Hi.. I am back.. I'm gonna start my review with the very recommended book by world wide. It content everything we need and knowledge about what is happening in Palestine and IsraHELL. Please read.
Tajuk : The Hundred Years War on Palestine: A History of Settler - Colonial Conquest and Resistance, 1917 - 2017
Penulis : Rashid Khalidi
Genre : Non-Fiction
Rating : ⭐⭐⭐⭐⭐
A Must read for people seeking the truth |
First of
all, this book is not easy to read because of my limitation of knowledge and
English vocab.It took me almost half month to finish!! Tapi saya akan cuba untuk
review ikut chapter by chapter.
Buku ni bermula pada tahun 1889, tentang bukti-bukti surat dari Mayor of Jerusalem, iaitu Yusuf Diya al-Din Pasha (bapa saudara penulis) kepada Theodor Herzl tentang kebimbangan Yusuf Diya tentang kemungkinan penjajahan zionist. Ada beberapa bukti surat-surat dan gambar project awal tentang penjajahan.Namun, Herzl semestinya tidak mengendahkan kebimbangan Diya (sebab dia zionist) dan yang sedihnya, rakyat Palestin pun masa tu tak anggap benda tu serious.
Membincangkan tentang Balfour Declaration pada November 1917 yang mengumumkan tentang sokongan British terhadap “Establisment in Palestine of a National Home for the Jewish People”dan Mandate for Palestine granted by the League of Nations to British in 1922 yang menafikan hak-hak orang “ARAB” (atau Palestine - dalam mana-mana dokumen tentang Palestin pada waktu tu, tak ada mentioned pun pasal orang-orang Palestin tapi mereka sebut ARAB) selepas pembubaran Empayar Uthmaniyyah. Jewish Agency for Palestine dilantik sebagai pentadbiran dalam kerajaan walaupun kaum depa adalah minoriti di Palestin.
Secara halusnya, behind the Balfour Declaration.. was the British wish to reduce Jewish immigration! Huh….
Dalam bab 2 ni, buku ni focus kepada proses berlakunya NAKBA 1948 apabila AS dan USSR mengantikan British pada tahun 1947 sebagai kuasa imperial untuk mendapatkan kelulusan PBB untuk meluluskan penubuhan negara Yahudi sebanyak 56% di tanah yang majoritinya ialah penduduk Arab (dengan melanggar hak rakyat Palestin ke atas tanah mereka sendiri) selepas WWII.
Bab ni pula tentang peranan US dan bibit-bibit terjadinya Perang Enam Hari 1967 Israel ke atas Mesir, Jordan dan Syria. TBH, bab ni too complicated to cover and review. Tapi secara ringkasnya (yang I faham), dalam bab ni, tentang Movement of Arab Nationalist, Fatah dan PLO. Masa nilah Palestine start kuatkan budaya dan jati diri sebab Zionist kata, Palestine sebenarnya tak wujud. Pada tahun 1969, PM Golda Meir pernah keluarkan statement dari mulut sialannya “There were no such thing as Palestinians... they did not exist”. Melalui PLO lah suara rakyat Palestin sampai ke dunia termasuk AS.
Ok bab ni menarik dan I ingat sebab dalam buku From Beirut to Jerusalem oleh Dr Ang Swee Chai ada cerita tentang experience Dr Ang yang sendiri melalui perang kat Beirut masa tu. Tapi dalam buku ni penulis reveal tentang macam mana AS jadi biggest supporter kepada israHell terhadap pencerobohan ke atas Lubnan pada tahun 1982 untuk attack PLO. IsraHell declare yang war ni adalah operasi bersama Israhell dan AS untuk membenteras terrorist dan peranan AS ialah sebagai pembekal senjata dan menyokong Tindakan israHell untuk mengusir pemimpin dan pejuan PLO dari Beirut ke Tunis.
Di sini membincangkan bagaimana IsraHell attack balik masa Intifadah I in 1987, tentang West Bank & Gaza Strip, dan perjanjian Oslo II 1995 yang berat sebelah – yang tak menyelesaikan pun kemelut dan hak rakyat Palestin kat tanah mereka sendiri. Penulis berpendapat, waktu ni ialah kekalahan besar bagi pejuangan nasional Palestin.
Semakin lama IsraHell menguasai Palestin, semakin ganas IsraHell pada rakyat Palestin di West Bank dan Gaza. Israhell attacked Gaza tahun 2008, 2012 dan 2014 and yet, depa dok mengilai pasal 7oct 2023 yang asalnya sebagai pembelaan kepada penindasan IsraHell yang dok bunuh, culik, tembak, hina dan tutup sumber mata air kat Gaza sepanjang sebelum 7 oct tu.
REVIEW:-
Buku ni kalau
baca review kat Goodreads dan Instagram, memang recommended terutama untuk yang
nak belajar dan mula ambil tahu what’s happening right now in Gaza and
Palestine. Macam I cakap earlier, buku ni tough. Walaupun kita belajar tentang
isu Palestine dan kita sentiasa menyokong bahawa zionist adalah bangsat, tetapi
adalah lebih baik kalau kita mengali dan tahu Sejarah serta the issue from its
root.
For hundred-year,
Palestinian cries went unheard, and how much longer we need to turn a blind eye
to the injustice? Read this book.