Tajuk
: Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia
Penulis : Khubaib Akhi
Penulis : Khubaib Akhi
Penerbit : Iman
Publication
Kisah sering
baca tentang kemuliaan dan keajaiban Nabi SAW dan kesempurnaan sifat-sifat Nabi
SAW yang jauh jika dibandingkan dengan kita, manusia biasa yang tidak sempurna. Buku
ini memperkenalkan kita dengan seorang Nabi Muhammad SAW sebagai seorang
manusia.
Bagaimana Baginda SAW melalui kehidupan yang sarat dengan ujian
Bagaimana Baginda SAW merasa sedih, takut, gementar dan risau
Bagaimana Baginda SAW berbuat silap, sehingga ditegur oleh Allah SWT
Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semulajadi seperti kita
Kerana Baginda SAW adalah seorang manusia
Buku ini bukanlah untuk merendahkan Nabi Muhammad SAW tetapi untuk lebih mengenali dan merungkai sisi manusiawi Nabi SAW dan menambah kecintaan kita terhadap Nabi SAW serta meneladaniNya dalam aspek kehidupan
Buku ini
membawa kita mengenali sisi manusiawi insan mulia ini kerana Nabi SAW juga
manusia. Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik contoh di atas muka bumi ini dan
buku ini memberi kita panduan tentang bagaimana Nabi SAW ketika dilanda ujian,
ketika sedih malah ketika baginda melakukan kesilapan sehingga ditegur oleh
Allah SWT. Ada beberapa tips motivasi hidup yang boleh diikuti melalui
kisah-kisah Nabi SAW dengan para sahabat serta keluarga baginda dalam kehidupan
seharian contohnya tajuk Nabi SAW Pun
Menangis?. Jawapannya, ya, Baginda SAW juga menangis ketika sedih. Kita
hidup dalam stigma masyarakat yang memandang ‘menangis’ itu tandanya lemah.
Malah anak kecik juga dilarang menangis kerana orang sekeliling akan memandang
negative terhadap tangisan anak kecil yang tidak memahami apa-apa dan kita
menafikan emosi, melawan fitrah dan realiti terutama jika anda seorang lelaki. Hidup
ini ada naik dan turun, kehilangan dan kegagalan. Menempuhi saat-saat kejatuhan
adalah sangat memeritkan.”Berfikiran positif” hanyalah satu cara untuk
mengalihkan perhatian minda dan menenangkan hati buat sementara waktu. Menangis
lah jika sedih dan saat diuji, kerana Nabi SAW juga bersedih sehingga
mengalirkan air mata dan kemudian, carilah seseorang untuk meluahkan dan
bersama-sama mencari jalan keluar untuk kembali bangkit.
Bagaimana Baginda SAW melalui kehidupan yang sarat dengan ujian
Bagaimana Baginda SAW merasa sedih, takut, gementar dan risau
Bagaimana Baginda SAW berbuat silap, sehingga ditegur oleh Allah SWT
Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semulajadi seperti kita
Kerana Baginda SAW adalah seorang manusia
Buku ini bukanlah untuk merendahkan Nabi Muhammad SAW tetapi untuk lebih mengenali dan merungkai sisi manusiawi Nabi SAW dan menambah kecintaan kita terhadap Nabi SAW serta meneladaniNya dalam aspek kehidupan
“Maka, ‘jangan
takut’ dengan kesilapan; bersahabat baik dan berdamailah dengannya. Kerana
growth terhasil dengan kesilapan-kesilapan. Graf kehidupan kita juga bukanlah
sentiasa menaik atau menurun secara konsisten. Growth ialah proses meminumumkan
kesilapan dan kemaksimumkan pelajaran yang kita dapat bagi setiap kesalahan
yang dilakukan. Kita harapkan bahawa akhir hayat kita ialah hari tertinggi
growth dicatatkan, dan mudah-mudahan ia membawa kita ke syurga-Nya.
Insya-Allah”.