Followers

Wednesday, 13 April 2022

Pintasan Saloma @ Saloma Link di Kuala Lumpur

Semalam kami diberi rezeki oleh Allah untuk berbuka puasa di luar sempena birthday Husband. Sepatutnya kita makan ikut tekak birthday boy tapi birthday boy tanya kita pula nak makan apa. Tekak kita kata nak makan nasi briyani. Dasar tekak mamak eh melayu... mesti nak nasi!

Selepas berbuka puasa, rasa tak syiok pula kalau balik rumah terus kan memandangkan keesokkan hari, Husband ambil cuti sempena birthday leave (tu best kerja foreign company tu, birthday pun dapat leave tauuuu) so kami pun plan jalan ke mana-mana tempat yang cantik-cantik. Jadi saya pilih Pintasan Saloma atau Saloma Link di Kampung Bharu.

Kalau google, kebanyakannya sebut JAMBATAN SALOMA atau SALOMA BRIDGE tapi nama sebenarnya ialah PINTASAN SALOMA atau SALOMA LINK. Ialah jambatan yang menghubungkan Kampung Bharu dan KLCC. Jadi sesiapa yang bekerja atau tinggal di Kawasan Kampung Bharu, jika nak ke KLCC tak perlu naik kenderaan. Memadai dengan berjalan kaki sahaja. Di samping tu boleh lah exercise, kan.
Pintasan Saloma ni dibuka kepada umum pada awal bulan Februari 2020 dan dibina sepanjang 370 meter merentasi Lebuh Raya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH) dan menelan belanja sebanyak RM31 juta. Reka bentuk Pintasan Saloma ni adalah inspirasi Sirih Junjung dan mempunyai 4,100 LED lampu yang bertukar warna mengikut perayaan atau festival.

Ha... lupa nak cerita. Macam mana cara nak ke Pintasan Saloma / Saloma Link ni? Kami masuk ke lorong selepas NZ KL dan parking sebelah bangunan Public Bank. Tapi awas, parking situ harganya RM10 selepas pukul 4 petang dan cashless. Dari situ, ambil masa cuma 1-3 minit berjalan sahaja. Ada juga yang buat service sewa skuter. Tapi kalau nak jimat dan tak rela bayar parking mahal-mahal, mungkin boleh parking kat Kampung Bharu. Kalau naik LRT dan turun ke Kampung Bharu pun, cuma perlu berjalan 1-2 minit je dah sampai.






Sebab kami datang pada hari biasa, maka tak ramai sangat yang berkunjung di sini. Mungkin yang datang tadi pun macam kami, berbuka di luar dan ambil kesempatan untuk jalan-jalan ke sini. Lagipun tempat ni memang sangat Instagrammable spot in KL. Kalau pandai ambil gambar, boleh dapat gambar yang cantik-cantik berlatarbelakang KLCC untuk upload dalam media sosial anda.

Saya suggest datang pada waktu malam sebab view sangat cantik. Sampai Adik cakap "KL is so beautiful. I'm so proud to be apart of this beautiful country." Gaya macam pernah stay kat zimbabwe je ayat dia, kan 😂
Marilah rasai pengalaman berjalan di Pintasan Saloma ni dan bangga menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia, bak kata Adik. Free je masuk sini.


Contoh gambar 'cantik' berlatarbelakang Saloma Link dan KLCC. Inilah KUALA LUMPUR!



Sebelum terlupa, Pintasan Saloma atau Saloma Link ni di bina berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang iaitu tempat bersemadinya Seniman Agong Allahyarham P.Ramlee dan isterinya Seniwati Allahyarhamah Saloma. Kerana itu, Pintasan ini dinamakan sebagai Pintasan Saloma, untuk memperingati Seniwati Tanahair kita ni. Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi.


Sekian entry jalan-jalan saya. Selamat berpuasa 😇

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...