Followers

Tuesday, 30 August 2022

Ulasan Buku - Di Situ Langit Dijunjung

 
Tajuk : Di Situ Langit Dijunjung
Penulis : Hanna Alkaf (Penterjemahan oleh Fahmi Mustaffa)
Penerbit : FIXI
Genre : Historical Fiction


Terjemahan novel bestseller antarabangsa THE WEIGHT OF OUR SKY.

Tarikhnya Mei 13, 1969. Melati Ahmad sepertinya seorang gadis berusia 16 tahun yang sering kita jumpa – meminati filem dan obses dengan kumpulan muzik The Beatles. Tapi Melati lebih dari sekadar itu; dia percaya bahawa tubuhnya adalah tempat tinggal kepada Jin yang memberi bayangan-bayangan kematian ibunya sebagai satu bentuk ugutan. Hanya apabila keperluan Jin dipenuhi, barulah semua bayangan ngeri akan lenyap.

Niat awal untuk menonton filem selepas sesi persekolahan tamat berubah menjadi sebuah mimpi ngeri. Kuala Lumpur menangis dengan darah dan jerit- pekik dalam satu rusuhan kaum antara Cina dan Melayu.

Air mata dan peluh menitis tiap derap di jalanan, mengharung Kuala Lumpur yang bergegar. Mel dirundung kesedihan tak terjelaskan. Langkah diderap semakin kencang mengejar ibunya. Tetapi Jin yang bijak dan kejam, oh, ia penuh dengan helah dan tipu daya!


SINOPSIS:
Buku ini berlatarbelakang kehidupan pada 1969 iaitu ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Setahun selepas peristiwa berdarah 13 Mei, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatannya. Buku ini bertemakan tentang nilai kemanusiaan tanpa mengira kaum dan agama, tentang kekeluargaan, persahabatan dan juga tentang penyakit mental.

Melati hidup bersama-sama dengan mama yang merupakan seorang jururawat yang bertugas di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Mereka tinggal berdua di sebuah kawasan Melayu di Kampung Baru dan bersahabat baik dengan rakan sekelasnya, Safiyah. Bapanya adalah seorang anggota polis yang telah gugur ketika diarah bertugas ke Pulau Pinang bagi mengawal rusuhan Hartal di Pulau Pinang pada tahun 1967. Semenjak itu, hidup Melati tidak lagi ceria dan bahagia seperti dulu. Melati telah dikuasai oleh Jin yang sentiasa membisik-bisikkan kata-kata yang melemahkan semangatnya. Saban waktu mama beriktiar membawa Melati berubat di merata tempat namun ‘sakit’ Melati tak pernah kurang, malah bertambah pula.

Pada 13 Mei yang cerah, Melati dan Safiyah ke Petaling Street untuk menonton wayang. Namun, keceriaan Safiyah dan keamanan yang selama ini mereka berdua kecapi telah dirobek oleh rusuhan kaum 13 Mei yang menjadi sebuah peristiwa hitam dalam lipatan sejarah Malaysia. Peristiwa itu telah memisahkan Melati dan Safiyah buat selama-lamanya. Peristiwa itu juga telah menemukan Melati dengan keluarga dari bangsa cina yang membantunya sepanjang dia terperangkap ketika darurat. Tiada khabar berita tentang mama. Jin dalam fikiran Melati pula berhempas-pulas menghasutnya, membayangkan dalam mindanya kematian-kematian mama dengan pelbagai rupa ngeri dan tanpa putus-asa, Jin cuba melemahkan dan mengawal jiwa Melati. 


REVIEW:
Melati mengidap OCD dan Anxiety Disorder yang pada waktu, adalah satu bentuk penyakit yang masyarakat akan simpulkan sebagai GILA kerana tiada lagi pendedahan tentang masalah mental. Tidak ada rawatan khusus melainkan kebanyakan masyarakat percaya dengan kepercayaan tahyul iaitu rawatan bomoh. Kewarasan dan minda Melati telah dikuasai oleh satu bisikan yang Melati percaya ia adalah Jin. Jin cuba melemahkan semangat Melati ketika menghadapi kekalutan dan ketakutan. Jin cuba sedaya upaya menghentikan setiap langkah-langkah berani Melati. Jin memaksa Melati untuk terus mengira tiga, tiga dan tiga apa sahaja yang ada di depan mata dan mengetuk-ngetuk jari tangan dan jari kakinya untuk kepuasan Jin.

Saya hampir gagal menghabiskan buku ini dek kerana fakta sejarah yang pada pendapat saya, tidak tepat dan agak berat sebelah. Kegagalan saya untuk terus tenang setiap kali membaca tentang kegiatan Melati yang mengetuk-ngetuk jarinya setiap masa serta bisikan-bisikan jahat Jin yang terus-terusan menguasai minda Melati. Namun apabila Melati berjaya berlawan dengan bisikan jahat Jin untuk melemahkan semangatnya dan mengikut kata hatinya, saya jadi bangga dan gembira sehingga mengharapkan Melati pada akhirnya dapat terus menyingkirkan Jin dari minda buat selama-lamanya. Penulis berjaya mengacau-bilaukan mood pembaca dalam babak antara Jin dan Melati, itulah yang saya alami sepanjang pembacaan ini.

