Followers

Tuesday, 6 April 2021

Agenda Circular Economy Community di PPR Pekan Kepong

 Assalamualaikum...

Bercerita tentang PPR Pekan Kepong ni, saya rasa sungguh kagum!

Pertama kali saya jejak kaki ke sini, automatik saya teringat kenangan ketika saya dan suami berjalan kaki dari 1 tempat ke 1 tempat di Singapura kira-kira 10 tahun dulu dan betapa saya nak sangat tengok flat-flat di Malaysia sebersih flat-flat di sana
Kerana saya juga asalnya adalah BUDAK FLAT

Akhirnya saya jumpa juga flat PPR yang bersih dan kemas, tiada longgokan sampah busuk di kaki lima flat
Tiada bau-bau kencing haiwan mahupun manusia di tangga-tangga
INI LAH PPR PEKAN KEPONG

Sebenarnya di entry ini, saya nak cerita tentang aktiviti Kitar Semula Komuniti yang digerakkan oleh Persatuan Sosio Ekonomi dan Alam Sekitar (PERSEAS) dan diketuai oleh Encik Hilmi Mohamad di kawasan PPR Pekan Kepong ini yang dimulakan pada 28 December 2019
Dan juga nak cerita tentang apa itu CIRCULAR ECONOMY atau dalam bahasa melayu ialah ekonomi kitar.

Gambar ini semasa kali pertama saya menjejakkan kaki ke PPR Pekan Kepong ni. Masa ni saya belum faham tentang aktiviti yang dijalankan disini. Maklumlah baru beberapa hari bekerja dengan En. Rashdan

Apakah itu Ekonomi Kitaran?
Maksudnya adalah di mana kita guna, pulang dan cipta semula (use, return and re-create). Ia berbeza dengan aktiviti yang kita selalu gunapakai iaitu mengunakan sistem linear ekonomi iaitu beli, guna dan buang!
Objektif projek ini adalah untuk membina upaya ekonomi golongan B40 dan asnaf
Atau pendek kata, bahan-bahan buangan ni semua kita boleh tukar jadi cash!!

Photo credit to: FB SWCorp Wilayah Persekutuan

Pada 21 Mac 2021 yang lalu, Pengerusi SWCorp, Dr. Daroyah bt Alwi telah melancarkan Program Upcycling, Trash to Cash dan aktiviti kebun di Komuniti PPR Pekan Kepong.

Sebenarnya dalam PPR Pekan Kepong ni sahaja ada pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan selain kitar semula.
Mereka juga ada melakukan kegiatan berkebun dan kelas menjahit.
Bahan-bahan terpakai seperti banner dan bunting akan dijahit semula untuk dijadikan polybag, apron, baju hujan malahan PPE juga
Ada juga barang-barang kitar semula yang dijahit dijual dengan harga sekitar RM10-RM15 sebuah
Bahan-bahan berkebun pula menggunakan bahan-bahan terbuang dan digunakan semula untuk dijadikan pasu dan tapak meletakkan benih seperti bekas air mineral juga di gunapakai semula di dalam kebun ini
Selain itu, hasil sayur-sayuran akan dijual didalam kawasan PPR Pekan Kepong ini dan dibeli dengan harga yang murah oleh penduduk di sini

Sebab itu kita panggil ekonomi kitaran kerana ekonomi berjalan di dalam komuniti ini sahaja



Di sini saya nak ceritakan pembabitan anak-anak remaja dalam kegiatan kitar semula di PPR Pekan Kepong ni
Tengok viideo dari Encik Rashdan Rashid, Presiden Persatuan Lestari Alam Malaysia






Photo credit to FB En. Rashdan Rashid


Kalau nak tau, ada beberapa anak-anak remaja disini yang sangat aktif dengan program kitar semula
Setiap sekali seminggu, mereka akan menghabiskan sekitar 4 jam di tempat kitar semula di Block B PPR Pekan Kepong tersebut
Untuk pengetahuan semua, anak-anak remaja PPR Pekan Kepong juga dibawa ke PPR Wangsa Suri untuk membantu dan melatih anak-anak remaja disana tentang proses kitar semula
Pada Program Perasmian Upcycling Trash to Cash & Kebun Komuniti PPR Pekan Kepong, anak-anak remaja ini telah diberikan sijil penghargaan atas kerajinan, ketekunan, semangat dan kesungguhan mereka menjadikan program ini satu realiti di Malaysia, tanah air kita ini
SYABAS ANAK-ANAK MUDA!!

Photo credit to Berita Harian




PPR Pekan Kepong ini adalah PPR paling berjaya dalam program circular economy ini
Mereka mampu mendapatkan sumber pendapatan tambahan melalui kitar semula dan kebun komuniti dan tidak hanya bergantung 100% kepada 1 sumber pendapatan sahaja
Dan mereka juga telah memenangi pelbagai anugerah dan berkali-kali masuk suratkhabar
Rahsianya.... kejayaan ini adalah kerana hasil kerjasama komuniti disini yang berganding bahu dan sepakat untuk menjayakan program ini walaupun di dalam PPR Pekan Kepong ini terdapat penghuni yang berbeza bangsa dan agama tetap saling menghormati antara satu dengan yang lain


Di harap banyak lagi PPR atau flat-flat kos rendah di Kuala Lumpur mengikut jejak 2 PPR contoh di Kuala Lumpur ini iaitu PPR Pekan Kepong dan PPR Wangsa Sari satu hari nanti

InsyaAllah....

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...