Followers

Wednesday, 29 May 2024

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library
Penulis : 
Genre : Non-Fiction
Rating : 3.5 ⭐

Assalamualaikum... 
Saya bukan nak ulas keseluruhan tentang buku ini memandangkan saya telah ulas di platform X tempohari. Saya cuma ingin berkongsi tentang sesuatu yang saya dapat dalam buku ni untuk manfaat kita bersama yang suka berkongsi tentang apa-apa sahaja di social media.

Ia tentang satu watak naratif dalam bab 4 buku ini iaitu Hiroya - seorang lelaki berusia 30 tetapi tidak bekerja kerana mengalami anxiety dan amat minat dengan art dan anime. Beliau bercita-cita ingin menjadi pelukis anime/artist tetapi tidak kesampaian kerana lukisannya sering di tolak dan dikatakan terlalu 'dark' jadi dia berputus asa dan cita-cita hanya tinggal cita-cita


Kemudian pada suatu hari beliau menyertai reunion sekolah setelah 12 tahun habis high school dan bertemu rakan sekolah, seitaro. Seitaro adalah seorang penulis yang banyak menulis dalam ruangan majalah tetapi masih belum pernah memiliki novel dari mana-mana publisher. Seorang rakan yang lain telah mempersendakan Seitaro namun Seitaro menerima sindiran itu dengan aman tetapi tidak pada Hiroya.

Selepas perjumpaan reunion tersebut, Hiroya dan Seitaro berbual di cafe dan bertukar-tukar pandangan sebelum bersurai.

Selepas beberapa hari kemudian, Seitaro telah menghubungi Hiroya dan memaklumkan pada Hiroya tentang berita baik iaitu sebuah syarikat penerbitan akan menerbitkan buku novel Seitaro yang pertama dan Hiroya adalah orang yang pertama dihubungi oleh Seitaro untuk memaklumkan berita gembira ini. Kerana sepanjang hidup, kata-kata Hiroya dulu lah yang menjadi pemangkin semangat untuk Seitaro terus menulis walaupun mengambil masa dan jalan yang lama untuk menghasilkan debutnya yang pertama.

"You were the only one at school who ever said I could do it. You told me my novels were interesting, and I should keep writing. You've probably forgotten it, but I never did . It keep me going. Having somebody who believed in me was the best lucky charms ever."

Kesimpulannya:
Kata-kata kita pada seseorang secara direct atau indirect, atau di social media MUNGKIN akan menjadi pemangkin, atau pemusnah hidup seseorang. Jika baik kata-kata kita tu, ia boleh jadi dorongan dan pemangkin kepada seseorang untuk terus jadi yang terbaik dan keep moving. Tetapi kadang-kadang, kata-kata kita walaupun cuma sepotong ayat, mungkin akan menjadi pemusnah hidup dan mematikan jiwa seseorang.

Kita nak jadi yang mana? Menjadi pendorong atau pemusnah hidup orang lain? Pilih lah kata-kata yang baik terhadap orang lain atau jika kita tak nampak apa-apa kebaikan pada sesiapa, diam itu lebih baik!

Kelak, ayat-ayat yang kita lafaz dan tulis di social media itu akan menjadi masuk syurga atau jatuh ke neraka. Fikir-fikirkan lah.

Tuesday, 21 May 2024

G3n0sid3 Di Gaza - Perlu Marah Kepada Yang Tidak Peduli?

Assalamualaikum..

Pejam celik - Pejam celik telah masuk hari ke 200+pembunuhan beramai-ramai (gen0sid3) ini berlaku di bumi Gaza sejak tarikh keramat 7 Oktober 2023 berlaku. Sejujurnya, emosi saya naik turun sepanjang 200+ hari ini. Kejap saya normal dan kejap saya emosi sehingga hampir meluahkan segala prasangka dan kata cela terhadap mereka yang diam, tidak peduli atau 'minding my own business' tanpa sedikit pun usaha untuk berkongsi rasa duka tentang nasib saudara kita di Gaza dan Palestin. Tetapi akal saya menghalang saya untuk mencetuskan kemarahan orang lain. Agama tidak mengajar kita untuk perli dan sinikal terhadap orang lain. 

I am better than that - I keep reminding myself.

Secara lahiriahnya, kita tidak boleh memaksa, kawal dan marah terhadap perlakuan orang lain walaupun kita berniat baik. Itu adalah hak mereka. Apa yang saya boleh kawal, saya kawal termasul mengawal diri saya sendiri tetapi jika sesuatu perkara itu - beyond our control, let it be atau tinggalkan sahaja.

Mungkin emosi penat melihat penderitaan rakyat Gaza/Palestin membuatkan saya emosi kadang-kala, tetapi apabila difikir-fikirankan.... penat lagi jiwa, emosi dan fizikal rakyat Palestin dengan nasib yang menimpa mereka dan perlu kah saya membuang tenaga dan mengikut bisikan syaitan sehingga mungkin mengosongkan kantung pahala 'jihad-kecil' saya hanya kerana sesuatu yang kita tidak mampu kawal?. Biarlah Allah menilai hamba-hambaNya dan bukan saya yang terus memandai-mandai.

Jadi saya mengambil keputusan untuk menyalurkan rasa marah itu kepada mereka yang berhak untuk dimarah/dibenci iaitu gen0sid3 enabler dan penyokong isNOTREAL dan terus menyebar maklumat dan kejahatan isNOTREAL dan Setanyahu serta anak-anak iblisnya dengan menggunakan segala platform yang ada.

Dan jika kita ingin boikot product israHELL atau celebrities yang memilih untuk diam atau promote product-product boikot, adalah lebih baik kita lakukan dengan penuh adab bukan dengan sifat cela. Kita lakukan dengan niat yang baik untuk membantu mengurangkan sedikit derita Palestin tanpa perlu memburukkan sesiapa. Setiap niat yang baik, insyaAllah akan dihitung oleh Allah sebagai jihad kita ke jalan Allah.


Kepada yang PEDULI, mari kita teruskan berdoa untuk saudara dan rakyat Gaza tak kira jantina dan agama. Setiap mereka berhak untuk menerima hak untuk hidup, maruah dan nyawa mereka sendiri. Hari ini Allah uji mereka dengan menarik segala milik mereka termasuk nyawa orang-orang yang mereka sayang tapi mereka tetap kuat mengharungi dan masih menyebut ALHAMDULILLAH.. Insya Allah, ada hadiah nikmat syurga yang Allah janjikan untuk mereka. Dan jihad kecil kita pun, insyaAllah akan dikira dan dinilai dan mungkin menjadi asbab kita dapat masuk ke Syurga Allah... who knows. Janji Allah itu PASTI.


FREE PALESTINE!
FREE FREE PALESTINE!
STOP KILLING CHILDRENS IN GAZA!!

Thursday, 22 February 2024

Ulasan Buku - The Hundred Years War on Palestine: A History of Settler - Colonial Conquest and Resistance, 1917 - 2017


Hi.. I am back.. I'm gonna start my review with the very recommended book by world wide. It content everything we need and knowledge about what is happening in Palestine and IsraHELL. Please read.


Tajuk : The Hundred Years War on Palestine: A History of Settler - Colonial Conquest and Resistance, 1917 - 2017
Penulis : Rashid Khalidi
Genre : Non-Fiction
Rating : ⭐⭐⭐⭐⭐

A Must read for people seeking the truth

First of all, this book is not easy to read because of my limitation of knowledge and English vocab.It took me almost half month to finish!! Tapi saya akan cuba untuk review ikut chapter by chapter.
 

Introduction
Buku ni bermula pada tahun 1889, tentang bukti-bukti surat dari Mayor of Jerusalem, iaitu Yusuf Diya al-Din Pasha (bapa saudara penulis) kepada Theodor Herzl tentang kebimbangan Yusuf Diya tentang kemungkinan penjajahan zionist. Ada beberapa bukti surat-surat dan gambar project awal tentang penjajahan.Namun, Herzl semestinya tidak mengendahkan kebimbangan Diya (sebab dia zionist) dan yang sedihnya, rakyat Palestin pun masa tu tak anggap benda tu serious.
 

The First Declaration of War, 1917–1939
Membincangkan tentang Balfour Declaration pada November 1917 yang mengumumkan tentang sokongan British terhadap “Establisment in Palestine of a National Home for the Jewish People”dan Mandate for Palestine granted by the League of Nations to British in 1922 yang menafikan hak-hak orang “ARAB” (atau Palestine - dalam mana-mana dokumen tentang Palestin pada waktu tu, tak ada mentioned pun pasal orang-orang Palestin tapi mereka sebut ARAB) selepas pembubaran Empayar Uthmaniyyah. Jewish Agency for Palestine dilantik sebagai pentadbiran dalam kerajaan walaupun kaum depa adalah minoriti di Palestin.
 
Sokongan British yang tak berbelah bahagi kepada Zionist dengan pembahagian 17% tanah kepada pendatang yahudi sehingga mengusir rakyat asal Palestin telah menyebabkan pemberontakan besar pada tahun 1937-1939 dan British being British, siapa tak setuju akan ditindas dengan kejam.
Secara halusnya, behind the Balfour Declaration.. was the British wish to reduce Jewish immigration! Huh….
 

The Second Declaration of War, 1947–1948
Dalam bab 2 ni, buku ni focus kepada proses berlakunya NAKBA 1948 apabila AS dan USSR mengantikan British pada tahun 1947 sebagai kuasa imperial untuk mendapatkan kelulusan PBB  untuk meluluskan penubuhan negara Yahudi sebanyak 56% di tanah yang majoritinya ialah penduduk Arab (dengan melanggar hak rakyat Palestin ke atas tanah mereka sendiri) selepas WWII.
 
Dengan jaminan Piagam PBB. Maka berlakulah Perang Arab - Israel, penubuhan negara IsraHell dan NAKBA - di mana 700,000 diusir dan melarikan diri ke negara-negara Arab sebelah. Tanah-tanah dan rumah yang ditinggalkan oleh rakyat Palestin kemudian dirampas dan dijadikan penempatan untuk rakyat Yahudi.
 
Masa ni Mesir control Gaza Strip manakala Jordan pula claimed West Bank tu apart of Jordan.
 

The Third Declaration of War, 1967
Bab ni pula tentang peranan US dan bibit-bibit terjadinya Perang Enam Hari 1967 Israel ke atas Mesir, Jordan dan Syria. TBH, bab ni too complicated to cover and review. Tapi secara ringkasnya (yang I faham), dalam bab ni, tentang Movement of Arab Nationalist, Fatah dan PLO. Masa nilah Palestine start kuatkan budaya dan jati diri sebab Zionist kata, Palestine sebenarnya tak wujud. Pada tahun 1969, PM Golda Meir pernah keluarkan statement dari mulut sialannya “There were no such thing as Palestinians... they did not exist”. Melalui PLO lah suara rakyat Palestin sampai ke dunia termasuk AS.
 
Masa time-time ni lah nenek moyang kita kat Msia pun dah start bercakap tentang Palestine dan kesengsaraan orang Palestin sebab nenek moyang kita pun baru lepas Merdeka dari penjajahan
 

The Fourth Declaration of War, 1982
Ok bab ni menarik dan I ingat sebab dalam buku From Beirut to Jerusalem oleh Dr Ang Swee Chai ada cerita tentang experience Dr Ang yang sendiri melalui perang kat Beirut masa tu. Tapi dalam buku ni penulis reveal tentang macam mana AS jadi biggest supporter kepada israHell terhadap pencerobohan ke atas Lubnan pada tahun 1982 untuk attack PLO. IsraHell declare yang war ni adalah operasi bersama Israhell dan AS untuk membenteras terrorist dan peranan AS ialah sebagai pembekal senjata dan menyokong Tindakan israHell untuk mengusir pemimpin dan pejuan PLO dari Beirut ke Tunis.
 
Bab ni agak details dan menarik sebab penulis sendiri antara yang berada di Beirut ketika serangan tu bersama 2 anaknya, dan isteri yang bekerja dengan PLO waktu tu. Penulis menyaksikan sendiri kekejaman Sabra and Shatila massacres yang dilakukan oleh Phalangist Militias sebab balas dendam atas pembunuhan Presiden Bashir Gemayel. Phalangist Militias dan Bashir Gemayel ni ialah dari Lubnan ye.. dan segala yang terjadi ni adalah hasutan dari IDF yang melagakan PLO dan Lubnan padahal ramai je rakyat Palestin ni mixed dengan Lubnan. Dalam buku From Beirut to Jerusalem pun ada sebut tentang ni. Dan penulis ada bukti dari dokumen yang dibocorkan oleh Arkib Negara Israel pada tahun 2012. Fyi, Israel suka brag dan sendiri revealkan rahsia pasal kekejaman dan kejahatan depa.
 
Tapi sebenarnya masa nilah bermulanya Gerakan-gerakan nasional Palestin dan Lubnan seperti Hizbullah dan Hamas sehingga terjadinya Intifadah I
 

The Fifth Declaration of War, 1987 – 1995
Di sini membincangkan bagaimana IsraHell attack balik masa Intifadah I in 1987, tentang West Bank & Gaza Strip, dan perjanjian Oslo II 1995 yang berat sebelah – yang tak menyelesaikan pun kemelut dan hak rakyat Palestin kat tanah mereka sendiri. Penulis berpendapat, waktu ni ialah kekalahan besar bagi pejuangan nasional Palestin.
 
Penulis blame PLO dalam bab ni sebab kesilapan yang depa buat menyebabkan kemudarat yang besar dan Panjang untuk PALESTIN. Penulis masa ni adalah apart of advisory untuk delegasi Palestin di Madrid dan both persidangan Oslo. Waktu ni cakap la hapa pun kat pemimpin PLO, depa tanak dengar.. depa nak dengar yang murni-murni je.
 

The Sixth Declaration of War, 2000 – 2014
Semakin lama IsraHell menguasai Palestin, semakin ganas IsraHell pada rakyat Palestin di West Bank dan Gaza. Israhell attacked Gaza tahun 2008, 2012 dan 2014 and yet, depa dok mengilai pasal 7oct 2023 yang asalnya sebagai pembelaan kepada penindasan IsraHell yang dok bunuh, culik, tembak, hina dan tutup sumber mata air kat Gaza sepanjang sebelum 7 oct tu.
 
Dalam bab ni juga ada cerita tentang kebangkitan Hamas, politik Palestin dan kegagalan pimpinan Obama untuk sebarang perubahan. OBAMA PUN FAILED!


REVIEW:-
Buku ni kalau baca review kat Goodreads dan Instagram, memang recommended terutama untuk yang nak belajar dan mula ambil tahu what’s happening right now in Gaza and Palestine. Macam I cakap earlier, buku ni tough. Walaupun kita belajar tentang isu Palestine dan kita sentiasa menyokong bahawa zionist adalah bangsat, tetapi adalah lebih baik kalau kita mengali dan tahu Sejarah serta the issue from its root.


 
For hundred-year, Palestinian cries went unheard, and how much longer we need to turn a blind eye to the injustice? Read this book.

Wednesday, 20 December 2023

It Almost a Year

Assalamualaikum...

I'm writing this blog using my old slow laptop which I should replaced with a new one
But instead of change my laptop. I was requested my husband to buy me a new phone instead
In the next entry, I would post my 2023 recap for memory

And for those who knows me outside (irl), you know I'm currently working nearby my daerah
Only 15 minutes to reach but sometimes it took more than 20 minutes to arrive especially during raining season

On 18 Dec, I complete 1 year my duty with that bumiputera company but unfortunately because I am non-ambition person and always imagine myself cook, clean and stay at home and wiling to be a servant (with salary) for my beloved family, I refuse to stay longer and will tender soon. Sorry to them and sorry to my husband as well... heeee...

That's all for now

Eh wait...

I'm a bit impress with my English writing skills here because I sound stupid writing in English at X platform knowing that most of them are very fluent. I even cannot speak good English with my 11 years old daughter lately.


Ok time to go. I'll be back asap before new year to post my recap.


Wednesday, 19 October 2022

Buku Terpaling Devastating - Painful - Sadis Yang Pernah Saya Baca

Assalamualaikum....