Mengenangkan buku ini adalah NOVEL DAN FICTION, maka saya perlahan-lahan terus membaca walaupun mengambil masa agak lama untuk menghabiskan buku yang saya kira agak berat ini. Penulis menonjolkan sisi baik bangsa Cina sebagai watak ‘hero’ dan membantu kaum lain walaupun dikatakan sebagai bangsa pendatang

Penulis membiarkan pengakhiran novel ini tergantung begitu sahaja. Penulis tidak menggunakan platform ini untuk menonjolkan gambaran sebenarnya Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa yang harmoni selepas peristiwa tersebut. Malah, saya rasa tajuk buku ini kurang sesuai dengan buku ini.

3 ⭐⭐ untuk Di Situ Langit Dijunjung.

Monday, 29 August 2022

Pesta Buku Merdeka di Sungei Wang Plaza

Hi, Assalamualaikum....

Pada hari sabtu 27hb Ogos 2022, saya berkesempatan untuk mengunjungi dan memeriahkan Pesta Buku Merdeka di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Pesta Buku Merdeka ini adalah anjuran bersama Bibliophile, Biblio Press, Rabak-Lit dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia  bermula 25 Ogos sehingga 31 Ogos 2022Sebanyak 39 pempamer yang menyertai pesta buku kali ini. 



Saya tiba lebih kurang jam 4 petang dan hari sudah mulai hujan. Keadaan dalam Pesta Buku tersebut tenang dan pengunjung tidak terlalu ramai. Sangat berbeza dengan suasana PBAKL2022. Pada saya, suasana sebegini memudahkan saya melihat, membelek dan membeli buku-buku yang saya inginkan.

Di sini saya sertakan beberapa gambar-gambar yang sempat saya rakam di Pesta Buku Merdeka yang masih berlangsung sehingga rabu - 31 Ogos ini.









Jika anda mencari buku-buku terapi dan self-healing, anda boleh dapatkan di reruai Whitecoat.

Selain dari menjual buku, penganjur juga menjemput beberapa orang penulis dan pengiat seni untuk memeriahkan pentas Pesta Buku Merdeka ini dengan berkongsi pendapat, pandangan dan ulasan berkenaan dengan buku.


Mulanya saya tidak pasti siapa di hadapan saya kerana saya memakai contact lens yang agak kabur. Semestinya suami saya juga tidak tahu. Tetapi apabila saya terdengar Encik Moderator menyebut nama NAMI, maka saya agak-agak di hadapan saya ini ialah penulis Nami Cob Nobbler iaitu penulis buku fiction terkenal Awek Chuck Taylor yang sedang berkongsi pandangan tentang buku-buku tulisannya di pentas Pesta Buku Merdeka.


Dalam banyak-banyak reruai, saya sangat tertarik dengan reruai penulis 'My Journey By Bus', Mr. FuFu. Saya membeli 1 set poskad gambar bas mini Kuala Lumpur di reruai ini. Terdapat juga poskad gambar-gambar bas mini dari pelbagai negeri lain serta tiket-tiket bas mini yang pernah digunakan di Malaysia.

Mungkin satu hari nanti jika diizinkan Tuhan, semoga saya membeli buku My Journey By Bus. Buku  tentang travelog perjalanan kembara dari Perak, Penang, Perlis dan Kedah dengan hanya menaiki bas. Dalam buku tersebut ada gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan, maklumat-maklumat dan kenangan-kenangan yang dialami oleh penulis sepanjang journey itu.


Saya sertakan peta reruai di Pesta Buku Merdeka untuk memudahkan anda mencari reruai yang ingin anda kunjungi.


Semasa kami di sana terdapat juga Kopi Expo di ruang legar Sungei Wang Plaza. Ada beberapa jenis gerai kopi dengan pelbagai perisa termasuk matcha. Saya juga mengambil peluang membeli secawan kopi hazelnut caramel di salah satu gerai di situ. Tetapi, kopi expo ini hanya diadakan pada hari minggu sahaja.



Akhir sekali, saya gembira kerana masih berpeluang untuk menyertai Pesta Buku Merdeka kali ni walaupun hanya sebagai pengunjung dan pembeli. Suasana yang tenang dan tidak perlu bersesak membolehkan saya membelek satu persatu buku-buku yang menarik. Pesta ini sesuai untuk sesiapa yang mungkin ada masalah dengan kesesakan dan suasana hiruk-piruk yang mungkin akan menganggu focus dan mental.

Mungkin faktor cuaca yang kerap hujan apabila petang, jalan jem akibat penutupan jalan-jalan di Kuala Lumpur kerana raptai perbarisan untuk menyambut hari Merdeka nanti dan gap antara PBAKL dan Pesta Buku Merdeka yang agak hampir tarikhnya antara punca  'kekurangan' pengunjung kali ini. Saya juga hanya membeli 2 buah buku sahaja memandangkan banyak buku telah saya 'borong' ketika PBAKL tempohari.

Namun begitu, itu bukan alasan untuk saya tidak mengunjungi Pesta Buku Merdeka kali ini. Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan ke PBAKL2022, minat buku, dan tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, sila hadir ke Pesta Buku Merdeka di Sungei Wang Plaza ini. Pesta ini akan terus berlangsung sampai 31 Ogos 2022 hingga 10 malam.  Bawa anak-anak datang 'berpesta' Merdeka di Jumpa, Sungei Wang Plaza. Jumpa anda di JUMPA!


