Followers

Friday, 16 April 2021

Sungai Bunus Trail, Wangsa Maju

Assalamualaikum....

Hari ini saya ingin mengupas tentang SUNGAI BUNUS TRAIL, sebuah sungai dan tempat riadah yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Adakah anda pernah ke Sungai Bunus? atau pernah melakukan apa-apa aktiviti di Sungai Bunus?
Adakah anda tau bagaimana rupa tempat ini pada tahun 2021?

Pintu Masuk Sungai Bunus Trail


Oleh kerana saya kerap ke PPR Wangsa Sari, saya juga berkesempatan melawat sekitar Sungai Bunus

Sungai Bunus adalah salah satu cabang dari Sungai Klang bermula dari Hulu Klang dan mengalir ke ibu kota melalui Wangsa Maju dan Setapak
Oleh kerana pembangunan yang pesat di sekeliling dan untuk mengelakkan banjir, pihak berwajib telah menambak konkrit di tebing sungai dan ia menyebabkan ia kelihatan seperti sebuah longkang besar

Ada beberapa usaha telah dilakukan untuk menjadikan sekitar kawasan sungai ini sebagai sebuah tempat menarik untuk beriadah dan dilawati sekaligus mampu memelihara kebersihan sungai ini
Tetapi semuanya terhenti atas sebab-sebab tertentu
Antaranya ialah kawasan ini tidak mempunyai lampu dan tidak diselenggara dengan baik
Maka, pokok-pokok buluh tumbuh meliar sekaligus membahayakan orang awam
Kawasan ini juga agak tersorok dan menjadikan kawasan ini agak bahaya jika dilalui seorang diri





Pada pandangan saya, tempat ini sangat menarik jika dijaga dan diselenggara dengan baik
Ia boleh dijadikan antara kawasan wajib kepada sesiapa yang suka berjogging dan berjalan
Selain itu, saya dan En. Rashdan sering membayangkan tempat ini akan menjadi kawasan yang digemari oleh para penunggang basikal atau lebih dikenali sebagai cyclist di Kuala Lumpur untuk berkumpul, beriadah atau melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan
Malah boleh dijadikan sebuah kawasan untuk sebarang acara dan event yang melibatkan acara alam sekitar atau kempen-kempen kesedaran



Tapi kini pada tahun 2021, DBKL bersama Persatuan Lestari Alam dibawah LA21KL bercadang untuk membangunkan kembali kawasan ini untuk dijadikan kawasan riadah semula untuk warga KL khususnya Wangsa Maju dan Setapak
Antara yang akan dilakukan untuk menambahbaik kawasan ini ialah pemasangan lampu solar di sepanjang laluan trail Sungai Bunus ini
Selain itu, pagar-pagar juga akan di cat semula bagi menceriakan kembali warna yang telah pudar
Kerja-kerja pembersihan juga sedang dijalankan bagi membuang pokok-pokok liar yang mungkin akan membahayakan orang awam selain untuk memelihara kebersihan kawasan ini

Saya amat berharap kawasan ini akan ditambahbaik, dan dibuka semula dan melantik seseorang untuk menjaga dan memelihara kawasan ini
Orang ramai juga boleh beriadah pagi atau petang bahkan malam juga disamping dapat memelihara sungai bunus dari tercemar akibat sisa-sisa pembuangan sampah yang tidak dikawal


Pelihara dan sayangi sungai kita kerana sungai adalah nadi kita 💚

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...