Tajuk : Magdalena
Penulis : Alphonse Karr (Terjemahan oleh A.S. Al-Attas)
Penerbit : Biblio Press
Genre : Fiction
Novel ini asalnya diterbitkan pada tahun 1932 dalam bahasa Perancis berjudul Sous les Tilleuls atau terjemahan harfiahnya Di Bawab Naungan Pobon Tilia. Naskhah ini ditulis oleh pengkritik sastera, wartawan, dan novelis, Jean-Baptiste Alphose Karr. la kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Arab dengan judul Majdulin oleh Almarham Mustafa Luthfi Al-Maufaluthi, seorang cendiakawan bidang sastera yang masyhur di Mesir pada zamannya. Terjemahan bahasa Arab tersebut tampil dengan kehalusan bahasanya yang tersendiri yang membuatkan naskhah in kemudiannya diterjemahkan pula kepada Bahasa Indonesia/Malaysia dengan judul Magdalena oleh A. S. Al-Attas, seorang ilmuwan bahasa Arab yang terkemuka di Fakulti Sastera, Universitas Indonesia, dibantu oleh mahasiswa di fakulti tersebut M. Yusuf Amir Hamzah.Novel romantis berlatarbelakangkan negara Perancis pada kurun ke-19 ini mengutarakan perihal maruah, darjat, kejujuran dan kesederhanaan antara watak-watak utama iaitu Stevan, Magdalena, Edward, dan Susana melalui surat-surat, catatan diari dan perjalanan penuh suka duka hidup mereka.
Novel ini mengisahkan sebuah cerita
cinta yang tidak direstui kerana Steven dikatakan sebagai seorang lelaki yang
tidak punya masa depan dan miskin. Ia penuh dengan surat-surat cinta dari
Steven kepada Magdalena dan Magdalena kepada Steven. Malah ada juga beberapa
surat dari rakan-rakan Steven dan Magdalena kepada mereka berdua.
Steven adalah lelaki budiman yang
memiliki jiwa halus berseni dan setia pada cintanya. Dia jatuh cinta dengan anak pemilik rumah, tempat dia menumpang sewa iaitu Magdalena. Cintanya disambut mesra oleh Magdalena yang mempunyai cinta yang sama.
Pada mulanya, bapa Magdalena iaitu
Tuan Muller melayannya dengan baik, menjadikannya sahabat namun apabila
mengetahui tentang percintaan anaknya dan Steven, cinta mereka dihalang. Orang
tua Magdalena tidak merestui percintaan mereka kerana khuatirkan masa depan
satu-satu anak perempuannya dan takut kalau-kalau Steven tidak mampu menjaganya
kelak. Steven akhirnya dihalau dari rumah itu dan Steven terpaksa pergi dalam lara dan berjuang mencari sebuah masa depan yang cerah untuk memperisterikan Magdalena. Jarak tidak memisahkan mereka kerana mereka terus berutusan
surat menyatakan isi hati, perkhabaran dan berjanji setia.
Kisah tragik percintaan mereka
bermula apabila Magdalena yang berasal dari desa mengikut Susana menetap di
rumah Susana di sebuah bandar lain. Di sana Magdalena belajar tentang kehidupan sosial, darjat dan
harta. Magdalena akhirnya meninggalkan Steven. Perpisahan telah meninggalkan
kesan kepada Steven dan mengubah seluruh hidup, kehidupan malah jiwanya menjadi
Steven yang penuh dengan duka dan lara.
Jika kita pernah melalui sebuah
percintaan dan berpisah tatkala hati kita penuh rasa cinta terhadap
seseorang, saya yakin anda mampu mendalami kesedihan dan duka Steven apabila
dia dikhianati oleh dua orang insan yang amat dia sayangi. Bagaimana mahu
meniti hari-hari jika semalam kita menyusur hidup dengan gembira dan penuh
harapan kerana di suatu hari nanti, apabila tuhan mengizinkan kita akan dapat bersama
dengan orang yang kita cintai. Segala janji-janji sumpah setia hidup bersama dipegang
dijadikan azimat untuk kekal hidup walaupun dihujani pelbagai cabaran dan
dugaan maha hebat. Namun, apabila orang yang dicintai itu lupa akan janji-janjinya
untuk bersama dan pergi meninggalkan hubungan itu hanya kerana dia berjumpa
jalan lain dalam merencanakan masa depannya tanpa mahu membawa kita bersama, ia
adalah satu hukuman bunuh yang mampu mematikan hati dan jiwa sang pecinta.
Itulah kisah Steven apabila cintanya dilupakan oleh Magdalena.
Buku ini sering dikaitkan dengan
sebuah karya oleh Hamka yang terkenal iaitu Tengelamnya Kapal Van Der Wijck
kerana kisahnya seakan sama, malah dialog popular Zainuddin kepada Hayati juga ada persamaan
Hayati : Sudah hilangkah tentang kita dari hatimu? Janganlah kau
jatuhkan hukuman, kasihanilah perempuan yang ditimpa musibah berganti-ganti
ini.
Zainuddin : Demikianlah
perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia
lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya.
Manakala antara Steven dan
Magdalena dalam novel Magdalena pula:-
Magdalena : Engkau sangat kejam
terhadap aku Steven. Jika Engkau menghendaki dapatlah Engkau mengasihani dan
menyayangi daku.
Steven : Demikianlah sikap wanita
pada tiap waktu dan tiap tempat, ia mengaku dirinya lemah dan tidak berdaya.
Mengatakan bahawa laki-laki itu kuat dan perkasa. Kerana itu ia menuntut
daripadanya tanggungjawab tentang sesuatu, tetapi ia tidak mahu menuntut
tanggungjawab dari dirinya sendiri.
Jika anda telah pun membawa
Tengelamnya Kapal Van Der Wijck, saya sarankan anda membaca novel Magdalena
terbitan Biblio Pres ini untuk menilai sendiri persamaan antara dua novel ini.
Bagaimanapun, saya mendapati novel
ini mempunyai banyak kesilapan ejaan, font yang berlainan pada satu muka surat,
terhadap garisan frame pada muka surat 15, dan kesalahan tajuk yang sepatutnya ditulis
DARIPADA MAGDALENA kepada Steven, tetapi ditulis DARIPADA STEVEN kepada
Magdalena. Walhal surat itu aalah coretan Magdalena untuk Steven. Buku ini diterbitkan seolah disunting secara tergesa-gesa. Diharap team Biblio Press
boleh improve lagi di masa hadapan.
“Ketika
itulah aku sedar bahawa saat-saat indah yang kita alami di bawah langit yang
jernih, di atas bangku-bangku yang elok, di antara tangkai dan daun pohon yang
bersilangan satu sama lain, bahawa semua itu sudah lalu. Taka da yang
ketinggalan daripadanya selain kenang-kenangan. Aku menangis entah berapa
lamanya, kemudian aku sedar, naik ke bilik dan duduk di hadapan mejaku menulis
surat ini padamu. Bilakah Engkau kembali, Steven, dan bilakah hari-hari yang
berbahagia itu akan kembali bersama Engkau.?” – Daripada Magdalena kepada
Steven, mukasurat 91.