Followers

Monday, 31 January 2022

100 Days

Each day, I rise with memories of you, memories that will last me a lifetime.

I hope you remember what we went through. All those texts and I love you more fights. You are the reason I would laugh non stop and keep smiling. The reason I ever even believed in myself. You gave me confidence and most importantly you gave me love. And I still remember the way I smiled on my way home after we met. You always give me something more everyday.
 
But I also accepted that our relationship had an expiry date. And I knew you’d be the one to walk away from me because I would never have the strength to do that. And the only thing I prayed for was that you didn’t walk away without saying a word. But you did!

But now I know that all of this has been in vain and without a point. The only thing I can do and have to do is move on. Regardless of the way you did everything, the fact is that you left me and you will never come back. And that is something I need to learn to deal with. It’s time to move on with my life, the same way you did with yours because I know you won't come back. I know you were over me the minute you left.

I know you didn't want to hurt me but you did. I tried to hate you but I can't and I still miss you. I know you don't spend your whole day crying about it, but I don't want you to. But please tell me once in a while that you sometimes think about me and our memories, songs or perhaps a place you drive past on your way home, reminds you of me. Our love was always so special. It's hard to forget and almost impossible but we have to. Even we can't love each other, again.. I'll always be happy because I was privileged to love you once.

FarewelI, Sayang. Take care of yourself. hope you live your best life and I hope you really do all the things you always wanted to do. I hope Allah will give you everything you ask for. I am so glad that I had the chance to be in love with you. Thank you for everything. I will never forget you.
 

I hope you regret walking out 😈


Hasyimah



Wednesday, 26 January 2022

Book Review - Prebet Sapu

Tajuk : Prebet Sapu
Penulis : Haffez Amin
Penerbit : DuBook Press


Terima kasih Dubook kerana menerbitkan prebet sapu dalam bentuk buku. Peluang untuk sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menontonnya di wayang untuk membaca buku ini kerana difahamkan, filem ini tidak akan disiarkan dalam masa terdekat ini.
Buku tidak tebal dan boleh habis membaca dalam masa sehari sahaja. Prebet Sapu adalah sebuah filem yang mewakili Malaysia ke Anugerah Akademi (OSCAR) dan ia adalah sebuah naskhah filem yang membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Ditayangkan dalam bentuk hitam putih, mewakili penglihatan salah seorang watak utama iaitu Aman yang buta warna dan secara tak langsung, saya juga turut ‘membayangkan’ segala kejadian dan lokasi novel ini dalam warna hitam dan putih. Prebet Sapu adalah tentang persahabatan tak sengaja antara Aman dan Bella yang ‘tercampak’ ke Kuala Lumpur kerana kisah silam. Aman menggunakan kereta pemberian ayahnya untuk bekerja sebagai E-Hail Driver yang didaftarkan secara haram kerana Aman tidak mempunyai lesen kerana kekurangannya dan usia keretanya yang tidak lulus syarat E-Hailing Toompang. Prebet Sapu juga menyelitkan scenario politik dan wayang ahli politik yang ketika itu sedang dilanda demam pilihanraya. Isinya novel ini atau filem Prebet Sapu ialah tentang derita rakyat golongan bawahan dan ketidakpedulian ahli politik tentang derita rakyat kecuali peduli mereka tentang kerusi jawatan. Penderitaan Bella dan Aman semaking ‘kurang’ apabila mereka semakin rapat dan melalui penderitaan di Kuala Lumpur bersama-sama. “Walaupun perkenalan mereka sekejap, tapi bermakna.  Aman sendiri tahu perhubungan itu bukan diukur daripada jangka masa tapi kedalaman perasaan dan kejujuran”. Ending novel/filem ini agak tergantung. Mungkin ada bab 2 atau penulis mahu membiarkan pembaca/penonton pilih sendiri pengakhiran untuk Aman, Bella dan ‘anak mereka’.

