atom membuatkan Einstein berasa amat sedih dan menyesal. Kalaulah beliau tahu yang bom atom mampu mengorbankan jiwa sebanyak ini, Einstein tidak akan meminta projek bom atom dilaksanakan. Einstein pun tidak akan memberitahu cara menghasilkan bom atom kepada presiden”. – Einstein (muka surat 186)

Tuesday, 22 February 2022

Book Review - Kemalasan Peribumi Filipina

Tajuk : Kemalasan Peribumi Filipina
Penulis : Jose Rizal (Terjemahan oleh Maryam Zakiah Mohamed Yusof
Penerbit : BiblioPress


Perkataan ‘malas’ ini telah banyak disalahgunakan untuk membawa erti tidak gemar bekerja dan lemah; dan sindiran digunakan untuk menyembunyikan penyalahgunaannya.
Pada kaca mata Orientalis, peribumi Filipna disebut sebagai bukan manusia, bodoh, penakut, pengotor, terlalu merendah diri, sentiasa tersengih tanpa tujuan, berpakaian compang-camping, malas dan berperangai buruk.
Apakah sebab kemunduran ini? Adakah kerana peradaban itu sendiri? Adakah agama para paderi telah mengecutkan otak, melumpuhkan jiwa dan menjadikan manusia haiwan yang ganas sepertimana diceritakan?
Dan persoalan yang lebih besar, benarkah peribumi Filipina pemalas?


Saya telah membaca buku ini dalam masa beberapa jam sahaja (seharian) kerana muka surat tidak sampai 100. Sejujurnya saya tidak pernah tahu tentang sejarah Filipina. Yang saya ‘kenal’ tentang Filipina adalah bahasa mereka kebanyakannya berselang-seli dengan bahasa inggeris melalui drama-drama Filipina yang saya lihat di TV dan kebanyakan mereka memang pandai berbahasa inggeris kerana penjajahan lama ke atas mereka. Dan artikel tentang hidup dan mati kerana petempatan mereka di kawasan kubur yang pernah viral dulu. Sosiologist iaitu Professor Dato' Dr. Syed Hussien Alatas ada mengulas tentang buku Jose Rizal ini bersama-sama dengan buku Tun M berjudul Dilema Melayu dan mengatakan Melayu Malas adalah mitos dan naratif yang diada-adakan oleh bangsa penjajah.

