Tajuk : Perang Dunia Pertama
Penulis : AJP Taylor
(terjemahan oleh Abdullah Hussaini)
Penerbit : IBDE
Genre : Non-Fiksyen
*Buku ni saya jumpa di booth
TOKO SUE masa KLAB22 di Pasar Seni tempohari. Entah kenapa saya ‘lupa’ untuk
grab buku ni pada masa itu. Dan secara kebetulan, pada hari jadi saya, anak
saya tanya buku apa yang saya inginkan, jadi saya kata padanya yang saya
mahukan buku ini. Terima kasih Adib & Aisya*
Perang Dunia Pertama kekal sebagai perang yang menelan korban terbanyak di dunia. Meski pembunuhan Franz Ferdinand mencetuskan segalanya kemudian dimuktamadkan Perjanjian Versailles, ada luka dan duka lain yang disejarahkan AJP Taylor. Seperti syarahannya yang bersahaja, pengarang memperturun semula segala muslihat, ketamakan dan kegilaan manusia sepanjang peperangan yang kini menjadi parut besar dunia.
Oleh kerana saya telah
membaca pelbagai kisah sejarah tamadun dan negara-negara lama, dan
kebanyakannya ada kaitan dengan perang dunia pertama jadi saya mula mencari
sebuah buku yang menceritakan secara lengkap tentang perihal perang yang telah
mengakibatkan banyak kemusnahan dan kematian ini. Buku ini adalah tulisan dari
sejarawan Britain yang sangat masyhur dan sangat diminati kerana
syarahan-syarahannya tentang sejarah yang bersahaja di kaca TV. AJP Taylor
mempunyai 10 buah karya tentang sejarah dan autobiografinya.
Dalam buku ini, AJP Taylor menerangkan secara
menyeluruh dengan ayat-ayat sindiran tentang Jeneral-jeneral, pembesar, orang
politik serta mereka yang terbabit disebalik tabir Perang Dunia Pertama. Penulisan
buku ini dengan bahasa bersahaja menerangkan tentang perang dunia pertama
bermula dengan punca, matlamat, sedutan-sedutan peristiwa serangan dan diakhiri
dengan kesan perang ini secara keseluruhan. Buku ini menjadi lebih menarik
apabila disertaikan dengan peta-peta dan gambar-gambar keadaan ketika perang,
gambar-gambar rakyat yang menjadi mangsa peperangan berbaris panjang menunggu
makanan serta desa yang hancur ranap, ahli-ahli politik serta pembesar-pembesar
negara yang memberi arahan dan aksi mereka di luar dan dalam perbarisan dengan
caption sindiran juga gambar-gambar alatan jentera pemusnah dan gambar-gambar
yang membawa kita ke parit-parit dan kilang senjata. Secara peribadi saya
merasakan bahawa penulis tidak memihak dan menyokong mana-mana ahli politik,
pejuang dan Jeneral negara yang terlibat dengan perang ini menjadikan buku ini
ditulis dengan adil dan tidak bias.
Perang Dunia Pertama berlaku
pada tahun 1914 berpunca dari sebuah pembunuhan seorang ketua negara Austria –
Hungary iaitu Erzherzog Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya di Sarajevo, Bosnia oleh seorang penganas Serbia di Sarajevo, Bosnia.
Dengan sokongan Jerman, Austria – Hungary memutuskan untuk menghukum Serbia
atas pembunuhan terbabit pada 28 Julai 1914. Rusia mengatakan sokongan terhadap
Serbia dan Jerman kemudian menyerang Rusia. Perancis pula memberi sokongan
kepada Rusia dan seterusnya diserang oleh Jerman melalui Belgium, sebuah negara
yang berkecuali dan menyebabkan Britain turut campur dan memberi serangan balas
terhadap Jerman. Rusia, Perancis dan Britain dikenali sebagai Tentera Bersekutu
dan hampir semua negara menyokong Tentera Bersekutu termasuk Itali yang
kemudian menyertai perang kerana ingin menguasai tanah Austria. Walaupun
Tentera Bersekutu amat kuat, tetapi perang dunia pertama hampir-hampir
dimenangi oleh Jerman tetapi pada tahun 1918, tentera Jerman mengalami
keletihan, bekalan semakin berkurangan dan oleh kerana terdapat beberapa
pergolakan dalam negara Jerman sendiri telah menjadikan Jerman semakin ditekan.
AS menyusul menyertai Tentera Bersekutu pada musim panas 1918 dan memaksa
Jerman akhirnya menandatangani perjanjian perletakkan senjata pada November
1918.
Disebabkan kamera, kita dapat membaca dan
menghidupkan kembali Perang Dunia Pertama yang mencatatkan manusia yang
berjuang, menderita dan mati kerana perang dan kuasa.