Pada pendapat saya sebagai seorang yang lahir, sekolah, sambung belajar dan seterusnya bekerja serta tidak pernah bermastautin di mana-mana negeri luar dari Kuala Lumpur-Selangor, saya rasa hidup Aman terlalu berat dan Bella bersifat prejudis terhadap orang Melayu TAPI saya berlapang dada dan menyelami nasib mereka yang tidak ada peluang dan bukan dalam kalangan M40 atau T20 dan ditambah lagi dengan TIADA KABEL… novel ini adalah mewakili mereka. Tidak dinafikan saya berada di zon selesa, tetapi risau memikirkan masa depan anak bangsa. Kita perlukan lebih banyak karya seperti Prebet Sapu supaya yang di atas boleh lihat sisi lain rakyat Malaysia yang menderita dan terpaksa bersaing dengan pendatang tanpa/dengan izin di Malaysia. Apalah guna pembangunan sana sini dan bangunan pencakar langit tapi rakyat di bawah menderita dan struggle demi sesuap makan.


BIG CITY. SMALL PEOPLE. TOUGH LIFE.


“Adakah Negara bangsa telah gagal dibina melalui sains, kerana pelanggannya bukan saja orang biasa, tapi ada juga orang berpendidikan. Aman pelik macam mana mudah cerita pelik dan tak logik dipercayai orang. Sebab itulah sejarah penting. Sejarah bukan pelajaran tentang orang yang dah mati, tapi mengajar kita hidup untuk tidak mati-mati ditipu.”

Tuesday, 25 January 2022

Book Review - Nabi Juga Seorang Manusia

Tajuk : Nabi ï·º Juga Seorang Manusia
Penulis : Khubaib Akhi
Penerbit : Iman Publication


Kisah sering baca tentang kemuliaan dan keajaiban Nabi SAW dan kesempurnaan sifat-sifat Nabi SAW yang jauh jika dibandingkan dengan kita, manusia biasa yang tidak sempurna. Buku ini memperkenalkan kita dengan seorang Nabi Muhammad SAW sebagai seorang manusia.
Bagaimana Baginda SAW melalui kehidupan yang sarat dengan ujian
Bagaimana Baginda SAW merasa sedih, takut, gementar dan risau
Bagaimana Baginda SAW berbuat silap, sehingga ditegur oleh Allah SWT
Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semulajadi seperti kita
Kerana Baginda SAW adalah seorang manusia
Buku ini bukanlah untuk merendahkan Nabi Muhammad SAW tetapi untuk lebih mengenali dan merungkai sisi manusiawi Nabi SAW dan menambah kecintaan kita terhadap Nabi SAW serta meneladaniNya dalam aspek kehidupan
 
Buku ini membawa kita mengenali sisi manusiawi insan mulia ini kerana Nabi SAW juga manusia. Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik contoh di atas muka bumi ini dan buku ini memberi kita panduan tentang bagaimana Nabi SAW ketika dilanda ujian, ketika sedih malah ketika baginda melakukan kesilapan sehingga ditegur oleh Allah SWT. Ada beberapa tips motivasi hidup yang boleh diikuti melalui kisah-kisah Nabi SAW dengan para sahabat serta keluarga baginda dalam kehidupan seharian contohnya tajuk Nabi SAW Pun Menangis?. Jawapannya, ya, Baginda SAW juga menangis ketika sedih. Kita hidup dalam stigma masyarakat yang memandang ‘menangis’ itu tandanya lemah. Malah anak kecik juga dilarang menangis kerana orang sekeliling akan memandang negative terhadap tangisan anak kecil yang tidak memahami apa-apa dan kita menafikan emosi, melawan fitrah dan realiti terutama jika anda seorang lelaki. Hidup ini ada naik dan turun, kehilangan dan kegagalan. Menempuhi saat-saat kejatuhan adalah sangat memeritkan.”Berfikiran positif” hanyalah satu cara untuk mengalihkan perhatian minda dan menenangkan hati buat sementara waktu. Menangis lah jika sedih dan saat diuji, kerana Nabi SAW juga bersedih sehingga mengalirkan air mata dan kemudian, carilah seseorang untuk meluahkan dan bersama-sama mencari jalan keluar untuk kembali bangkit. 
 


 
“Maka, ‘jangan takut’ dengan kesilapan; bersahabat baik dan berdamailah dengannya. Kerana growth terhasil dengan kesilapan-kesilapan. Graf kehidupan kita juga bukanlah sentiasa menaik atau menurun secara konsisten. Growth ialah proses meminumumkan kesilapan dan kemaksimumkan pelajaran yang kita dapat bagi setiap kesalahan yang dilakukan. Kita harapkan bahawa akhir hayat kita ialah hari tertinggi growth dicatatkan, dan mudah-mudahan ia membawa kita ke syurga-Nya. Insya-Allah”. 