Sejak akhir-akhir ni saya seakan-akan rasa 'malas' untuk buat review atau ulasan buku di blog. Bukan kerana kurang pembaca tapi kerana di blog saya perlu buat ulasan yang lebih lengkap dan proper - dan agak memenatkan. Saya juga telah berhenti berkongsi review di instagram buat masa ini kerana saya private instagram saya jadi perkongsian agak limit.

Perancangan saya adalah untuk menggunakan akaun tiktok saya yang ada untuk berkongsi tentang buku-buku dan ulasan pendek. Tapi saya perlukan peralatan dan prop untuk menjadikan video saya lebih menarik. Menambah malas saya.

Tak penting pun semua ini sebenarnya, hanya untuk mengisi masa lapang saya sebagai surirumah. Surirumah juga perlukan hobi agar tidak terjebak dengan perkara lagha. Kalau tak, surirumah akan mudah hanyut dengan dunia gosip dan membawang dan seterusnya menjadi netizen yang rajin berkuntum di blog atau page-page gosip Malaysia. Itu yang saya nak elakkan.


Berbalik kepada tajuk - 
Baru-baru ini saya habis membaca sebuah novel tebal 820 mukasurat dan saya mengambil masa 10 hari untuk menghabiskannya - itu pun ada sesetengah yang saya terpaksa skip beberapa muka surat kerana meleret dan boring. Kisahnya sangat kemurungan dan membuatkan saya terpaksa rehat seketika dari membuka buku lain - selama 3 hari. A Little Life...


Saya agak tidak rajin untuk mengulas buku ini, cuma saya boleh katakan yang saya tidak berhasrat untuk recommend buku ini kepada sesiapa yang berhati tisu - atau dalam bahasa lebih lengkap:-

Kesiapa yang mengidap PTSD atau ada masalah kesihatan mental, sama ada sudah dignose atau tidak - saya tidak sarankan anda membaca buku ini. Kerana buku ini mengandungi keganasan sexual, penderaan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak, kekejaman, membunuh diri, trauma akibat penderaan, rogol dan percintaan sesama jantina aka LGBT.

Sedangkan saya yang (alhamdulillah) memiiliki kesihatan mental yang baik pun terpaksa berehat sebentar untuk mengembalikan keamanan kepada mental saya. Apa pun, terpulang pada anda sekiranya anda rasa berkeinginan untuk cuba membacanya. Tapi tidak salah jika anda berhenti seketika atau terus berhenti jika tidak mampu untuk terus membaca.


Fakta tentang A Little Life:
Kisah Jude St Francis adalah kisah yang diambil dari kes jenayah seksual kanak- kanak yang membabitkan seorang Virologist bernama Daniel Carleton Gadjusek yang disabit kesalahan mencabul kanak-kanak. Mungkin penulis mengambil beberapa kes Daniel sebagai reference untuk menjadikannya sebuah watak tragis Jude St Francis. Buku ini mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan. Penulis juga memang berhasrat untuk menjadikan buku ini tiada happy ending.


Selama 19 hari dalam bulan oktober ini, saya cuma mampu membaca 2 buah buku sahaja. Saya baru mula membaca buku ke tiga pada hari isnin namun masih perlahan dan belum pun mencecah 100 muka surat. Memang benar beberapa ulasan A Little Life mengatakan, buku ini akan menjadi punca kepada reading slump sesetengah pembaca 😄.


Apa pun, penulis Hanya Yanahigara adalah antara penulis berbakat yang mampu menulis dengan sangat baik. Saya sedang berkira-kira duit tabung untuk mendapatkan buku Hanya yang lain. Jaga-jaga emosi 😂.



Wednesday, 5 October 2022

Ulasan Buku - Gila Balak: Menelusur Jejak-Jejak Mafia Kayu Balak Asia

Tajuk : Gila Balak: Menelusur Jejak-jejak Mafia Kayu Balak Asia
Penulis : Lukas Straumann (Terjemahan oleh Dian Saleh)
Penerbit : SIRD
Genre : Non-Fiction
Rating : ⭐⭐⭐⭐⭐


Gila Balak menyiasat apa yang telah disebut oleh Gordon Brown sebagai jenayah alam sekitar terbesar masa kini: kerosakan hutan hujan secara besar-besaran oleh pembalak-pembalak Malaysia. Sejarahwan dan aktivis, Lukas Straumann bukan sahaja mencari semula hutan hujan yang telah hilang dan orang-orang yang pernah suatu ketika dahulunya tinggal menetap di situ, malah beliau juga menelusur setiap jaringan penjenayah yang telah mengaut keuntungan ribuan juta melalui rasuah dan jualan kayu balak haram.

Straumann telah menamakan Abdul Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebagai kepala mafia kayu balak Asia. Pada masa yang sama, Straumann juga menunjukkan betapa keluarga Taib dengan bantuan rakan subahat utama iaitu institusi-institusi kewangan telah berjaya meraih laba keuntungan sebanyak USD 15 ribu juta. Gila Balak ialah kisah sekelompok masyarakat yang kehilangan warisan syurgaloka turun-temurun yang telah digalang ganti dengan ladang-ladang kelapa sawit, pencemaran dan rasuah. Dan kini, mereka berjuang menuntut kembali kehilangan itu.


Buku Gila Balak ini ditulis oleh Lukas Straumann, penulis yang berasal dari Switzerland yang juga Executive Director, Bruno Manser Fond iaitu sebuah badan NGO yang ditubuhkan oleh Bruno Manser bagi membantu orang-orang Penan di Sarawak dalam mempertahankan hutan dan rumah mereka dari golongan GILA BALAK. Buku terbitan SIRD ini mendedahkan tentang pembalakan yang berleluasa di Bumi Kenyalang sehingga merosakkan hutan hujan secara besar-besaran dan mengaut keuntungan berjuta-juta RM yang masuk ke dalam poket-poket individu-individu yang berkuasa di Malaysia.

Buku ini mempunyai 10 bab yang disusun dengan baik, dimulai oleh dengan bekas Ketua Menteri Sarawak yang mempunyai harta yang sangat banyak di dalam dan luar negara. Seorang pembocor maklumat yang pernah bekerja dengan beliau telah mendedahkan segala aktiviti beserta dokumen-dokumen sulit kepada pihak penulis tentang perniagaan dan bangunan-bangunan milik beliau di luar negara. Di akhir bab, penulis memaklumkan pembocor maklumat itu dijumpai mati di bilik hotel dipercayai membunuh diri akibat tekanan.

Kemudian disusuli dengan pengenalan tentang kelompok nomad di dalam hutan Borneo iaitu penduduk asal hutan di Sarawak iaitu orang-orang Penan. Pengenalan tentang orang-orang Penan, kegiatan mereka dan suka duka kehidupan mereka di dalam hutan yang semakin terhakis dek kerana kegiatan pembalakan. Selain itu, buku ini juga menerangkan tentang sejarah politik di Sarawak bermula dengan kedatangan James Brooke sehinggalah ketika bekas Menteri Besar Sarawak Taib Mahmud mengepalai negeri Bumi Kenyalang ini. Segala kekayaan dan kerakusan beliau dan konco-konconya telah dibongkar di dalam buku ini berserta nama-nama orang-orang penting yang bersama dan melindungi beliau. Bagaimana seorang individu mempengaruhi ramai orang-orang penting di negara ini dan negara luar untuk bersama-sama dengannya dalam misi GILA BALAK. Bagaimana mereka tergamak merosakkan ekosistem paling berharga di bumi Malaysia ini. Rata-rata rakyat di Sarawak masih ketinggalan dan hidup miskin tetapi bagaimana seorang ketua di sana kaya raya dengan mengambil hak rakyat Sarawak sehingga semua ahli keluarga memiliki ber ribu juta RM harta dan tidak mempedulikan langsung tentang nasib dan masa depan rakyat di sana. Bukan sahaja orang-orang Penan yang menghadapi dilema ini, termasuk juga kaum-kaum asal yang menetap di dalam hutan di Sarawak juga terbabit bersama menderita akibat isu pembalakan.

