Tajuk Buku : Tentang Kamu
Penulis : Tere Liye
Penerbit : (Saya kurang pasti Penerbit asal, tapi saya dapatkan dari JejakTarbiah di Shopee)
Penulis : Tere Liye
Penerbit : (Saya kurang pasti Penerbit asal, tapi saya dapatkan dari JejakTarbiah di Shopee)
Membaca tajuknya,
mungkin kita fikir novel ini mengisahkan tentang cinta dan perpisahan atau
rindu dan sebagainya, tetapi jika anda peminat Tere Liye pasti tau jenis novel
penceritaan Tere Liye bukan kisah percintaan semata-mata. Sudah 2 novel Tere
Liye yang saya baca adalah tentang seseorang yang mencari kisah dan sejarah tentang
orang lain dan cara penulisan Tere Liye membuatkan kita terbang ke masa lalu
menyusuri sejarah dan kisah lama seseorang itu. Dan barisan pemilihan ayat-ayat penuh bermakna menjadikan setiap novel Tere Liye punya peminat yang ramai.
Buku ini setebal 501 mukasurat berlatarbelakangkan London, Paris dan Indonesia ini mengisahkan seorang peguam di sebuah firma guaman, Zaman Zulkarnaen di Thompson & Co, London telah diamanahkan untuk mencari pewaris untuk mewarisi saham milik seorang wanita iaitu Sri Ningsih. Oleh kerana Sri Ningsih langsung tidak meninggalkan apa-apa petunjuk atau surat wasiat, maka Zaman Zulkarnaen terpaksa menjejaki sejarah hidup Sri Ningsih bermula pada tahun 1940 iaitu saat Sri Nangsih dilahir dan tinggal di Pulau Bungin, kemudian ke Sukarta dan seterusnya di Jakarta dan berakhir di Panti Jompo, Paris hingga nafasnya yang terakhir dengan hanya berbekalkan sebuah diari dan kemudian surat-surat lama dari Sri Nangsih kepada sahabat karibnya Nur’aini sebagai petunjuk. Bagaimanakah kehidupan masa lalu Sri Nangsih? Sesulit bagaimanakah kehidupan yang Sri Nangsih lalui sehingga menyebabkan dia lari ke kota London seorang diri? Bagaimanakah Sri Nangsih melalui kesukaran hidup keseorangan tanpa sesiapa di sisi? Bagaimanakah seorang Sri Nangsih memperolehi saham 1% yang bernilai million pound sterling? Akhir sekali.. siapakah yang berhak mendapatkan 1% nilai saham milik Sri Nangsih yang bernilai million pound sterling?
Ketabahan, kekuatan, kebijaksanaan Sri Nangsih dan Zaman Zulkarnaen memberi inspirasi kepada saya. 'Kamu bisa jadi apa yang kamu mahu jadi'. Kata Sri Nangsih dalam diari nya. And she really walks the talk.