Followers

Friday, 5 August 2022

Ulasan Buku - Harga Sebuah Percaya

Tajuk : Harga Sebuah Percaya
Penulis : Tere Liye
Penerbit : Mahaka Publishing
Genre : Fiction


“Pecinta sejati tidak akan pernah menyerah sebelum kematian itu sendiri datang menjemput dirinya.” 
Percayalah pada kalimat bijak itu.

Hanya itu yang perlu dilakukan.
Sisanya, biarlah waktu yang menyelesaikan bagiannya.
Maka, kau akan mendapatkan hadiah terindah atas cinta sejatimu.
Percayalah!

Ini adalah kisah tentang Jim, dari Kisah Sang Penandai, yang terpilih untuk mengguratkan cerita tentang berdamai dengan masa lalu. Ia harus menyelesaikan pahit-getir perjalanannya, apa pun harganya! Karena sungguh kita membutuhkan dongeng ini.

 
Harga sebuah percaya adalah buku yang diterbitkan pada tahun 2017. Kesekian kalinya saya ‘percaya’ dengan karya Tere Liye setelah membaca lebih dari 4 buah buku tulisan Tere Liye, belum pernah gagal untuk membuatkan saya masuk ke dalam cerita. Saya cuma perlu mengambil masa 2 hari untuk selesai membaca buku 298 muka surat ini. 

Buku ini mengisahkan seorang pemuda bernama Jim yang sering bermain biola di majlis-majlis keraian dan terkenal dikalangan penduduk kota sebagai pemain biola miskin dan yatim piatu yang hidup tanpa cinta ibu atau bapa namun mereka sentiasa melayannya dengan baik. Pada suatu hari, ketika majlis keraian menyambut perkahwinan Margaguiretta dan Rasyid dari keluarga bangsawan diadakan di kota itu, muncul seorang gadis jelita bernama Nayla. Pertemuan di majlis perkahwinan itu menyatukan hati seorang anak gadis bangsawan Nayla dan Jim. Namun cinta mereka diuji apabila Nayla bakal dikahwinkan dengan seorang lelaki bangsawan lain oleh bapanya atas kehendak wasiat ibunya. Nayla memujuk Jim membawanya lari dan memulakan hidup baru namun, Jim adalah lelaki pengecut, tidak berani mengambil risiko dan hanya putus asa tanpa ada usaha untuk membawa Nayla kembali padanya. Nayla mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana tidak rela hidup bersama lelaki lain. Cintanya untuk Jim dibawanya sampai mati.

Kematian Nayla menyebabkan Jim hidup dalam penyesalan. Tetapi. Jim yang pengecut tidak berani mengambil apa-apa risiko dan hanya menangis meratip kematian kekasihnya sehinggalah muncul seorang lelaki tua iaitu Sang Penandai. Sang Penandai membantu Jim untuk mencari kembali cintanya tetapi sukar untuk Jim mempercayai lelaki tua itu. Hanya kerana insiden yang hampir meragut nyawa Jim, terpaksalah Jim meninggalkan kota kelahirannya dan pergi belayar menaiki Armada Kota Terapung dan menjadi kelasi bawahan. Sepanjang pelayaran, Jim hanya mampu diam dan meratip berat dan menangis tiap kali teringat akan Nayla yang mati kerananya sehinggalah anak-anak kapal mengelarkannya Si Kelasi Yang Menangis. Dalam pelayaran itu juga, Jim mula bersahabat baik dengan rakan sebiliknya iaitu Pate dan banyak belajar ilmu-ilmu berguna dengan Pate seperti membaca, menulis serta berlawan pedang.

Di dalam pelayaran itu, Jim dan para kelasi  armada mengharungi satu demi satu dugaan dan halangan tetapi oleh kerana Armada dikepalai oleh Laksamana yang gagah berani serta bijaksana iaitu Laksamana Ramirez, setiap halangan berjaya diharungi. Selain itu, Jim juga di duga dengan godaan cinta dari wanita-wanita jelita yang ditemui sewaktu pendakian dan juga persinggahannya sewaktu pelayaran. Namun dek beban penyesalan di atas kematian Nayla, Jim menolak semua cinta yang datang dan meninggalkan gadis-gadis yang jatuh cinta padanya itu kekecewaan dan hidup duka. Dia pula terus melangkah dan belayar untuk mencari makna ungkapan Sang Penandai - “Pecinta sejati tidak akan pernah menyerah sebelum kematian itu sendiri datang menjemput dirinya.”


Tema buku ini adalah tentang berdamai dengan takdir. Tuhan telah menentukan takdir setiap hamba-hambanya namun sama ada baik atau buruknya takdir itu, pasti ada alasan dan sebab ia terjadi. Takdir yang buruk bisa sahaja membunuh jiwa sesiapa sahaja namun, kerana itulah penyesalan tidak akan membawa hati dan kaki kita ke arah takdir yang menyenangkan, Berdamailah dengan takdir, kita akan terima setiap kesedihan dan patah jiwa sebagai panduan untuk melangkah ke arah yang lebih baik dan membawa kita ke jalan takdir yang lebih baik.

Ternyata, buku ini adalah penulisan yang lain dari Tere Liye. Saya telah membaca 4 karya beliau tetapi buku ini lain dari kebiasaan. Buku ini ditulis seperti sebuah cerita fantasi namun bukanlah fantasi, atau kisah dongeng tetapi bukan kisah dongeng. Ia tentang percintaan yang kecewa dan kekecewaan itu membawanya sampai ke hujung hayat. Ia juga tentang percaya dan takdir. Dan setiap karya Tere Liye, pasti meninggalkan sebuah makna yang dalam untuk kita jadikan panduan ketika meniti hari yang sukar.

Tetapi pada pendapat saya, buku ini kurang menarik jika dibandingkan dengan 4 lagi buku yang pernah saya baca dan review sebelum ini. Saya juga agak terkeliru dengan ending yang bagai tergantung seperti itu. Adakah sebenarnya Jim mati selepas menyelesaikan dongengnya? Atau apa yang Jim lalui di Tanah Harapan hanyalah sebuah mimpi?

Namun seperti yang saya katakan tadi, pengajaran dalam buku ini sangat tinggi nilainya. 3 bintang untuk karya ini.


“Kau keliru, Jim. Kau tidak akan pernah bisa berdamai dengan masa lalumu jikau kau tidak memulainya dengan memaafkan diri sendiri. Kau harus mulai memaafkan semua kejadian yang telah terjadi. Tidak ada yang patut dipersalahkan. Ini bukan salah orangtua Nayla, pemburu bayaran Beduin, atau Pemilik Semesta Alam yang menakdirkan segalanya. Kau justeru harus memulainya dengan tidak menyalahkan dirimu sendiri”

“Apakah dengan demikian kau bisa segera melupakan Nayla? Belum. Sayangnya belum. Untuk bisa sempurna berdamai dengan masa lal itu kau juga harus menerima semua kenangan itu. Meletakkannya di bagian terpenting hatimu, memberikannya singahsana dan mahkota. Karena bukankah itu semua kenangan yang paling indah? Paling berkesan. Paling membahagiakan.”

“Kau pasti bertanya jika ia memang kenangan yang paling indah, mengapa kau selalu pilu mengenangkan? Mengapa? Karena kau tak pernah mau menerima kenyataan yang ada. Kau selalu menolaknya. Seketika. Tak pernah memberikan celah kepada hati untuk berpikir dari sisi yang lain. Kau membunuh setiap penjelasan. Tidak sekarang, kau membunuh penjelasan itu esok pagi. Tidak esok pagi, kau bunuh penjelasan itu esok lusa.”

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...