Anda boleh kunjungi twitter Bibliophile  atau facebook mereka di SINI untuk mendapatkan info yang lebih details berkenaan dengan Pesta Buku Merdeka.

Friday, 26 August 2022

Memorial Tunku Abdul Rahman Putra

Hi, Assalamualaikum....

Dah lama tak review tempat-tempat menarik sebab anak dah start busy dengan sekolah dan pelbagai aktiviti di sekolah. Maklumlah sudah masuk tahap 2. Hanya sabtu dan ahad untuk berehat, jadi kalau kami keluar pun cuma sekadar pergi cari tempat makan yang menarik atau sekadar memenuhi craving atau ke mall. Dan sudah tentu saya akan mencari peluang untuk berkunjung ke Kinokuniya, MPH atau Popular untuk beli sebuah dua mahupun tiga buku untuk koleksi mini library saya.

Berbalik pada tajuk, pada hari ahad tempohari saya berkesempatan untuk pergi ke Memorial Tunku Abdul Rahman yang terletak di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Idea untuk ke Memorial Tunku Abdul Rahman datang semasa saya membaca buku Tunku: Kelana Penuh Cinta. Perasaan untuk rasa lebih dekat dengan Tunku membuatkan saya terus ke Bangunan Residensi yang pernah didiami oleh Tunku Abdul Rahman sejak tahun 1956 hingga 1970. Memandangkan bulan ini ialah bulan kemerdekaan, baik juga saya bawa anak saya untuk merasai feeling Merdeka yang lebih real dan mengenali siapa BAPA KEMERDEKAAN yang telah berjasa kepada negara kita ni.

Sedikit info tentang Memorial Tunku Abdul Rahman:
Memorial Tunku Abdul Rahman Putra telah dibuka pada 10 November 1994 sebagai memperingati dan mengenang jasa Tunku dan sumbangan-sumbangan beliau kepada Malaysia. Bangunan ini berusia 120 tahun dan masih mengekalkan bentuk asal dan susun aturnya. Masuk adalah percuma. 

Dibuka setiap hari selasa - ahad pada pukul 9 pagi - 5 petang kecuali hari Isnin.
Jumaat ada break sekejap 12 tengahari - 3 petang




Kereta Cadillac Fleedwood 1959 ini adalah kereta rasmi Perdana Menteri ketika Tunku berkhidmat sebagai PM

Sebaik sahaja kami sampai, kami telah di 'jemput' oleh Cadillac Fleedwood iaitu kereta rasmi Perdana Menteri di hadapan Memorial. Sebelum ini, terdapat sebuah lagi kereta berwarna merah iaitu kereta yang Tunku naiki ketika berarak untuk pengumuman merdeka di Padang Banda Hilir (kini dikenali sebagai Dataran Pahlawan), Melaka tetapi ketika lawatan kami tempohari, kereta itu tidak ada di situ.


Seterusnya kami terus ke pintu masuk dan berbual sebentar dengan staff yang menjaga memorial ini. Menurut staff tersebut, semenjak covid tempat ini tutup pada pukul 430 petang tetapi oleh kerana kami sampai pada pukul 4petang, maka staff terbabit memberi extra masa untuk kami. Terima kasih, Encik-saya-lupa-nama.



Bahagian luar pintu masuk terdapat banyak gambar-gambar Tunku sebelum dan selepas Merdeka. Di sini sahaja saya sudah dapat rasa 'dekat' dengan Tunku, Bapa Kemerdekaan yang amat disayangi oleh rakyat Malaysia satu ketika dulu.

Untuk memudahkan pelawat (supaya tidak pening), tempat ini dibahagikan mengikut tema. Setiap aras, ada tema tertentu. Di aras pertama, tema ialah Kemerdekaan. Jadi segala tentang perjalanan Tunku untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu dan sewaktu Merdeka ada di aras ini.

Selain gambar-gambar dan info tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku, terdapat juga barang-barang kenangan yang pernah digunakan oleh Tunku sewaktu peristiwa-peristiwa tersebut. Antaranya ialah pen untuk menandatangani memo/surat/perjanjian kemerdekaan, dokumen, baju dan pelbagai hadiah.


Meja kerja Tunku



18 Januari 1956 - Rombongan Persidangan Malaya Merdeka diadakan di Lancaster House, London. Persidangan ini dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan perikatan dan wakil-wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British.
Mereka ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Ismail, Kolonel H.S. Lee, Tan Sri T.H. Tan, Tan Sri Bahaman Shamsudin, Dato' Panglima Bukit Gantang Hj Abdul Wahab, Dato' Nik Ahmad Kamil, Tun Abdul Aziz Majid dan Dato' Mohd Seth Mohd Said.




Kita ke bahagian 2 pula iaitu tema Falsafah/konsep Tunku dan Biografi Tunku. Secara peribadi, saya sukakan ruang ini kerana ruang ini adalah ruang yang dekat dengan Tunku. Ruang yang menceritakan tentang diri Tunku, minat Tunku dengan sukan berkuda dan bola sepak, segala pingat-pingat dan kebesaran milik Tunku juga dipamerkan di ruang ini. Terdapat juga gambar-gambar Tunku dan isteri Tunku, Tun Sharifah Rodziah Barakbah serta gambar-gambar santai Tunku di sudut sebelum pintu keluar. Juga terdapat artikel dan keratan surat khabar lama tentang berita kematian Tunku.

