Followers

Wednesday, 27 April 2022

Book Review - Helang Albania

Tajuk : Helang Albania
Penulis : Maszlee Malik
Penerbit : Biblio Lit!


Novel yang menggabungkan lima tempat berbeza-beza, watak-watak yang hidup dengan latar belakang tersendiri, konflik yang timbul lewat evolusi pemikiran watak yang selaras dengan perubahan carafikir, kesemuanya digembargemburkan dengan santai dan bersifat perjalanan.
Sesiapa yang mencari sudut pemikiran yang kompak, watak-watak itu berhasil meluncurkannya. Sesiapa yang mencari kekuatan di sebalik getir ujian kehidupan, watak-watak itu juga sempat menyelitkannya.

 
Buku ini mengisahkan dua watak utama iaitu Rafi berasal dari Malaysia dan Anela seorang muslim Albania dengan tema sejarah, politik, agama, social, cinta dan ideologi. Buku tulisan dari bekas Menteri Pendidikan Malaysia ni pada pendapat saya agak berat dengan bahasa yang penuh falsafah dan jargon politik sehingga saya terpaksa google makna-makna tertentu tetapi saya ambil sebagai proses pembelajaran. Jalan cerita pada mulanya agak keliru dan meleret dengan dialog yang membosankan tetapi masuk suku akhir, barulah rasa seronok dan terus membaca. Novel ni sebenarnya anti-klimaks pada saya dan bukanlah seperti buku novel fiksyen lain yang ada up and down. Selain itu, walaupun dalam novel ini dikatakan berlatarbelakang lima tempat berbeza tetapi penulis gagal mengambarkan keindahan atau membawa saya berimaginasi ke lima-lima tempat tersebut. Buku ini tidaklah teruk cuma tidak seperti yang saya bayangkan kerana saya letakkan expectation yang tinggi kerana penulisnya adalah Dr. Mazlee Malik.

Helang Albania adalah sebuah cerita perjalanan spiritual dan kesusahan seorang wanita Albania, Anela yang menghadapi pelbagai halangan sebagai seorang muslim yang ingin menjadi muslim sebenar kerana pandangan keluarga dan masyarakat Albania sendiri yang tidak mengamalkan kehidupan sebagai seorang muslim walaupun majority mereka beragama Islam warisan. Watak Rafi pula mengisahkan seorang lelaki Malaysia yang mengenali Anela ketika sama-sama menuntut di Universiti Al al-Bayt, Jordan bertemu kembali ketika sama-sama berada di Paris atas urusan kerja. Anela menceritakan tentang dirinya dan struggle-nya dalam mencari redha dan hidayah sebagai seseorang yang beragama Islam dan hamba kepada Allah SWT. Ketika sesi meluahkan itu akhirnya Rafi jatuh cinta dengan Anela walaupun Rafi sudah mempunyai isteri dan bakal menimang cahayamata yang ke-tiga. Bagi Rafi, kebijaksanaan dan kekuatan semangat serta kecantikkan Anela menyebabkan Rafi seperti bertemu dengan ‘soulmate’ yang dicari-cari selama ini. Walaupun masih menyayangi isterinya, Husna tapi bagi Rafi perasaannya terhadap Anela lain dari perasaannya terhadap Husna. Rafi yang digambarkan seorang yang baik, setia, taat kepada agama Islam akhirnya tersungkur dek kerana perasaan cintanya terhadap Anela. Namun, walaupun jauh di sudut hati Anela juga mempunyai perasaan yang sama tetapi terpaksa memendam perasaan kerana BESA nya untuk tidak menjadi yang ke tiga dalam prosesnya untuk mencari bahagia dan pembimbing untuk dirinya dan anaknya.
 
 
Tiada insan hebat yang tidak diuji, dan kerana ujian-ujian yang Allah turunkan itulah yang akan menjadikan seseorang itu lebih hebat, matang dan tenang melalui kehidupan walaupun pengakhiran tidak seperti yang dibayangkan. Kerana ujian menjadikan seorang manusia itu tahu arah tuju mana yang sepatutnya dilalui untuk mengelakkan jatuh lagi dan lagi. Kerana ujian sepatutnya mendekatkan kita pada Sang Pencipta dan kerana itu adalah qada’ dan qadar Allah.  Itulah Anela, seorang wanita muslim Albania menjadi seorang wanita hebat dan tenang kerana melalui ujian-ujian dalam hidupnya. Kenapa seseorang manusia itu adakalanya nampak tenang, matang dan bijak ketika berbicara? Kerana dia telah melalui banyak perkara dan ujian dalam hidup yang menjadikan dia seorang yang berpengalaman.

Seperti petikan monolog Rafi pada dirinya sendiri akibat kalah dengan ujian cintanya terhadap Anela, percintaan yang hebat ialah cinta yang tidak dapat dicapai ataupun cinta yang terhalang. Kebiasaannya kisah cinta yang agung ialah kisah cinta yang berakhir dengan tragedi seperti kisah cinta dalam syair cinta ‘Udhri, dan syair Ghazal’.
 