Tetapi melalui buku ini, saya akan berikan sebab-sebab terjadinya 'kemalasan' ini:-
1. Cuaca panas mendorong individu itu menjadi lebih diam dan ingin berehat, sebagaimana cuaca sejuk mengalakkan kita untuk bekerja dan bertindak. Lihat sahaja orang-orang Eropah atau ‘orang putih’ di negeri-negeri tropika, mereka dikelilingi dengan orang-orang suruhan yang ramai. Mereka tidak pernah berjalan kaki, malah untuk membuka kasut pun dilakukan oleh orang suruhan dan untuk perkara yang mudah seperti mengipas pun mereka akan minta orang suruhan untuk lakukan sedangkan mereka dapat makan dan hidup yang baik dan selesa padahal penduduk koloni yang dijajah pula sebaliknya, tidak mendapat makan yang cukup, tidak dapat hidup selesa dan bekerja untuk orang lain kadang-kadang tanpa upah. Ironinya, mereka ini dikatakan MALAS.
2. Kemalasan di Filipina adalah penyakit kronik, namun ia bukan penyakit turun-menurun. Sebelum kedatangan orang Eropah, orang melayu Filipina berdagang dengan begitu pesat, kekayaan melimpah-ruah di pulau-pulau dan terlalu banyak hasil makanan. Hampir semua peribumi Filipina ini mengusahakan tanaman mereka sendiri. Sejarah ketika itu menceritakan tentang industri dan sektor pertanian oleh orang-orang tempatan. Di Pulau Cebu, bekalan melimpah-ruah dengan lombong dan hasil-hasil emas dan dipenuhi oleh orang tempatan. Tempat yang sangat padat dan pelabuhan yang menjadi tempat persinggahan banyak kapal yang datang dari pulau-pulau dan kerajaan-kerajaan berhampiran India. Pada mulanya kedatangan mereka diterima dengan aman, namun perselisihan mula timbul. Kota itu telah dirampas dan dibakar. Api telah menghancurkan bekalan-bekalan makanan yang ada dan kemudian kebuluran mula melanda kota itu yang dihuni oleh 100,000 orang. Sejarawan telah membuktikan bahawa ada aktiviti pertanian oleh orang tempatan.
3. Polisi-polisi yang menyedihkan telah dibuat sehingga menjadikan teruk. Serangan-serangan berterusan oleh lanun-lanun telah mengurangkan bilangan peribumi Filipina. Populasi berkurangan secara medadak. Orang-orang peribumi telah dikerahkan untuk menyiapkan kapal-kapal layar di Sepanyol tanpa diberi makanan. Kerahan tenaga ini berterusan telah menghalang mereka daripada mengusahakan tanah-tanah subur yang dimiliki. Orang-orang peribumi terpaksa meninggalkan keluarga dan lari ke pelusuk hutan untuk mengelakkan dijual untuk dijadikan hamba dan dilayan tanpa 
perikemanusian sehingga mereka mati. Dalam masa kurang 30 tahun, populasi Filipina hanya tinggal 1/3 dan menyebabkan akhirnya orang-orang peribumi ini putus asa.
4. Hasil tanaman yang diusahakan dengan penat-lelah akhirnya akan diambil oleh kerajaan apabila hasilnya dituai menyebabkan kemalasan ini berterusan. Kerajaan gagal dan lemah dalam melawan para penyamun yang merompak hasil peribumi ini. Senjata mereka pula dirampas dan menyebabkan sukar untuk mereka melindungi diri dan harta-benda dari dirompak sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk tidak lagi keluar bekerja, meninggalkan tanaman dan pergi berjudi untuk mendapatkan duit. Bukan sahaja hasil dirompak oleh lanun, hasil mereka juga dirompak oleh kerajaan dengan beban cukai yang tinggi. Maka, tidak ada sebab untuk mereka bekerja jika hasilnya hanya untuk diberikan pada orang lain.
5. Golongan muda telah di brainwash oleh paderi dengan kata-kata seperti, “Kau tidak boleh tahu lebih daripada orang tua ini!”. “Jangan bercita-cita untuk menjadi lebih hebat daripada paderi!”. “Kau ni bangsa yang hina!” “ Kau ni lemah!”. Inilah apa yang selalu diberitahu kepada orang muda dan mereka mengulang-gulangnya berkali-kali sehingga tertanam dalam minda lalu akhirnya mempengaruhi kelakukan mereka. Mana-mana golongan muda yang cuba untuk menjadi lebih akan dikatakan sombong dan melampaui batas malah dihina oleh paderi dengan sindiran yang kasar. Mereka juga tidak digalakkan untuk mendapatkan pendidikan, malah dibebani pula dengan perarakan gereja, tugas-tugas penjawat awan yang dipaksa dan dipaksa membayar rasuah untuk kekal hidup. 