Tunku meninggal pada 6 Disember 1990 ketika berusia 87 tahun (7 bulan selepas kematian Tun Hussien Onn - Perdana Menteri Ke-3 - Bapa Perpaduan). Terasa tersentuh hati apabila membaca keratan-keratan akhbar lama berita tentang pemergian Tokoh kesayangan seluruh rakyat Malaysia ini. Ketika itu, saya berusia 7 tahun malangnya saya tak pernah ingat pun tentang susuk Tunku yang saya pernah lihat 'hidup' di kaca TV. 




Semasa hayat Tunku, Tunku pernah menulis skrip untuk filem Melayu bertajuk Mahsuri dan Raja Bersiong. Kedua-dua filem ini bertemakan lagenda tentang negeri Kedah. Tunku juga telah mengeluarkan belanja yang agak besar untuk filem Raja Bersiong dan menggunakan khidmat pengarah dari negara luar tetapi sayangnya filem itu gagal mendapat sambutan.

Kasihan Tunku.. Kalau saya sudah wujud ketika itu, semestinya saya akan datang untuk support filem Tunku walaupun mungkin saya akan menguap-nguap 😂 (kerana bukan genre yang saya minat). 

Salah satu gambar kenangan Tunku yang dipamerkan. Gambar ini Tunku bersama dengan Allahyarham Tan Sri Datuk P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Datin Saloma. Ketiga-tiga mereka adalah permata berharga yang Malaysia pernah miliki. Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi.




Sebak apabila menatap sisipan surak khabar ini

Di aras ke-3 pula saya simpulkan sebagai ruang terbuka tentang rumusan kehidupan Tunku selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan ruang penghargaan (ada penerangan di situ tetapi saya lupa membacanya). Di ruang tengah pula adalah tentang penyertaan Tunku bersama akhbar The Star, PERKIM dan OIC. Semua ini adalah pembabitan Tunku selepas Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1970.





Ok settle ruang dalam, di luar pula terdapat Plaza Ukiran Granit Hitam dengan ukiran imej Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika melaungkan 'Merdeka' dan nota-nota kronologi Tunku Abdul Rahman yang dipacakkan di kiri dan kanan ukiran imej tersebut. Ada 2 granit hitam, satu di aras 2 dan satu lagi di aras 3 tetapi kami cuma mampu ke aras 2 sahaja. 



Lawati kami ini singkat sahaja kerana boleh dikatakan semua yang terdapat di sini ada dalam buku Tunku: Kelana Penuh Cinta terbitan IBDE. Jadi bolehlah saya terangkan dengan ringkas dan cara yang lebih menarik kepada anak saya, untuk memupuk semangat kecintaan kepada tanahair.


Ketika kami sampai, tempat ini sangat sunyi. Hanya ada 2 keluarga (termasuk kami) yang datang ke sini ketika itu. Parking juga mudah, kami hanya meletakkan kenderaan di hadapan Memorial ini. Cuma sedihnya di aras 2 ada beberapa sudut yang malap tidak berlampu dan suram. Ia menyukarkan pelawat untuk membaca info yang terdapat di situ. Audio visual yang terdapat dalam memorial ini pula, semuanya tidak berfungsi. Memang ada yang rosak, tetapi ada juga yang mungkin ditutup awal kerana masa sudah tamat. Apa pun, diharap pihak pengurusan cepat-cepat baiki dan boleh berfungsi semula.

Marilah bawa anak-anak ke sini untuk mereka kenal tokoh dan insan yang telah banyak berjasa kepada negara kita. Ia sangat penting supaya anak kita lebih menghargai tanah air sendiri dan bercita-cita untuk menyambung legasi berbakti kepada tanahair, bangsa dan agama.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!



Tuesday, 23 August 2022

Ulasan Buku - Tunku: Kelana Penuh Cinta

Tajuk : Tunku; Kelana Penuh Cinta
Penulis : Kobkua Suwannathat-Pian (Penterjemahan oleh Mardhiyyah Abadan)
Penerbit : IBDE
Genre : Non-Fiction


Siang hari 31 Ogos 1957, laungan keramat “Merdeka” tujuh kali menggegarkan lapangan Stadium Merdeka: Peristiwa bersejarah pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu dihadiri sekitar 20 ribu orang, namun hanya, satu susuk paling menjadi tumpuan: Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

Banyak buku telah meriwayatkan kehidupan Tunku, tetapi boleh dikatakan tiada yang mengumpulkan kisah beliau secara lebih menyeluruh berbanding buku ini. Kelana panjang Tunku sebelum dan selepas Merdeka ditata dengan cermat oleh pengarangnya—bermula dari seorang putera raja yang gemar berbuat nakal dan bermain dengan rakan-rakannya di luar di istana sehingga hari-hari terakhir beliau sebagai negarawan terbilang yang dihormati dan disanjung di seluruh dunia


Sempena Bulan Kemerdekaan ini, saya memilih buku ini sebagai salah satu buku untuk saya baca demi untuk menghayati Hari Kemerdekaan Malaysia pada setiap 31 Ogos. Jika menyebut tentang MERDEKA, perkara pertama dalam kepala ialah tarikhnya dan kedua, TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ, insan yang berjaya membawa kemerdekaan untuk rakyat Tanah Melayu. Selama ini saya banyak membaca tentang process menuju kemerdekaan semenjak sekolah tetapi belum pernah saya menghayati kisah riwayat insan yang berjaya membantu Tanah Melayu untuk merdeka. Alhamdulillah saya dapat beli buku ini ketika Pesta Buku Antarabangsa 2022 bulan Jun tempohari.

