Followers

Tuesday, 30 August 2022

Ulasan Buku - Di Situ Langit Dijunjung

 
Tajuk : Di Situ Langit Dijunjung
Penulis : Hanna Alkaf (Penterjemahan oleh Fahmi Mustaffa)
Penerbit : FIXI
Genre : Historical Fiction


Terjemahan novel bestseller antarabangsa THE WEIGHT OF OUR SKY.

Tarikhnya Mei 13, 1969. Melati Ahmad sepertinya seorang gadis berusia 16 tahun yang sering kita jumpa – meminati filem dan obses dengan kumpulan muzik The Beatles. Tapi Melati lebih dari sekadar itu; dia percaya bahawa tubuhnya adalah tempat tinggal kepada Jin yang memberi bayangan-bayangan kematian ibunya sebagai satu bentuk ugutan. Hanya apabila keperluan Jin dipenuhi, barulah semua bayangan ngeri akan lenyap.

Niat awal untuk menonton filem selepas sesi persekolahan tamat berubah menjadi sebuah mimpi ngeri. Kuala Lumpur menangis dengan darah dan jerit- pekik dalam satu rusuhan kaum antara Cina dan Melayu.

Air mata dan peluh menitis tiap derap di jalanan, mengharung Kuala Lumpur yang bergegar. Mel dirundung kesedihan tak terjelaskan. Langkah diderap semakin kencang mengejar ibunya. Tetapi Jin yang bijak dan kejam, oh, ia penuh dengan helah dan tipu daya!


SINOPSIS:
Buku ini berlatarbelakang kehidupan pada 1969 iaitu ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Setahun selepas peristiwa berdarah 13 Mei, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatannya. Buku ini bertemakan tentang nilai kemanusiaan tanpa mengira kaum dan agama, tentang kekeluargaan, persahabatan dan juga tentang penyakit mental.

Melati hidup bersama-sama dengan mama yang merupakan seorang jururawat yang bertugas di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Mereka tinggal berdua di sebuah kawasan Melayu di Kampung Baru dan bersahabat baik dengan rakan sekelasnya, Safiyah. Bapanya adalah seorang anggota polis yang telah gugur ketika diarah bertugas ke Pulau Pinang bagi mengawal rusuhan Hartal di Pulau Pinang pada tahun 1967. Semenjak itu, hidup Melati tidak lagi ceria dan bahagia seperti dulu. Melati telah dikuasai oleh Jin yang sentiasa membisik-bisikkan kata-kata yang melemahkan semangatnya. Saban waktu mama beriktiar membawa Melati berubat di merata tempat namun ‘sakit’ Melati tak pernah kurang, malah bertambah pula.

Pada 13 Mei yang cerah, Melati dan Safiyah ke Petaling Street untuk menonton wayang. Namun, keceriaan Safiyah dan keamanan yang selama ini mereka berdua kecapi telah dirobek oleh rusuhan kaum 13 Mei yang menjadi sebuah peristiwa hitam dalam lipatan sejarah Malaysia. Peristiwa itu telah memisahkan Melati dan Safiyah buat selama-lamanya. Peristiwa itu juga telah menemukan Melati dengan keluarga dari bangsa cina yang membantunya sepanjang dia terperangkap ketika darurat. Tiada khabar berita tentang mama. Jin dalam fikiran Melati pula berhempas-pulas menghasutnya, membayangkan dalam mindanya kematian-kematian mama dengan pelbagai rupa ngeri dan tanpa putus-asa, Jin cuba melemahkan dan mengawal jiwa Melati. 


REVIEW:
Melati mengidap OCD dan Anxiety Disorder yang pada waktu, adalah satu bentuk penyakit yang masyarakat akan simpulkan sebagai GILA kerana tiada lagi pendedahan tentang masalah mental. Tidak ada rawatan khusus melainkan kebanyakan masyarakat percaya dengan kepercayaan tahyul iaitu rawatan bomoh. Kewarasan dan minda Melati telah dikuasai oleh satu bisikan yang Melati percaya ia adalah Jin. Jin cuba melemahkan semangat Melati ketika menghadapi kekalutan dan ketakutan. Jin cuba sedaya upaya menghentikan setiap langkah-langkah berani Melati. Jin memaksa Melati untuk terus mengira tiga, tiga dan tiga apa sahaja yang ada di depan mata dan mengetuk-ngetuk jari tangan dan jari kakinya untuk kepuasan Jin.

Saya hampir gagal menghabiskan buku ini dek kerana fakta sejarah yang pada pendapat saya, tidak tepat dan agak berat sebelah. Kegagalan saya untuk terus tenang setiap kali membaca tentang kegiatan Melati yang mengetuk-ngetuk jarinya setiap masa serta bisikan-bisikan jahat Jin yang terus-terusan menguasai minda Melati. Namun apabila Melati berjaya berlawan dengan bisikan jahat Jin untuk melemahkan semangatnya dan mengikut kata hatinya, saya jadi bangga dan gembira sehingga mengharapkan Melati pada akhirnya dapat terus menyingkirkan Jin dari minda buat selama-lamanya. Penulis berjaya mengacau-bilaukan mood pembaca dalam babak antara Jin dan Melati, itulah yang saya alami sepanjang pembacaan ini.

Mengenangkan buku ini adalah NOVEL DAN FICTION, maka saya perlahan-lahan terus membaca walaupun mengambil masa agak lama untuk menghabiskan buku yang saya kira agak berat ini. Penulis menonjolkan sisi baik bangsa Cina sebagai watak ‘hero’ dan membantu kaum lain walaupun dikatakan sebagai bangsa pendatang

Penulis membiarkan pengakhiran novel ini tergantung begitu sahaja. Penulis tidak menggunakan platform ini untuk menonjolkan gambaran sebenarnya Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa yang harmoni selepas peristiwa tersebut. Malah, saya rasa tajuk buku ini kurang sesuai dengan buku ini.

3 ⭐⭐ untuk Di Situ Langit Dijunjung.

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...