Dalam buku ini juga mendedahkan beberapa orang penting yang giat berkempen menolak serta mengecam pembalakan yang berleluasa telah ditangkap serta disoal siasat malah ada juga yang hilang samada dijumpai dalam keadaan sudah tidak bernyawa atau hilang terus dari radar tanpa dapat dikesan jejaknya. Bruno Manser adalah salah seorang aktivis yang datang ke Sarawak untuk menjalani kehidupan nomad bersama orang-orang Penan setelah terbaca tentang orang nomad yang baik di dalam sebuah buku di perpustakaan Switzerland. Bruno meninggalkan kehidupannya untuk merasai pengalaman baru tinggal bersama orang-orang Penan sehingga digelar Laki Penan namun malangnya syurgaloka yang dikatakan di dalam buku telah hilang sedikit demi sedikit akibat pembalakan. Bruno yang memahami kepiluan kelompok Penan telah bersama-sama berganding bahu dan bangkit melawan syarikat-syarikat pembalakan namun akhirnya kerajaan Sarawak telah mengisytiharkan Bruno Manser sebagai PALING DIKEHENDAKI dan melarang beliau dari masuk ke negeri Sarawak. Namun kali terakhir Bruno telah datang ke Sarawak secara senyap-senyap pada tahun 2005 dan hilang jejak tanpa khabar sehingga hari ini. Suratan atau kebetulan?

Menjelang PRU yang akan tiba sikit masa lagi, saya mengesyorkan anda membaca buku ini untuk menambah pengetahuan tentang kegiatan balak yang telah merosakkan ekosistem serta tentang bumi SARAWAK yang sudah tidak lagi hijau. Ia membuka mata saya tentang betapa rakusnya manusia demi harta di dunia sehingga hilang kewarasan dan pertimbangan. Dan membuka minda saya betapa teruknya pembalakan yang dilakukan tanpa perancangan bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di negeri-negeri lain contohnya Pahang dan Kelantan sehingga UNESCO pengumumkan akan menarik pengikhtirafan mereka kepada Tasik Chini. Tidak mampu diungkapkan betapa dasyatnya kegiatan ini namun itu adalah realiti.

Syabas juga kepada penulis dan penterjemah buku ini atas penulisan yang langsung tidak membosankan dan penuh dengan fakta serta penulisan yang kemas dan mudah untuk dibaca serta memberi ilmu baru kepada saya.


“Perubahan yang pesat menyaksikan Sarawak yang dahulunya kaya dengan kehijauan alam bertukar menjadi ‘bumi tandus nan hijau’ dengan terbentangnya lading-ladang kelapa sawit serta kawasan-kawasan takungan air yang bukan sahaja mengancam kemusnahan kepelbagaian bionya yang unik, bahkan juga merampas sumber alam semula jadi daripada masyarakat Orang Asal yang sememangnya berhak ke atasnya. Hutan-hutan yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja ini merupakan ‘modal buat orang-orang miskin’ yang kini semakin lama semakin lenyap akibat daripada projek-projek pembangunan perladangan kelapa sawit dan projek tenaga di bawah kawalan segelintir jutawan kayu balak dan juga sekelompok ahli-ahli politik atasan.”


Wednesday, 28 September 2022

Ulasan Buku - Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya

Tajuk : Rahsia Empayar Melayu Sriwijaya
Penulis : Abdullah Sidek
Penerbit : The Patriots
Genre : Non-Fiction / History
Rating : ⭐⭐⭐⭐⭐


"Di Laut Champa (Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung banyaknya. Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah pengaruhnya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah dan aromatik dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan banyak kekayaan dari bumi." - Al- Masudi.

Empayar Melayu Srivijaya, nama yang dilupakan oleh umat Melayu. Rahsianya tenggelam dalam lipatan sejarah. Melaka lebih didendangkan kalau bicara tentang sejarah Melayu sehingga terlupa akan satu lagi empayar yang maha agung. Empayar yang maharajanya bermandi-manda dalam limpahan jongkong emas. Empayar luas merangkumi seluruh kepulauan. Pelabuhannya masyhur, menarik jutaan dagangan.

Buku ini mengajak umat Melayu untuk kembali mengenang sejarah silam yang dilupakan. Srivijaya yang berdiri sejak abad ke-6, ada rahsia yang menanti anak cucu untuk disingkapkan. Ada perjalanan panjang dalam meneroka sejarah yang tenggelam. Ayuh, ikuti kami mengembara menyelami riwayat sebuah tamadun agung yang pernah bangsa kita dirikan dalam buku ini.


Selepas habis membaca buku terakhir, saya terasa seperti rindu untuk membaca buku-buku fiction atau buku sejarah ketamadunan. Maka, saya memilih RAHSIA EMPAYAR MELAYU SRIWIJAYA sebagai buku seterusnya dalam bulan ini. Ternyata, pemilihan ini sangat tepat untuk memenuhi kehendak hati yang RINDUkan buku-buku yang berkaitan dengan sejarah tamadun. Perasaan seperti diberikan air sejuk ketika berada di padang pasir yang panas dan kering.

Abdullah Sidek atau Seri Cendekiawan adalah penulis yang selalu berkongsi fakta-fakta sejarah di media sosial. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Sejarah dan meminati sejarah Melayu. Selain buku ini, saya juga pernah review buku dari terbitan The Patriots juga iaitu Kisah Klasik Sejarah Melayu. Selain 2 buku ini, penulis juga mempunyai 2 lagi buku iaitu Mencabar Teori Chola dan Perang Tamadun Melayu. Saya suka dengan buku sejarah dari penulis ini kerana cara penulisan beliau menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak sesekali menggunakan jargon ilmiah yang membosankan.

Berbalik tentang kerajaan Sriwijaya, pengetahuan saya berkenaan dengan kerajaan lama ini amatlah terhad. Boleh dikatakan, saya tidak mempunyai pengetahuan apa pun tentang Sriwijaya. Pengetahuan saya sekadar - Sriwijaya adalah sebuah empayar besar yang pernah dimiliki oleh orang Melayu dan mereka beragama Buddha serta lokasinya yang saya kira berada di dalam linkungan Nusantara. Melalui buku ini, saya perolehi pengetahuan dan ilmu baru berkenaan dengan Kerajaan Sriwijaya walaupun fakta dan sumbernya agak terhad. Buku ini juga lebih kepada persepsi dan pendapat penulis berdasarkan bukti-bukti sejarah yang dijumpai namun ia tetap sebagai pengetahuan dan ilmu baru untuk saya.

1.  Sejarah tentang Kerajaan Sriwijaya ini masih kabur kerana sumber sejarah yang dijumpai amat terhad. Kerajaan Sriwijaya bermula sekitar pada 671 dan tidak diketahui bila tahun berakhirnya kerajaan ini namun dari sumber utusan terakhir kerajaan Sriwijaya kepada China adalah sekitar 1178M.
2.   Walaupun lokasi sebenar kerajaan Sriwijaya belum dapat dipastikan kesahihannya, tetapi merujuk kepada bukti-bukti sejarah dan ukuran jarak berdasarkan catatan I-Tsing. Terdapat 4 teori lokasi Sriwijaya iaitu Kelantan, Chaiya, Palembang, dan Jambi namun pendapat popular menyebut “Palembang” sebagai lokasi Sriwijaya dan pendapat ini juga diakui oleh penulis.
3.   Pemerintah yang pertama Kerajaan Sriwijaya ialah Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang memerintah dari tahun 671 sehingga 702. Teori mengatakan Sriwijaya telah wujud sebelum Sri Jayanasa memerintah tetapi Sriwijaya hanyalah sebuah kerajaan kecil dan tidak terkenal. Apabila Sri Jayanasa menjadi pemerintah, beliau telah meluaskan jajahannya. Baginda berjaya mengumpulkan seramai 20,000 orang angkatan tentera untuk menyerang negara tetangga. Di bawah Sri Jayanasa, antara negara yang dapat ditawan ialah Malayu, Kedah Tua, Taramu, Medang, Bangka, Segenting Kra, Tulang Bawang, Lampung dan sebagainya. Sri Jayanasa meninggal pada 692 Masihi ketika menyerang negara Kalingga.
4.   Batu bersurat tentang Sriwijaya telah dijumpai di beberapa lokasi di Pulau Jawa, Sumatera, Ligor, India. Tetapi batu bersurat yang paling penting dijumpai di Palembang, Jampi, Bangka dan sekitar Indonesia. Batu-batu bersurat tersebut ditulis dalam bahasa Melayu Kuno dan diterjemahkan oleh para sejarawan. Kebanyakan kandungan batu bersurat berkenaan menceritakan tentang peraturan-peraturan Sriwijaya.
5.   Serangan Rajendra Chola bukanlah punca kemusnahan Sriwijaya tetapi ia hanya melemahkan kerajaan tersebut. Ini kerana selepas peristiwa serangan itu, Sriwijaya masih mengutuskan utusan ke negara China pada tahun 1178M dan selepas itu tiada lagi utusan yang dihantar. Faktor utama kerajaan Sriwijaya musnah adalah kerana pelabuhan yang menjadi hasil utama Sriwijaya telah musnah dan hasil kekayaan telah dirampas habis oleh Chola. Satu persatu negeri dibawah jajahan Sriwijaya keluar dan merdeka.