Malang, kita telah di doktrin oleh penjajah dengan ungkapan ‘melayu malas’, ‘melayu mudah lupa’, ‘melayu tak pernah tepati janji dan masa’ dan akhirnya bangsa melayu sendiri yang mengutuk bangsa sendiri dengan kalimah-kalimah ini. Jadi bagaimana yang dikatakan TIDAK MALAS? Bagi orang putih, melayu kena kerja jadi hamba kepada mereka dan hanya mahu bercucuk tanam di tanah mereka sendiri dan terus di LABEL sebagai PEMALAS. Malas adalah sikap individu dan bukannya sikap yang diwarisi turun-temurun memandangkan ada ahli sejarawan sendiri mengesahkan bahawa terdapat aktiviti perdagangan dan sektor pertanian yang pesat sebelum penjajahan bangsa luar di Filipina adalah bukti yang peribumi bukan malas tetapi menolak untuk dipergunakan oleh bangsa luar dan menjadi hamba mereka. Sesiapa pun tidak akan bekerja keras jika segala usaha dan hasil akhirnya pergi ke orang lain yang tidak perlu berusaha sedikit pun dan menikmati kekayaan itu. Keengganan mereka untuk bekerja di bawah kolonial lah akhirnya menjadikan PERIBUMI FILIPINA ini MALAS pada pandangan orang putih. Peribumi malas adalah satu mitos.


“Orang-orang Filipina itu telah diyakinkan bahawa untuk mendapatkan kebahagiaan dia perlu mengetepikan maruahnya sebagai makhluk yang rasional. Dia perlu hadir ke upacara keagamaan, percaya pada apa yang diberitahu, membayar dan menderita dalam diam tanpa bercita-cita. Dia harus terus-meneruskan tidak memahami bahasa Sepanyol, tidak memisahkan diri daripada kelompoknya, tidak bertindak jika diserang mahupun dihina, tidak mempunyai hati, akal mahupun jiwa. Dia hanya perlu menjadi makhluk yang mampu bekerja keras yang mana poketnya penuh dengan emas untuk diambil. Bagi mereka, itulah orang peribumi yang ideal! Namun begitu, atas sebab kekejaman berterusan yang dilakukan ke atas mereka dan kerana manusia itu ada nuraninya masih ada sifat semula jadi, dia bangkit melawan dan bercita-cita. Dia berfikir dan berusaha untuk bangkit, dan bagi penjajah ini satu masalah!” – (muka surat 56)

Monday, 21 February 2022

Book Review - Rembulan Tenggelam Di Wajahmu

Tajuk : Rembulan Tengelam Di Wajahmu
Penulis : Tere Liye
Penerbit : Republika


Bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita, lantas lembut berkata: ”Aku memberikan kau kesempatan hebat. Lima kesempatan untuk bertanya tentang rahasia kehidupan, dan aku akan menjawabnya langsung sekarang. Lima pertanyaan. Lima jawaban. Apakah pertanyaan pertamamu?”. Maka apakah kita akan bertanya: Apakah cinta itu? Apakah hidup ini adil? Apakah kaya adalah segalanya? Apakah kita memiliki pilihan dalam hidup? Apakah makna kehilangan?
 

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama REHAN RAUJANA atau RAY yang sejak kecil tinggal di Panti Asuhan dalam keadaan yang menyedihkan kerana pengurus Panti Asuhan yang dipanggilnya ‘penjaga panti sok suci’ sering memukul dan menghukum para penghuni termasuk Ray sehingga Ray akhirnya membesar dengan jiwa yang memberontak. Para penghuni Panti Asuhan itu telah dipaksa bekerja dan tidak diberikan hak pendidikan oleh Penjaga kerana ketaksuban penjaganya yang bercita-cita naik haji sehingga memaksa anak-anak panti asuhan untuk bekerja bagi mengumpulkan duit untuk dirinya menjejakkan kaki ke Mekah. Ray benci perkara itu…
Namun ketika Ray berusia 60 tahun dan berbaring di rumah sakit kerana menderita penyakit-penyakit yang sedikit-dikit mengurangkan kemampuan Ray, dia didatangi oleh seorang malaikat persis manusia dengan wajah yang lembut dan jubah putih, memberi kesempatan pada Ray untuk menjawab lima soalan hidup Ray sambil menyusuri kisah-kisah hidup Ray dulu.
1.   Kenapa dia dibawa dan dibesarkan di Panti Asuhan yang amat dibenci itu? Kenapa tidak di tempat lain yang lebih baik? Kenapa hidupnya begitu?
2.  Kenapa hidup tidak pernah adil? Kenapa dia tidak pernah melihat wajah kedua ibu bapanya? Kenapa orang baik selalu ditimpa musibah tetapi orang jahat lancar hidupnya? Kenapa?
3. Kenapa tega mengambil isterinya, satu-satunya orang yang memberi dia bahagia?
4.  Kenapa hatinya kosong walaupun dia punya segala-galanya termasuk wang yang banyak, perusahaan yang besar dan Berjaya, tidak perlu berlapar dan bias aja makan apa saja yang dia inginkan. Tapi kenapa masih ada hampa pada hatinya?
5.   Kenapa tuhan tidak segera mengambil nyawanya agar dia bisa bertemu dan berlari bahagia dengan isteri nya? Kenapa dia perlu lalui dari satu kesakitan, ke satu kesakitan yang akhirnya melumpuhkan kakinya dan dia hanya mampu berbaring di atas katil rumah sakit dengan ditemani sahabat yang setia, Jo.

