Assalamualaikum....
Sejak akhir-akhir ni saya seakan-akan rasa 'malas' untuk buat review atau ulasan buku di blog. Bukan kerana kurang pembaca tapi kerana di blog saya perlu buat ulasan yang lebih lengkap dan proper - dan agak memenatkan. Saya juga telah berhenti berkongsi review di instagram buat masa ini kerana saya private instagram saya jadi perkongsian agak limit.
Perancangan saya adalah untuk menggunakan akaun tiktok saya yang ada untuk berkongsi tentang buku-buku dan ulasan pendek. Tapi saya perlukan peralatan dan prop untuk menjadikan video saya lebih menarik. Menambah malas saya.
Tak penting pun semua ini sebenarnya, hanya untuk mengisi masa lapang saya sebagai surirumah. Surirumah juga perlukan hobi agar tidak terjebak dengan perkara lagha. Kalau tak, surirumah akan mudah hanyut dengan dunia gosip dan membawang dan seterusnya menjadi netizen yang rajin berkuntum di blog atau page-page gosip Malaysia. Itu yang saya nak elakkan.
Berbalik kepada tajuk -
Baru-baru ini saya habis membaca sebuah novel tebal 820 mukasurat dan saya mengambil masa 10 hari untuk menghabiskannya - itu pun ada sesetengah yang saya terpaksa skip beberapa muka surat kerana meleret dan boring. Kisahnya sangat kemurungan dan membuatkan saya terpaksa rehat seketika dari membuka buku lain - selama 3 hari. A Little Life...
Saya agak tidak rajin untuk mengulas buku ini, cuma saya boleh katakan yang saya tidak berhasrat untuk recommend buku ini kepada sesiapa yang berhati tisu - atau dalam bahasa lebih lengkap:-
Kesiapa yang mengidap PTSD atau ada masalah kesihatan mental, sama ada sudah dignose atau tidak - saya tidak sarankan anda membaca buku ini. Kerana buku ini mengandungi keganasan sexual, penderaan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak, kekejaman, membunuh diri, trauma akibat penderaan, rogol dan percintaan sesama jantina aka LGBT.
Sedangkan saya yang (alhamdulillah) memiiliki kesihatan mental yang baik pun terpaksa berehat sebentar untuk mengembalikan keamanan kepada mental saya. Apa pun, terpulang pada anda sekiranya anda rasa berkeinginan untuk cuba membacanya. Tapi tidak salah jika anda berhenti seketika atau terus berhenti jika tidak mampu untuk terus membaca.
Fakta tentang A Little Life:Kisah Jude St Francis adalah kisah yang diambil dari kes jenayah seksual kanak- kanak yang membabitkan seorang Virologist bernama Daniel Carleton Gadjusek yang disabit kesalahan mencabul kanak-kanak. Mungkin penulis mengambil beberapa kes Daniel sebagai reference untuk menjadikannya sebuah watak tragis Jude St Francis. Buku ini mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan. Penulis juga memang berhasrat untuk menjadikan buku ini tiada happy ending.
Selama 19 hari dalam bulan oktober ini, saya cuma mampu membaca 2 buah buku sahaja. Saya baru mula membaca buku ke tiga pada hari isnin namun masih perlahan dan belum pun mencecah 100 muka surat. Memang benar beberapa ulasan A Little Life mengatakan, buku ini akan menjadi punca kepada reading slump sesetengah pembaca 😄.