Tajuk :
Liverpool Mahkota Eropah
Penulis : Axello
Penerbit : Patriots Publishing
Penulis : Axello
Penerbit : Patriots Publishing
Liverpool, atau
The Red atau YNWA. Siapa tak kenal kelab bola sepak gergasi dan paling berjaya
dalam UCL (EUFA Champions League) dan satu-satunya kelab England yang memakai lencana
khas selepas kejayaan menjulang piala UCL di Istanbul. Buku ini adalah catatan
perjalanan Liverpool dalam usaha menjadi juara Eropah untuk kali ke-enam.
Perjalanan ini bukan menbabitkan jurulatih, Jurgen Klopp sahaja atau para
pemainnya tetapi juga semua yang terbabit termasuk pasukan dibelakang tabir dan
juga yang para penyokong yang tak pernah jemu-jemu bersama pasukan THE RED.
Buku ini
bukanlah sebuah buku lengkap berkenaan dengan Liverpool. Cuma sekadar sebuah
buku ulasan tentang siapa dibelakang takbir pasukan Liverpool, tentang taktikal
pasukan, pengurusan dan falsafah bola sepak oleh Jurgen Klopp. Juga bagaimana
Klopp memberi peluang kepada pemain-pemain yang dianggap biasa oleh pasukan
lain, menjadi luarbiasa dan ‘growth’ bersama-sama pasukan Liverpool. Siapa tak
kenal Mo Salah, Fabinho, dan Van Dijk. Mereka adalah antara pemain-pemain bola
antarabangsa yang MAHAL dan berkualiti yang digilap oleh Klopp. Bayangkan
betapa skuad kejurulatihan Liverpool penuh sarat dengan data dan analisis yang
banyak tentang taktikal pasukan Benfiza B.
Saya hampir
mengalirkan airmata terharu (overkan) membaca kata-kata semangat penulis di
akhir muka surat buku ini iaitu 134 dan 135 untuk penyokong pasukan Liverpool.
Kata-kata yang cukup bernas dan tepat mengambarkan perasaan penyokong yang
sentiasa bersama jatuh dan bangun pasukan ini. KAMI BERHAK MERAIKAN KEJAYAAN
PASUKAN LIVERPOOL SEPERTI TIADA HARI ESOK. Peminat Liverpool kena beli buku ni
sebagai salah satu koleksi!!
“Saya manusia
biasa, ada detik malang, namun saya tidak berdaya mengubahnya. Saya faham
tentang nasib, jika kamu mahu terus bekerja keras, kamu akan mendapatkan
sesuatu dari masa ke semasa. Piala, itu adalah sebab kenapa kita ada di sini.
Cuma ketika ini saya agak tidak bernasib baik.” – Klopp, Liverpool melawan
Tottenham Hotspur. (mukasurat 114)