Setiap karakter dalam novel ini adalah berkaitan dengan kehidupan Ray dari saat ibu bapanya meninggal dalam kebakaran, hinggalah saat Ray di hujung nyawa. Setiap perkara baik yang dilalui oleh Ray, adalah balasan atas perkara buruk yang menimpa Ray pada waktu dahulu. Setiap terjadi, ada sebab dan jawapannya. Setelah membaca buku ini, kita akan belajar tentang nilai ikhlas dan bersyukur dengan setiap perkara yang terjadi dan belajar untuk berdamai dengan takdir. Hidup kita tidak berkisar tentang diri kita sahaja, tetapi sedikit atau banyak memberi impak terhadap orang sekeliling kita sama ada orang itu kita kenal atau pun tidak kerana kita hidup saling bergantungan. Satu penceritaan yang rumit tapi mampu digarap dengan sangat baik oleh Tere Liye. Yang seperti biasa, tak pernah mengecewakan.
 

"Kalau tuhan menginginkannya terjadi, maka sebuah kejadian pasti terjadi, tidak peduli seluruh isi langit-bumi bersekutu mengagalkannya. Sebaliknya, kalau tuhan tidak menginginkannya, maka sebuah kejadian niscaya tidak akan terjadi, tidak peduli seluruh isi langit-bumi bersekutu melaksanakannya." - (muka surat 213)

"Ketika kau merasa hidupmu menyakitkan dan merasa muak dengan semua penderitaan maka itu saatnya kau harus melihat ke atas, pasti ada kabar baik untukmu, janji-janji, masa depan. Dan sebaliknya, ketika kau merasa hidupmu menyenangkan dan selalu merasa kurang dengan semua kesenangan maka itulah saatnya kau harus melihat ke bawah, pasti ada yang lebih tidak beruntung darimu. Hanya sesederhana itu. Dengan begitu, kau akan selalu pandai bersyukur.” – (muka surat 416 – 417)

Sunday, 20 February 2022

Netflix Review - Inventing Anna

Tajuk : Inventing Anna
Genre : Based on True Story



I was accidently watch this series with my family.. 1 episode je, then sambung lagi next episode dan marathon the whole day and ignored everything around me just to watch Julia Garner played as Anna Delvey. Mula-mula rasa annoying dengan muka narcissist dia tapi lama-lama suka tengok dia sebab dia cute.

Inventing Anna, about the con artist inspired by the story of Anna Sorokin or better known as Anna Delvey. This series based on true story and articles from journalist, Jessica Pressler " How Anna Delvey Tricked New York's Party People". Anna awaits trail for stole a private jet, and bilked banks, hotels and associates out of about $200,000. She did attempted to secure $25 million fund to create an exclusive arts club. She deceived Manhattan's elite into believing she was a German heiress worth $60 million euros.

