Tajuk : Introvert
Penulis : Abstrahakim
Penerbit : FIXI
Genre : Fiction
Rating : ⭐⭐⭐
Mereka kata, orang introvert selalunya perahsia dan suka memendam perasaan. Farady mengaku dia memang sukar untuk meluahkan apa yang dia rasa. Sejak kecil dia selalu merasa kesunyian dan sukar untuk mencari rakan yang boleh dia percayai. Selepas ditimpa satu tragedi, Farady naik ke puncak Bangunan Alam dengan satu niat: dia ingin mengakhiri segala-galanya. Tapi hasratnya dipatahkan oleh seorang gadis misteri bernama Haura.“Percayalah cakap aku. Kau nak hidup, kau tak nak mati. Sebenarnya, kau cuma tak nak rasa sakit lagi. Tapi kau kena percayakan aku. Rasa sakit ini semuanya akan hilang. Semuanya akan berakhir seiring dengan masa berjalan. Semuanya akan jadi lebih baik.” – Haura.Untuk pertama kali, Farady rasa ada orang yang mendengar suara hatinya yang selama ini tidak didengari sesiapa. Tapi siapakah gerangan gadis misteri yang tiba-tiba muncul di atas bumbung bangunan tinggal itu?
SINOPSIS:
Introvert mengisahkan seorang pemuda berusia awal 20an
dan masih menuntut di sebuah Pusat Pengajian dalam jurusan Arkitek atas pilihan
bapanya, Farady. Farady adalah seorang pemuda pendiam, sukar bergaul, tidak
selesa berada di khalayak ramai serta kurang kasih sayang dari ibu bapa ingin
menamatkan hayatnya di sebuah bangunan tinggalan lama iaitu Bangunan Alam
akibat tekanan-tekanan dan masalah yang meruncing diri. Namun, niatnya berjaya
dihentikan oleh seorang gadis seusia dengannya bernama Haura. Bermulalah detik
indah dan gembira Farady bertemankan seorang sahabat yang banyak mendengar
masalahnya, yang sering membantunya susah serta senang dan menjadi untuknya
tatkala dirinya merasakan tiada siapa lagi dalam hidupnya.
Ketika Farady berjaya menemui sinar bahagia bersahabat
dengan Haura, tiba-tiba datang Adli ke Bangunan Lama dengan tujuan yang sama
seperti Farady dulu. Farady dan Haura kembali mengulangi detik dulu dan mereka
menghulur tangan persaudaraan bersama Adli. Adli yang kehilangan hampir
segala-galanya kerana fitnah senior di asrama sekolahnya, kembali menemui
cahaya yang membawanya keluar dari kegelapan silam.
Namun tali persahabatan Farady dan Haura diuji apabila
Farady menemui Natasha dan dia kemudian jatuh cinta dengan gadis itu. Sebagai
seorang yang pemalu, Haura lah yang membantu Farady memaut salam perkenalan dan
seterusnya menjalinkan hubungan dengan gadis idamannya itu. Tetapi hubungan
Farady dan Natasha bergoyang kerana Natasha yang cemburu dan berperasangka
terhadap Haura lalu meminta Farady membuat keputusan memilih dia atau Haura.
Haura yang juga menyimpan rasa cintanya terhadap Farady memilih untuk berundur
demi bahagia sahabat yang dia sayangi.
Selepas perginya Haura, terungkailah satu persatu rahsia
dan kebenaran hidup Farady yang mengubah dirinya selepas itu.
REVIEW:
Saya suka dengan watak Haura yang happy-go-lucky. Haura
seorang gadis lincah dan bijak walaupun hanya mampu menamatkan pelajaran
sehingga SPM sahaja akibat kengkangan kewangan. Haura mempunyai personality menawan
dengan rupa paras cantik yang digambarkan oleh penulis. Sifatnya kontra dengan
Farady yang kurang bergaul dan pendiam. Adli pula menjadi pelengkap tali
persahabatan mereka dengan sifatnya yang bijak membaca fikiran dan mesra.
Saya memilih untuk meminjam buku ini dari Si Abang kerana
ingin mencari bahan bacaan yang ringan dan pemilihan Introvert adalah tepat.
Untuk saya, buku ini adalah bacaan ringan yang sesuai untuk dibaca tanpa
bebanan perasaan. Mungkin faktor umur dan persekitaran membuatkan saya sukar
untuk menyelami kehidupan remaja introvert. Namun saya menghargai novel yang
mengangkat isu ini sebagai tema untuk umum lebih mengetahui tentang masalah dan
kekurangan individu yang mempunyai ciri-ciri introvert.
Plot twist dalam buku ini agak menganggu kelancaran buku
ini. Terlalu banyak dan adakalanya seperti tidak-logik jika berlaku di alam realiti.
Saya membaca beberapa review di Goodreads mengatakan buku ini berjaya
mengalirkan air mata namun seperti saya katakan, fakta umur menyukarkan saya
menyelami buku ini.
To be fair, buku ini mungkin memberi sedikit makna untuk
sesiapa yang menghadapi masalah dan merasakan hidup tiada makna. Usah Khuatir,
jika anda gagal 100x sekalipun.. bangun lagi dan rempuh lagi halangan demi
halangan. Jatuh untuk ke 101x pun tak apa. Small progress is still progress.