Dek kerana buku ini juga, saya berkesempatan untuk melawat Memorial Tunku Abdul Rahman pada 21 Ogos tempohari untuk merasa lebih dekat dengan jiwa Tunku. (Insya-Allah saya akan update nanti)


Tentang Penulis:

Kobkua Suwannathat-Pian adalah seorang sejarawan yang pernah menjadi Felo Kanan dan professor di Jabatan Sejarah, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim sebelum beliau bersara. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di beberapa Universiti-universiti seperti Universiti Chiangmai, Universiti Hong Kong, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selain universiti-universiti lain. Beliau sangat minat dan kagum dengan Bapa Kemerdekaan ini, sehingga mendorong beliau melakukan penelitian yang mendalam dan mengkaji tokoh ini sehingga menghasilkan sebuah buku lengkap tentang Tunku Abdul Rahman dari lahir hingga akhir riwayat Tunku.

Perancangan untuk menulis tentang tokoh tersohor ini telah difikirkan oleh penulis sejak penghujung tahun 1980an lagi namun dek kerana kesibukan beliau dengan kewajipan hariannya, kajian tentang Tunku Abdul Rahman tergantung sepi. Pada mulanya penulis ingin ke Pulau Pinang iaitu rumah kediaman Tunku di Pulau Pinang sekaligus menemuramah Tunku di sana namun pada December 1990, Tunku telah kembali penemui penciptaNya dan menenggelamnya impian itu selamanya.

Selain rujukan dari arkib dan muzium serta fail-fail berkenaan Tunku, buku ini (bukan versi terjemahan ini) juga siap sekitar tahun 2012 atas bantuan-bantuan hasil temuramah dan berkongsi maklumat tentang Tunku Abdul Rahman oleh ahli keluarga Tunku seperti anak-anak Tunku iaitu Tunku Khadijah dan Tunku Noor Hayati serta cucu beliau iaitu Sharifah Intan Syed Hussien serta ahli keluarga yang lain dan rakan-rakan.


Sinopsis:

Buku ini dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu Bahagian I: Memahami Tunku Dari Dekat, Bahagian II: Mengerah Tenaga, dan Bahagian III: Warga Biasa yang Luar Biasa. Kemudian dalam setiap bahagian terdapat beberapa bab dan kemudian tajuk-tajuk kecil untuk memudahkan pembaca mencari tajuk-tajuk tertentu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar adalah anak ke-20 Sultan Kedah ketika itu, iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah, daripada isteri Baginda yang berketurunan Siam, Che Puan Manjalara. 

Dalam Bahagian I, terdapat dua bab iaitu Persekitaran dan Keperibadian yang mana dua bab ini adalah kandungan berkenaan dengan biografI Tunku iaitu tentang kelahiran, keluarga dan pendidikan. Kemudian tentang keperibadian iaitu perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai oleh Tunku dan beberapa sifat Tunku yang kita belum pernah baca di mana-mana. Terdapat juga cerita tentang peristiwa penculikan Sultan Kedah semasa zaman penjajahan Jepun oleh Tunku dan menyebabkan pemangku Sultan murka namun terdapat hikmah dalam peristiwa itu.

Di bahagian II pula penulis menumpukan penulisan tentang bermulanya kerjaya Tunku dari sebagai penjawat awam sehinggalah sebagai Pemimpin Nombor Satu di Malaysia yang mengandungi tiga bab. Dalam bab ini kita akan mengetahui sejarah awal kerjaya Tunku dan bagaimana Tunku mula terbabit dengan politik dan UMNO. Walaupun Tunku berdarah keturunan raja dan bangsawan tetapi liku-liku dan perjalanan kerjaya Tunku tidaklah mudah dek kerana pendirian Tunku yang amat gemar memilih untuk membantu orang-orang susah melebihi kemampuan dirinya sendiri.

Tunku mula masuk ke dalam arena politik dan seterusnya menyertai UMNO pada tahun 1951 ketika UMNO dalam kegelapan dan kepincangan selepas Dato’ Onn yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) keluar dari UMNO lalu membawa beberapa pengikut menyertainya dalam IMP. Antara sebab parti UMNO mengalami perpecahan kerana Dato’ Onn ingin membuka keahlian UMNO kepada  warga bukan Melayu dan menyebabkan ahli-ahli UMNO tidak bersetuju kerana UMNO ditubuhkan untuk orang-orang Melayu. Dato’ Onn juga tidak bersetuju dengan kemerdekaan awal untuk Tanah Melayu kerana merasakan orang-orang Melayu belum bersedia sepenuhnya dan masih tertinggal dari bangsa lain namun Tunku berfikiran sebaliknya dan yakin untuk melihat bangsa Melayu maju dan berjaya, negara perlu Merdeka dahulu.

Akhirnya pada tahun 1957, Tunku berjaya dalam usahanya untuk mendapatkan kemerdekaan untuk rakyat di Tanah Melayu dan mendapat sokongan dari semua bangsa. Bagaimana Tunku berjaya memujuk bangsa bukan Melayu untuk turut menyokong usahanya dan bersetuju untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa utama dalam Tanah Melayu, ada dicatatkan dalam bab ini.