Oh well.. let's proceed with the conclusions:-
1.  At first I was so annoying with the overacting 'memek muka' journalist. Towards the end of the story pun still tak berapa berkenan dengan dia punya character. Tak sure sama ada the real Vivien Kent macam tu atau tidak
2. RACHEL WILLIAM WAS A VICTIM. Tapi kenapa netflix or kawan-kawan termasuk journalist treat dia macam dia pula scammer? Dia lalui trauma dan nighmare selama menunggu Anna bayar balik hutang card syarikat dan almost hiilang kerja. They shouldn't treat her like someone who betrayed her friend. Anna plan to manipulated kawan-kawan dan fulfill impian dia untuk ke Morocco but unfortunely, Rachel je yang ada masa tu. Nasib baik photographer ada selamatkan Rachel.
3. Anna & the whole shows macam keep telling us that Anna is a smart & brilliant. What smart and brilliant? Anna betrayed everybody she ever met and I believe she a sociopath. and last-last dia sendiri percaya dengan pembohongan diri dia sendiri, macam lawyer Mr. Todds cakap kan. She is literally a surly, disagreeable, unattractive and not nearly as smart as she thinks she is.
4. Suka part Anna & bf Neff masa diorang pursue Neff untuk tinggalkan benda yang buang masa dan kejar cita-cita. Betullah tu.. kalau termenung dan mengira burung lalu depan kita setiap hari tanpa bergerak seinci pun, baik tak perlu ada impian. Cuma sekadar habiskan masa & space di bumi yang makin sempit ni je dan baik tanam cita-cita nak mati lebih awal.
5. I puji Anna sebab tak kikis dan mengharapkan duit lelaki, macam si Simon yang tipu perempuan for his lifestyle tu. Tu scammer tak ada maruah!



I need to blog this to get this out off my chest because I hate people with narcissistic symptom. 3 stars for this series. Nah, enjoy the real Anna Delvey's real photos from google







Wednesday, 16 February 2022

Book Review - Tamadun Mongol

Tajuk : Kitab Tamadun Mongol
Penulis : Amir Asyraf Alwi
Penerbit : Patriots Publishing


Kitab Tamadun Mongol membawa pembaca menyusuri kembali bangsa pemanah berkuda ini dengan dipecahkan menjadi 4 bahagian iaitu bahagian 1 tentang Sejarah, bahagian 2 tentang Tradisi, bahagian 3 pula tentang tokok dan peristiwa dan bahagian terakhir iaitu kejatuhan Tamadun Mongol. Buku ini mengandungi 492 muka surat bermula dengan penghargaan dan akhir sekali bibliografi. Kandungan dan penceritaan ditulis dengan penulisan yang ringkas dan mudah difahami dan cara penceritaan yang menarik tetapi terdapat banyak kesalahan ejaan. Sangat sesuai untuk mereka yang minat tentang sejarah islam dan bidang agama.

Penjajahan dan penaklukan Mongol berlaku pada sekitar abad ke-13 meliputi sebahagian besar wilayah Eurasia. Para sejarawan menganggap kebangkitan Mongol yang menyumbang kepada banyak kemusnahan tamadun-tamadun penting  sebagai salah satu episode paling dasyat dalam sejarah.  Mongol adalah kuasa besar utama yang pernah dilihat dunia, bukan hanya kekuatan secara kasar semata-mata tetapi Mongol juga adalah sebuah kerajaan yang besar dari segi ukuran tanahnya. Tentera Mongol mampu menunggang kuda melintasi rumput Siberia yang sangat sejuk dan padang pasir Arab yang panas terik. Mereka menunggang kuda dengan begitu mudah, semudah mereka melancarkan serangan tentera laut.


