Followers

Friday, 9 April 2021

Bukit Jelutong Eco Community

Assalamualaikum.....

Pada 4 April 2021 yang lalu, kami (bos saya) telah dijemput untuk menghadiri Go Green Day di Bukit Jelutong Eco Community yang terletak di Bukit Jelutong
Saya yakin, rata-rata penduduk di Shah Alam familiar dengan tempat beriadah ini

Hari tu, kami dijamu dengan sarapan yang sangat lazat
Lega rasa perut sebab saya dah keluar dari rumah seawal 730 pagi dan hanya sempat minum secawan milo sahaja
Bila dapat juadah nasi lemak, karipap kentang penuh isi, dessert yang yummy dan air kopi/teh/sirap yang memberi saya tenaga untuk explore BJEC

Saya juga berpeluang bertemu dan beramah-mesra dengan artis dan pelawak terkenal tanahair, Zizan Razak
Terima kasih Zizan kerana sudi bergambar bersama
Saya harap, saya dapat bekerjasama dengan Zizan Razak di satu masa nanti... InsyaAllah... Mana tau kan ada projek-projek kempen nanti



Ini adalah kali pertama saya berkunjung ke BJEC ni
Saya pernah dengar tentang kawasan hijau di Bukit Jelutung ini tetapi tidak berpeluang ke sini
Alhamdulillah, akhirnya dapat saya menikmati keindahan BJEC pada hari Go Green Day

Apa yang menarik di sini?
Nature....
Anda akan merasai alam semulajadi, keindahan bukit-bukau, kesegaran tasik dan keriangan haiwan-haiwan ternakan seperti kambing, angsa, itik, ayam, dan pelbagai lagi makhluk ciptaan Allah swt di sana

Di sini kita boleh merasai udara yang sangat segar kerana ia jauh dari pembangunan-pembangunan bangunan pencakar langit
Sangat tenang dan damai macam berada di kampung
Tiada udara tercemar... rasa FRESH!







l
Jika anda ingin belajar hiking, boleh cuba di Paradessa Hill
Anak-anak pun boleh join mendaki sama
Anda juga boleh nikmati pemandangan yang sangat cantik dari atas bukit atau menara yang dibina di situ
Tapi keadaan tidak mengizinkan saya untuk hiking di Paradessa Hill kerana jadual pack pada hari tersebut
InsyaAllah saya akan ke sini lagi...

Video credit to Bukit Jelutong Eco Community FB

I like the scenery and I really enjoyed the love here
The vibes and the smell of fresh air



Madu kelulut fresh dari sarang untuk dibawa pulang
Anda boleh dapatkan madu kelulut asli dari sarang lebah yang ada di sana
Confirm asli dengan harga yang berpatutan sangat-sangat
Saya beli (bos bayar 😝) untuk anak buah saya yang ada resdung yang agak teruk
Juga sesuai untuk immune system, dan pelbagai penyakit

Akhir kata, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sukarelawan BJEC #BJECRANGERS kerana menjemput kami dan menjamu kami dengan hidangan yang... sedapnyaaa....
Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai dan menikmati udara segar yang jarang dapat saya rasai
Tahniah kepada para sukarelawan BJECRANGERS kerana menjaga kawasan ini dengan baik sekali

Terima kasih Encik Rahmat dan Dato Megat (Owner BJEC) menjemput kami, wakil dari Persatuan Lestari Alam

Semoga kawasan ini akan terus terpelihara dan dijauhkan dari anasir pembangunan
Kalau nak tau lebih lanjut dan enjoy scenery BJEC dari lensa photo, sila follow BJEC FB PAGE ya

GO GREEN!!

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...