Ternyata Melayu sebenarnya berasal dari bangsa yang kuat dalam hal ketenteraan dan penaklukan, juga bijak dalam hal pentadbiran. Bukan hanya Sriwijaya, Melayu juga pernah mempunyai beberapa kerajaan kuat dan kaya raya seperti Melaka dan Malayu tetapi sayangnya kita seolah-olah tidak mengiktiraf kewujudan atau kehebatan Sriwijaya kerana jarang ada buku-buku tentang kerajaan ini, malahan ketika di sekolah juga pengajaran tentang Sriwijaya sangatlah terhad (dalam buku teks darjah 4 juga, maklumat lokasi juga dikatakan di Sumatera). Saya juga ada terbaca di media sosial yang mengatakan Sriwijaya adalah Empayar bangsa India walaupun dalam buku ini, tidak ada bukti mengatakan ada kerajaan Sriwijaya pernah atau ada yang menganut agama Hindu.


“Jika mereka lapar di perhentian atau dalam perjalanan, mereka akan mendapat makanan dan air untuk diminum. Hendaklah semua lading dan kebun yang diusahakan oleh mereka jenuh (dengan hasilnya). Hendaklah ternakan semua jenis haiwan yang dipelihara oleh mereka serta semua hamba abdi dimiliki oleh mereka tumbuh segar. Hendaklah mereka tidak mengalami apa-apa malapetaka atau diganggu oleh penyakit yang tidak boleh tidur.

Juga hendaklah semua rakyat taat setia dan patuh dan juga sahabat-sahabat mereka tidak mengkhianati mereka dan isteri-isteri mereka taat setia.” – Terjemahan Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang) oleh George Coedes.

Friday, 23 September 2022

Ulasan Buku - Migrasi Yang Berlumpur

Tajuk : Migrasi Yang Berlumpur
Penulis : Jeong Young-Sun (terjemahan oleh Shafiqah Azman)
Penerbit :MAHAKARYA
Genre : Fiction - Slice of Life
Rating : ⭐⭐⭐⭐


Korea Utara merupakan satu-satunya tempat pada abad ke-21 yang tidak mempunyai kebebasan bergerak. Disebabkan itulah, ada rakyatnya yang nekad untuk melarikan diri ke Korea Selatan walaupun nyawa mereka menjadi taruhan.

Juyeong telah menghadiri temu duga di sebuah syarikat penerbitan. Di sana, dia bertemu dengan Ejen Perisikan Nasional bernama Ko yang memerintahkan Juyeong untuk memantau komen di Internet. Selepas pilihan raya presiden, Ko menawarkan pekerjaan kontrak kepada Juyeong di Yuniwon, sebuah organisasi yang membantu pelarian dari Korea Utara.

Di Yuniwon, Juyeong bertemu dengan pelarian dari Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan atas pelbagai sebab. Melalui kisah-kisah pelarian seperti Suji yang datang ke Korea Selatan bagi mencari kebebasan dan Changju yang ingin mencari wang untuk bermain bola sepak, Juyeong mulai memahami kehidupan pelarian dari Korea Utara yang bukan saja menderita kerana kesepian di tempat asing, tetapi mereka juga terpaksa terus membuktikan diri agar dapat diterima oleh masyarakat Korea Selatan



Buku ini adalah kisah sebenar tentang rakyat Korea Utara yang melarikan diri ke Korea Selatan. Berdepan dengan suka, duka, onak dan ranjau sebuah kehidupan panjang yang dilalui oleh rakyat-rakyat Korea Utara yang melarikan diri untuk sebuah kehidupan yang lebih selesa di Korea Selatan. Mereka berpisah dengan keluarga demi perubahan hidup dan syurga yang dijanjikan oleh para Broker untuk memancing mereka ke Korea Selatan demi politik dan alat untuk merasa kemenangan atas pengkhianatan rakyat Korea Utara ada di depan mata tetapi realitinya sukar untuk mereka kecapi. Stigma dan penerimaan rakyat Korea Selatan terhadap mereka menyebabkan mereka rasa seperti tertindas.

Mereka datang ke Korea Selatan melalui broker yang menjanjikan seribu keindahan dan kemudian mereka ditempatkan di Pusat Perlindungan dan diberi latihan untuk membiasakan diri mereka dengan suasana Korea Selatan iaitu Yuniwon. Selepas tamat latihan di Yuniwon, mereka akan diberikan beberapa wang untuk memulakan kehidupan baru dengan beberapa syarat yang ditetapkan.

Antara watak dalam novel ini ialah Ju Yeong, Byung Uk, Seon Ju, Suji, Changju, Myung Hoon, dan Ko yang bekerja di Jabatan Keselamatan. Suji gadis muda yang datang ke Korea Selatan seorang diri melalui China demi hak kebebasannya. Dia yang berasal dari Pyongyang tidak seperti rakyat Korea Utara yang lain, yang lari kerana kepayahan hidup namun dia juga melalui kehidupan sukar yang sentiasa merindui ibu bapanya yang ditinggalkan di sana. Changju pula datang ke Korea Selatan dan menemui ibunya yang terlebih dahulu datang ke Korea Selatan dan berkahwin dengan warga Korea Selatan selepas hidup bergelandangan di Korea Utara selepas kematian bapanya. Changju bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak tetapi fizikalnya yang lebih rendah dari rakan sebaya dan stigma kanak-kanak terhadap rakyat Korea Utara menyukarkan cita-cita Changju. Byung Uk pula yang telah ditinggalkan isterinya kerana tidak mahu lagi hidup sukar tidak lagi mahu meneruskan perjalanan di Korea Selatan. Byung Uk tekad berpatah balik ke negara asalnya.

Watak dalam buku ini sangat ramai tetapi akhirnya mereka berkait rapat antara satu dengan yang lain. 

Anda tidak akan dihidangkan dengan penamat dalam buku ini kerana kehidupan mereka tetap perlu diteruskn walaupun terpaksa berdepan dengan kesusahan dan stigma rakyat Korea Selatan terhadap pelarian Korea Utara. Walaupun plot penceritaan buku ini tidak sama seperti buku-buku novel yang lain namun buku ini agak menarik untuk pembaca lebih mengenali 2 buah negara yang bermusuhan agak lama. Korea Utara dan Korea Selatan tidak seperti Malaysia dan Indonesia yang kadang-kadang bercakaran dalam media sosial tetapi apabila bertemu, seperti saudara pula.


“… Pelarian Korea Utara tidak akan pernah dapat menjadi warga Korea Selatan sepenuhnya.
Yang paling penting, orang Korea Selatan seolah-olah menggunakan rakyat Korea Utara sebagai alat untuk berbangga diri. Perkara paling jahat sekali adalah tindakan membawa orang Korea Utara ke sini hanya untuk menyerang mereka.” – muka surat 132.