Di bawah ini saya ringkaskan tentang Tamadun Mongol:-
1.    Pengasas Mongol ialah Genghis Khan atau nama asalnya Temujin. Bapanya, Yesukhei dibunuh oleh suku Tatar yang merupakan seteru. Pada usia 16 tahun, Genghis Khan berkahwin dengan Borte dan tidak lama kemudian Borte telah diculik oleh suku Merkit selama hampir setahun. Dia Berjaya menyelamatkan Borte dan semasa diculik, Borte telah melahirkan anak pertama, Jochi dan menimbulkan keraguan orang ramai tentang status anak itu tetapi Genghis marah dan menyebut sebanyak tiga kali bahawa Jochi adalah anak sulungnya. Borte kemudian melahirkan empat orang anak lelaki lagi.
2.    Mengabungkan taktik ketenteraan yang licik, Temujin membalas dendam kematian bapanya dengan cara yang sangat kejam. Kemudian selepas kemenangan demi kemenangan Temujin, para ketua suku-suku lain setuju berdamai dan mengistiharkan Temujin sebagai Genghis Khan iaitu Penguasa Sejati. Genghis Khan meninggal dunia pada tahun 1227 dan sebab kematiannya dikatakan kerana terjatuh dari kuda akibat keletihan yang melampau.
3.   Pentadbiran di bahagi kepada empat bahagian untuk anak-anak Genghis Khan sebelum kematiannya. Tampuk pemerintahan diberikan kepada Ogedei iaitu anak ke dua yang menguasai sebahagian besar Asia Timur, termasuk China. Empat bahagian dipecahkan kepada Dinasti Yun, Kekhanan Chagatu, Ilkhamid dan Ulas Jochi.
4.  Tentera Mongol dikatakan sebagai tentera kejam namun semasa Genghis Khan hidup semua hukuman dilakukan hanya semasa kempen di tengah-tengah medan perang. Tahanan dibunuh dengan cara penuh kemanusiaan dan tidak dilakukan terhadap orang awam. Namun hukuman mati ini menjadi teramat kejam selepas kematian Genghis Khan.
5.  Penaklukan Mongol diyakini menjadi punca utama tercetusnya wabak Bubonik iaitu Kematian Hitam di sebahagian besar Eropah dan menjadi penyumbang utama penurunan populasi manusia di Eropah. Pada kemuncaknya, wabak Kematian Hitam bertanggungjawab di atas 75 hingga 200 juta kematian di Euroasia dan membunuh 30 – 60% populasi Eropah dan kira-kira separuh daripada populasi China. Ia menjadi salah satu malapetaka paling dasyat dalam sejarah.
6.  Pada tahun 1237, Mongol dipimpin oleh Batu Khan menyerang Rus dan membunuh penduduk, menjarah dan membakar Kota Ryazan, Kolumna, Moscow, Vladimir, Tver dan semua kota utama Kievan Rus dan berlanjutan sehingga tahun 1242. Selepas hentaman dasyat buat Rusia, Rusia memerlukan masa 100 tahun untuk pulih sepenuhnya.
7.  Projek-projek pembinaan dan infrastruktur awam giat dilaksanakan mereka semasa kemuncak kegemilangan pemerintahan antaranya ialah projek perluasan Terusan Besar kearah Beijing, pembinaan bangunan-bangunan di ibu-ibu kota, dan istana serta pembinaan rangkaian lebuh raya yang dilengkapi dengan sistem pos berstesen. Tamadun Mongol juga pertama sekali memperkenalkan sistem passport untuk pelawat luar yang masuk ke Mongol. Marco Polo ada mencatatkan tentang sistem passport tersebut di dalam bukunya.
8.     Pertempuran Ain Jalut dikenang kerana ia merupakan salah satu permulaan awal kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Mongol
9.    Hulagu Khan telah meninggalkan Baghdad sebagai sebuah kota yang hancur dan berpenduduk tetapi tidak punya keupayaan, sumber daya dan kemahiran untuk bangkit kembali. Kematian dianggarkan seramai 90,000 paling sedikit atau sejuta penduduk termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi semuanya ditetak, ditusuk dengan pedang atau dipukul hingga mati. Setiap bangunan yang menjadi simbol kemegahan di Kota Baghdad termasuklah masjid, istana, bazaar dan pusat pendidikan, semuanya musnah sama sekali termasuk perpustakaan yang terkenal dan terbesar di dunia iaitu Baitul Hikmah. Ratusan ribu teks ilmu, manuskrip dan buku sains yang tidak ternilai harganya dilemparkan bagaikan sampah ke dalam sungai, ada yang mengatakan buku-buku ini dilonggokan di antara sungai dengan tebing untuk dijadikan jambatan tentera Mongol untuk penunggang kuda menyeberangi sungai melalui jambatan buku-buku itu.
10.   Beberapa saintis yang terbaik muncul dari era Mongol termasuk Guo Shoujing dan Zhu Shijie. Orang Mongol juga menghasilkan calendar yang sangat tepat.