Friday, 21 January 2022

Book Review - Liverpool Mahkota Eropah

Tajuk : Liverpool Mahkota Eropah
Penulis : Axello
Penerbit : Patriots Publishing


Liverpool, atau The Red atau YNWA. Siapa tak kenal kelab bola sepak gergasi dan paling berjaya dalam UCL (EUFA Champions League) dan satu-satunya kelab England yang memakai lencana khas selepas kejayaan menjulang piala UCL di Istanbul. Buku ini adalah catatan perjalanan Liverpool dalam usaha menjadi juara Eropah untuk kali ke-enam. Perjalanan ini bukan menbabitkan jurulatih, Jurgen Klopp sahaja atau para pemainnya tetapi juga semua yang terbabit termasuk pasukan dibelakang tabir dan juga yang para penyokong yang tak pernah jemu-jemu bersama pasukan THE RED.

Buku ini bukanlah sebuah buku lengkap berkenaan dengan Liverpool. Cuma sekadar sebuah buku ulasan tentang siapa dibelakang takbir pasukan Liverpool, tentang taktikal pasukan, pengurusan dan falsafah bola sepak oleh Jurgen Klopp. Juga bagaimana Klopp memberi peluang kepada pemain-pemain yang dianggap biasa oleh pasukan lain, menjadi luarbiasa dan ‘growth’ bersama-sama pasukan Liverpool. Siapa tak kenal Mo Salah, Fabinho, dan Van Dijk. Mereka adalah antara pemain-pemain bola antarabangsa yang MAHAL dan berkualiti yang digilap oleh Klopp. Bayangkan betapa skuad kejurulatihan Liverpool penuh sarat dengan data dan analisis yang banyak tentang taktikal pasukan Benfiza B.

Saya hampir mengalirkan airmata terharu (overkan) membaca kata-kata semangat penulis di akhir muka surat buku ini iaitu 134 dan 135 untuk penyokong pasukan Liverpool. Kata-kata yang cukup bernas dan tepat mengambarkan perasaan penyokong yang sentiasa bersama jatuh dan bangun pasukan ini. KAMI BERHAK MERAIKAN KEJAYAAN PASUKAN LIVERPOOL SEPERTI TIADA HARI ESOK. Peminat Liverpool kena beli buku ni sebagai salah satu koleksi!!


“Saya manusia biasa, ada detik malang, namun saya tidak berdaya mengubahnya. Saya faham tentang nasib, jika kamu mahu terus bekerja keras, kamu akan mendapatkan sesuatu dari masa ke semasa. Piala, itu adalah sebab kenapa kita ada di sini. Cuma ketika ini saya agak tidak bernasib baik.” – Klopp, Liverpool melawan Tottenham Hotspur. (mukasurat 114)

Wednesday, 19 January 2022

Book Review - Tentang Kamu

Tajuk Buku : Tentang Kamu
Penulis : Tere Liye
Penerbit : (Saya kurang pasti Penerbit asal, tapi saya dapatkan dari JejakTarbiah di Shopee) 


Membaca tajuknya, mungkin kita fikir novel ini mengisahkan tentang cinta dan perpisahan atau rindu dan sebagainya, tetapi jika anda peminat Tere Liye pasti tau jenis novel penceritaan Tere Liye bukan kisah percintaan semata-mata. Sudah 2 novel Tere Liye yang saya baca adalah tentang seseorang yang mencari kisah dan sejarah tentang orang lain dan cara penulisan Tere Liye membuatkan kita terbang ke masa lalu menyusuri sejarah dan kisah lama seseorang itu. Dan barisan pemilihan ayat-ayat penuh bermakna menjadikan setiap novel Tere Liye punya peminat yang ramai.