Tunku tidak selamanya dijulang sebagai Hero Malaysia atas kemerdekaan yang diusahakan oleh Tunku kerana terdapat beberapa orang muda dalam UMNO sendiri yang melakukan pelbagai usaha untuk menjatuhkan Tunku malah mempertikaikan kredibiliti Tunku selaku Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia. Nama-nama seperti Tun Mahathir, Harun Idris dan Ghazali Shafie disebut sebagai budak-budak Razak yang menjadi duri dalam daging hingga mengakibatkan UMNO berpecah sokongan terhadap Tunku. Peristiwa 13 Mei adalah titik hitam dalam perkhidmatan Tunku sebagai Perdana Menteri dan bermulalah kejatuhan sokongan terhadap Tunku selepas itu sehingga ramai orang mula menjauhkan diri malah membiarkan maruah Tunku diinjak-injak sehingga Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 22 September 1970, sehari selepas meyaksikan anak saudaranya menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima dan melantik timbalannya serta anak didiknya iaitu Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri untuk mengantikannya.

Dalam Bahagian III pula, kita akan baca tentang liku-liku kehidupan Tunku selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan terpaksa terus bekerja kerana bebanan tunggakan cukai berjumlah RM80,000. Wang persaraan sebanyak RM4,000 yang diterima oleh Tunku terpaksa digantung untuk membayar cukai berkenaan dan menyebabkan kehidupan Tunku yang menjadi lebih susah selepas meletakkan jawatan.

Tunku telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama bagi Sekretariat Islam Negara-negara Arab atas jemputan Raja Faisal pada tahun 1971-1973. Kemudian sekali lagi atas jemputan Raja Faisal, Tunku telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Bank Pembangunan Islam dari tahun 1973 – 1974 dan Tunku tinggal di Jeddah ketika itu.

Tunku kemudian menerima pelawaan untuk menjadi Pengerusi akhbar The Star dan memberi ruang untuk Tunku mempunyai column nya sendiri. Seterusnya, Tunku menyambut pelawaan ekslusif PERKIM untuk menjadikan beliau sebagai pengerusi untuk menjaga kebajikan umat Islam.


Review Buku:

Perjalanan dan liku-liku Tunku selepas tamat Barrister-at-Law di Britain dan mula berkhidmat sebagai kakitangan awam di Kedah, sehingga Tunku terpaksa bekerja semula selepas meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama penuh dengan onak dan ranjau yang kadang-kadang membuatkan Tunku sedih dan terkilan. Dalam sejarah, Tunku lah satu-satunya PM yang menjadi miskin selepas meletakkan jawatan. Tidak seperti PM lain yang mampu hidup dan berehat dengan limpahan hasil menjadi menerajui negara. Segala jasa dan kebaikan Tunku kepada rakyat selama ini dibalas dengan tuba oleh sesetengah golongan dalam kabinet sehingga melarang pihak media membuat liputan tentang Tunku selepas bersara. Seperti coretan dalam buku ini yang mengatakan ‘UMNO memiliki sejarah yang panjang sebagai parti yang singkat ingatannya dalam soal menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan para pemimpinnya yang terdahulu – natijahnya kini, orang yang pernah ‘menjatuhkan’ Tunku sedang mengalami nasib yang hampir serupa dengan Tunku dahulu.

Buku ini amat mudah untuk dibaca kerana susunan bab dan tajuk yang membantu proses pembacaan tidak bosan namun ada beberapa cerita yang berulang-ulang. Buku ini langsung tidak ada kesalahan ejaan.
4.5 🌟 untuk Tunku: Kelana Penuh Cinta terbitan IBDE


“Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya seorang miskin dan semasa saya bersara, saya bahkan lagi miskin” sedangkan sebagai Perdana Menteri beliau boleh menjadikan dirinya kaya, “jika saya mahu, tapi nanti kerajaan saya jadi rosak dan rakyat jadi miskin. Jadi biarlah saya jadi miskin dan lihat kerajaan kita bersih dan negara kita kaya”Tunku Abdul Rahman Putra.


Tuesday, 16 August 2022

Book Review - Daisy Jones & The Six

Tajuk : Daisy Jones & The Six
Penulis : Taylor Jenkins Reids
Penerbit : Penguins Book
Genre : Historical Fiction


A gripping novel about the whirlwind rise of an iconic 1970s rock group and their beautiful lead singer, revealing the mystery behind their infamous break up.

Everyone knows Daisy Jones & The Six, but nobody knows the real reason why they split at the absolute height of their popularity…until now.

Daisy is a girl coming of age in L.A. in the late sixties, sneaking into clubs on the Sunset Strip, sleeping with rock stars, and dreaming of singing at the Whisky a Go-Go. The sex and drugs are thrilling, but it’s the rock and roll she loves most. By the time she’s twenty, her voice is getting noticed, and she has the kind of heedless beauty that makes people do crazy things.

Another band getting noticed is The Six, led by the brooding Billy Dunne. On the eve of their first tour, his girlfriend Camila finds out she’s pregnant, and with the pressure of impending fatherhood and fame, Billy goes a little wild on the road.

Daisy and Billy cross paths when a producer realizes the key to supercharged success is to put the two together. What happens next will become the stuff of legend.


