Followers

Saturday, 17 September 2022

Ulasan Buku - Seluruh Alam dalam Sebutir Debu

Tajuk : Seluruh Alam dalam Sebutir Debu
Penulis : Saharil Hasrin Sanin
Penerbit : Kata-Pillar
Genre : KumCer
Rating : ⭐⭐⭐⭐


"...Keindahan ada dalam luka, dalam kehalusan benda-benda yang terbiar dipinggirkan. Tuhan tersalin ke seluruh alam, dalam secarik sinar matahari, dalam semilir angin, dalam secebis tanah, dalam sebintil debunga. Tuhan memang wujud dalam keindahan jalur pelangi, tetapi Dia juga wujud dalam titis air yang membentuk pelangi itu. Kita boleh melihat seluruh alam dalam sebutir debu. Dan dalam sebutir debu lantai yang halus tidak dipedulikan itu, ada Tuhan.”

13 buah cerpen karya Saharil Hasrin Sanin dalam naskhah ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera, dan membuktikan bahawa beliau kekal seorang tukang cerita yang ampuh. Dari kisah gerai penjaja alusmitai sehinggalah cinta ratusan batu di dasar Al-Aqsa, buku ini bakal membawa kita menjelajah ke pelusuk rencam rasa: bahagia, dan luka.


Sebuah kumcer (kumpulan cerpen) yang mengandungi 13 cerpen dalam sebuah buku. Tema dalam buku ini lebih kepada sains dan ketuhanan. Setiap cerpen menpunyai maklumat berdasarkan sains dan diselit unsur-unsur islamik. Pembaca juga akan mendapat ilmu baru dalam setiap cerpen yang dibaca.

Antara cerpen yang saya suka ialah Gulali-Walla yang mengisahkan seorang wanita India yang menjual alusmitai. Gulali-Walla adalah panggilan untuk seseorang yang menjual Alusmitai dalam istilah bahasa india. Gulali-Walla menjaja dengan hanya kudrat badan nya sahaja yang memikul alatan memasaknya di belakang badan sehingga menjadikan Gulali-Walla semakin bongkok dan langkahnya tempang. Namun dia tidak pernah merungut. Oleh kerana kasihan dengan kehidupan Gulali-Walla, penulis akan membeli jualannya setiap hari tanpa jemu. Pada suatu malam, ketika penulis berjalan pulang dari mengaji, penulis terlihat api sedang marak membakar alatan membuat alusmitai. Penulis menjadi panik dan berusaha berulang alik dari sungai ke tempat api untuk membakar alatan tersebut. Rupanya alatan alusmitai itu sengaja dibakar oleh Gulali-Walla.

Cerpen kedua pilihan saya pula ialah Seluruh Alam dalam Sebutir Debu yang mengisahkan seorang anak belasan tahun yang tinggal sebatang kara bersama datuknya di sebuah rumah usang selepas kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalanraya. Namun tanpa anak itu sedari, kemalangan itu sebenarnya turut membabitkan datuknya tetapi dalam khayalan anak itu, datuk itu masih wujud dan bersama-sama dengannya setiap hari. Datuk nya menyarankan dia ke pecan untuk mencuba nasib, namun dek kerana sering di uji dengan dugaan-dugaan berat sepanjang usianya, anak itu tidak mahu mencari kehidupan lain dan lebih selesa dengan keadaan sedemikian dan tidak mengharapkan sebarang perubahan. Satu kejadian telah berlaku ketika pelangi muncul dan anak itu mengejar pelangi. Disangkakan pelangi yang cantik itu rasanya manis tetapi sebaliknya. Namun oleh kerana cantiknya pelangi, anak itu tetap terus makan sehingga tidak mampu lagi mengapai ketinggian pelangi. Selepas pulang, datuknya sekali lagi menyarankan anak itu ke Pekan untuk mencari kehidupan yang lain. Buat pertama kali sepanjang hidupnya, dia bermimpi dan bercita-cita.

Cerpen-cerpen lain juga menarik namun isinya agak berat. Mungkin kerana saya bukan peminat Sci-Fi, maka cerpen Dunia Badang agak berat untuk saya. Manakala Gapi pula membuatkan bacaan saya agak perlahan kerana penuh dengan fakta tentang ikan gapi dan elemen orang ketiga dalam rumahtangga.

Melihat kepada latar belakang pendidikan penulis, tidak hairanlah bagaimana penulis mampu menulis novel berunsur ilmu sains serta diselitkan dengan sejarah dan ketuhanan. Setiap cerpen juga mengandungi pengajaran dan maksud-maksud tersirat. Namun ia tetap sebuah buku yang menarik dan saya sarankan anda untuk membaca buku ini.

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...