Followers

Sunday, 25 April 2021

Majlis Ulangtahun ke-2 Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three

Assalamualaikum...

Pada 11 April 2021, kami mewakili Persatuan Alam Lestari telah dijemput oleh Alliance of River Three (ART) untuk menyertai acara sambutan Pencapaian 104 minggu Gotong-royong Education oleh Action (GREduAction) dan ulangtahun ke-2 Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three serta Pelacaran The Inaugural Little River Festival Mid Valley River Three bertempat di Mid Valley River Three Park, PJ Bangsar Bypass


Untuk sesiapa yang sering melalui Jambatan Abdullah Hukum ini pasti tahu lokasi yang dimaksudkan, ia terletak di bawah jambatan
Terdapat juga sebuah Taman dan kebun oleh Penduduk Pangsapuri Putra Ria di bawah laluan ini

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Friends of Sungai Klang MidValley River Three ini, boleh refer entry sebelum ini



Antara yang hadir ialah 
JPS WP Kuala Lumpur,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
,
Local Agenda 21 Kuala Lumpur
,
Global Environment Centre
,
Selangor Maritime Gateway
,
Landasan Lumayan Sdn Bhd,
Rantau
,
UNDP Malaysia
, Nor Shidawati Abdul Rasid,
RYTHM Foundation
,
Impactlution
, S
unway Students Volunteers , Puan Juwairiyah Ho, Dr Irina Safitri Zen, Ms. Lee Jia-Ping dan En, Rashdan Rashid dan saya dari Persatuan Lestari Alam Malaysia







Majlis diadakan adalah untuk merasmikan Tangga Rani, Tangga Rajah, Penyerahan Monitoring Water Quality Monitoring Kit, Perasmian Place Making Design Competition & Bio D Wildlife Spot'em & Win Challenge, ART! Website dan demotrasi oleh Ms. Ng Yong Sin





Terima kasih ART! di atas penghargaan untuk menanam pokok bunga untuk Pollinator Garden Programme (PGP)
Harap pokok tersebut akan terus membesar dan menceriakan kawasan FoSK MV3


Saya bergambar bersama Sunway College Volunteer Students, Mr. Kennedy dan En. Rashdan Rashid di tangga Rajah. Tangga kedua yang dibina oleh Jabatan Saliran dan Pengairan Malaysia
Terima kasih semua... semoga kita dapat bertemu lagi di lain event




Saya berkesempatan melawat kebun FoSK MV3 yang dijaga oleh 3 orang Penghuni Pangsapuri Putra Ria
Terdapat pokok-pokok pisang dan pokok betik di tanam di situ
Rasa menakjubkan bila membayangkan keadaan asal kawasan ini, lalu di transform menjadi sebuah kawasan kebun yang akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berbudi kepada tanah


Terima kasih kepada ART! dan FoSK MVR3 kerana telah memberikan saya satu pengalaman baru
Dalam 3 entry saya berkenaan dengan FoSK MVR3, saya belajar tentang placemaking dan proses membersihkan sebuah kawasan sungai
Tidak mudah tetapi tidak mustahil

InsyaAllah.. saya akan terus menulis tentang sungai dan kebun serta kebajikan

Terima kasih Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three!!

Thursday, 22 April 2021

Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three - PART 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Tahun 2021, negara kita masih lagi dalam tempoh PKPB/P/ (D B P whatever 😂) kerana kes covid masih meningkat saban hari
Tetapi pihak ART! tetap meneruskan program pembersihan dan telah berjaya mengubah sebuah kawasan di tebing sungai Klang itu yang dulunya semak, kotor dan terbiar menjadi sebuah tempat yang sangat bersih dan cantik

Jom saya 'belanja' gambar-gambar hasil perit jerih mereka yang bertungkus-lumus membersihkan kawasan itu..



Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sekali lagi telah membantu memasangkan pagar dan membina tangga ke 2 di Zon 2 yang dinamakan tangga Rajah

ART! dan para sekarelawan telah menanam beberapa batang pokok-pokok bunga dan hiasan di sepanjang laluan pejalan kaki di Zon 1
Persekitaran kelihatan lebih cantik dan teratur kerana diselenggara dengan baik
SYABAS KEPADA ART terutamanya Mr. Kennedy & Ms, Syuen serta para sukarelawan, antaranya pelajar Sunway College University kerana bertungkus lumus membersihkan kawasan ini dan menjadikannya satu tempat yang menarik

Nak tau, apa lagi yang menarik di sini?