Buku ini setebal 501 mukasurat berlatarbelakangkan London, Paris dan Indonesia ini mengisahkan seorang peguam di sebuah firma guaman, Zaman Zulkarnaen di Thompson & Co,  London telah diamanahkan untuk mencari pewaris untuk mewarisi saham milik seorang wanita iaitu Sri Ningsih. Oleh kerana Sri Ningsih langsung tidak meninggalkan apa-apa petunjuk atau surat wasiat, maka Zaman Zulkarnaen terpaksa menjejaki sejarah hidup Sri Ningsih bermula pada tahun 1940 iaitu saat Sri Nangsih dilahir dan tinggal di Pulau Bungin, kemudian ke Sukarta dan seterusnya di Jakarta dan berakhir di Panti Jompo, Paris hingga nafasnya yang terakhir dengan hanya berbekalkan sebuah diari dan kemudian surat-surat lama dari Sri Nangsih kepada sahabat karibnya Nur’aini sebagai petunjuk. Bagaimanakah kehidupan masa lalu Sri Nangsih? Sesulit bagaimanakah kehidupan yang Sri Nangsih lalui sehingga menyebabkan dia lari ke kota London seorang diri? Bagaimanakah Sri Nangsih melalui kesukaran hidup keseorangan tanpa sesiapa di sisi? Bagaimanakah seorang Sri Nangsih memperolehi saham 1% yang bernilai million pound sterling? Akhir sekali.. siapakah yang berhak mendapatkan 1% nilai saham milik Sri Nangsih yang bernilai million pound sterling?
 
Sama seperti novel sebelum ini, novel ini juga antara novel kegemaran saya kerana karakter dan plot yang well developed menjadikan kita seperti masuk ke dalam dunia Sri Nangsih yang sedih dan penuh kesakitan. Walaupun mengunakan sepenuhnya bahasa Indonesia (walaupun berlatarbelakangkan kota London dan Paris) tetapi bahasanya tidak terlalu berat kecuali ketika Zaman Zulkarnaen bertemu dengan Pak Supir bernama Sueb di Jakarta kerana mengunakan loghat bahasa keturunan. Bagi saya, cara penceritaan Tere Liye seolah-olah kita menyelami hati watak-watak dalam novel ini dan membawa kita throwback dari zaman 1940 hingga 2016 dengan menyelitkan kisah-kisah dan sejarah lama di Indonesia dulu dengan tepat. Ada juga menyelitkan watak-watak yang mempunyai sense of humour yang membuatkan saya tergelak ketika membaca dialog gurauan dari La Golo dan Rajendran Khan. 
Ketabahan, kekuatan, kebijaksanaan Sri Nangsih dan Zaman Zulkarnaen memberi inspirasi kepada saya. 'Kamu bisa jadi apa yang kamu mahu jadi'.  Kata Sri Nangsih dalam diari nya. And she really walks the talk.
 

“Terima kasih untuk kesempatan mengenalmu, itu adalah anugerah terbesar hidupku. Nasihat-nasihat lama itu benar, Cinta memang tak perlu ditemukan, cintalah yang menemukan kita. Terima kasih. Aku tidak akan menangis karena sesuatu telah berakhir, tapi aku akan tersenyum karena sesuatu itu telah terjadi. Karena dicintai begitu dalam oleh orang lain akan memberikan kita kekuatan, sementara mencintai orang lain dengan bersungguh-sungguh memberikan kita keberanian”. Sri Nangsih, Tentang Cinta (ms  280)
 
Ada satu ayat dalam diari Sri Nangsih yang ditulis olehnya ‘Jika kita gagal 1000x, maka pastikan kita bangkit 1001x’.  Sri Nangsih really inspired me to be brave, kind and brilliant



Monday, 17 January 2022

Book Review - Kitab Tamadun Rom

 


Tajuk Buku: Kitab Tamadun Rom
Penulis : Hafizul Adnen
Penerbit : Patriots Publisher

Buku Kitab Tamadun Rom setebal 522 mukasurat ini merangkumi 3 bahagian mengikut zaman iaitu Regnum, Res Publica (Republik) dan Bahagian terakhir Imperium dan kemudian setiap bab dibahagi kepada beberapa bab. Buku ini menerangkan keseluruhan bermula dengan penbuhan Rom pada 753 SM sehingga zaman kebangkitan, dan kemuncak keagungan Empayar Rom sehinggalah kemerosotan dan kejatuhan Empayar pada 476 M. Buku ini menceritakan sejarah Rom yang merupakan tamadun paling lama bertahan iaitu 1000 tahun dan ditulis secara ringkas dan padat.

