Followers

Friday, 27 May 2022

Ulasan Buku - Dentang

Tajuk : Dentang
Penulis : Saharil Hasrin Sanin
Penerbit : KS Media
Genre : Fiksyen Melayu


Namanya Dentang, Ayahnya seorang nelayan serba miskin, mengambil upah menjadi penyanyi Dondang Sayang. Ibunya pula sedang tenat bertarung nyawa.

Kisah hidup Dentang dipenuhi watak-watak rencam yangh membentuk takdirnya. Seorang lelaki menyimpan isterinya di dalam peti kayu. Seorang perempuan yang menangis tidak henti-henti. Seorang tukang masak bertubuh separuh ikan separuh itik, berenang dari China ke Malaysia. Seorang perempuan jelita yang berkahwin dengan seekor beruang.



Lama juga lah saya memikirkan untuk beli buku ni walaupun hampir semua review yang saya baca, mengatakan buku ini bagus. Selepas beli, saya ambil masa juga untuk membaca. Selesai membaca buku Perang Dunia Pertama, saya mencari buku yang lebih ringan. Akhirnya buku ini menjadi pilihan untuk saya baca kali ini. Pertama kali saya membaca penulisan Saharil Hasrin Sanin. Beliau ialah seorang penulis dan illustrator dan juga blogger yang banyak menerima anugerah sastera. Buku ini mempunyai kelainan dibandingkan dengan buku-buku lain yang saya pernah baca. Cara penulisannya bukan mengunakan style flashback tetapi pemikiran watak utama yang melompat dari keadaan semasa dia berada di London bersama kawan-kawannya, atau ketika dia teringat waktu emaknya masih hidup serta nasihat dan pesanan emak kepada Dentang dalam melalui kehidupan dan ketika ayahnya berdondang sayang serta bercerita tentang kisah Beruang Kuskus dan Ringkitan. Ada pelbagai kisah dalam 1 cerita, menarik.. bukan?
Muka depan buku ini adalah gambaran tempayan suasa milik Emak yang penuh dengan retak, harta warisan yang diturunkan dari generasi ke generasi, dari negara ke negara dan dinamakan Momu.


Dentang mengisahkan seorang pemuda bernama Dentang (nama yang asalnya adalah bunyi sebuah alat muzik seperti gong yang dimainkan ketika persembahan Dondang Sayang – Tetawak) yang belajar di Universiti di Kota London dan bersahabat dengan Salinda yang bercinta dengan Haikal yang juga rakan kampusnya dan Moana juga teman kampus yang berasal dari New Zealand berketurunan Mouri menjadi. Watak Dentang digambarkan sebagai seorang yang tenang, tetapi melalui perjalanan yang menyedihkan bermula ketika emaknya disahkan menghidap kanser ketika dia berusia 10 tahun. Kehilangan Emak menyebabkan Ayah mengalami kemurungan yang panjang dan Dentang perlu terus kuat dan berdikari demi hidup. Muncul Ibu Astrid yang datang menambah warna dalam hidup Dentang. Percintaan naik turun Salinda dan Haikal serta watak sampingan Moana melengkapkan jalan cerita novel ini. Setiap watak dalam novel ini, ada peranan dan pesanan untuk pembaca. Ia tentang ‘sayang’ yang mempunyai banyak definasi dan bagaimana ‘sayang’ itu diterjemahkan dengan cara yang berlainan oleh setiap individu seperti kisah Ringkitan yang jelita tetapi memilih untuk berkahwin dengan seekor Beruang Kuskus dan menerima suaminya itu seadanya. Paling bermakna dalam novel ini adalah nasihat dan pesanan Emak Dentang seperti panduan hidup untuk kita. Saya menangis ketika membaca tentang keadaan Emak sewaktu bertarung dengan kesakitan akibat kanser dan Parkinson.
Kemoterapi membuatkan tekak Emak sentiasa loya, tidak boleh menerima makanan. Di dalam mulutnya tumbuh lecet-lecet, kulit yang melepuh, membuatkan dia rasa pedih apabila mahu menelan. Seleranya terus hilang, langsung tidak menjamah apa-apa
Keadaan ini dilalui oleh Arwah bapa mertua saya ketika rawatan kemoterapi akibat kanser Leukemia dulu dan meninggal pada Mac 2016 selepas 7 bulan menderita. Lidah arwah menjadi putih kerana ulser yang tumbuh terlalu banyak dan menyebabkan arwah tidak mampu menelan apa-apa makanan pun. Keadaan yang sama saya bayangkan pada watak Emak.
 
 
Semua orang akan melukakan engkau, akan membuatkan engkau kecewa. Yang itu engkau tak boleh nak elak, Detang. Yang kau boleh buat adalah memilih, luka daripada siapa yang engkau sanggup tahan’. – Emak (muka surat 144)
 

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...