Membaca Kitab Tamadun Mongol dan Tamadun-tamadun lain, membuatkan saya bersyukur kerana lahir pada zaman moden dan tidak perlu menghadapi perang untuk menyaksikan orang-orang yang ingin berkuasa, mendapatkan kuasa dan tanah jajahan melalui pertumpahan darah. Kaum lelaki wajib pergi berperang dan berkhidmat untuk negara seumur hidup dan meninggalkan keluarga, anak-anak serta orang tersayang untuk berbakti. Manakala orang awam pula hidup dalam ketakutan menghadapi kekalahan dan pencerobohan oleh bangsa lain untuk merampas segala-galanya yang menjadi milik kita atau dibawa lari untuk dijadikan hamba atau... mati dibunuh tanpa belas kasihan. Bayangkan...


Mereka bahkan mengambil lemak mayat dari orang yang mereka bunuh lalu ia dicairkan sebelum dilemparkan ke mana-mana bangunan dan di mana saja api menyentuh lemak itu, api yang terbakar darinya hampir tidak boleh dipadamkan

Monday, 14 February 2022

Ahad Di Petrosains, The Discovery Centre. KLCC

Assalamualaikum...
How's your weekend, peeps?

Alhamdulillah penantian 2 minggu untuk anak-anak ku akhirnya berakhir. Hari-hari counting day + tiba-tiba si Abang boleh pula demam hari jumaat. Buat Self Test Covid hari sabtu, alhamdulillah negative. Malam sabtu, si Adik dah pesan bangun pukul 8 pagi sebab nak kena bertolak pukul 11 pagi 😅

Petrosains... here we come!

gambar google sahaja

Kami sampai 30 minit awal jadi kami minum-minum dulu di foodcourt KLCC dan tepat jam 12pm kami sampai depan Petrosains. Senang je tak perlu beratur, terus barcode yang kita save untuk di scan. Then terus masuk.

Masuk-masuk terus bergambar dan buat video juga sebab cantik




Section pertama ialah Maker Studio. Maaf saya lupa nak ambik gambar section ni. Banyak ambil short video untuk Instastory sahaja. Agak lama kami di sini memandangkan si Adik sangat gemar dengan arts. Pasrah bila dia insist nak habiskan lukisan untuk ditukar menjadi animasi. Saya turut membantu dengan harapan cepat sikit siap dan si Abang pula buat origami, walaupun bila siap origami tu.. beliau complaint yang ekor nya hodoh.


Next section adalah Oil Platform. Mungkin para pekerja atau isteri-isteri mahupun para gf yang suami/boyfriend bekerja offshore atau yang yang berkaitan dengan Oil & Gas akan teruja dengan section ini.
Tempat yang ada kaitan dengan petani dan pekebun takde ke eh?




