Followers

Tuesday, 26 April 2022

Kisah Neuter Si Bongsu, Nur Bibi

Assalamualaikum....
2 minggu lepas kami telah bawa kucing bongsu (hopefully.. selama ada 4 ekor ni) saya untuk mandulkan atau neuter di klinik haiwan di Seri Kembangan

Kenapa jauh sangat bawa?
Saya pernah bawa 2 ekor lain ke sana dan service dan rawatan sangat puas hati selain harga yang berbaloi. Klinik ni sebenarnya galakan kita mandulkan stray cats supaya dapatkan kurangkan populasi kucing jalanan yang beranak dan menyebabkan anak-anak kucing terbiar, sakit dan mati sebab tu mereka buat service neuter tanpa vaksin (dan vaksin). Tapi risiko atas sendiri lah ye. Tapi sebaiknya, kucing di vaksin dulu untuk mengelakkan jangkitan dan risiko lain. Kucing juga kena pastikan tiada kutu dan kurap. Jika ada kurap, pihak vet tidak akan terima.

Waktu saya jumpa dia di belakang bengkel, berhampiran tempat kerja saya pada bulan Dec 2021. Rasanya umur sekitar 2 bulan dan baunya agak busuk. Saya ambil sebab khuatir dia dimakan anjing pada waktu malam. Dan saya namakan Bibi (Baby)

Saya mula booking pada bulan mac dan dapat slot pada 12 April 2022. Sepanjang sebulan menunggu tarikh untuk dimandulkan tu kami berjaga-jaga risau dia mula tunjuk tanda-tanda mengawan memandangkan kami tak tau exact umur dan rasa umurnya sudah lebih 4 bulan dan boleh mengawan. Memandangkan kucing ke-dua kami mengawan pada umur 5 bulan, kami terpaksa membayar extra charga untuk kucing yang sedang in heat sebab risiko rahim sedang mengembang dan perlukan extra ubat. Alhamdulillah, Bibi tiada tanda-tanda mengawan walaupun 'abang' Bubu mengoda. Marah betul kami dengan si telur lonyot Bubu tu 😂.

Tiba hari untuk dimandulkan. As usual, tetap berdebar walaupun dah banyak pengalaman hantar anak bulu sendiri mahupun hantar anak bulu mak ke vet untuk process mandul. Bibi ni sangat behave dan senyap sepanjang duduk dalam cage. Dan fyi, cage ni dah berusia lebih 20 tahun... haha.

Sehari selepas operate. Takut nak angkat tapi demi content 😏 

Selepas process mandul, kucing harus dikurung atleast 2 minggu untuk elakkan benang terbuka dan nanah dan kemudian mendapat jangkitan. Maklumlah, masa-masa ni kucing amat aktif memanjat sana sini kalau tak dikurung. Dan perlu pakai collar untuk elak kucing menjilat di tempat luka. Tapi oleh kerana Bibi behave dan tak jilat pun di situ (dari pemerhatian 24jam kami) jadi kami tak pakaikan collar pun. Kami kurung dia dan sesekali lepaskan dalam rumah selama 1-2jam untuk elak dia stress.
* Lain kucing, lain ragam. Seeloknya pakaikan collar dan kurung. Masa kami mandulkan kucing pertama kami, Mimi.. kami pakaikan collar dan kurung sepanjang masa sebab Mimi sangat lasak. Berbeza dengan Bibi yang lebih behave.

Untuk kucing betina, masa untuk sembuh adalah 2 minggu manakala untuk kucing jantan ialah 5 hari sekurang-kurangnya. So far, kami belum ada pengalaman mandulkan kucing jantan lagi. Mungkin next time jika ada kucing jantan, kami tetap akan mandulkan untuk elak kucing betina luar hamil tanpa jagaan. 

Keadaan selepas 14 hari. Elok sangat.

Kenapa kami tegar untuk mandulkan kucing kami?
Ada je orang pertikaikan keputusan kami untuk mandulkan kucing-kucing betina kami. Meh kami jawab sini.
1.  Kucing betina kami 2 ekor adalah stray cats yang kami jumpa tanpa ibu. Seekor lagi memang lahir dalam rumah tapi ibunya asalnya adalah stray cat yang kami ambil dan jaga tapi tak mandulkan.
2. Kucing betina apabila start mengawan dan melahirkan, mereka boleh mengandung dan beranak 3x dalam setahun. Dan kucing betina boleh melahirkan sehingga 8 ekor kucing dalam satu masa. Cuma 7x3 jadi 21 ekor setahun, larat ke jaga? Mak saya pernah jaga berpuluh-puluh ekor kucing dalam satu masa kerana induk aktif melahirkan.  Itu pun mak tak pernah buang dan jaga dengan baik siap bawa ke vet untuk divaksin. Selepas induk mati, kucing-kucing rumah makin kurang dan akhirnya tinggal sekor yang dijaga hingga umurnya 16 tahun.
3.  Kami nak jaga kucing-kucing ni dengan baik hingga mereka mati. Biasanya kucing yang dimandulkan akan hidup lama.
4.  Kami memang pencinta kucing dan mudah kasihan pada kucing tetapi kami juga hormat pada jiran-jiran kami yang mungkin tak selesa dengan keadaan rumah yang banyak kucing datang dan berak merata. Kurung? Rumah kami tak ada space yang besar untuk kurung kucing.


Oh ya sebelum terlupa, kami mandulkan mereka di My Own Pet Shop yang terletak di Seri Kembangan. Harga untuk kami mandulkan Bibi ialah RM145. Tapi harga berubah ya, kena contact mereka di 013-369 3763 dulu untuk bertanya lebih lanjut atau click di link FB mereka.

Gambar dari facebook My Own Pet Shop


Alhamdulillah... selesai 1 tanggungjawab. Bibi boleh hidup bahagia dan aman dengan kami sampai bila-bila lepas ni. Kalau Bibi sakit, kami akan rawat dan jaga. Insya-Allah... 

Satu hari nanti bila kami dah settle down balik ke kampung halaman, kami akan bina 1 shelter untuk kucing-kucing terbiar untuk kami jaga dan rawat. Itu antara cita-cita kami bila tua nanti. Insya-Allah..... kalau umur panjang.

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...