Saturday, 17 September 2022

Ulasan Buku - Seluruh Alam dalam Sebutir Debu

Tajuk : Seluruh Alam dalam Sebutir Debu
Penulis : Saharil Hasrin Sanin
Penerbit : Kata-Pillar
Genre : KumCer
Rating : ⭐⭐⭐⭐


"...Keindahan ada dalam luka, dalam kehalusan benda-benda yang terbiar dipinggirkan. Tuhan tersalin ke seluruh alam, dalam secarik sinar matahari, dalam semilir angin, dalam secebis tanah, dalam sebintil debunga. Tuhan memang wujud dalam keindahan jalur pelangi, tetapi Dia juga wujud dalam titis air yang membentuk pelangi itu. Kita boleh melihat seluruh alam dalam sebutir debu. Dan dalam sebutir debu lantai yang halus tidak dipedulikan itu, ada Tuhan.”

13 buah cerpen karya Saharil Hasrin Sanin dalam naskhah ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera, dan membuktikan bahawa beliau kekal seorang tukang cerita yang ampuh. Dari kisah gerai penjaja alusmitai sehinggalah cinta ratusan batu di dasar Al-Aqsa, buku ini bakal membawa kita menjelajah ke pelusuk rencam rasa: bahagia, dan luka.


Sebuah kumcer (kumpulan cerpen) yang mengandungi 13 cerpen dalam sebuah buku. Tema dalam buku ini lebih kepada sains dan ketuhanan. Setiap cerpen menpunyai maklumat berdasarkan sains dan diselit unsur-unsur islamik. Pembaca juga akan mendapat ilmu baru dalam setiap cerpen yang dibaca.

Antara cerpen yang saya suka ialah Gulali-Walla yang mengisahkan seorang wanita India yang menjual alusmitai. Gulali-Walla adalah panggilan untuk seseorang yang menjual Alusmitai dalam istilah bahasa india. Gulali-Walla menjaja dengan hanya kudrat badan nya sahaja yang memikul alatan memasaknya di belakang badan sehingga menjadikan Gulali-Walla semakin bongkok dan langkahnya tempang. Namun dia tidak pernah merungut. Oleh kerana kasihan dengan kehidupan Gulali-Walla, penulis akan membeli jualannya setiap hari tanpa jemu. Pada suatu malam, ketika penulis berjalan pulang dari mengaji, penulis terlihat api sedang marak membakar alatan membuat alusmitai. Penulis menjadi panik dan berusaha berulang alik dari sungai ke tempat api untuk membakar alatan tersebut. Rupanya alatan alusmitai itu sengaja dibakar oleh Gulali-Walla.

Cerpen kedua pilihan saya pula ialah Seluruh Alam dalam Sebutir Debu yang mengisahkan seorang anak belasan tahun yang tinggal sebatang kara bersama datuknya di sebuah rumah usang selepas kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalanraya. Namun tanpa anak itu sedari, kemalangan itu sebenarnya turut membabitkan datuknya tetapi dalam khayalan anak itu, datuk itu masih wujud dan bersama-sama dengannya setiap hari. Datuk nya menyarankan dia ke pecan untuk mencuba nasib, namun dek kerana sering di uji dengan dugaan-dugaan berat sepanjang usianya, anak itu tidak mahu mencari kehidupan lain dan lebih selesa dengan keadaan sedemikian dan tidak mengharapkan sebarang perubahan. Satu kejadian telah berlaku ketika pelangi muncul dan anak itu mengejar pelangi. Disangkakan pelangi yang cantik itu rasanya manis tetapi sebaliknya. Namun oleh kerana cantiknya pelangi, anak itu tetap terus makan sehingga tidak mampu lagi mengapai ketinggian pelangi. Selepas pulang, datuknya sekali lagi menyarankan anak itu ke Pekan untuk mencari kehidupan yang lain. Buat pertama kali sepanjang hidupnya, dia bermimpi dan bercita-cita.

Cerpen-cerpen lain juga menarik namun isinya agak berat. Mungkin kerana saya bukan peminat Sci-Fi, maka cerpen Dunia Badang agak berat untuk saya. Manakala Gapi pula membuatkan bacaan saya agak perlahan kerana penuh dengan fakta tentang ikan gapi dan elemen orang ketiga dalam rumahtangga.

Melihat kepada latar belakang pendidikan penulis, tidak hairanlah bagaimana penulis mampu menulis novel berunsur ilmu sains serta diselitkan dengan sejarah dan ketuhanan. Setiap cerpen juga mengandungi pengajaran dan maksud-maksud tersirat. Namun ia tetap sebuah buku yang menarik dan saya sarankan anda untuk membaca buku ini.

Wednesday, 14 September 2022

Ulasan Buku - Introvert

Tajuk : Introvert
Penulis : Abstrahakim
Penerbit : FIXI
Genre : Fiction
Rating : ⭐⭐⭐


Mereka kata, orang introvert selalunya perahsia dan suka memendam perasaan. Farady mengaku dia memang sukar untuk meluahkan apa yang dia rasa. Sejak kecil dia selalu merasa kesunyian dan sukar untuk mencari rakan yang boleh dia percayai. Selepas ditimpa satu tragedi, Farady naik ke puncak Bangunan Alam dengan satu niat: dia ingin mengakhiri segala-galanya. Tapi hasratnya dipatahkan oleh seorang gadis misteri bernama Haura.

“Percayalah cakap aku. Kau nak hidup, kau tak nak mati. Sebenarnya, kau cuma tak nak rasa sakit lagi. Tapi kau kena percayakan aku. Rasa sakit ini semuanya akan hilang. Semuanya akan berakhir seiring dengan masa berjalan. Semuanya akan jadi lebih baik.” – Haura.

Untuk pertama kali, Farady rasa ada orang yang mendengar suara hatinya yang selama ini tidak didengari sesiapa. Tapi siapakah gerangan gadis misteri yang tiba-tiba muncul di atas bumbung bangunan tinggal itu?



SINOPSIS:
Introvert mengisahkan seorang pemuda berusia awal 20an dan masih menuntut di sebuah Pusat Pengajian dalam jurusan Arkitek atas pilihan bapanya, Farady. Farady adalah seorang pemuda pendiam, sukar bergaul, tidak selesa berada di khalayak ramai serta kurang kasih sayang dari ibu bapa ingin menamatkan hayatnya di sebuah bangunan tinggalan lama iaitu Bangunan Alam akibat tekanan-tekanan dan masalah yang meruncing diri. Namun, niatnya berjaya dihentikan oleh seorang gadis seusia dengannya bernama Haura. Bermulalah detik indah dan gembira Farady bertemankan seorang sahabat yang banyak mendengar masalahnya, yang sering membantunya susah serta senang dan menjadi untuknya tatkala dirinya merasakan tiada siapa lagi dalam hidupnya.

Ketika Farady berjaya menemui sinar bahagia bersahabat dengan Haura, tiba-tiba datang Adli ke Bangunan Lama dengan tujuan yang sama seperti Farady dulu. Farady dan Haura kembali mengulangi detik dulu dan mereka menghulur tangan persaudaraan bersama Adli. Adli yang kehilangan hampir segala-galanya kerana fitnah senior di asrama sekolahnya, kembali menemui cahaya yang membawanya keluar dari kegelapan silam.

Namun tali persahabatan Farady dan Haura diuji apabila Farady menemui Natasha dan dia kemudian jatuh cinta dengan gadis itu. Sebagai seorang yang pemalu, Haura lah yang membantu Farady memaut salam perkenalan dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan gadis idamannya itu. Tetapi hubungan Farady dan Natasha bergoyang kerana Natasha yang cemburu dan berperasangka terhadap Haura lalu meminta Farady membuat keputusan memilih dia atau Haura. Haura yang juga menyimpan rasa cintanya terhadap Farady memilih untuk berundur demi bahagia sahabat yang dia sayangi.

Selepas perginya Haura, terungkailah satu persatu rahsia dan kebenaran hidup Farady yang mengubah dirinya selepas itu.



REVIEW:
Saya suka dengan watak Haura yang happy-go-lucky. Haura seorang gadis lincah dan bijak walaupun hanya mampu menamatkan pelajaran sehingga SPM sahaja akibat kengkangan kewangan. Haura mempunyai personality menawan dengan rupa paras cantik yang digambarkan oleh penulis. Sifatnya kontra dengan Farady yang kurang bergaul dan pendiam. Adli pula menjadi pelengkap tali persahabatan mereka dengan sifatnya yang bijak membaca fikiran dan mesra.

