Assalamualaikum....
Weekend ampa camna? Ok ka? Saya 'berjaya' jua ke Penang pada hari Jumaat - Sabtu hanya untuk membuang waktu. Ahh macam pantun pula. Anyway, kami bertolak jam 9pagi dan sampai ke Hotel jam 2pm tepat. Plan nak bertolak jam 8pagi tapi sebab member dari Shah Alam mai Gombak, jem pula kan so delay ke 9pagi.
Jalan smooth dari KL ke Penang tapi jadi 5 jam sebab banyak pit stop. Takpelah janji sampai dengan selamat tanpa calar.
Review Hotel
Carnavon House - Georgetown
Mula-mula ingatkan sebelum check in, nak ke Penang Art Street tapi memandangkan dah pukul 2pm pun kan. Tak lunch lagi so kami terus check in kat Carnavon House di Georgetown. Tempat kami stay ni lokasinya betul-betul tengah bandar Georgetown. Kalau nak ke tempat-tempat menarik sekitar Georgetown memang dekat sangat. Carnavon House ni terletak di Carnavon Lane, terletaknya shophouse yang masih mengekalkan bentuk asal bangunan. Very Penang Heritage vibes gitu. So kalau nak stay tempat yang ada Penang Vibes, tempat ni memang sesuai cuma nak parking susah dan kalau ada anak kecik, tak recommend sebab takde swimming pool. Anak-anak kan suka nak mandi pool kan. TV pun takde so I hadap you, you hadap I... camtu.
Owner sangat friendly dan welcome kita with open arms. Dalam gambar 1st tu, tu pintu sebelah tau... yang bilik yang saya booking ni kat pintu sebelah. Kalau tak silap, bangunan sebelah ada family dah booking. Tempat ni ok, cuma agak pricey untuk harga RM180+ sebab takde TV, takde sediakan berus gigi dan ubat gigi, dan parking agak susah dan... no breakfast. Kalau nak air, kopi etc kena ambil di luar ye. Ada coway kat area cafe ni.
Tapi bilik dan toilet sangat bersih. Satu lagi yang saya patut bagi kredit ialah bantal dia sangat empuk. Tak macam sesetengah hotel yang bagi bantal keras dan kejung sampai sakit leher. Aircond ada, kipas ada, lampu banyak dan selesa. Saya suka dengan sebahagian design yang masih kekalkan ciri-ciri tradisional. Salah satu sebab kenapa saya tak teragak-agak untuk booking tempat ni selain dari locationnya.
Review Nasi Kandaq
NASI KANDAR HAMEEDIYAH, LEBUH CAMPBELL
Tak Penang lah kalau takde Nasi Kandar. Dan tak bermakna hidup kalau ke Penang tapi tak merasa salah satu list Nasi Kandar sedap kat Penang ni. Antara Nasi Kandar famous kat Penang ni ialah Nasi Kandar Line Clear, Deen Nasi Kandar, Nasi Kandar Beratur dan Nasi Kandar Hameediyah. Hasil google, ramai kata Nasi Kandar Beratur sedap tapi Nasi Kandar Beratur buka jam 10malam je. Tak minat nak makan heavy sangat time malam, so ingatkan nak ke Nasi Kandar Deen tapi malangnya hari Jumaat tutup pula. So kami proceed ke Nasi Kandar Hameediyah yang terletak di Lebuh Campbell, Georgetown. Kalau dari Carnavon Lane, cuma 13 minit je memandu ke Lebuh Campbell ni.
Kami parking di tempat parking berbayar sebelum sampai ke Lebuh Campbell. Oklah harga parking cuma RM5 kalau tak silap. Lupa dah sebab bukan saya yang bayar. So kami jalan sikit terus ke Lebuh Campbell.
Pada hari Jumaat, kedai start buka pada jam 3petang. Jadi dalam pukul 245petang kami dah sampai supaya tak perlu beratur sampai ke lebuh raya lain.. Nasib baik masa kami sampai tu, taklah panjang sangat beratur. Dalam hati saya, kejap je ni... macam Restoran Nasi Kandar Pelita kat KL tu... Walaupun queue taklah panjang sangat tapi sejam kami baru dapat makan sebab ada yang order berpuluh pack. Bukanlah grab atau foodpanda tapi individual yang mungkin beli untuk rakan-rakan office atau sedara-mara datang rumah 😣. Berpeluh ketiak tapi sebab lapar dan memang niat nak makan situ sejak kat KL lagi kan. Pasrah je lah.... Lagipun memang dah agak dah kena tunggu sejam. Lagi satu, nak ambil makanan kena sabar sikit bila staff di asyik suruh ke tepi sikit, tepi sikit sebab dalam ni sempit! Eh tapikan, staff semua friendly dan sangat membantu. So rasa sejuk sikit dalam hati.
