Followers

Saturday, 10 April 2021

Rumah Titian Kaseh (RTK)

 Assalamualaikum....

Hari ni saya nak bercerita tentang sebuah rumah kebajikan yang telah dibina semenjak tahun 1998 oleh Puan Hajjah Sharifah binti Adhlan atau lebih mesra dipanggil Mak Pah
Rumah Titian Kaseh adalah sebuah pusat jagaan anak-anak yatim/piatu dan asnaf, ibu tunggal, OKU dan juga warga emas yang terletak di Tasik Titiwangsa (HQ)
Literally, RTK mempunyai 3 buah 'rumah' iaitu HQ dan asrama perempuan di Tasik Titiwangsa, Rumah untuk ibu tunggal, OKU dan warga emas juga di Tasik Titiwangsa tetapi bangunan yang lain dan akhir sekali, asrama lelaki terletak di Jalan Duta


Pada 3 Mac 2021, Isteri Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Datin Seri Aizan , PUSPANITA DBKL dan Persatuan Asnaf dan Gelandangan Kuala Lumpur/Selangor telah datang melawat ke RTK dan Mak Pah di RTK Jalan Duta untuk membincangkan projek yang akan dijalankan untuk membantu penghuni di RTK ini

Antara projek yang akan dilakukan di RTK adalah Projek Pertanian Lestari
Projek ini nanti, penghuni RTK akan diajar tentang pertanian dan bercucuk tanam
Dengan hasil tanaman tersebut nanti, bolehlah RTK gunakan untuk kegunaan seharian dan boleh juga dijual untuk orang luar

Photo credit to Rumah Titian Kaseh FB

Selain itu, pada 21 Mac 2021, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Haji Mahadi Che Ngah telah datang untuk membincangkan tentang projek membaiki beberapa bahagian asrama lelaki yang rosak
Kami juga ada membincangkan tentang projek jangkamasa panjang untuk RTK bersama-sama Datuk Bandar dan Isteri serta Mak Pah

Datuk Bandar KL bersama anak buah saya

Saya sebagai penyelaras projek RTK telah menyusun beberapa program dan projek untuk anak-anak RTK
Saya akan lebih menumpukan projek dengan anak-anak RTK kerana mereka memerlukan pendidikan dan pembelajaran luar selain pembelajaran di sekolah juga
Antara projek itu ialah belajar membuat kek dan bengkel melukis bersama Teacher Jaja Yusof, seorang pelukis kanak-kanak terkenal
InsyaAllah projek akan bermula selepas selesai kita berpuasa nanti
Nanti saya akan update setiap aktiviti projek di blog ini



Apakah sumber pendapatan RTK selama ini selain sumbangan?
RTK ada menjual beberapa product yang namakan Kaseh Kukis yang 100% adalah air tangan RTK sendiri
Saya sendiri telah mencuba cookies, popia cheese,biskut roti dan kuih siput RTK dan boleh saya katakan, memang sedap
Anak saya sangat gemar popiah cheese dan tak berhenti mengunyah sehingga habis sebalang dalam masa beberapa jam sahaja
Untuk membeli, anda boleh hubungi Mak Pah di 019-6455769 atau DM di Instagram Kasehcookies

Baru-baru ni RTK juga ada menambah beberapa product iaitu rempeyek kacang dan ikan bilis untuk jualan pada bulan puasa nanti
Saya recommend anda cuba dan beli dari RTK
Selain rasanya yang sedap, anda juga boleh menyumbang kepada pembiayaan bil dan belanja untuk penghuni RTK nanti
Membeli sampai menderma.... dapat juga pahala, kan 😊



Akhir kata....
Saya berbesar hati kerana diberi tugasan projek untuk membantu RTK
Kerana sejak dahulu, saya amat sukakan anak-anak kecik walaupun saya tidak mempunyai rezeki untuk mempunyai anak ramai
InsyaAllah saya akan cuba membantu anak-anak RTK dalam process pembelajaran luar sekolah melalui projek-projek yang telah saya susun untuk mereka
Saya juga amat berharap nanti akan ada dana sumbangan yang masuk untuk membantu Mak Pah membiayai RTK setiap bulan

Dan jika anda yang ada membaca blog ini dan berhajat untuk menyumbang kepada RTK, anda boleh menyumbang di sini


Untuk maklumat lanjut tentang RTK, boleh follow facebook Rumah Titian Kaseh 

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...