Followers

Thursday, 22 April 2021

Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three - PART 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Tahun 2021, negara kita masih lagi dalam tempoh PKPB/P/ (D B P whatever 😂) kerana kes covid masih meningkat saban hari
Tetapi pihak ART! tetap meneruskan program pembersihan dan telah berjaya mengubah sebuah kawasan di tebing sungai Klang itu yang dulunya semak, kotor dan terbiar menjadi sebuah tempat yang sangat bersih dan cantik

Jom saya 'belanja' gambar-gambar hasil perit jerih mereka yang bertungkus-lumus membersihkan kawasan itu..



Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sekali lagi telah membantu memasangkan pagar dan membina tangga ke 2 di Zon 2 yang dinamakan tangga Rajah

ART! dan para sekarelawan telah menanam beberapa batang pokok-pokok bunga dan hiasan di sepanjang laluan pejalan kaki di Zon 1
Persekitaran kelihatan lebih cantik dan teratur kerana diselenggara dengan baik
SYABAS KEPADA ART terutamanya Mr. Kennedy & Ms, Syuen serta para sukarelawan, antaranya pelajar Sunway College University kerana bertungkus lumus membersihkan kawasan ini dan menjadikannya satu tempat yang menarik

Nak tau, apa lagi yang menarik di sini?





Memerang!!
Hasil perkongsian di Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three FB, dapat kita lihat memerang berenang gembira di Sungai Klang yang sudah bersih
Persekitaran yang bersih dan indah tanpa sampah sarap, mengundang bukan sahaja memerang, malah hidupan lain juga akan datang mengunjungi sungai kita dan ia akan membantu ekosistem sungai
Antara ciri-ciri ekosistem sungai yang baik ialah air yang mengalir dari hulu ke arah hilir dan dihuni oleh pelbagai tumbuhan dan haiwan laut atau haiwan 2 alam

Terima kasih kepada ART dan para sukarelawan yang telah membersihkan dan mencantikkan kawasan sekeliling Sungai Klang di Mid Valley
Semoga usaha murni ini dijadikan contoh oleh orang lain dan semoga orang awan tidak lagi membuang sampah merata-rata dan mengekalkan kebersihan kawasan itu

Akhir kata, hargailah sungai kita kerana sungai adalah sumber air bersih untuk kita gunakan untuk kegunaan harian kerana SUNGAI ADALAH NADI KEHIDUPAN



Untuk melihat progress-progress dan perkongsian terkini tentang Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three (FoSK MVR3), boleh rujuk di facebook Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three

*Sekalung penghargaan, credit dan terima kasih kepada Ms. Syuen Toh dan FB FoSKMVR3 atas pengkongsian maklumat dan gambar-gambar untuk blog ini

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...