Memerang!!
Hasil perkongsian di Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three FB, dapat kita lihat memerang berenang gembira di Sungai Klang yang sudah bersih
Persekitaran yang bersih dan indah tanpa sampah sarap, mengundang bukan sahaja memerang, malah hidupan lain juga akan datang mengunjungi sungai kita dan ia akan membantu ekosistem sungai
Antara ciri-ciri ekosistem sungai yang baik ialah air yang mengalir dari hulu ke arah hilir dan dihuni oleh pelbagai tumbuhan dan haiwan laut atau haiwan 2 alam

Terima kasih kepada ART dan para sukarelawan yang telah membersihkan dan mencantikkan kawasan sekeliling Sungai Klang di Mid Valley
Semoga usaha murni ini dijadikan contoh oleh orang lain dan semoga orang awan tidak lagi membuang sampah merata-rata dan mengekalkan kebersihan kawasan itu

Akhir kata, hargailah sungai kita kerana sungai adalah sumber air bersih untuk kita gunakan untuk kegunaan harian kerana SUNGAI ADALAH NADI KEHIDUPAN



Untuk melihat progress-progress dan perkongsian terkini tentang Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three (FoSK MVR3), boleh rujuk di facebook Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three

*Sekalung penghargaan, credit dan terima kasih kepada Ms. Syuen Toh dan FB FoSKMVR3 atas pengkongsian maklumat dan gambar-gambar untuk blog ini

Monday, 19 April 2021

Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three

 Assalamualaikum....

Untuk entry lepas saya bercerita tentang Sungai Bunus di Wangsa Maju
Kali ini saya mahu berkongsi tentang Sungai Klang di Mid Valley
Sungai ini terletak di belakang Mid Valley dan berhadapan dengan Pangsapuri Abdullah Hukum
Terdapat jejantas untuk menyeberangi laluan ke Mid Valley iaitu bypass PJ Bangsar dan di situlah terletaknya Sungai Klang Mid Valley


Sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai The Alliance of River Three (ART) mengambil inisiatif membersihkan Sungai Klang di Mid Valley bermula pada Mac 2019
The Alliance of River Three diasaskan oleh Mr.Kennedy Michael juga telah menubuhkan River Three - River Conservation, Protection and Rehabilitation Programme (Program Pemulihan, Perlindungan dan Pemeliharaan Sungai) dan telah memenangi pelbagai anugerah dalam pemuliharaan sungai

Di sini saya kongsi gambar-gambar keadaan sekitar Sungai Klang di Mid Valley sebelum program pembersihan bermula

Inilah rupa keadaan Sungai ini sebelum ART memulakan program pemulihan sungai pada Mac 2019



Ketika bermulanya program ini, mereka berdepan dengan pelbagai cabaran kerana keadaan kawasan keliling yang terbiar dan tidak dijaga
Keadaan semak dan pokok-pokok tumbuh meliar serta sampah-sarap memenuhi sekitar kerana dilontar oleh orang awam yang melalui jejantas tersebut
Ketika itu, untuk turun ke bawah juga mereka perlu mengunakan tangga yang di bawa sendiri kerana tidak mempunyai laluan untuk ke bawah sebelum tangga besi didirikan



Para sukarelawan yang terdiri dari pelajar IPTA/IPTS juga turun padang menyertai dan membantu menjayakan misi pembersihan Sungai Klang di Mid Valley

Kerja-kerja pembersihan mengambil masa lama kerana keadaan kawasan dan sampah sarap yang terlalu banyak
Tetapi atas bantuan sukarelawan-sukarelawan dari NGO, pelajar-pelajar IPTA dan IPTS telah membantu process pembersihan sehingga keadaan sekitar tidak lagi seperti dahulu

Tangga Ratna di Zon 1 dibina, membantu para sukarelawan melakukan kerja-kerja pembersihan

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah membantu membina tangga dan simen di sepanjang laluan di Zon 1
Ia sekaligus menjadikan lebih banyak lagi usaha pembersihan dan pemulihan tebing sungai dan kawasan sungai dapat dilakukan


Sementara itu, terdapat satu kawasan kosong yang telah diusahakan dan dijaga oleh  3 orang penghuni di Pangsapuri Putra Ria
Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan tanaman-tanaman di kebun ini bersama-sama dengan ART
Pada permulaan, mereka telah menanam pokok pisang di kawasan kebun tersebut





Gambar sebelum dan selepas yang dikongsi oleh Ms. Syuen Toh, Co-Founder Alliance of River Three (ART)



Ingin saksikan lagi progress pembersihan dan pemulihan Sungai Klang di Mid Valley ini oleh The Alliance of River Three (ART) dan para sukarelawan?
Saya akan sambung di entry seterusnya..... 😊


Untuk melihat progress-progress dan perkongsian terkini tentang Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three (FoSK MVR3), boleh rujuk di facebook Friends of Sungai Klang Mid Valley River Three



*Sekalung penghargaan, credit dan terima kasih kepada Ms. Syuen Toh dan FB FoSKMVR3 atas pengkongsian maklumat dan gambar-gambar untuk blog ini

Friday, 16 April 2021

Sungai Bunus Trail, Wangsa Maju

Assalamualaikum....

Hari ini saya ingin mengupas tentang SUNGAI BUNUS TRAIL, sebuah sungai dan tempat riadah yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Adakah anda pernah ke Sungai Bunus? atau pernah melakukan apa-apa aktiviti di Sungai Bunus?
Adakah anda tau bagaimana rupa tempat ini pada tahun 2021?

Pintu Masuk Sungai Bunus Trail


Oleh kerana saya kerap ke PPR Wangsa Sari, saya juga berkesempatan melawat sekitar Sungai Bunus

Sungai Bunus adalah salah satu cabang dari Sungai Klang bermula dari Hulu Klang dan mengalir ke ibu kota melalui Wangsa Maju dan Setapak
Oleh kerana pembangunan yang pesat di sekeliling dan untuk mengelakkan banjir, pihak berwajib telah menambak konkrit di tebing sungai dan ia menyebabkan ia kelihatan seperti sebuah longkang besar

Ada beberapa usaha telah dilakukan untuk menjadikan sekitar kawasan sungai ini sebagai sebuah tempat menarik untuk beriadah dan dilawati sekaligus mampu memelihara kebersihan sungai ini
Tetapi semuanya terhenti atas sebab-sebab tertentu
Antaranya ialah kawasan ini tidak mempunyai lampu dan tidak diselenggara dengan baik
Maka, pokok-pokok buluh tumbuh meliar sekaligus membahayakan orang awam
Kawasan ini juga agak tersorok dan menjadikan kawasan ini agak bahaya jika dilalui seorang diri





Pada pandangan saya, tempat ini sangat menarik jika dijaga dan diselenggara dengan baik
Ia boleh dijadikan antara kawasan wajib kepada sesiapa yang suka berjogging dan berjalan
Selain itu, saya dan En. Rashdan sering membayangkan tempat ini akan menjadi kawasan yang digemari oleh para penunggang basikal atau lebih dikenali sebagai cyclist di Kuala Lumpur untuk berkumpul, beriadah atau melakukan aktiviti-aktiviti berkumpulan
Malah boleh dijadikan sebuah kawasan untuk sebarang acara dan event yang melibatkan acara alam sekitar atau kempen-kempen kesedaran



Tapi kini pada tahun 2021, DBKL bersama Persatuan Lestari Alam dibawah LA21KL bercadang untuk membangunkan kembali kawasan ini untuk dijadikan kawasan riadah semula untuk warga KL khususnya Wangsa Maju dan Setapak
Antara yang akan dilakukan untuk menambahbaik kawasan ini ialah pemasangan lampu solar di sepanjang laluan trail Sungai Bunus ini
Selain itu, pagar-pagar juga akan di cat semula bagi menceriakan kembali warna yang telah pudar
Kerja-kerja pembersihan juga sedang dijalankan bagi membuang pokok-pokok liar yang mungkin akan membahayakan orang awam selain untuk memelihara kebersihan kawasan ini

Saya amat berharap kawasan ini akan ditambahbaik, dan dibuka semula dan melantik seseorang untuk menjaga dan memelihara kawasan ini
Orang ramai juga boleh beriadah pagi atau petang bahkan malam juga disamping dapat memelihara sungai bunus dari tercemar akibat sisa-sisa pembuangan sampah yang tidak dikawal


Pelihara dan sayangi sungai kita kerana sungai adalah nadi kita 💚

Wednesday, 14 April 2021

Rubinga Equestrian Park (Kandang Kuda) & Rabbit Farm di Gombak

Assalamualaikum...