 
Adakah kita risau tentang sesuatu yang Allah telah tetapkan untuk diri kita? Kita hanya pelakon sahaja. Kita hanya meneruskan kehidupan berdasarkan hukum sebab dan kesannya. Kita teruskan usaha kita kerana masa depan tidak pasti dan tidak kita ketahui. Hasilnya, serahkan sahaja kepada Allah.” – Kembara Spritual Bersama Gulnara, muka surat 247.

Tuesday, 26 April 2022

Kisah Neuter Si Bongsu, Nur Bibi

Assalamualaikum....
2 minggu lepas kami telah bawa kucing bongsu (hopefully.. selama ada 4 ekor ni) saya untuk mandulkan atau neuter di klinik haiwan di Seri Kembangan

Kenapa jauh sangat bawa?
Saya pernah bawa 2 ekor lain ke sana dan service dan rawatan sangat puas hati selain harga yang berbaloi. Klinik ni sebenarnya galakan kita mandulkan stray cats supaya dapatkan kurangkan populasi kucing jalanan yang beranak dan menyebabkan anak-anak kucing terbiar, sakit dan mati sebab tu mereka buat service neuter tanpa vaksin (dan vaksin). Tapi risiko atas sendiri lah ye. Tapi sebaiknya, kucing di vaksin dulu untuk mengelakkan jangkitan dan risiko lain. Kucing juga kena pastikan tiada kutu dan kurap. Jika ada kurap, pihak vet tidak akan terima.

Waktu saya jumpa dia di belakang bengkel, berhampiran tempat kerja saya pada bulan Dec 2021. Rasanya umur sekitar 2 bulan dan baunya agak busuk. Saya ambil sebab khuatir dia dimakan anjing pada waktu malam. Dan saya namakan Bibi (Baby)

Saya mula booking pada bulan mac dan dapat slot pada 12 April 2022. Sepanjang sebulan menunggu tarikh untuk dimandulkan tu kami berjaga-jaga risau dia mula tunjuk tanda-tanda mengawan memandangkan kami tak tau exact umur dan rasa umurnya sudah lebih 4 bulan dan boleh mengawan. Memandangkan kucing ke-dua kami mengawan pada umur 5 bulan, kami terpaksa membayar extra charga untuk kucing yang sedang in heat sebab risiko rahim sedang mengembang dan perlukan extra ubat. Alhamdulillah, Bibi tiada tanda-tanda mengawan walaupun 'abang' Bubu mengoda. Marah betul kami dengan si telur lonyot Bubu tu πŸ˜‚.

Tiba hari untuk dimandulkan. As usual, tetap berdebar walaupun dah banyak pengalaman hantar anak bulu sendiri mahupun hantar anak bulu mak ke vet untuk process mandul. Bibi ni sangat behave dan senyap sepanjang duduk dalam cage. Dan fyi, cage ni dah berusia lebih 20 tahun... haha.

Sehari selepas operate. Takut nak angkat tapi demi content 😏 

Selepas process mandul, kucing harus dikurung atleast 2 minggu untuk elakkan benang terbuka dan nanah dan kemudian mendapat jangkitan. Maklumlah, masa-masa ni kucing amat aktif memanjat sana sini kalau tak dikurung. Dan perlu pakai collar untuk elak kucing menjilat di tempat luka. Tapi oleh kerana Bibi behave dan tak jilat pun di situ (dari pemerhatian 24jam kami) jadi kami tak pakaikan collar pun. Kami kurung dia dan sesekali lepaskan dalam rumah selama 1-2jam untuk elak dia stress.
* Lain kucing, lain ragam. Seeloknya pakaikan collar dan kurung. Masa kami mandulkan kucing pertama kami, Mimi.. kami pakaikan collar dan kurung sepanjang masa sebab Mimi sangat lasak. Berbeza dengan Bibi yang lebih behave.

Untuk kucing betina, masa untuk sembuh adalah 2 minggu manakala untuk kucing jantan ialah 5 hari sekurang-kurangnya. So far, kami belum ada pengalaman mandulkan kucing jantan lagi. Mungkin next time jika ada kucing jantan, kami tetap akan mandulkan untuk elak kucing betina luar hamil tanpa jagaan. 

Keadaan selepas 14 hari. Elok sangat.

Kenapa kami tegar untuk mandulkan kucing kami?
Ada je orang pertikaikan keputusan kami untuk mandulkan kucing-kucing betina kami. Meh kami jawab sini.
1.  Kucing betina kami 2 ekor adalah stray cats yang kami jumpa tanpa ibu. Seekor lagi memang lahir dalam rumah tapi ibunya asalnya adalah stray cat yang kami ambil dan jaga tapi tak mandulkan.
2. Kucing betina apabila start mengawan dan melahirkan, mereka boleh mengandung dan beranak 3x dalam setahun. Dan kucing betina boleh melahirkan sehingga 8 ekor kucing dalam satu masa. Cuma 7x3 jadi 21 ekor setahun, larat ke jaga? Mak saya pernah jaga berpuluh-puluh ekor kucing dalam satu masa kerana induk aktif melahirkan.  Itu pun mak tak pernah buang dan jaga dengan baik siap bawa ke vet untuk divaksin. Selepas induk mati, kucing-kucing rumah makin kurang dan akhirnya tinggal sekor yang dijaga hingga umurnya 16 tahun.
3.  Kami nak jaga kucing-kucing ni dengan baik hingga mereka mati. Biasanya kucing yang dimandulkan akan hidup lama.
4.  Kami memang pencinta kucing dan mudah kasihan pada kucing tetapi kami juga hormat pada jiran-jiran kami yang mungkin tak selesa dengan keadaan rumah yang banyak kucing datang dan berak merata. Kurung? Rumah kami tak ada space yang besar untuk kurung kucing.