SINOPSIS :

This novel tells story about Daisy Jones and The Six of a fictional 70’s rock band on the rise to stardom. It was told about the band, family members of the band, people who worked with the band, wrote about the band in magazines, observers, etc. Author makes the story is presented in a documentary style, including background interviews with the band and the whole wild world of the 1970s rock stars.

Daisy Jones is the 1960’s girl was born into the glamorous Hollywood life. But her childhood leaves her empty inside and she turns to drugs, alcohol and sex.  With her beautiful and vocally talented, she got a recording contract with Runner Records as a singer. But she was not satisfied with the contract, she wants to be a songwriter and sing her own songs.

She meets songwriter and lead singer of The Six, Billy Dunne; they are like fire and ice. Billy is stubborn and wants to create music in his own way, and makes other people in band suffer. Billy married with Camilla; the person that always knew what she wanted. She put all her faith and trust on Billy to be a better person. She was very calm and joy character to read about.

Through this novel; Warren, Pete, and Eddie also in the band but play the most minimal story. Karen, who plays keyboard and Graham, is Billy’s brother who’s also in the band. Both start dating and loves grow between Karen and Graham. They love each other but have different point of view on what the ideal future is. We can read their own story beside story about Billy and Daisy’s.

There are so much chemistry and drama between each of them. All concerts become sold out. They are all together responsible or the rise and eventually fall of the band.

While the story is presented in a documentary style, including background interviews with the band, this is a fictional story that captures the essence of creativity in the erratic, wild world of the 1970s Hollywood industry.


Reviews :

I enjoyed most of the characters especially with Karen and Graham and their silence relationship. Author was portray Daisy as a wild woman every girls want to be, the most beautiful and talented woman in the world. This repeated so many times until I found it jerk. She has no really struggles other than her drug and alcohol addiction. But I still enjoy Daisy’s spoiled-brat-bitch character because she is one of the main characters in this book.

The Six begin as a small band with two brothers; Billy and Graham Dunne. Story begins with Billy fall to the rock star life stereotype of drug and addiction. He stepped up, joined rehab and dropped everything for the person he loves the most. I also love Camilla and her character. She never expecting perfect marriage with Billy but her strength makes Billy choose her again and again.

I love that each of these women went a different way with their lives, and they didn’t need to conform to what is ‘normal’ to be happy. They (Daisy, Karen, and Camila) all showed immense strength in their own ways and I thought each was her own version of badass lady by the end of the story. There is so many drama surrounding Daisy and The Six. Every members (Eddie, Warren, Pete, Rod) tells different sides of the stories, and since they are being interviewed after many years passed by, it difficult for them to remember the detail about every band member, or, overall, everyone and not an individual in particular. Sound like this book based on real story, huh?

This novel written in interview format and I found it unique. It feels like this was an actual documentary about 70’s Hollywood rock star in Netflix series. The author of the book in this book interviews the members and asked them to chronologically tell their side of their story from start to finish. I felt it was so real and that I desperately wanted to hear their music; in fact I questioned myself this was a real band/story or fiction?

It wasn’t wow for me so 4 ⭐⭐⭐⭐stars from me but I really enjoyed this and can’t wait to read more books by Taylor Jenkins Reid. This book feels so real!!!


“You have to have one person in your life that you know would never do anything to steer you wrong. They may disagree with you. They could even break your heart, from time to time. But you have to have one person, at least, who you know will always tell you the truth.”Taylor Jenkins Reid.

Wednesday, 10 August 2022

Ulasan Buku - Ranjau Sepanjang Jalan

Tajuk : Ranjau Sepanjang Jalan
Penulis : Shahnon Ahmad
Penerbit : Jiwa
Genre : Fiction
Bintang : 🌟🌟🌟🌟🌟



Padi ialah nadi hidup keluarga Lahuma, Jeha dan seluruh penduduk Kampung Banggul Derdap. Kemarau, banjir dan haiwan perosak dihadapi dengan penuh ketabahan dan pergantungan kepada Allah Azzawajalla.

Memperjuangkan padi bererti memperjuangkan hidup. Inilah kepercayaan yang dipegang teguh oleh Lahuma, kemudiannya diwarisi Jeha serta anak-anak mereka; Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Tatkala Lahuma tertusuk onak nibung, Jeha bangkit menajak sawah 14 relung pusaka keluarga. Saat Jeha mula hilang pertimbangan, Sanah dan adik-beradik tabah menyemai, menghalau ketam dan tiak, memotong serta mengetam padi hingga tersimpan di gebuk.

Tiada sedikit pun keluhan yang terluah, melainkan peluh yang tidak putus-putus mencurah.

Ranjau Sepanjang Jalan membawa kita menyorot kecekalan anak tani menempuhi kegetiran hidup dalam berbudi kepada tanah, dengan jiwa yang pantang menyerah.


Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan tentang Lahuma dan isterinya Jeha serta tujuh anak perempuannya yang sedang membesar hidup sebagai keluarga petani yang bergantung hidup dan rezeki dengan mengusahakan 14 relung sawah bendang warisan keluarga Lahuma demi sesuap nasi. Kehidupan keluarganya sememangnya bergantung kepada hasil sawah padi dan tawakal kepada Allah semata. Dalam fikiran Lahuma siang dan malam hanyalah 14 relung bendang pusaka keluarganya. Begitu juga dengan Jeha yang sentiasa sama-sama turun ke sawah membantu Lahuma siang dan malam setiap musim padi. Tidak ada perihal lain dalam hidup mereka hanyalah berkenaan dengan padi. Walaupun mereka hanya hidup dengan hasil padi, namun mereka bersyukur dan tenang menjalani kehidupan sebagai keluarga petani kerana pergantungan dan tawakal mereka terhadap Allah yang Esa.

