Assalamualaikum..
Pusat Transformasi Gelandangan, Anjung Kelana adalah datang dari buah fikiran Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan sendiri atas keprihatinan beliau terhadap gelandangan di Kuala Lumpur ketika covid-19 melanda negara ini
Selain itu, DBKL juga terbabit sama dan bekerjasama dengan Persatuan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur/Selangor untuk menjayakan Program Transformasi ini
Eh.. Anjung Kelana tu untuk apa ya?
Untuk apa Pusat Transformasi Gelandangan ni di wujudkan? Bukan dah ada Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dekat Jalan Pahang tu ke?
Kat sini saya ceritakan details dari mula sampai akhir....
Ini lah dia Anjung Kelana iaitu Pusat Transformasi untuk para gelandangan (homeless) yang terletak di Taman Desa, Kuala Lumpur
Pusat ini boleh menempatkan seramai 160 orang pada satu-satu masa
Tetapi, nak masuk sini kena lah saring dulu dari segi kesihatan, minat dan keinginan bakal penghuni
Sebab... those yang terpilih ke pusat ini akan menerima latihan dan terlibat dengan beberapa program yang akan dijalankan oleh DBKL dan NGO yang dilantik
Program-program yang biasa diadakan adalah bersifat motivasi dan spiritual untuk mereka selain belajar asas pertanian dan urban farming
Malah, DBKL juga ada mengambil insiatif untuk menempatkan seorang pakar psycology di sini untuk memberi khidmat kaunseling kepada penghuni
Ruang bilik untuk para penghuni di sini |
Tempat beriadah.. ada table ping pong, ada gelanggang badminton, ada meja karom juga
Salah sebuah bilik kosong yang masih belum berpenghuni |
Setiap bilik boleh menempatkan 4 orang penghuni
Terdapat katil, tilam dan loker untuk setiap seorang
Buat masa ni, ada kira-kira 37 gelandangan yang menetap disini dan diberi latihan berkebun di dalam dan luar kawasan Anjung Kelana
Perbezaan antara Pusat Transit Gelandangan dan Pusat TRANSFORMASI Gelandangan ni ialah, di sini para gelandangan yang diselamatkan oleh DBKL akan dibantu dan diajar tentang berkebun di pusat ini
Terdapat 1.8 ekar tanah di hadapan Anjung Kelana untuk diusahakan oleh para pelatih di pusat ini
Terdapat 1.8 ekar tanah di hadapan Anjung Kelana untuk diusahakan oleh para pelatih di pusat ini
Antara tanaman yang sedang diusahakan oleh mereka ialah tanaman timun, jagung, tebu dan juga terung
Mereka akan turun ke kebun yang terletak berhadapan dengan Anjung Kelana seawal jam 7 pagi, 2x sehari
Dan hasil jagung mereka akan dapat dikutip dalam masa beberapa minggu lagi
Hasil itu akan dijual oleh mereka sendiri.. excited kan? 😍
Ini adalah benih Roselle... nanti benih ni akan dipindahkan ke polybag |
Ini pula benih terung. Akan dibawa ke Kebun Hijrah Warrior |
Bukan semua penghuni mempunyai kudrat untuk berkebun di kawasan kebun yang dinamakan KEBUN HIJRAH WARRIOR
Jadi Petugas Anjung Kelana juga ada menyediakan kawasan untuk indoor plant mengunakan tray untuk penghuni yang tidak mempunyai kesihatan yang baik dan kudrat untuk melakukan kerja berat di kebun
Antara sayur yang boleh ditanam dengan mengunakan kaedah hidroponik ialah Bendi, Bayam, Cili, Kangkung, Sawi dan cuma mengambil masa 3-8 minggu sahaja untuk mendapatkan hasil
Hasil tanaman indoor atau hidroponik itu boleh dimakan oleh mereka sendiri
Jika ada lebih, mereka boleh guna untuk buat sandwich atau salad
Hasil dalam sebulan mereka memulakan latihan, ada kira-kira 2 orang penghuni di sini sudah dikenal pasti mempunyai peluang mereka untuk menjadi pioneer Hijrah Warrior dan akan melatih junior-junior untuk belajar berkebun nanti
Apakah jaminan untuk mereka selepas habis latihan?
Mesti anda tertanya-tanya kan..
Jangan risau, ini bukan 1 off program tetapi program jangka masa panjang
Bukan bagi makan hari ni, balik... bukan.
Tan Sri Annuar Musa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan telah fikirkan tentang ni sebelum bina Anjung Kelana ni
Penghuni yang telah berjaya menamatkan latihan di sini, akan dibawa bekerja di kebun-kebun yang ada di seluruh Malaysia sampai mereka boleh berdikari dan mempunyai pendapatan seterusnya mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa
Anjung Kelana akan ajar mereka asas pertanian dari awal sampai dapat hasilnya
Semua ini adalah latihan percuma untuk penghuni ini
Sejujurnya bukan mudah untuk kita ubah mindset seseorang
Kerana mereka mengalami depresi dan trauma atas sebab-sebab tertentu
Mereka perlukan kasih sayang, perhatian dan sokongan untuk bangun kembali dan mencari kembali diri mereka yang telah hilang
Setiap mereka melalui jalan yang hampir serupa tapi permulaannya yang mungkin berbeza.. jadi untuk approach mereka, kita perlu pendekatan yang bersesuaian dengan mereka sendiri
Itulah yang Anjung Kelana sedang usahakan dan inilah inisatif kerajaan yang patut di sokong sepenuhnya
Tidak ada program yang dapat beri 100% jaminan kejayaan TETAPI
Jika Anjung Kelana dapat mengubah 10% kehidupan mereka ni, ini juga dikira sebagai kejayaan untuk semua yang terbabit
Kerana mereka perlukan sedikit cahaya untuk bawa mereka keluar dari lorong sempit yang gelap
Jika gagal jatuh berkali-kali pun, bukan bermakna tak boleh berjaya keluar kan..
Bak kata Encik Rashdan, Presiden Persatuan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur/Selangor... Kemiskinan Tidak Diwarisi...
InsyaAllah
Penerangan yang lebih details tentang Anjung Kelana dari Penyelaras Anjung Kelana, Encik Rashdan Rashid
Baru-baru ni, The Star juga ada publishkan news tentang Anjung Kelana
Boleh baca di link di bawah: