Assalamualaikum
Siapa tahu tentang projek Kebun Komuniti PPR atau Urban Farming di KL?
Pernah dengar tak?
Pernah dengar tak?
Tahukah anda, dalam sebuah kawasan kecik sebuah PPR di Wangsa Maju, ada sebuah kebun yang diusahakan sendiri oleh penduduk PPR tersebut
Sebenarnya dah 3x saya ke sana sepanjang bulan March 2021 ni
Pertama kali saya ke sana sorang-sorang mewakili En, Rashdan untuk menghadiri mesyuarat tentang Projek Komuniti Wangsa Maju
Kali ke 2 ke sini bersama dengan En. Rashdan untuk di interview oleh wartawan dari The Star
Kali Ke 3 semalam kerana wartawan BERNAMA datang untuk interview En.Rashdan dan komuniti Wangsa Sari
Hari ni saya berkesempatan untuk blog tentang kebun kecik di PPR WANGSA SARI yang terletak di WANGSA MAJU ni yang diberi nama KEBUN DAMAI SARI
Sebenarnya, deep in my heart.. setiap kali saya ke sini
Saya rasa amat bangga dan terharu dengan kegigihan Komuniti PPR Wangsa Sari ni untuk menjayakan Insiatif Pertanian Bandar tanpa sebarang bantuan dari mana-mana pihak
Cuma sedikit guideline dari En.Rashdan, tanah/tapak yang sangat terhad dibelakang bangunan PPR, mereka bersama-sama membina sebuah kebun kecik di Bandar yang berjaya menghasilkan sayur-sayuran dan bunga-bunga organik yang subur
Saya sendiri sukakan kehijauan dan suka melihat kebun-kebun tetapi saya tidak ada kesempatan untuk bercucuk tanam walaupun saya mempunyai tanah yang agak luas di sekeliling rumah saya
Antara sayur-sayuran subur yang ada di Kebun Damai Sari ialah sayur bayam, bendi bulat, cili api dan macam-macam lagi
Selain sayur-sayuran, salah seorang seorang warga komuniti Kebun Damai Sari, Wangsa Sari iaitu En. Fadhil juga ada menternak ikan keli dan juga udang galah
Mereka berjaya mengusahakan kebun tersebut dah sudah pun mendapatkan hasil dan manfaat hasil berbudi pada tanah
(mereka mulakan projek ketika PKP 1.0)
Saya diberi peluang untuk memetik sayur bendi bulat di dalam kebun di Wangsa Sari
Saya berikan sayur tu pada mak saya, dan mak saya minta saya beli lagi banyak-banyak sayur.. hehe
selain dari aktiviti Kebun ini
InsyaAllah, saya akan sambung lagi cerita tentang PPR Wangsa Sari ini di lain entry
InsyaAllah....