Dugaan pertama bermula apabila Jeha nyaris dipatuk ular senduk jantan kelamin yang sedang menjaga pasangan dan telurnya ketika sedang Jeha mencari pucuk paku di paya. Mujur Lahuma pantas membunuh ular tersebut namun Jeha menjadi trauma akibat kejadian itu. Tempat Jeha diganti oleh Sanah dan Milla, anak-anak gadis mereka yang bila-bila masa saja bersedia untuk berumahtangga. Jeha kembali bergabung tenaga bersama suami dan anak-anaknya selepas kembali pulih kerana tidak betah duduk melihat mereka mengusahakan tanah tanpa kudratnya.

Namun, takdir Allah tiada siapa mampu menghalang. Lahuma ditimpa malapetaka apabila kakinya tercucuk duri nibung hingga mengakibatkannya terlantar dengan bengkak dan nanah yang teruk hingga menyebabkannya busung lalu meninggal dunia. Tinggal lah Jeha dan 2 anaknya bermati-matian mengusahakan sawah bendang tinggalan Lahuma untuk diusahakan. Atas keprihatinan Tok Penghulu, beliau menghulurkan bantuan menghantar traktor kepunyaannya untuk menajak bendangnya milik keluarga Lahuma. Tanpa pertolongan Tok Penghulu, entah bila bendangnya akan siap ditanjak dengan hanya kudrat perempuan.

Bendang siap ditajak, Jeha mula berjalan ke sana sini seluruh kampong membawa 3 anak kecilnya bersama. Anak-anak kampong mula melaung-laung dan mengejek “Jeha gila” “Jeha janda anak ramai” dan macam-macam kata nista tentang kematian suaminya yang busung, namun semua itu tidak memberi kesan kepada Jeha kerana keyakinannya terhadap suaminya yang disayangi dan tekadnya untuk mengusahakan sawah bendang demi anak-anaknya. Akhirnya, kata-kata nista orang kampong terhadap Jeha memakan diri Jeha dan Jeha betul-betul menjadi gila dek kerana terlalu memikirkan tentang padinya. Keadaan Jeha yang semakin teruk menyebabkan Tok Penghulu mengambil keputusan untuk mengurung Jeha sementara sebelum dibawa ke Tanjung Rambutan, ikhtiar untuk memulihkan kembali kewarasan Jeha. Tinggallah Sanah dan adik-adiknya bersatu menghabiskan perjuangan Lahuma dan Jeha dengan kudrat yang sekadar ada.


Umumnya tahu, penulis adalah seorang Tokoh Sasterawan Negara. Hasil karyanya tidak dinafikan adalah antara yang terbaik. Buku Ranjau Sepanjang Negara ini adalah karya malar yang dihasilkan pada tahun 1966 berkisar tentang keadaan petani-petani sawah padi di Kedah sekitar tahun 1960an. Kehidupan petani di kampung yang miskin dan hanya bergantung penuh pada hasil padi dan serahan sepenuhnya terhadap qada dan qadar dari Allah. Buku ini kejam dan straight forward. Penulis juga mengambarkan keperitan sakit yang dialami Lahuma akibat duri nibung dengan sangat jelas sehingga sakit dan saya sendiri rasa ngilu apabila Lahuma membelah kaki untuk cuba mengeluarkan duri namun tidak berjaya.

Selain itu, tiada ada kata-kata indah mengambarkan suasana pagi dikampung dengan bunyi kokokan ayam dan udara pagi yang segar dan tidak ada gambaran keindahan hijau gunung yang menjadi latar kampung di dalam buku ini. Hanya perit dan pedih hidup Lahuma, Jeha dan anak-anak sahaja dari awal sampai akhir.

Namun, secara umumnya inilah realiti yang ditempuh oleh para petani di kampung. Mati, hidup, susah, senang, jatuh dan bangun segalanya dicurahkan demi padi. Segala dugaan dan cabaran dalam perjalanan menanam padi, dihadapi oleh Lahuma sekeluarga tanpa sedikit pun keluh kesah dan penyesalan. Ular tedung, duri nibung, ketam, banjir dan burung tiak dihadapi dengan kuat dan berani. Walau hasilnya adakala menjadi, adakalanya sekadar jadi tetapi mereka tetap tabah dan bersyukur dengan hidup yang tenang di kampung sebagai petani ketika keadaan ketika itu serba serbi belum moden dan tanpa kemudahan hospital. Jika pusat kesihatan ada berhampiran atau pegawai-pegawai kerajaan ada menjenguk serta bertanya khabar para petani di kampung, mungkin Lahuma mampu hidup 10 atau 20 tahun lagi mengusahakan 14 relung bendangnya.


“Jeha teringat kepada pesanan Lahuma dahulu; Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan tergantung kepada sawah. Pakaian tergantung kepada sawah. Sakit segar tergantung kepada sawah. Mati hidup tergantung kepada sawah. Sawah nadi besar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Dia mesti dipupuk dan dijaga.

Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar siapa datang mengacau, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu hingga sekarang. Taka da yang lain. Tak ada yang lain.”muka surat 173.

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...