Followers

Tuesday, 10 May 2022

Book Review - Khayalan

Tajuk : Khayalan
Penulis : Hasif Rayyan
Penerbit : Iman Publication
Genre : Fiksyen Fantasy


Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.

Sebelum ini, lembaga itu selalu mengancam Hasif dengan fikiran-fikiran negatif sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian dan perhubungannya dengan orang sekeliling.

Jika bukan disebabkan sahabat baiknya Rakzhan, yang sentiasa membantu mempertahan dan melindungi Hasif, dia tahu sudah lama dia akan tewas di tangan lembaga itu.

Namun satu hari, entiti yang ditakuti itu muncul kembali dalam hidup Hasif.


Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda 20an yang sedang menjalani practicum sebagai seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur bernama Hasif. Hasif yang sedang menjalani pengajian di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa bergelut antara mengejar impiannya untuk menjadi seorang Novelis atau meneruskan cita-cita mama yang inginkan dia menjadi guru demi masa depan yang lebih baik. Hasif adalah seorang yang pendiam, tidak punya ramai kawan dan sering merasakan dirinya gagal. Tetapi dalam dunia khayalannya, Hasif mempunyai seorang kawan yang sentiasa ada untuk menjadi ‘pendamai’ dan harapan untuk Hasif ketika berlawan dengan dirinya sendiri iaitu Rakzhan yang hanya dapat dilihat oleh Hasif.

 
Penulis menggunakan bahasa santai yang tidak terlalu pasar dan sedap untuk dibaca. Saya tak tahu kenapa saya tertarik untuk membeli dan seterusnya membaca buku ini kerana saya tak pernah berminat dengan novel fantasy. Tetapi ada sesuatu yang memaksa saya untuk baca buku ini. Mulanya saya fikir buku ini sekadar tipikal novel fiksyen fantasy ala-ala manga rupanya tidak. Buku ini boleh relatable dengan semua orang terutama untuk orang-orang muda yang hidup di zaman serba serbi perlumbaan dan konflik dalam diri. Insecure, negative, dan overthinking dah jadi ‘gaya hidup’ anak-anak zaman ni lebih-lebih lagi apabila ada ibu bapa yang suka membanding atau menentukan hidup anak mengikut acuan ibu atau bapa itu sendiri.
 

Gambaran watak lembaga hitam yang sering mengejar dan sering menyuruh Hasif menamatkan riwayat sendiri dan watak Rakzhan yang selalu cuba membantu Hasif untuk berdamai dengan dirinya sendiri dan memberi sedikit harapan. Sebetulnya itu adalah gambaran realistic mengenai ‘inner battle’ dalam diri seseorang yang bergelut dengan masalah mental seperti depression, anxiety disorder dan sebagainya. Hasif digambarkan berperang dengan ketakutannya melangkah kerana takut gagal tetapi masih ada secebis harapan dan semangat tipis untuk Hasif terus melangkah walaupun kerap tersandung kerana dikejar lembaga hitam yang menyuruhnya membunuh diri. Mamanya pula menjadi antara sebab untuk Hasif terus dikejar lembaga hitam dan menjadikan Hasif semakin lemah hingga menghukum mamanya sebagai ibu yang pentingkan diri sendiri.
 

Saya pernah menjadi seorang anak yang lebih kurang seperti Hasif dan kini saya pula adalah seorang ibu. Sebagai ibu yang pernah melalui apa yang Hasif rasa, saya berbelah bahagi untuk menyokong Hasif atau mama. Ada beberapa bahagian yang membuatkan saya rasa geram dengan Hasif yang ‘lemah’ dan kemudian tersedar bahawa itulah saya satu ketika dulu, Kini saya di tempat mama Hasif, patutkah saya setuju dengan ketegasan mama demi memastikan hidup dan masa depan Hasif menjadi baik atau perlukah saya menyokong usaha Hasif yang belum Nampak hasil dan masih samar masa depannya demi hati dan perasaan seorang anak?
 
Dan terima kasih kepada watak Rakzhan yang memberi harapan dan menjadi pelindung Hasif ketika bergelut antara mati dan hidup.
 
Sesiapa yang nak rasa macam mana bergelut dengan depression – perasaan ketika kita sendiri tak mampu untuk bantu diri sendiri, rasa lemah dan lembik ketika satu-satu harapan tak mampu untuk membantu dan kegelapan yang menyelubungi waktu siang dan malam, boleh baca buku ini. Dan saya yakin, kisah ini adalah kisah benar Hasil iaitu penulis itu sendiri
 
 

“Kadang apa yang kau tak suka itu yang sebenarnya baik untuk kau, tahu?’ – Rakzhan (muka surat 317)

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...