Oh ya sebelum terlupa, kami mandulkan mereka di My Own Pet Shop yang terletak di Seri Kembangan. Harga untuk kami mandulkan Bibi ialah RM145. Tapi harga berubah ya, kena contact mereka di 013-369 3763 dulu untuk bertanya lebih lanjut atau click di link FB mereka.

Gambar dari facebook My Own Pet Shop


Alhamdulillah... selesai 1 tanggungjawab. Bibi boleh hidup bahagia dan aman dengan kami sampai bila-bila lepas ni. Kalau Bibi sakit, kami akan rawat dan jaga. Insya-Allah... 

Satu hari nanti bila kami dah settle down balik ke kampung halaman, kami akan bina 1 shelter untuk kucing-kucing terbiar untuk kami jaga dan rawat. Itu antara cita-cita kami bila tua nanti. Insya-Allah..... kalau umur panjang.

Thursday, 21 April 2022

Book Review - Uthmaniyah Di Hujung Jari

Tajuk : Uthmaniyah Di Hujung Jari
Penulis : Amir Asyraf Alwi
Penerbit : The Patriots


Bermula daripada segerombolan pelarian perang yang nomadik, mereka mendaki hierarki menjadi sebuah kerajaan beylik yang kecil, hinggalah berjaya meletakkan pusat mereka di antara Eropah dengan Asia, sekali gus bangkit sebagai salah satu kuasa dunia yang terpenting di Eropah Timur. Bangsa ini mungkin menjengkelkan tetapi bangsa ini bangsa yang tidak takut kalah. Malahan sayap mereka tidak hanya terhad di Eropah semata-mata. Mereka pernah menundukkan Amerika Syarikat tanpa perlu bertempur di Afrika Utara. Mereka pernah menyumbang senjata, kekuatan dan ilmu di Aceh. Mereka dianggap sebagai wira tidak didendang di Ireland.
 
Sebuah lagi kisah tentang tamadun yang telah menjadi lipatan sejarah dunia iaitu Uthmaniyah yang kini telah menjadi sebuah negara Republic Turki. Buku yang ditulis oleh saudara  Amir Asyraf Alwi ini diterangkan dengan ringkas tetapi menarik dengan penulisan yang penuh dengan fakta yang seimbang dan tidak berat sebelah. Susunan bab dan kupasan juga kemas memudahkan kita sebagai pembaca umum untuk lebih memahami setiap bab. Seperti biasa, buku-buku dari The Patriots jarang-jarang mengecewakan kerana penerbit memilih naskhah yang santai dan mudah untuk difahami oleh golongan umum yang baru berjinak dengan buku-buku sejarah seperti ini.

Uthmaniyah adalah sebuah empayar, kesultanan dan khalifah yang diilhamkan dan dikekalkan oleh Islam dan institusi Islam. Mereka menggantikan empayar Byzantine (Rom Timur) sebagai kuasa hegemoni utama di Mediterranean Timur yang wujud dari tahun 1299 hingga 1923 iaitu 634 tahun. Ia juga merupakan salah satu pemerintahan sistem monarki yang paling lama bertahan dalam sejarah dan juga dikenali sebagai salah satu kerajaan paling kuat sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Empayar Uthmaniyah mula memasuki fasa kejatuhan setelah dikalahkan dalam pertempuran Lepanto (1571) dan kehilangan hampir keseluruhan angkatan lautnya. Uthmaniyah terus mengalami kemerosotan teruk pada abad-abad yang mendatang sehingga digelar sebagai Orang Sakit Eropah, lalu dihapuskan secara sistematik melalui Perang Dunia Pertama dan Perang Balkan. Uthmaniyah akhirnya terpaksa mengorbankan dinasti 600 tahun selepas Mustafa Kemal Ataturk berjaya mendapatkan kemerdekaan melalui Perang Kemerdekaan Turki.
 
Di bawah ini saya ringkaskan sedikit rumusan-rumusan dari beberapa topik menarik tentang Uthmaniyah:
1.  Uthmaniyah ialah sebuah empayar yang begitu membanggakan kerana pemerintah terawalnya turut sama turun padang bertempur mengasaskan negara hingga akhirnya keturunan mereka sendiri terpaksa mengurungkan diri di belakang tembok istana dan selepas keluar dari persembunyian, mereka terpaksa bergelut untuk menghadapi perubahan zaman di dunia. Pengurungan itu dikatakan sebagai amalan biasa sejak tahun 1617 bagi mencegah para saudara pewaris sultan melakukan cubaan mengguling takhta pemerintahan sedia ada untuk melantik diri mereka sendiri di takhta sultan. Natijahnya, kebanyakan pewaris sultan ini mengalami masalah mental. Salah satu kisah tentang sultan gila ialah Sultan Mustafa yang memerintah dari 1592 hingga 1639 dan digelar YANG TERTAWA kerana pernah melantik dua orang hamba yang naΓ―f dan sangat tidak berpendidikan sebagai gabenor wilayah di kota-kota utama kerajaannya. Seorang petani juga telah dilantik sebagai pegawai tertinggi setelah petani itu menawarkan minuman ketika beliau pergi berburu. Penasihat besar terpaksa meletakkan Mustafa kembali ke dalam kandang kurungan dan beliau duduk bersama dengan dua hamba perempuan dan sering tertawa kecil seperti orang bodoh. Sehingga beliau meninggal pada usia 47 tahun, beliau telah menolak takhta untuk kali ke dua dan melantik anak saudaranya mengantikannya dan beliau tidak pernah keluar dari kandangnya lagi sehingga akhir hayat.
Ada banyak lagi kisah tentang sultan-sultan gila dalam buku ini.
 
2.  Satu tragedi kebuluran dasyat telah berlaku di Ireland sekitar lebih kurang 160 tahun dulu yang dikenali sebagai “The Great Famine” atau “The Potato Famine” dan mereka menghadapi bencana kebuluran dan penyakit dari tahun 1845 hingga 1849.. Empayar Turki Uthmaniyah telah menyumbang $1,000 sterling dan tiga buah kapal dipenuhi dengan bekalan makanan dan ubat-ubatan serta keperluan asas ke Drogheda, Ireland. Sekurang-kurangnya 1 juta orang mati akibat penyakit yang berkaitan dengan kebuluran manakala lebih 1 juta penduduk telah melarikan diri ke Amerika Syarikat, England, Kanada dan Australia. Sultan Khalifah Abdulmecid mengumumkan hasrat untuk menyumbang sebanyak $10,000 sterling tetapi baginda didesak oleh para menteri dan diplomat British untuk mengurangkan jumlahnya kepada kerana bimbang jumlah itu mengatasi jumlah sumbangan dari Ratu Victoria yang hanya menyumbang $2,000 sterling. Sultan akur TETAPI baginda secara rahsia telah mengarahkan ops penghantaran tiga buah kapal besar yang penuh dengan makanan, ubatan dan keperluan lain. Selepas peristiwa itu, hubungan Turki – Ireland menjadi model keamanan sejagat dan ikatan itu masih baik hingga hari ini. Ia juga diabadikan dalam sebuah buku untuk pelajar-pelajar sekolah kita pada tahun 1980an bertajuk The Potato People. Panjang kisah tentang The Potato Famine ni tapi ini saya ringkaskan sahaja. Untuk lebih details boleh dapatkan buku ini.
 
3.  Uthmaniyah mempunyai pasukan pancaragam tentera yang dikenali sebagai Mehter. Ia merupakan bentuk indikasi pemerintahan, bahkan adakalanya mereka boleh terlibat secara tidak langsung sebagai kumpulan propaganda semasa perang untuk membina motivasi dan menaikkan semangat tentera ketika berdepan dengan musuh. Selain itu, Mehter juga membuat persembahan untuk majlis rasmi di istana. Kumpulan ini terdiri dari 150 – 200 ahli dan mempunyai berek khas di istana. Semasa persembahan, kumpulan Mehter akan berbaris dalam formasi bentuk bulan sabit. Dalam bahasa Turk, Mehter juga bermaksud bulan sabit. Anggota kumpulan ini mempunyai gaya jalan yang khusus. Mereka berjalan dengan perlahan sambil melaungkan “Allah itu Maha Pemurah, Allah itu Maha Mengasihani”, pada setiap tiga langkah mereka akan berhenti dan berpaling ke kiri dan kanan dan terus  berjalan. Sultan Murad IV telah mengubah dan mencipta sendiri beberapa lagu Mehter untuk angkatan tentera Uthmaniyah pada waktu itu. Pasukan ini telah dibubarkan dan diganti dengan pancaragam tentera gaya Eropah. Hari ini, kumpulan Mehter kembali meniup semangat patriotik Turki di bawah seliaan Angkatan Tentera Turki dan berkhidmat di Muzium Tentera di Istanbul.
 
