Followers

Monday, 19 April 2021

Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three

 Assalamualaikum....

Untuk entry lepas saya bercerita tentang Sungai Bunus di Wangsa Maju
Kali ini saya mahu berkongsi tentang Sungai Klang di Mid Valley
Sungai ini terletak di belakang Mid Valley dan berhadapan dengan Pangsapuri Abdullah Hukum
Terdapat jejantas untuk menyeberangi laluan ke Mid Valley iaitu bypass PJ Bangsar dan di situlah terletaknya Sungai Klang Mid Valley


Sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai The Alliance of River Three (ART) mengambil inisiatif membersihkan Sungai Klang di Mid Valley bermula pada Mac 2019
The Alliance of River Three diasaskan oleh Mr.Kennedy Michael juga telah menubuhkan River Three - River Conservation, Protection and Rehabilitation Programme (Program Pemulihan, Perlindungan dan Pemeliharaan Sungai) dan telah memenangi pelbagai anugerah dalam pemuliharaan sungai

Di sini saya kongsi gambar-gambar keadaan sekitar Sungai Klang di Mid Valley sebelum program pembersihan bermula

Inilah rupa keadaan Sungai ini sebelum ART memulakan program pemulihan sungai pada Mac 2019



Ketika bermulanya program ini, mereka berdepan dengan pelbagai cabaran kerana keadaan kawasan keliling yang terbiar dan tidak dijaga
Keadaan semak dan pokok-pokok tumbuh meliar serta sampah-sarap memenuhi sekitar kerana dilontar oleh orang awam yang melalui jejantas tersebut
Ketika itu, untuk turun ke bawah juga mereka perlu mengunakan tangga yang di bawa sendiri kerana tidak mempunyai laluan untuk ke bawah sebelum tangga besi didirikan



Para sukarelawan yang terdiri dari pelajar IPTA/IPTS juga turun padang menyertai dan membantu menjayakan misi pembersihan Sungai Klang di Mid Valley

Kerja-kerja pembersihan mengambil masa lama kerana keadaan kawasan dan sampah sarap yang terlalu banyak
Tetapi atas bantuan sukarelawan-sukarelawan dari NGO, pelajar-pelajar IPTA dan IPTS telah membantu process pembersihan sehingga keadaan sekitar tidak lagi seperti dahulu

Tangga Ratna di Zon 1 dibina, membantu para sukarelawan melakukan kerja-kerja pembersihan

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah membantu membina tangga dan simen di sepanjang laluan di Zon 1
Ia sekaligus menjadikan lebih banyak lagi usaha pembersihan dan pemulihan tebing sungai dan kawasan sungai dapat dilakukan


Sementara itu, terdapat satu kawasan kosong yang telah diusahakan dan dijaga oleh  3 orang penghuni di Pangsapuri Putra Ria
Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan tanaman-tanaman di kebun ini bersama-sama dengan ART
Pada permulaan, mereka telah menanam pokok pisang di kawasan kebun tersebut





Gambar sebelum dan selepas yang dikongsi oleh Ms. Syuen Toh, Co-Founder Alliance of River Three (ART)



Ingin saksikan lagi progress pembersihan dan pemulihan Sungai Klang di Mid Valley ini oleh The Alliance of River Three (ART) dan para sukarelawan?
Saya akan sambung di entry seterusnya..... 😊


Untuk melihat progress-progress dan perkongsian terkini tentang Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three (FoSK MVR3), boleh rujuk di facebook Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three



*Sekalung penghargaan, credit dan terima kasih kepada Ms. Syuen Toh dan FB FoSKMVR3 atas pengkongsian maklumat dan gambar-gambar untuk blog ini

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...