Saya memilih untuk meminjam buku ini dari Si Abang kerana ingin mencari bahan bacaan yang ringan dan pemilihan Introvert adalah tepat. Untuk saya, buku ini adalah bacaan ringan yang sesuai untuk dibaca tanpa bebanan perasaan. Mungkin faktor umur dan persekitaran membuatkan saya sukar untuk menyelami kehidupan remaja introvert. Namun saya menghargai novel yang mengangkat isu ini sebagai tema untuk umum lebih mengetahui tentang masalah dan kekurangan individu yang mempunyai ciri-ciri introvert.

Plot twist dalam buku ini agak menganggu kelancaran buku ini. Terlalu banyak dan adakalanya seperti tidak-logik jika berlaku di alam realiti. Saya membaca beberapa review di Goodreads mengatakan buku ini berjaya mengalirkan air mata namun seperti saya katakan, fakta umur menyukarkan saya menyelami buku ini.

To be fair, buku ini mungkin memberi sedikit makna untuk sesiapa yang menghadapi masalah dan merasakan hidup tiada makna. Usah Khuatir, jika anda gagal 100x sekalipun.. bangun lagi dan rempuh lagi halangan demi halangan. Jatuh untuk ke 101x pun tak apa. Small progress is still progress.


Tuesday, 13 September 2022

Ulasan Buku - Hujan Pagi

Tajuk : Hujan Panas
Penulis : A. Samad Said
Penerbit : Helmysamad Publications
Genre : Historical Fiction
Rating : ⭐⭐⭐⭐ 4.5


Hujan Pagi mengesani dan menghuraikan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar masa kini. Segala yang berlaku sekarang menyentuh hati nurani dan pegangan hidup wartawan itu.

Perkembangan baru dalam harian Sinar Pagi menyebabkan Lokman terseksa dan tergelincir ke dalam dunia halusinasinya sendiri. Menurut doktor jiwanya, Dr Ahmad Dio, penyakit Lokman akan lebih serius, jika tidak segera dibantu. Dalam mingguan halusinasinya iaitu mingguan Hujan Pagi, Lokman merasa berperanan dan dihargai. Dirasakan ada sesuatu perjuangan yang bermakna, sesuai dengan latarnya sebagai seorang nasionalis.

Novel ini mempunyai unsur-unsur lagenda, sejarah, arkeologi, astronomi dan politik dalam Hujan Pagi tidak dimaksudkan hanya sebagai latar tempat dan mental manusia-manusianya atau sebagai sisipan ramuan ilmu tertentu, lebih daripada itu ia menjadi pelantar hujah dan percakapan idea tentang beberapa hal dan pendapat dulu dan sekarang.



SINOPSIS:
Lokman, seorang ketua pengarang sebuah akhbar Hujan Pagi, warisan dari datuknya sendiri yang meninggal dalam tidur. Lokman mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan untuk terus menghidupkan semangat orang-orang Melayu dalam menentang penjajahan di Tanahair melalui Hujan Pagi. Berlatarbelakang ketika zaman 1930an, Lokman terus berazam dan tekad untuk menghidupkan malah meluaskan perjuangannya dengan Hujan Pagi atas sokongan wartawan-wartawan dibawah seliaannya iaitu Rahman, Ruszim, dan Basri dan semangat dari pengatur huruf, Gazis.

Pelbagai cabaran perjuangan Hujan Pagi antaranya apabila Gazis ditahan oleh pihak kolonis apabila penghantaran Hujan Pagi melalui keretapi disekat malah adakalanya dibuang begitu sahaja dan tidak sampai ke destinasi. Lokman disoal siasat tentang artikel-artikel yang mencurigakan dan adik Gazis yang menghidap masalah mental, Jirim dalam keadaan mencurigakan memegang paku serta kertas kosong di tangannya seperti dia telah di’kacau’ oleh sesuatu atau seseorang tetap semuanya tidak pernah mematahkan semangat Lokman untuk kekal berjuang malah merancang untuk meluaskan lagi pengedaran Hujan Pagi dan perjuangannya itu disokong tanpa berbelah-bagi oleh ‘keluarga’ Hujan Pagi.

Tapi semua yang ada dan dimiliki oleh Lokman di Hujan Pagi itu cumalah halusinasinya sahaja. Realitinya Lokman adalah wartawan akhbar Sinar Pagi yang kecewa dengan perjalanan kerjayanya berjuang melalui pena dakwat tapi tersekat kerana tuntutan akhbar walaupun penjajah sudah lama pergi meninggalkan tanahair. Perjuangan sebenarnya bersama Rahman, Basri, Musir Ali dan Mehmod Bey sebagai wartawan di Sinar Pagi. Atas kekecewaannya kerana penekanan pihak pemerintah ke atas akhbar Sinar Pagi menyekat cita-cita Lokman sebagai wartawan yang berjuang atas kebenaran, bukannya hanya kerana gaji semata-mata dan dia dipinggirkan kerana kedegilannya untuk mengikut arus rentak permintaan Sinar Pagi membawa Lokman berhalusinasi dengan dunianya bersama akhbar dalam alam halusinasinya,  Hujan Pagi.

Sementara itu, selepas 10 tahun menghilang, Lajis kembali semula ke kampung untuk merawat sakit Lokman, abangnya. Keadaan Lokman yang hanyut dalam halusinasinya telah membuatkan Lajis menyesal meninggalkan kampung tanpa khabar. Bayang-bayang kenangannya bersama Lokman ketika dia kecil hingga berjaya melanjutkan pelajarannya ke London atas sokongan Lokman membuatkan Lajis nekad untuk terus membantu dan memberikan rawatan terbaik untuk Lokman agar Lokman pulih dan kembali ke alam realiti. Atas bantuan rakan-rakan seperjuangan di kampung dan di Sinar Pagi, juga rawatan yang terbaik diberikan oleh Doktor Pakar Psikiatri Dr. Ahmad Dio, Lokman perlahan-lahan kembali ke dunia realiti dan keluar dari dunia halusinasi ciptaannya.

Selain konflik jiwanya akibat terlalu memikirkan masalah abangnya dan konflik diri yang sudah sedia membelenggu Lajis selepas kematian tunangnya Asniah, 8 tahun lalu akibat kemalangan. Lajis digambarkan seorang arkeologi yang kacak telah memaut hati Narisah, Niram dan Norisah namun kenangannya bersama tunangnya dulu dan komitmennya untuk memulihkan Lokman belum mampu untuk membuatkan Lajis membuka hatinya untuk mana-mana gadis walaupun dalam kesamaran, Lajis juga menginginkan seseorang sebagai teman hidupnya. Akhirnya Narisah menerima kehadiran Mandir dalam hidupnya, manakala Niram hanyut dengan perjuangan protes jalanannya dan hanya Norisah yang ada, bergelut bersama 7 orang lagi adiknya.



REVIEW:
Hujan Pagi karya A. Samad Said diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1987. Novel yang mengisahkan seorang wartawan bernama Lokman yang berjuang untuk anak bangsa melalui mata pena dan bait-bait tulisan dalam artikel-artikelnya di akhbar ini begitu dekat dengan Pak Samad. Seolah-olah Pak Samad meletakkan Lokman sebagai dirinya yang begitu menginginkan sebuah akhbar sendiri yang bebas berkarya dan berjuang tanpa sekatan atau perlu di tokok tambah demi menyedapkan rasa dan kepentingan politik pihak yang berkuasa. Dan segala kekecewaan Lokman sama rasa dengan kekecewaan Pak Samad sebagai bekas wartawan. Pendek kata, Hujan Pagi adalah jiwa A. Samad Said.

