Tajuk : Helang Albania
Penulis : Maszlee Malik
Penerbit : Biblio Lit!
Novel yang menggabungkan lima tempat berbeza-beza, watak-watak yang hidup dengan latar belakang tersendiri, konflik yang timbul lewat evolusi pemikiran watak yang selaras dengan perubahan carafikir, kesemuanya digembargemburkan dengan santai dan bersifat perjalanan.Sesiapa yang mencari sudut pemikiran yang kompak, watak-watak itu berhasil meluncurkannya. Sesiapa yang mencari kekuatan di sebalik getir ujian kehidupan, watak-watak itu juga sempat menyelitkannya.
Buku ini mengisahkan dua
watak utama iaitu Rafi berasal dari Malaysia dan Anela seorang muslim Albania
dengan tema sejarah, politik, agama, social, cinta dan ideologi. Buku tulisan
dari bekas Menteri Pendidikan Malaysia ni pada pendapat saya agak berat dengan
bahasa yang penuh falsafah dan jargon politik sehingga saya terpaksa google
makna-makna tertentu tetapi saya ambil sebagai proses pembelajaran. Jalan
cerita pada mulanya agak keliru dan meleret dengan dialog yang membosankan
tetapi masuk suku akhir, barulah rasa seronok dan terus membaca. Novel ni sebenarnya
anti-klimaks pada saya dan bukanlah seperti buku novel fiksyen lain yang ada up
and down. Selain itu, walaupun dalam novel ini dikatakan berlatarbelakang lima
tempat berbeza tetapi penulis gagal mengambarkan keindahan atau membawa saya berimaginasi
ke lima-lima tempat tersebut. Buku ini tidaklah teruk cuma tidak seperti yang
saya bayangkan kerana saya letakkan expectation yang tinggi kerana penulisnya adalah Dr. Mazlee Malik.
Helang Albania adalah sebuah
cerita perjalanan spiritual dan kesusahan seorang wanita Albania, Anela yang
menghadapi pelbagai halangan sebagai seorang muslim yang ingin menjadi muslim
sebenar kerana pandangan keluarga dan masyarakat Albania sendiri yang tidak
mengamalkan kehidupan sebagai seorang muslim walaupun majority mereka beragama
Islam warisan. Watak Rafi pula mengisahkan seorang lelaki Malaysia yang
mengenali Anela ketika sama-sama menuntut di Universiti Al al-Bayt, Jordan
bertemu kembali ketika sama-sama berada di Paris atas urusan kerja. Anela
menceritakan tentang dirinya dan struggle-nya dalam mencari redha dan hidayah sebagai
seseorang yang beragama Islam dan hamba kepada Allah SWT. Ketika sesi meluahkan
itu akhirnya Rafi jatuh cinta dengan Anela walaupun Rafi sudah mempunyai isteri
dan bakal menimang cahayamata yang ke-tiga. Bagi Rafi, kebijaksanaan dan
kekuatan semangat serta kecantikkan Anela menyebabkan Rafi seperti bertemu
dengan ‘soulmate’ yang dicari-cari selama ini. Walaupun masih menyayangi
isterinya, Husna tapi bagi Rafi perasaannya terhadap Anela lain dari
perasaannya terhadap Husna. Rafi yang digambarkan seorang yang baik, setia,
taat kepada agama Islam akhirnya tersungkur dek kerana perasaan cintanya
terhadap Anela. Namun, walaupun jauh di sudut hati Anela juga mempunyai
perasaan yang sama tetapi terpaksa memendam perasaan kerana BESA nya untuk
tidak menjadi yang ke tiga dalam prosesnya untuk mencari bahagia dan pembimbing
untuk dirinya dan anaknya.
Tiada insan hebat yang tidak
diuji, dan kerana ujian-ujian yang Allah turunkan itulah yang akan menjadikan
seseorang itu lebih hebat, matang dan tenang melalui kehidupan walaupun
pengakhiran tidak seperti yang dibayangkan. Kerana ujian menjadikan seorang
manusia itu tahu arah tuju mana yang sepatutnya dilalui untuk mengelakkan jatuh
lagi dan lagi. Kerana ujian sepatutnya mendekatkan kita pada Sang Pencipta dan
kerana itu adalah qada’ dan qadar Allah. Itulah Anela, seorang wanita muslim Albania menjadi seorang wanita hebat dan tenang kerana melalui ujian-ujian dalam hidupnya. Kenapa seseorang manusia itu adakalanya nampak tenang, matang dan bijak ketika berbicara? Kerana dia telah melalui banyak perkara dan ujian dalam hidup yang menjadikan dia seorang yang berpengalaman.
Seperti petikan
monolog Rafi pada dirinya sendiri akibat kalah dengan ujian cintanya terhadap
Anela, percintaan yang hebat ialah cinta yang tidak dapat dicapai ataupun cinta
yang terhalang. Kebiasaannya kisah cinta yang agung ialah kisah cinta yang
berakhir dengan tragedi seperti kisah cinta dalam syair cinta ‘Udhri, dan syair
Ghazal’.
“Adakah kita
risau tentang sesuatu yang Allah telah tetapkan untuk diri kita? Kita hanya pelakon
sahaja. Kita hanya meneruskan kehidupan berdasarkan hukum sebab dan kesannya.
Kita teruskan usaha kita kerana masa depan tidak pasti dan tidak kita ketahui.
Hasilnya, serahkan sahaja kepada Allah.” – Kembara Spritual Bersama Gulnara,
muka surat 247.