Secara ringkasnya, Tamadun Rom adalah salah satu tamadun yang terunggul dalam sejarah manusia. Tamadun Rom bermula dengan penubuhan Rom oleh Romulus dan masyarakat Rom ketika itu mengamalkan sistem kasta di mana golongan bawahan dan golongan paling bawah ialah hamba abdi. Masyarakat Rom sangat suka berperang dan tentera Rom dipanggil sebagai Legion Rom adalah tulang belakang tulang-belakang kerajaan Rom ketika itu. Legion Rom merupakan tentera yang terbaik dalam sejarah dunia kerana kekuatan, disiplin dan kesetian mereka terhadap kerajaan Rom. Selain kehebatan Legion Rom, Rom juga terkenal dengan nama-nama hebat seperti Julius Caeser dan Augustus Caeser yang berjaya mengalahkan tentera pimpinan Antony iaitu bekas jeneral Julius Caeser yang bergabung dengan tentera Mesir di bawah pimpinan Cleopatra dalam peperangan Actium. Pernah dengar kisah Julius Caesar – Marc Antony – Cleopatra? Segala lengkap kisah percintaan dan kematian Antony dan Cleopatra juga ada dalam buku ini. Pada akhir fasa kejatuhan Empayar Rom, maharaja-maharaja silih berganti dan berkhidmat dalam tempoh yang singkat dan menjadi bankrupt. Masyarakat Rom pada asalnya sangat setia kepada Empayar, tidak lagi mahu menyokong Empayar kerana pemimpinnya gagal menyelesaikan isu-isu yang kritikal

Saya mengambil masa sehari untuk mula membuka dan mula membaca halaman pertama (walaupun dah pegang buku ini) kerana ‘kitab’ ini agak tebal dan berkira-kira tentang masa. Risau sekiranya kandungan penceritaan dalam ‘kitab’ ini membosankan dan akan membuatkan saya skip halaman-halaman tertentu. Tetapi sangkaan saya meleset kerana saya menjadi teruja untuk terus membaca dari satu muka surat ke muka surat yang lain sehingga selesai habis sebuah buku tentang Tamadun Rom. Saya sangka saya akan tamat membaca buku ini atau berhenti separuh jalan tapi saya cuma ambil masa 12 hari untuk selesai membaca. Isi kandungan yang menarik dan sangat lengkap. Tokoh kegemaran saya dalam Tamadun Rom ni ialah Julius Caesar. His story and his legacy, very inspiring especially for our future generation. Kata Julius Caesar “It is easier to find Men who will volunteer to die, than to find those who are willing to endure pain with patience”.


“Di sebalik semua kesilapannya, kerajaan Rom merupakan kerajaan paling berjaya yang pernah wujud sehingga waktu tersebut. Melalui penaklukan juga, ia telah menyerlahkan keupayaan sebenar warga Rom dalam menjamin keamanan empayarnya. Perkara ini telah menukarkn Rom daripada bangsa penakluk yang hebat kepada bangsa yang cekap mentadbir”. – 217 (Rom sebagai kuasa besar)


Wednesday, 12 January 2022

Bicycle Review - Raleigh Calypso Folding Bike

Assalamualaikum...

Tajuk saja dalam bahasa penjajah tapi saya akan review basikal lipat ni dalam bahasa ibunda tanahair kita iaitu BAHASA MELAYU

Alhamdulillah pada tahun baru 2022 tempohari saya telah menghadiah diri saya sendiri sebuah basikal lipat atau folding bike atau nama manjanya foldie jenama Raleigh dengan hasil titik peluh saya sendiri + peras ugut. Sebenarnya, sebelum ini saya tak pernah terfikir untuk membeli foldie tapi semenjak saya aktif beriadah dan jogging ke Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur setiap pagi weekend, saya mula berkira-kira untuk membeli foldie. Saya sudah mempunyai basikal touring atau hybrid bike yang saya beli Feb 2021 tetapi basikal itu sangat besar jadi folding bike menjadi pilihan tahun ini supaya saya senang masukkan ke dalam myvi saya dan bolehlah saya mengayuh jauh sikit atau bawa pulang ke kampung.