Selepas Oil Plantation, kami ke section Speed pula. Kat sini ada Petronas F1 dan pelbagai pameran dan aktiviti yang kita boleh cuba berkenaan dengan kelajuaan di sini. Seronok sebab boleh try macam-macam game. Banyak video saya ambil sini







mencuba kelajuan balingan kita

Selepas section SPEED, kami melalui Molecule Cafe dan singah sebentar untuk melayan anak-anak makan kek dan minum air. Anak-anak kata kek sedap dan kami makan ber-view kan pemandangan bangunan-bangunan sekitar KLCC. Cantik..  dan nampak 'panas' di bawah sebab cuaca panas semalam (what are you trying to said huh?😂)


Kemudian kami ke tingkat atas iaitu Molecule Nano World dan berjalan sambil membaca fakta-fakta tentang molukel-molukel seperti zarah, atom, ketumpatan dan sebagainya.. ada beberapa bahagian experiment yang boleh di cuba berkenaan dengan ketumpatan zarah-zarah dan lain-lain. Selain itu, section ini sangat cantik dan instagram friendly. Tetapi maaf saya dah tua too pose for instagram. Anak-anak pun tak minat ber foto, mereka lebih excited nak explore.



Next, kami explore angkasa lepas dan planet-planet pula di section SPACE. Si Adik sangat suka dengan SPACE dan banyak buku-buku dan module planet-planet yang kami beli untuk dia sempena birthday malah biliknya juga masih terdapat lukisan-lukisan planet yang dia sendiri lukis. Kami juga beli teropong ke angkasa yang berharga beratus untuk dia dan dia pernah bercita-cita menjadi jurutera NASA tapi itu semua masa dia darjah 1 😂. Sekarang cita-cita dan minat sudah berubah...





Merasa pengalaman ribut di planet Marikh. Tapi saya rasa kuat lagi kipas kat kenduri yang besar size 3XL tu 😂. Apa pun tetap seronok dan saya suka video ni sebab saya nampak kurus dan slim


Perjalanan seterusnya ke dalam TIME TUNNEL. Membayangkan kita hidup di zaman serba canggih dan menggunakan sepenuhnya sains serta teknologi untuk memudahkan kehidupan kita. Terdapat robot yang boleh berkomunikasi tapi tidak secara langsung. Ada 1 insiden apabila robot tersebut menyebut "hey.. siapa kamu di sana..." sambil menunjuk ke arah si Adik dan si Adik terkejut. Kami termasuk pengunjung di sana ketawa sebab adik terpinga-pinga dan malu. Rupanya robot tu telah di set bukan berkomunikasi secara langsung.
Secara peribadi, saya tidak menyokong kehidupan kita di ambil alih oleh teknologi sepenuhnya. Ada sesetengah perkara memang kita perlukan sistem yang berteknologi dan menyenangkan kita contoh seperti parking yang menggunakan sepenuhnya cashless. Tetapi tidak robot-robot yang akan mengambil alih peluang pekerjaan dan mengakibatkan masalah pengangguran. 





Seterusnya, kami ke PALEO TO PETROLEUM persis berada di zaman Dinosour







Ada 2 section lagi yang saya lupa untuk ambik gambar iaitu SCIENCE STATION dan SPARK2. Kami berada di sini selama 2 jam dan paling penting, anak-anak happy.

Bawah ni saya share harga tiket

Jika tak silap saya, Petrosains akan upgrade dan buka beberapa lagi section dan aktiviti nanti. Bolehlah bawa anak-anak explore dunia sains di Petrosains. Harga tiket pun tak mahal dan masih harga mesra rakyat.
Saya seorang yang suka explore, jadi saya berbesar hati dan willing to spend untuk anak-anak explore bersama saya dari mereka explore bersama kawan-kawan nanti kerana masa kami kecik dulu pun ayah kami rajin bawa kami berjalan-jalan Kuala Lumpur walaupun kami tak punya kenderaan dan hanya menaiki bas atau teksi. Banyak kenangan membesar berjalan bersama-sama mak ayah dan terutamanya adik saya dan sangat hargai kenangan itu. 

Jadi saya mahu repeat kenangan itu bersama anak saya dan bye...



Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...