4.  Uthmaniyah ialah sebuah empayar pemerintahan Islam yang sangat besar dan pelbagai etnik yang melibatkan diri dalam tentera Uthmaniyah, pentadbiran dan perdagangan. Ada sebuah kisah tentang seorang pejuang kulit hitam Uthmaniyah yang setia dikenali sebagai Black Musa. Beliau telah mendedikasikan seluruh hidup, harta benda serta jiwanya untuk perjuangan daulah Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama. Beliau terlibat dengan banyak siri peperangan termasuk Perang Dunia Pertama. Beliau tidak dapat menyertai Perang Kemerdekaan Turki kerana masalah kesihatan. Dilahirkan pada tahun 1880 dan berasal dari Sudan, tetapi membesar sebagai anak yatim di Mesir menyertai Perkhidmatan Khas Uthmaniyah semasa Perang Turki – Itali pada tahun 1911 di Libya dan berjuang di samping tokoh-tokoh penting Mustafa Kemal Ataturk, Enver Pasha, Halil Pasha, dan komander terkenal Esref Bey. Selepas Perang Dunia Pertama berakhir, Musa menyertai perjuangan gerakan nasionalis di Istanbul tetapi Musa hanya bersendirian dan tidak mengenali sesiapa dan tidak mempunyai wang serta tempat tinggal. Ditakdirkan beliau bertemu dengan Ali Said Pasha di masjid dan menawarkan pencen untuknya tetapi Musa menolak kerana enggan mengambil hak milik rakyat yang susah. Lalu Ali Said Pasha memberikan pekerjaan kepadanya sebagai penjaga pintu di Kota Istanbul. Selepas beberapa hari kemudian, seorang komander British bertemu dan ingin tahu tentang Musa dan bertanya kepada orang tempatan dan menawarkan Musa kedudukan dan jawatan dalam tentera British namun ditolak oleh Musa. Musa meneruskan kerja sebagai penjaga pintu pada siang hari dan berkhidmat untuk gerakan nationalis pada waktu malam. Akibat kerja keras, Musa disahkan menghidap penyakit tuberculosis yang teruk. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya di pondok Muslim untuk beribadat dan menghembuskan nafas pada tahun 1919. Selanjutnya ada dalam buku ini.
 
5.  Ketika Uthmaniyah sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, rakyat tiada pilihan lain selain mengangkat satu-satunya tokoh yang memiliki aura iaitu Mustafa Kemal Ataturk. Mustafa Kenal Menganggap satu-satunya jalan untuk menyelamatkan rakyat dan negara ialah dengan membubarkan kesultanan Uthmaniyah selepas sultan terakhir meninggalkan tanah air Turki. Beliau menjadikan Eropah sebagai contoh kemajuan dan menyerap sistem sekular iaitu urusan agama dan pentadbiran akan dipisahkan. Secara rasmi kesultanan Uthmaniyah dimansuhkan pada  1 November 1922 dan negara Republik Turki ditubuhkan.
 
 
Naskhah ini mengumpulkan himpunan bahan bacaan yang terbaik untuk dipelajari bersama-sama tanpa prejudis. Uthmaniyah adalah sebuah entiti yang sewajarnya diberi kredit dari segi pencapaian dan sumbangan terhadap dunia Islam. Namun, patut dikritik di atas apa jua kesilapan dan kezaliman yang dilakukan kerana selepas Rasulullah SAW meninggalkan umatnya di dunia ini, sudah tiada lagi pemimpin Islam yang sempurna.
 
Uthmaniyah bukan sekadar mampu menjadi pelindung bangsa Turk sahaja tetapi Uthmaniyah menjadi payung tempat berteduh kaum Yahudi, Croat, Crimea, Armenia, Yunani, Caucasus, Tatar, Afrika, Arab dan pelbagai lagi. Namun setelah kejatuhan dinasti Uthmaniyah, anak cucu dibuang negeri ke tempat yang mereka tidak punyai sanak saudara di sana. Seluruh harta benda dirampas dan melalui kesulitan yang serius ketika diasingkan.” – Kebangkitan Nationalis Turki, mukasurat 191.

Thursday, 14 April 2022

Book Review - Hafalan Shalat Delisa

Tajuk : Hafalan Shalat Delisa
Penulis : Tere Liye
Penerbit : SABAKGRIP (juga boleh dibeli dari Jejak Tarbiyah di Shopee)


Delisa anak perempuan yang bermata hijau, bening dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.

Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatka senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu apakah Delisa mampu tetap tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?


Ini adalah novel ke 4 Tere Liye yang saya pernah baca setakat ini. Buku ini terbit pada tahun 2007 berlatarkan tentang kisah menyayat hati penduduk di sebuah desa iaitu Lokhnga yang terletak di Aceh, Indonesia. Novel ini mengisahkan seorang anak kecil berusia 6 tahun bernama Delisa yang merupakan seorang anak yang bijak dan suka bertanya serta anak bongsu dari 4 adik beradik. 3 orang kakaknya yang lain ialah Fatimah, Zahra dan Aisyah. Mereka dibesarkan oleh Abi dan Ummi yang patuh dengan ajaran Islam dan sentiasa memastikan anak-anak mengerjakan solat dan mengaji.

