Followers

Wednesday, 26 January 2022

Book Review - Prebet Sapu

Tajuk : Prebet Sapu
Penulis : Haffez Amin
Penerbit : DuBook Press


Terima kasih Dubook kerana menerbitkan prebet sapu dalam bentuk buku. Peluang untuk sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menontonnya di wayang untuk membaca buku ini kerana difahamkan, filem ini tidak akan disiarkan dalam masa terdekat ini.
Buku tidak tebal dan boleh habis membaca dalam masa sehari sahaja. Prebet Sapu adalah sebuah filem yang mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (OSCAR) dan ia adalah sebuah naskhah filem yang membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Ditayangkan dalam bentuk hitam putih, mewakili penglihatan salah seorang watak utama iaitu Aman yang buta warna dan secara tak langsung, saya juga turut ‘membayangkan’ segala kejadian dan lokasi novel ini dalam warna hitam dan putih. Prebet Sapu adalah tentang persahabatan tak sengaja antara Aman dan Bella yang ‘tercampak’ ke Kuala Lumpur kerana kisah silam. Aman menggunakan kereta pemberian ayahnya untuk bekerja sebagai E-Hail Driver yang didaftarkan secara haram kerana Aman tidak mempunyai lesen kerana kekurangannya dan usia keretanya yang tidak lulus syarat E-Hailing Toompang. Prebet Sapu juga menyelitkan scenario politik dan wayang ahli politik yang ketika itu sedang dilanda demam pilihanraya. Isinya novel ini atau filem Prebet Sapu ialah tentang derita rakyat golongan bawahan dan ketidakpedulian ahli politik tentang derita rakyat kecuali peduli mereka tentang kerusi jawatan. Penderitaan Bella dan Aman semaking ‘kurang’ apabila mereka semakin rapat dan melalui penderitaan di Kuala Lumpur bersama-sama. “Walaupun perkenalan mereka sekejap, tapi bermakna.  Aman sendiri tahu perhubungan itu bukan diukur daripada jangka masa tapi kedalaman perasaan dan kejujuran”. Ending novel/filem ini agak tergantung. Mungkin ada bab 2 atau penulis mahu membiarkan pembaca/penonton pilih sendiri pengakhiran untuk Aman, Bella dan ‘anak mereka’.

Pada pendapat saya sebagai seorang yang lahir, sekolah, sambung belajar dan seterusnya bekerja serta tidak pernah bermastautin di mana-mana negeri luar dari Kuala Lumpur-Selangor, saya rasa hidup Aman terlalu berat dan Bella bersifat prejudis terhadap orang Melayu TAPI saya berlapang dada dan menyelami nasib mereka yang tidak ada peluang dan bukan dalam kalangan M40 atau T20 dan ditambah lagi dengan TIADA KABEL… novel ini adalah mewakili mereka. Tidak dinafikan saya berada di zon selesa, tetapi risau memikirkan masa depan anak bangsa. Kita perlukan lebih banyak karya seperti Prebet Sapu supaya yang di atas boleh lihat sisi lain rakyat Malaysia yang menderita dan terpaksa bersaing dengan pendatang tanpa/dengan izin di Malaysia. Apalah guna pembangunan sana sini dan bangunan pencakar langit tapi rakyat di bawah menderita dan struggle demi sesuap makan.


BIG CITY. SMALL PEOPLE. TOUGH LIFE.


“Adakah Negara bangsa telah gagal dibina melalui sains, kerana pelanggannya bukan saja orang biasa, tapi ada juga orang berpendidikan. Aman pelik macam mana mudah cerita pelik dan tak logik dipercayai orang. Sebab itulah sejarah penting. Sejarah bukan pelajaran tentang orang yang dah mati, tapi mengajar kita hidup untuk tidak mati-mati ditipu.”

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...