Mekap belum cair lagi time ni |
Ini 1 lagi kedai Hameediyah tapi khas untuk makan sahaja. Cuma, korang tak boleh hantar wakil dan cop tempat tau. Kena sama-sama beratur dan lepas dapat makanan baru boleh masuk sini. |
(Tengah menaip ni tiba-tiba rasa lapar nasi kandar)
*Sedikit trivia
Nasi Kandar Hameediyah adalah Restoran Nasi Kandar paling lama beroperasi semenjak tahun 1907 dan sudah 115 berniaga. Sebelum perang dunia pertama lagi dah berniaga kat situ, sampai dah beberapa generasi.. masih kekal di Lebuh Campbell. Masa perang dunia pertama dan kedua, kedai buka ke? I wonder...
Review Cafe
THE TABLE PENANG
Cafe ni serve western food dan coffee. So sangat sesuai lah kalau nak relax makan ringan-ringan. Ada juga kek tapi tak banyak. Kami duduk bahagian atas, dan terus order. Fish & Chip, Chicken Grilled Black pepper, Lemongrass juice & Hot Mocha after meal.. phew!
Honestly, this is the best western cafe yang saya rasa sedap pernah saya makan. Blackpepper gravy sedap, salad pun sedap rasa fresh dan juicy. Coffee dia ok but not that bad. Kalau datang sini, saya akan cuba coffee lain pula sebab rasa rugi tak rasa macam-macam. Portion makanan banyak juga dan kenyang... tak kedekut langsung. Walaupun masih kenyang dengan Nasi Kandar, tapi saya tetap mampu habiskan makanan saya sebab rasa rugi tak habiskan. Jauh tau, bukan boleh mai sini anytime nak merasa lagi.
Tempat yang kami cari random ni rupanya memang antara tempat makan yang best kat Penang ni. Makanan sedap + big portion, reasonable price, staff friendly, service laju cuma 1 je kurang... lagu kuat sangat sampai terpaksa pekik-pekik sikit nak cakap. Kalau lagu tu kurang sikit, ok dah perfecto!
Harga all total around RM50+ 👍
Review Breakfast
ROTI BAKAR HUTTON LANE
Kalau datang Georgetown, memang wajiblah try makan kat Roti Bakar Hutton Lane ni. Ini antara tempat makan yang ada dalam list JJCM Penang tau. Kedai ni dibuka seawal jam 7pagi. Kalau weekend tu, datanglah awal sebab macam biasalah kan nanti kena beratur panjang, Kami sampai dalam pukul 815pagi dan beratur juga. Mujur tak lama sebab service laju.
Roti Bakar Hutton Lane ni betul-betul sebelah IPK Penang yang besar tu. Ala google map je mesti dia bawa anda ke jalan yang benar.
Terliur tengok roti canai ada telur separuh masak kat tengah-tengah tu tapi bila letak cheese.. saya tak minat pula. Tapi jangan risau, ada banyak menu lain kita boleh try. Nasi lemak pun ada + sedap juga rasanya.
Kami order Roti Bakar Telur Goyang, Nasi lemak, Roti Canai Tampal, Milo Ais dan Teh O Ais. Total RM16 sahaja...
Oklah sedap sebab saya suka roti canai yang garing. Kuah kari dia pun sedap. Tapi roti bakar goyang tu kalau makan sorang tu bagi tekak saya, agak muak. Nasi lemak, sedap. Bolehlah repeat lagi breakfast kat sini. Tak sabar nak datang lagi next time, walaupun tak tau bila.
Itu sahaja review Penang dari saya untuk kali ini. Ada plan nak pergi lagi tapi this time nak explore Georgetown dan tempat-tempat bersejarah. Semoga ada rezeki, ruang dan masa lagi.. Aminnn....