Bencana Tsunami yang telah berlaku pada december 2004 telah mengemparkan seluruh dunia dan kesan yang paling dasyat telah di alami di Aceh Indonesia telah menyebabkan kehilangan beratus ribu orang penduduk termasuk ahli keluarga Delisa. Pada hari kejadian, adalah hari di mana Delisa perlu melaksanakan tugas yang diberikan oleh gurunya untuk menjalani ujian hafalan bacaan solat pada di sekolah. Sebelum itu, ummi telah berjanji untuk menghadiahkan kalung emas untuknya sebagai hadiah jika Delisa berjaya ujian tersebut dengan jayanya. Hadiah kalung emas itu sama dengan hadiah kalung emas milik kakak-kakaknya yang lain. Tetapi Delisa telah memilih kalung emas yang mempunyai huruf D sebagai simbol DELISA manakala abi telah berjanji untuk menghadiakannya sebuah basikal  jika dia lulus dengan baik. Maka sejak itu, Delisa tekun menghafal bacaan-bacaan solatnya demi kalung dan basikal tersebut. Setiap hari juga, Delisa akan berlatih mengayuh basikal bersama rakan baiknya yang merupakan anak yatim yang kehilangan bapa ketika perang di hutan menentang pihak pemberontakan di Indonesia.
 
Tiba-tiba gempa bumi berlaku ketika Delisa melakukan sujudnya yang pertama. Bermulalah segala penderitaan Delisa serta abi yang selamat dari bencana itu kerana bertugas di luar negara ketika kejadian. Delisa telah kehilangan 3 orang kakaknya dan ummi telah hilang tanpa khabar berita akibat bencana itu. Delisa juga kehilangan sebelah kakinya dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat namun Delisa tetap tabah dan kuat menhadapi segala ujian kehilangan dan kematian saudara-saudara kandungnya. Tinggallah Delisa bersama abi mengharungi hari-hari yang sukar bersama namun Delisa terus cekal dan tabah menghadapi ujian itu bersama-sama penduduk Lokhnga yang juga kehilangan rumah, harta benda serta ahli keluarga sama seperti Delisa. 

Tetapi sesuatu telah membuatkan Delisa hilang ingatan tentang kalungnya dan Delisa juga menghadapi kesukaran untuk kembali menghafal bacaan-bacaan solatnya sehingga satu hari dia bermimpi bertemu dengan ummi di Syurga dan ummi membantu Delisa untuk merungkai persoalan-persoalan selama ini. Dan kehadiran ummi dalam mimpinya telah membantu Delisa untuk menyambung hafalannya dan akhirnya dengan kuasa Allah SWT, Delisa telah berjaya menghafal dan menyempurnakan solatnya yang lengkap buat pertama kali. Dan kejadian ketika Delisa ke sungai untuk mencuci tangannya telah menemukan dia dengan kalung emas yang berada dalam gengaman tangan sebuah rangka manusia. Berakhir sudah kerinduan dan Delisa akhirnya diberi keizinan untuk menembusi sebuah gerbang taman yang indah yang selalu datang dalam mimpi-mimpinya.

Novel ini berjaya membuatkan saya mengalirkan air mata sepanjang membaca kedukaan dan kesukaran Delisa serta abi mengharungi hidup selepas kehilangan insan-insan yang tersayang. Bukan sahaja Delisa dan abi, seluruh penduduk Aceh melaluinya terutama anak-anak kecil yang hilang ibu atau bapa serta ahli keluarga yang lain dalam kejadian bencana tsunami 18 tahun lalu. Penulis juga berjaya memberikan gambaran sebenar kejadian bencana itu dengan baik sekali sehingga kita mampu untuk mengambarkan semula peristiwa yang telah meragut beribu orang tanpa mengira umur, bangsa dan latarbelakang. Betapa besarnya kuasa Allah. Novel ini mengandungi keagamaan dan kasih sayang serta betapa pentingnya menghargai keluarga serta orang-orang yang kita cintai ketika mereka masih ada. Saya juga belajar tentang IKHLAS dalam apa jua yang kita lakukan. Apabila kita ikhlas, maka Allah akan permudahkan urusan dan pekerjaan kita dan nota kaki cemburu oleh penulis juga mengandung kata-kata hikmah dan pengajaran untuk kita, orang dewasa untuk terus yakin pada keagungan Allah SWT.

 
“Mahasuci Engkau, ya Allah, yang selalu menepati janji. Cukuplah percaya dengan janji Mu, maka kehidupan di dunia ini akan terasa jauh lebih indah. Semua akan terasa jauh lebih indah. Yakinlah!” – muka surat 285


Wednesday, 13 April 2022

Pintasan Saloma @ Saloma Link di Kuala Lumpur

Semalam kami diberi rezeki oleh Allah untuk berbuka puasa di luar sempena birthday Husband. Sepatutnya kita makan ikut tekak birthday boy tapi birthday boy tanya kita pula nak makan apa. Tekak kita kata nak makan nasi briyani. Dasar tekak mamak eh melayu... mesti nak nasi!

Selepas berbuka puasa, rasa tak syiok pula kalau balik rumah terus kan memandangkan keesokkan hari, Husband ambil cuti sempena birthday leave (tu best kerja foreign company tu, birthday pun dapat leave tauuuu) so kami pun plan jalan ke mana-mana tempat yang cantik-cantik. Jadi saya pilih Pintasan Saloma atau Saloma Link di Kampung Bharu.

