Followers

Wednesday, 12 January 2022

Bicycle Review - Raleigh Calypso Folding Bike

Assalamualaikum...

Tajuk saja dalam bahasa penjajah tapi saya akan review basikal lipat ni dalam bahasa ibunda tanahair kita iaitu BAHASA MELAYU

Alhamdulillah pada tahun baru 2022 tempohari saya telah menghadiah diri saya sendiri sebuah basikal lipat atau folding bike atau nama manjanya foldie jenama Raleigh dengan hasil titik peluh saya sendiri + peras ugut. Sebenarnya, sebelum ini saya tak pernah terfikir untuk membeli foldie tapi semenjak saya aktif beriadah dan jogging ke Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur setiap pagi weekend, saya mula berkira-kira untuk membeli foldie. Saya sudah mempunyai basikal touring atau hybrid bike yang saya beli Feb 2021 tetapi basikal itu sangat besar jadi folding bike menjadi pilihan tahun ini supaya saya senang masukkan ke dalam myvi saya dan bolehlah saya mengayuh jauh sikit atau bawa pulang ke kampung.

Semenjak tercetusnya idea membeli foldie, saya tak henti-henti google dan search tentang folding bike di internet. Setelah google, saya menjelajah ke kedai-kedai basikal berhampiran untuk melakukan survey harga dan melihat sendiri jenis-jenis basikal lipat yang saya tengok di internet.

Pada mulanya saya ingin membeli Java Zelo memandangkan Java ialah brand yang diyakini untuk basikal jenis lipat dan harga masih dalam budget tetapi setelah saya datang ke kedai di Sri Rampai, saya telah diperkenalkan dengan sebuah basikal yang pada saya nampak smart dan memenuhi citarasa dan budget saya iaitu Jenama Raleigh Calypso. Tapi saya tidak terus beli, saya masih berkira-kira kerana dalam bayangan saya, saya ingin memiliki Java Zelo.

Setelah saya melakukan beberapa survey di kedai-kedai basikal berhampiran. Saya kembali ke kedai KBC Bicycle di Sri Rampai untuk kembali 'melihat' Raleigh Calypso. Dan akhirnya pada 1 Januari 2022, saya terus membeli Raleigh Calypso berwarna navy blue tanpa penyesalan.









FOLDING BIKE RALEIGH CALYPSO SPEED 20″
Spec :
🚴‍♂️ Lightweight Aluminum body frame
🚴‍♂️ 7 speed Shimano Gear
🚴‍♂️ Alloy 406 rims
🚴‍♂️ Mechanical Disc Brake
🚴‍♂️ 20x1.50 tyre
🚴‍♂️ Seat post & handle with QR (quick release)
🚴‍♂️ Total load - +-120kg
🚴‍♂️ Bike's weight : 12.9 kg
🚴‍♂️ 4 colors - black/navy blue/red/blue

Pendapat saya setelah hampir 2 minggu menggunakan basikal ini ialah,
👉 Kayuh yang lancar
👉 Senang lipat tetapi agak berat (berat hampir 13kg)
👉 Basikal ini nampak kemas dengan matte color
👉 Saya belum pernah cuba di laluan berliku-liku jadi tiada komen
👉 Cuma basikal saya ada masalah di gear 5 tapi yang lain ok
👉 Sesuai untuk santai-santai bukan untuk race atau heavy user
👉 Harga dalam RM800 - RM1200 (ikut kedai)

Sebenarnya kebanyakan pengemar atau cyclist yang memilih brand Raleigh akan memilih Raleigh Classic yang nampak persis basikal P.Ramlee dalam filem Ali Baba. Jika ada budget dan kreatif, boleh modify jadi lebih cantik.
Harap review ringkas saya ni membantu sesiapa yang sedang berkira-kira untuk memiliki folding bike.


Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...