Tajuk : Migrasi Yang Berlumpur
Penulis : Jeong Young-Sun (terjemahan oleh Shafiqah Azman)
Penerbit :MAHAKARYA
Genre : Fiction - Slice of Life
Rating : ⭐⭐⭐⭐
Korea Utara merupakan satu-satunya tempat pada abad ke-21 yang tidak mempunyai kebebasan bergerak. Disebabkan itulah, ada rakyatnya yang nekad untuk melarikan diri ke Korea Selatan walaupun nyawa mereka menjadi taruhan.Juyeong telah menghadiri temu duga di sebuah syarikat penerbitan. Di sana, dia bertemu dengan Ejen Perisikan Nasional bernama Ko yang memerintahkan Juyeong untuk memantau komen di Internet. Selepas pilihan raya presiden, Ko menawarkan pekerjaan kontrak kepada Juyeong di Yuniwon, sebuah organisasi yang membantu pelarian dari Korea Utara.Di Yuniwon, Juyeong bertemu dengan pelarian dari Korea Utara yang telah melarikan diri ke Korea Selatan atas pelbagai sebab. Melalui kisah-kisah pelarian seperti Suji yang datang ke Korea Selatan bagi mencari kebebasan dan Changju yang ingin mencari wang untuk bermain bola sepak, Juyeong mulai memahami kehidupan pelarian dari Korea Utara yang bukan saja menderita kerana kesepian di tempat asing, tetapi mereka juga terpaksa terus membuktikan diri agar dapat diterima oleh masyarakat Korea Selatan
Buku ini adalah kisah sebenar tentang rakyat Korea Utara
yang melarikan diri ke Korea Selatan. Berdepan dengan suka, duka, onak dan ranjau sebuah kehidupan panjang yang dilalui oleh
rakyat-rakyat Korea Utara yang melarikan diri untuk sebuah kehidupan yang lebih
selesa di Korea Selatan. Mereka berpisah dengan keluarga demi perubahan hidup dan
syurga yang dijanjikan oleh para Broker untuk memancing mereka ke Korea Selatan demi politik dan alat untuk merasa kemenangan atas pengkhianatan rakyat Korea Utara ada di depan mata tetapi realitinya sukar untuk mereka kecapi. Stigma
dan penerimaan rakyat Korea Selatan terhadap mereka menyebabkan mereka rasa
seperti tertindas.
Mereka datang ke Korea Selatan melalui broker yang
menjanjikan seribu keindahan dan kemudian mereka ditempatkan di Pusat Perlindungan
dan diberi latihan untuk membiasakan diri mereka dengan suasana Korea Selatan
iaitu Yuniwon. Selepas tamat latihan di Yuniwon, mereka akan diberikan beberapa wang untuk memulakan kehidupan baru dengan beberapa syarat yang ditetapkan.
Antara watak dalam novel ini ialah Ju Yeong, Byung Uk,
Seon Ju, Suji, Changju, Myung Hoon, dan Ko yang bekerja di Jabatan Keselamatan.
Suji gadis muda yang datang ke Korea Selatan seorang diri melalui China demi
hak kebebasannya. Dia yang berasal dari Pyongyang tidak seperti rakyat Korea
Utara yang lain, yang lari kerana kepayahan hidup namun dia juga melalui
kehidupan sukar yang sentiasa merindui ibu bapanya yang ditinggalkan di sana.
Changju pula datang ke Korea Selatan dan menemui ibunya yang terlebih dahulu
datang ke Korea Selatan dan berkahwin dengan warga Korea Selatan selepas hidup
bergelandangan di Korea Utara selepas kematian bapanya. Changju bercita-cita
untuk menjadi pemain bola sepak tetapi fizikalnya yang lebih rendah dari rakan
sebaya dan stigma kanak-kanak terhadap rakyat Korea Utara menyukarkan cita-cita
Changju. Byung Uk pula yang telah ditinggalkan isterinya kerana tidak mahu lagi
hidup sukar tidak lagi mahu meneruskan perjalanan di Korea Selatan. Byung Uk
tekad berpatah balik ke negara asalnya.
Watak dalam buku ini sangat ramai tetapi akhirnya mereka
berkait rapat antara satu dengan yang lain.
Anda tidak akan dihidangkan dengan penamat dalam buku ini
kerana kehidupan mereka tetap perlu diteruskn walaupun terpaksa berdepan dengan
kesusahan dan stigma rakyat Korea Selatan terhadap pelarian Korea Utara.
Walaupun plot penceritaan buku ini tidak sama seperti buku-buku novel yang lain
namun buku ini agak menarik untuk pembaca lebih mengenali 2 buah negara yang
bermusuhan agak lama. Korea Utara dan Korea Selatan tidak seperti Malaysia dan
Indonesia yang kadang-kadang bercakaran dalam media sosial tetapi apabila
bertemu, seperti saudara pula.
“… Pelarian Korea Utara tidak akan pernah dapat menjadi
warga Korea Selatan sepenuhnya.
Yang paling penting, orang Korea Selatan seolah-olah
menggunakan rakyat Korea Utara sebagai alat untuk berbangga diri. Perkara
paling jahat sekali adalah tindakan membawa orang Korea Utara ke sini hanya
untuk menyerang mereka.” – muka surat 132.