Kalau google, kebanyakannya sebut JAMBATAN SALOMA atau SALOMA BRIDGE tapi nama sebenarnya ialah PINTASAN SALOMA atau SALOMA LINK. Ialah jambatan yang menghubungkan Kampung Bharu dan KLCC. Jadi sesiapa yang bekerja atau tinggal di Kawasan Kampung Bharu, jika nak ke KLCC tak perlu naik kenderaan. Memadai dengan berjalan kaki sahaja. Di samping tu boleh lah exercise, kan.
Pintasan Saloma ni dibuka kepada umum pada awal bulan Februari 2020 dan dibina sepanjang 370 meter merentasi Lebuh Raya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH) dan menelan belanja sebanyak RM31 juta. Reka bentuk Pintasan Saloma ni adalah inspirasi Sirih Junjung dan mempunyai 4,100 LED lampu yang bertukar warna mengikut perayaan atau festival.

Ha... lupa nak cerita. Macam mana cara nak ke Pintasan Saloma / Saloma Link ni? Kami masuk ke lorong selepas NZ KL dan parking sebelah bangunan Public Bank. Tapi awas, parking situ harganya RM10 selepas pukul 4 petang dan cashless. Dari situ, ambil masa cuma 1-3 minit berjalan sahaja. Ada juga yang buat service sewa skuter. Tapi kalau nak jimat dan tak rela bayar parking mahal-mahal, mungkin boleh parking kat Kampung Bharu. Kalau naik LRT dan turun ke Kampung Bharu pun, cuma perlu berjalan 1-2 minit je dah sampai.






Sebab kami datang pada hari biasa, maka tak ramai sangat yang berkunjung di sini. Mungkin yang datang tadi pun macam kami, berbuka di luar dan ambil kesempatan untuk jalan-jalan ke sini. Lagipun tempat ni memang sangat Instagrammable spot in KL. Kalau pandai ambil gambar, boleh dapat gambar yang cantik-cantik berlatarbelakang KLCC untuk upload dalam media sosial anda.

Saya suggest datang pada waktu malam sebab view sangat cantik. Sampai Adik cakap "KL is so beautiful. I'm so proud to be apart of this beautiful country." Gaya macam pernah stay kat zimbabwe je ayat dia, kan πŸ˜‚
Marilah rasai pengalaman berjalan di Pintasan Saloma ni dan bangga menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia, bak kata Adik. Free je masuk sini.


Contoh gambar 'cantik' berlatarbelakang Saloma Link dan KLCC. Inilah KUALA LUMPUR!



Sebelum terlupa, Pintasan Saloma atau Saloma Link ni di bina berdekatan dengan Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang iaitu tempat bersemadinya Seniman Agong Allahyarham P.Ramlee dan isterinya Seniwati Allahyarhamah Saloma. Kerana itu, Pintasan ini dinamakan sebagai Pintasan Saloma, untuk memperingati Seniwati Tanahair kita ni. Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi.


Sekian entry jalan-jalan saya. Selamat berpuasa πŸ˜‡

Monday, 11 April 2022

Book Review - Kitab Tamadun Islam

Tajuk : Kitab Tamadun Islam
Penulis : Ibn Jawi
Penerbit : The Patriots


Tamadun yang pada asalnya bermula dari tempat tidak punya apa, lalu berjaya bangkit menggegar dua kuasa dunia pada bahagian kiri dan kanannya sehingga kedua-dua empayar gergasi itu jatuh rebah dalam puing kehancuran. Siri peperangan yang tertulis di hujung tinta sentiasa menceritakan tentang perwira dan para syuhadanya yang gugur menggempur ketumbukan Parsi yang angkuh dan Rom yang mendada.
Kelahiran Nabi akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW merupakan suatu bukti bahawa telah lahirnya sebuah peradaban yang agung. Ketika kebanyakan daripada tamadun itu terbina dan berdiri di tepian laut serta lembangan sungai, kuasa Tuhan mentakdirkan tamadun Islam berdiri di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Baginda tekun mengajar umatnya erti sebuah kehidupan melalui cebisan-cebisan wahyu daripada Tuhan sehingga ia lengkap menjadi sebuah kitab agung, yakni al-Quran.
Sudah tentu riwayat Umaiyah yang mengaum dan Abbasiyah sebuah permata sentiasa dijulang sehingga Uthmaniyah sang sufi sentiasa bersemayam di hujung lena. Malangnya, semua itu telah lenyap daripada helaian jiwa yang menandakan bahawa zaman kegelapan itu sudah pun tiba. Ada juga riwayat seperti tikaman dari belakang, perebutan takhta yang menumpahkan darah, bahkan juga keagungan intelektual umat purba yang tidak tersingkap. Semoga keagungan itu kembali mekar dalam jiwa seluruh warga satu syahadah untuk mengembalikan kegemilangan yang dirindukan.