Watak lain dalam novel ini antaranya ialah Lajis - adik Lokman, Asniah – tunang Lajis yang telah meninggal dunia, Gazis - Penyusun huruf di dunia halusinasi Lokman tetapi seorang guru mengaji di dunia realiti, Menut – Isteri Gazis, Team Hujan Pagi – Rahman, Ruseli, Arfiah, Muayah, Basri, Zuhri dan Munif. Norisah – rakan sekerja Lokman dan teman ketika di London, Wendy dan Shirley Gan – rakan serumah Norisah dan teman ketika menuntut di London. Teman sekampung dan seperjuangan di alam nyata – Rahman dan Basri, Nirma – anak Basri. Musir Ali dan Mehmod Bey – rakan wartawan Sinar Pagi yang terpaksa tunduk dengan tuntutan dan ‘kalah’ dalam perjuangan demi sesuap nasi untuk keluarga, Nurisah – anak Musir Ali yang mempunyai 8 adik-beradik dan Dr. Ahmad Dio – Doktor Pakar Psikiatri. Watak-watak sampingan yang muncul sesekali dalam helaian novel ini antaranya Mandir, Badariah, Mujib, Sharifah Mirna, Sharifah Narsia, Hasmuddin serta Syed Narin sebagai penambah panjang dan tebal buku ini, namun saling berkait dalam hidup Lajis dan Lokman.

Pendapat saya, buku ini berat dengan unsur sastera dan penuh dengan falsafah. Setiap bab dalam novel ini akan menyusur ke ruang lain dan penceritaan yang berbeza. Buku ini seolah-olah jingsaw puzzle yang menguji kebijaksanaan dan kesabaran pembaca untuk mengaitkan setiap bab-bab tertentu untuk disambungkan ke cerita seterusnya. Di awal buku ini, pembaca akan tertanya-tanya dan berusaha mengingati setiap watak yang tiba-tiba ramai dan rawak. Di pertengahan buku ini, apabila anda sudah mampu mengingati watak-watak dan peranan setiap watak – ia menjadi menarik dan rasa ingin terus membaca.

Pada sekitar 4-5 bab terakhir, masuk pula watak-watak baru yang menambah kebuntuan pembaca tetapi rupanya ia saling berkaitan antara satu sama lain dan menjurus ke satu arah iaitu Lajis dan lokman. Tetapi, Pak Samad akan membiarkan semua masalah-masalah dalam novel ini tergantung sepi tanpa penyelesaian. Lokman semakin pulih namun apa langkah Lokman seterusnya untuk mengelak dia dari masuk ke dunia Hujan Pagi lagi? Lajis buntu dengan gadis-gadis pilihan dan terus-terusan membuka bait-bait kenangan bersama Asniah dan sesekali bersama Norisah. Kemudian, menambah kebuntuan dengan persoalan hubungannya dengan Lokman serta siapakah sebenar dirinya? Manakala Norisah kemelut antara perasaan cintanya pada Lajis dan Mandir yang begitu sayangkan dirinya.

Saya agak terganggu dengan watak Wendy dan segala yang berkaitan dengan diri, dialog dan watak Wendy yang sering dikaitkan dengan paha, bunyi pahanya dan bentuk badannya serta ideloginya berkaitan dengan lelaki dan cinta. Watak Wendy langsung tidak sync dengan taraf pendidikannya yang digambarkan sebagai penuntut di Universiti di London.

Hujan Pagi adalah novel yang sarat dengan ilmu sastera, falsafah, dunia psikologi dan sejarah serta lagenda. Seperti saya katakan di atas, buku ini memerlukan kesabaran dan keazaman untuk memahami plot setiap watak dalam bab-bab yang berbeza. Saya mengambil masa 5 hari untuk menghabiskan buku setebal 432 muka surat. Sebuah karya paling berat dan terasa bijak seketika kerana mampu untuk menghabiskan dan mengurai setiap bab dalam buku ini. Walaupun ‘berat’, namun ia sangat menarik kerana ia bukan novel biasa. Dan saya pasti tidak akan menghilangkan atau menjual karya-karya agung Pak Samad yang ada dalam ‘mini library’ saya.


“Kau harus bertanya, berhujah, bertengkar kalau perlu,” kata Lokman, bernyala. “Apabila sesuatu itu ada hubungannya dengan tanah airmu. Itu hak kita. Dengan berhujah, bertengkar dan berbahas kita menjadi warga berfikir, kita menajamkan daya fikir kita, kita meniupkan kesedaran watan dalam diri kita. Dengan begitu … dengan begitu kita dapat dan meniupkan kesedaran kebangsaan yang tulen ke dalam diri setiap manusia Melayu.” – Lokman, (muka surat 23).


Tuesday, 6 September 2022

Book Review - The Seven Husbands of Evelyn Hugo

Tajuk : The Seven Husbands of Evelyn Hugo
Penulis : Taylor Jenkins Reid
Penerbit : Simon & Schuster
Genre : Historical Fiction / Romance
Rating : ⭐⭐⭐


Aging and reclusive Hollywood movie icon Evelyn Hugo is finally ready to tell the truth about her glamorous and scandalous life. But when she chooses unknown magazine reporter Monique Grant for the job, no one is more astounded than Monique herself. Why her? Why now?

Monique is not exactly on top of the world. Her husband has left her, and her professional life is going nowhere. Regardless of why Evelyn has selected her to write her biography, Monique is determined to use this opportunity to jumpstart her career.

Summoned to Evelyn’s luxurious apartment, Monique listens in fascination as the actress tells her story. From making her way to Los Angeles in the 1950s to her decision to leave show business in the ‘80s, and, of course, the seven husbands along the way, Evelyn unspools a tale of ruthless ambition, unexpected friendship, and a great forbidden love. Monique begins to feel a very real connection to the legendary star, but as Evelyn’s story near its conclusion, it becomes clear that her life intersects with Monique’s own in tragic and irreversible ways.


SINOPSIS:

Evelyn Hugo, a star from Hollywood in 50an era chooses unknown journalist and a new writer, Monique Grant to write a biography about her never-been-told-stories of her whole life and deeper insight into her infamous marriages. Monique was shocked when suddenly opportunity falls into her lap. Monique has no choice but to accept and make this as a huge opportunity for her career. Evelyn and Monique sit together and reveal Evelyn's life as Monique take notes, listen and record it. But Monique has no idea that Evelyn will change her life forever after the meeting.

As Evelyn revealed story of her long, scandalous, tragic, glamorous life in Hollywood, two questions rise to the forefront: which of Evelyn’s seven husbands was the love of her life, and why—of all the journalists in the world—did Evelyn choose Monique to tell her story?

Evelyn managed to escape and run from her abusive father and follow her late mother’s dreams to Hollywood by using her power. Evelyn is clever and perfectly prepared to use her greatest gift – her beauty – to get what she wants. She changed her Cuban-American identity and her name. She married and makes connections with the right people to get where she needs to be come – a Hollywood star.

The Seven Husbands of Evelyn Hugo is a kind of biography for a fictional character. Those who like character-driven stories, forbidden loves, and the glitz and celebrity scandal based on a cross between Elizabeth Taylor and Ava Gardner will love this book.


REVIEW:

Taylor Jenkins Reid has portrayed Evelyn as a woman to get what she desires, driven by her powerful sense of ambition. After she having achieved all that she wanted to achieve and more, after a certain point in life there is more she desire to it, more she want from it, and other than money and fame she wants to love freely and openly, to be her true self.

Taylor Jenkins Reid made me believe that Evelyn Hugo was a real actress in 50s era and not a fictional story. This book is It is easy to digest, fun to read and makes me wonder what will happen in the following chapters. I recommend it if you are ok with LGBT theme.

BUT, I just didn’t care much about all the characters except Evelyn friendship with Harry Cameron tore me apart. Most parts of the book were set in the 1950-60s, unfortunately I didn't feel like it at all. The dialogue was pretty much modern and casual it doesn’t sound in the era of 50s or 60s at all. I didn’t surprise with the plot twist, it was predictable but it’s definitely not the worst book I've ever read and it’s not a boring book.

This type of book is not my cup of tea. Just OK for me.


“But if you have to go, then go. Go if it hurts. Go if it's time. Just go knowing you were loved, that I will never forget you, that you will live in everything Connor and I do. Go knowing I love you purely, Harry, that you were an amazing father. Go knowing I told you all my secrets. Because you were my best friend” – Evelyn to Harry Cameron.

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...