Baru-baru ini saya berkesempatan membawa anak saya beriadah ke Rubinga Equestrian Park menaiki kuda
Pada mulanya, saya ke sini pada waktu pagi kerana ingin mengayuh basikal dan cuba discover tempat-tempat menarik di kawasan Gombak dan berdekatan rumah
Kerana saya cuma berbasikal seorang diri jadi saya cuma mampu mengayuh sekitar sini sahaja


Pada petang tu, saya bawa anak saya untuk 'tengok' kuda
Tapi malangnya saya terlupa, saya cuma mempunyai RM1 sahaja dalam dompet
Jadi.. kami hanya tengok-tengok sahaja sambil tak putus-putus kata minta maaf kepada anak saya kerana mama lupa bawa duit

Rubinga Equiestrian Park ni cuma 7 minit sahaja dari rumah saya kalau berbasikal
Tapi iika menaiki kereta, ambil masa 14 minit sebab melalui jalan yang lain
Anak saya pulang ke rumah dalam kehampaan dan non stop berzikir mahu ke sini lagi dan menunggang kuda dan ingatkan saya supaya tak lupa bawa duit yang cukup 😂


Frust sebab tak dapat menunggang kuda

Esoknya, anak saya menuntut janji
Kami ke sana menaiki motor (bersama suami) memandangkan parking space agak limited
Kecuali kalau anda datang pada waktu pagi, tak ramai orang yang datang ke sini
Tapi dari pengalaman saya, waktu petang selepas jam 6pm agak ramai orang dan agak susah mencari parking
Jadi kami naik motor sahaja

Pertama sekali, kami ke Rabbit Farm sebab belum ramai orang lagi waktu tu
Saya beli semangkuk kecik carrot untuk anak saya beri kepada arnab-arnab tersebut
Saya rasa arnab tu tak lapar pun cuma kalau disua makanan...  mereka ngap saja










Puashati anak saya dapat main dan bagi rabbit makan
Rabbit di sini pun nampak mesra dan baik-baik
Tapi ada 2-3 ekor yang takut dan menyorok di kawasan terlindung

Next.. kami pergi beratur untuk bawa anak menunggang kuda
Alkisahnya, pada mulanya saya akan teman anak saya tetapi saya gayat dan minta turun
Sebab saya masih trauma jatuh dan patah kaki
Waktu saya turun, saya amatlah harap anak saya membatalkan niat suci nya
Tetapi rupanya dia nekad untuk naik kuda seorang diri
Apa yang boleh saya kata, saya terpaksa setuju dalam debaran






Rupanya dia apabila sudah nekad, no one can stop her!
Tenang je dia menunggang kuda sebanyak 2 pusingan
Saya pula yang lebih penakut dari dia.. dan dia kata ingin belajar menunggang kuda sendirian pula lepas ni

Selain menunggang kuda dan Rabbit Farm, terdapat juga tempat aktiviti memanah disediakan bagi yang berminat belajar memanah
Menunggang kuda dan memanah adalah sukan yang tergolong dalam sunnah Nabi SAW

Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda: 

عَÙ„ِّÙ…ُوا Ø£َبْÙ†َاءَÙƒُÙ…ُ السِّبَاحَØ©َ ÙˆَالرَّÙ…ْÙŠَ

Maksudnya: “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir (5477)]




Rubinga Equestrian Park & Rabbit Farm di Gombak dibuka setiap hari pada jam 5 - 7 petang
Bagi yang tertanya-tanya harga,boleh rujuk gambar di bawah 👇

Tak sangka saya, setelah 3 tahun tinggal di sini, rupanya ada tempat menarik di belakang kawasan rumah saya sahaja
Terima kasih kepada basikal saya, membuatkan saya lebih banyak explore dan jumpa tempat-tempat menarik di Gombak ini

InsyaAllah saya akan bawa anak saya ke sini lagi untuk membiasakan diri dengan kuda dan mungkin 1 hari nanti dia akan jadi penunggang kuda yang hebat
Who knows, kan?

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...