Followers

Monday, 16 May 2022

Yang Hilang Dah Berganti - KAYUH MENGEJAR HORIZON


Tajuk: Kayuh Mengejar Horizon
Penulis : Azraei Muhammad (Gory)
Penerbit: Terfaktab
Genre: Travelog



Buku ini diterbitkan pada tahun 2016 tetapi saya mula membacanya pada penghujung tahun 2020. Penulisnya, Azraei Muhammad atau lebih dikenali di twitter sebagai gory adalah penulis buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima, buku tentang cara menguruskan kewangan seawal usia remaja. Buku Kayuh ini menarik kerana ia cerita tentang travelog Gory mengelilingi semenanjung Malaysia bermula dari Kuantan, mengunakan basikal selama 25 hari. Gory menggunakan 'bahasa blog' atau bahasa pasar dalam buku ni. Penulisannya seperti bahasa perbualan seharian kita. Jika pembaca suka baca tentang travelog dan penulisan yang santai, saya rekemon buku ini.


Membaca buku ni kadang-kadang buat saya tersengih dan sesekali gelak macam orang gila. Sesekali terliur bila masuk part tentang review makanan-makanan yang dimakan Gory ketika mengayuh mengelilingi semenanjung Malaysia. Walaupun gambar-gambar dalam buku ni hitam putih sahaja, tetap boleh bayangkan sedapnya makanan tersebut. Tapi kalau tak sedap, Gory secara jujur bagitau, tak sedap. Kalau nak tengok gambar-gambar dalam buku ni dalam versi ada warna, boleh search di Instagram #thetravellingbook


Saya membaca buku ini agak lewat iaitu tahun 2020. Saya bukan orang yang gemar mengikut trend.. Dikala tiba-tiba orang Malaysia gila membeli basikal dan join cyclist Malaysia tetapi sikit pun saya tak terpengaruh.Tetapi selepas saya membaca buku ini, keinginan memiliki basikal membuak-buak tidak dapat dibendung. Memandangkan sepanjang tahun 2020 kita menghadapi krisis Covid-19 dan menjalani PKP jadi aktiviti jogging saya juga terpaksa stop sepanjang tahun. Dan secara rasminya pada Februari 2021, dengan budget yang ciput, saya membeli sebuah basikal di Decathon kerana terpengaruh dengan buku Kayuh Mengejar Horizon ini. Ada juga keinginan untuk mengikut jejak Gory dengan berbasikal dari negeri ke negeri sambil menikmati makanan-makanan enak mewakili negeri-negeri di Malaysia tetapi saya tidak punya keberanian itu. 

Dan semenjak Februari 2021 lah saya akan berbasikal keliling taman perumahan dan sekitar untuk bersenam 10km sehari setiap sabtu dan ahad. Buku ini menjadi sumber inspirasi untuk saya mengayuh walaupun saya melakukannya seorang diri tanpa teman. Kenapa buku ini bermakna untuk saya? Kerana setiap yang saya lakukan jika ada kaitan dengan buku, bagi saya.. buku itu telah berjaya mempengaruhi saya untuk melakukan sesuatu.


Dan kali ini pada bulan Mei 2022, saya membaca buku ini semula selepas buku pertama saya dulu hilang kerana saya bagi orang pinjam. Hilang tanpa khabar berita, hilang tanpa diganti semula dan hilang tanpa kata-kata maaf. 
Buku ni dah tak diulang cetak dah. Tak ada dalam shopee mahupun mana-mana kedai buku. Yang kelakarnya, dalam 1998 orang yang beli, tak ada sorang pun terfikir untuk pre-loved buku ni. Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa buku ini secara pre-loved di Carousell dengan harga RM18. Terima kasih kepada seller yang baik melayan dan bagi free postage. Saya amat menghargainya. Terus saya baca balik untuk kali ke-2 setelah buku ini sampai di rumah saya. 
Mungkin ada orang anggap buku ni hanya sebuah buku murah yang anda rasa saya boleh senang-senang move on atau ganti balik. Tidak ya... berbulan-bulan saya tanya orang. Malah saya direct bertanya pada penulis jika masih ada simpan untuk saya beli. Malangnya, memang tidak ada. Mujur saya akhirnya dapat jua di Carousell dan cuma ada 1 sahaja. Rezeki saya.
Serik untuk pinjamkan pada orang? Sebetulnya serik kerana percaya pada orang. Tapi saya tetap terbuka untuk pinjamkan buku saya kepada yang betul-betul memerlukan dan yang boleh dipercayai.


"So pesan aku, kalau nak buat, biar bersungguh. Habiskan. Boleh tak boleh, belakang cerita. Yang penting, nak. Kita tak akan tahu sejauh mana kemampuan kita sampailah kita dah melangkah sejauh mampu. Buat, buat. Aku yakin, kalau ramai anak muda kita ni buat sesuatu, silap-silap tahun depan pun negara ni dah maju." - Gory (ms 218)

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...