Buku ini mengandungi 2 bahagian dan dipecahkan kepada 12 bab bermula dengan sejarah tentang kelahiran Islam hingga rukun kebangkitan iaitu kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman sebelum kiamat berlaku. Buku yang mempunyai 476 muka surat ini menceritakan serba ringkas tetapi padat tentang ISLAM secara menyeluruh. Bahagian pertama buku ini menerangkan tentang sejarah tentang ISLAM serta kemunculan agama-agama lain di dunia secara ringkas, sejarah Nabi Muhammad SAW, serba ringkas tentang Khulafa al-Rasyidin iaitu Khalifah-khalifah yang menyambung dakwah Nabi Muhammad SAW selepas kemangkatan Baginda Rasulullah SAW, dan seterusnya tentang Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan ringkasan  keagungan Tamadun Turki Uthmaniyah.
Dalam bahagian dua pula lebih menyentuh tentang akidah, mazhab, penerangan tentang apa itu tasawuf, kemudian penulis menerangkan tentang Firqah Dhalalah Klasik iaitu tentang syiah serta pecahan-pecahan utama Syiah dan kumpulan-kumpulan Syiah yang wujud dahulu, juga tentang sejarah dan maksud wahabi dan akhirnya tentang kebangkitan Nabi Isa dan Imam Mahdi ketika kemunculan Dajjal di akhir zaman nanti.

Di bawah ni saya ringkaskan sedikit point penting dalam buku Kitab Tamadun Islam
1. Dalam Bab 3 tentang Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyin, terdapat kisah semasa pemerintahan Khalifah Uthman selepas enam tahun yang dipenuhi dengan jarum-jarum fitnah yang datangnya dari seorang pendeta tertinggi Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba’ yang memeluk islam sekadar untuk meruntuhkan Islam dari dalam. Dia menanamkan benih-benih kebencian dalam hati kaum Muslimin terhadap Khalifah Uthman. Dia menghasut penyokong Saidina Ali agar taksub dengan sentiment asabiyah Bani Hasyim (keturunan keluarga Nabi) sehingga menyebabkan Khalifah Uthman dibunuh oleh penyokong Saidina Ali tanpa pengetahuan Saidina Ali.
2. Kemuncak ISLAM iaitu ketika kerajaan Bani Abbasiyah diperintah oleh Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 786 Masihi sehingga 809 Masihi. Khalifah Harun adalah seorang yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan dan telah membina sebuah perpustakaan agung iaitu Baitulhikmah yang terletak di Baghdad. Baitulhikmah dibina sebagai pusat pertemuan sarjana, pusat penterjemahan, pusat sumber ilmu pengetahuan, pusat penyelidikan ilmu dan pusat latihan para ulama. Ketika inilah lahirnya imam-imam mazhab yang terkenal. Baitulhikmah akhirnya musnah selepas Kota Baghdad diserang oleh pasukan Hulagu Khan, tentera Mongol pada 1258 Masihi dan semua buku-buku ilmu dipunggah dan dilempar ke sungai Tigris sehingga sungai berubah warna menjadi hitam kerana dakwat buku yang dibuang itu. Maka hilanglah semua ilmu sejarah, perubatan, matematik dan astronomi yang asalnya adalah dari orang ISLAM.
3. Dalam bab 8 adalah penerangan tentang mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’I dan akhir sekali Mazhab Hambali. Setiap mazhab mempunyai hujah dan dalil tersendiri dan ia memudahkan orang awam untuk menjalani ajaran islam. Walaupun berbeza pandangan tetapi sumber rujukan untuk setiap mazhab adalah berasal dari al-Quran dan sunah.
4. Syiah berakar umbi daripada ajaran Yahudi-Kristian-Majusi yang menyelinap ke dalam hati para pengikut fanatic Saidina Ali. Ritual karbala kononnya meratapi kesyahidan Sayidina Hussien agar dapat menebus dosa sedangkan ia adalah sumpahan Sayidatina Fatimah al-Sughra binti Sayidina Hussien kerana kaum Syiahlah yang membunuh Sayidina Hussien.
5. Ajaran Wahabi ialah hasil perjuangan Muhammad bin Abdul Wahab. Kesesatan kelompok ajaran Wahabi secara umumnya hanya tergolong sebagai fasiq dan mubtadi’ (iaitu orang yang membuat perkara baru dalam aqidah). Kebatilan mereka hanyalah kekeliruan mengenai tafsiran dan manhaj agama ISLAM yang sebenar. Golongan Wahabi mengharamkan taklid serta berfatwa bahawa umat ISLAM yang bertaklid kepada 4 Mazhab adalah kafir, halal dibunuh dan hartanya boleh diambil tetapi mereka mewujudkan satu ajaran baharu yang menolak al-Sawad al-Azham.


Bagi sesiapa yang ingin tahu lebih mendalam tentang ISLAM atau secara ringkas tetapi padat, buku ini adalah rujukan terbaik. Buku ini sebenarnya lebih kepada SEJARAH ISLAM tetapi ia sangat bagus untuk menambah pengetahuan tentang agama kita sendiri agar dapat kita dijauhkan dari kesesatan. Walaupun struggle untuk menghabiskan bacaan tapi sayang pula nak skip sebab isinya yang sangat menarik tentang sejarah ISLAM.
 

“Bersatulah wahai umat Islam ke dalam kebenaran. Sesungguhnya, Tuhanmu Esa iaitu Allah. Syariatmu juga satu iaitu mengikut Nabi Muhammad SAW. Kiblatmu juga satu iaitu Kaabah. Kitab petunjukmu juga satu iaitu al-Quran". – Rukun Kebangkitan, (mukasurat 463)

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...