Semenjak tercetusnya idea membeli foldie, saya tak henti-henti google dan search tentang folding bike di internet. Setelah google, saya menjelajah ke kedai-kedai basikal berhampiran untuk melakukan survey harga dan melihat sendiri jenis-jenis basikal lipat yang saya tengok di internet.

Pada mulanya saya ingin membeli Java Zelo memandangkan Java ialah brand yang diyakini untuk basikal jenis lipat dan harga masih dalam budget tetapi setelah saya datang ke kedai di Sri Rampai, saya telah diperkenalkan dengan sebuah basikal yang pada saya nampak smart dan memenuhi citarasa dan budget saya iaitu Jenama Raleigh Calypso. Tapi saya tidak terus beli, saya masih berkira-kira kerana dalam bayangan saya, saya ingin memiliki Java Zelo.

Setelah saya melakukan beberapa survey di kedai-kedai basikal berhampiran. Saya kembali ke kedai KBC Bicycle di Sri Rampai untuk kembali 'melihat' Raleigh Calypso. Dan akhirnya pada 1 Januari 2022, saya terus membeli Raleigh Calypso berwarna navy blue tanpa penyesalan.









FOLDING BIKE RALEIGH CALYPSO SPEED 20″
Spec :
🚴‍♂️ Lightweight Aluminum body frame
🚴‍♂️ 7 speed Shimano Gear
🚴‍♂️ Alloy 406 rims
🚴‍♂️ Mechanical Disc Brake
🚴‍♂️ 20x1.50 tyre
🚴‍♂️ Seat post & handle with QR (quick release)
🚴‍♂️ Total load - +-120kg
🚴‍♂️ Bike's weight : 12.9 kg
🚴‍♂️ 4 colors - black/navy blue/red/blue

Pendapat saya setelah hampir 2 minggu menggunakan basikal ini ialah,
👉 Kayuh yang lancar
👉 Senang lipat tetapi agak berat (berat hampir 13kg)
👉 Basikal ini nampak kemas dengan matte color
👉 Saya belum pernah cuba di laluan berliku-liku jadi tiada komen
👉 Cuma basikal saya ada masalah di gear 5 tapi yang lain ok
👉 Sesuai untuk santai-santai bukan untuk race atau heavy user
👉 Harga dalam RM800 - RM1200 (ikut kedai)

Sebenarnya kebanyakan pengemar atau cyclist yang memilih brand Raleigh akan memilih Raleigh Classic yang nampak persis basikal P.Ramlee dalam filem Ali Baba. Jika ada budget dan kreatif, boleh modify jadi lebih cantik.
Harap review ringkas saya ni membantu sesiapa yang sedang berkira-kira untuk memiliki folding bike.


Wednesday, 5 January 2022

Book Review - Nearness To You

 Book: Nearness to you

Author : Nur Fadhilah Wahid
Publisher : Iman Publication
For those who have just begun their spiritual journey, what is the path to get closer to God?
For those who found themselves distant from God even for years, is there a path to return to Him?
Does one still have a chance at being near to God, even after all the mistakes and transgressions?
If you need something to read in your journey to find Allah swt especially for the beginner (like me), this is a great start. This book is a compilation of the author's journey to finding Allah with a soothing message for self-pondering, with a simple way to remind you how beautiful life is when we have Allah in our heart and how to take a step to get closer to ALLAH.
I remember picking this book from the book shelves during Pesta Buku Selangor last Dec 2021. I was directly open to the page “Paths to God”. This is what I’ve been looking for, I told myself. Without hesitation, I bought this book and brought it back home.
Those words are just soothing to my heart. But this book took me 4 days to finish. It’s a short essay with simple English and is easy to understand but took me some time and slow down read so that I could process the meaning of each topic. I put notes patched for self-reflection notes and reminders too. Highly recommend this book for spirituality and boost your hijrah journey.
“Letting go and moving forward is tough – especially when we feel that the other has served us injustice. But perhaps when we reclaim blame and try to understand that every ‘bad’ thing that has happened to us, every single one of them, is but a string in this amazing tapestry of life – OUR life – that God has woven so perfectly, then we’ll see with uncluttered clarity that it is exactly these painful periods in our lives that have made us the beautiful, strong, complex and wise person we are today”. – page 78 (Alhamdulillah, Thank you)



Hasyimah

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...