Followers

Monday, 20 June 2022

Ulasan Buku - Gelagat & Ragam Orang Melayu

Tajuk : Gelagat & Ragam Orang Melayu
Penulis : Frank Swettenham (Terjemahan oleh Ahmad Zamani Ishak & Norziati Rosman)
Penerbit : IBDE
Genre : Non-Fiction


Frank Swettenham antara watak penting ketika Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Dua dekad berlalu, setelah menyandang beberapa jawatan dan kelana di Tanah Melayu antara P. Pinang, Perak dan Selangor, duta penjajah ini menerbitkan ceritanya. Latah, liat bayar hutang, darjat keturunan, setia cinta dan di sisi lain amuk, perkelahian dan pembalasan dendam – beginikah lakaran suasana Tanah Melayu di mata orang putih? Semua orang berhak tahu bagaimana penjajah membicarakan manusia yang didakwanya terlempar jauh dari “peradaban” dan “ketamadunan”.
 
 
Sir Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral Pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu dari tahun 1896 hingga 1901. Buku ini ditulis dengan tajuk asal Malay Sketches pada tahun 1895 dan merupakan catatan peribadi beliau tentang pemerhatian suasana Tanah Melayu dan gelagat orang Melayu. Terdapat 22 bab anekdot dan kisah berkisar tentang kehidupan bangsawan, gaya hidup orang Melayu tempatan, budaya, sosiobudaya serta kisah-kisah tahayul orang Melayu dulu-dulu dari sudut pandangan Sir Frank Swettenham. Melalui buku ini juga, Sir Frank Swettenham mengambarkan Tanah Melayu sebagai sebuah tempat yang dilimpahi kekayaan semula jadi yang terdampar jauh dari peradaban manusia.
 
Berikut adalah beberapa petikan menarik tentang Tanah Melayu dan orang Melayu melalui kaca mata Sir Frank Swettenham:-
 
1. Sir Frank Swettenham mengambarkan sifat orang Melayu sebagai berani dan boleh dipercayai. Orang Melayu juga pandai berjenaka dan mesra serta suka bergurau senda. Selain itu, orang Melayu juga adalah jenis yang sukar menerima perubahan, bangga dan taat akan negara, patuh kepada adat dan takut akan raja dan sangat menghormati pihak berkuasa. Orang Melayu juga dikatakan sebagai golongan bangsa yang mudah belajar dan akan buat apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka hajati.
Sir Frank Swettenham memperincikan pemuda Melayu secara umum sebagai tampan, dihiasi mata, bulu mata dan kening yang cantik, tetapi wajah seperti sedih dan kemurungan. Mata mereka pula besar dan jernih manakala perempuan Melayu pula digambarkan sebagai ayu dan pintar berbicara, petah, pandai bergurau senda dan cepat menangkap maksud kiasan. Mereka juga gemar membaca karya persuratan dalam bahasa Melayu serta selalu menggunakan bahasa kiasan apabila berbicara sehingga sukar untuk kaum lelaki memahaminya. Perempuan Melayu juga ramah, lemah lembut tetapi sesekali garang, cemburu, boros dan apabila menjelang usia 40an, mereka gemar akan barang kemas dan pakaian cantik.
 
2. Di dalam tajuk KELINCIKAN PANGLIMA PERANG SEMAUN, Sir Frank Swettenham mengambarkan keadaan keliling kawasan rumah Haji Musa sebagai sebuah pemandangan yang indah – “…Sinar matahari memancar di atas hamparan kuning padi yang nun jauh di sana dilatari perbukitan berwarna biru lembut. Betapa indahnya kesemua itu!”
 
3. Sir Frank Swettenham memuatkan kisah-kisah tentang keunikan orang Melayu melalui amuk, latah, kepercayaan tahayul, tarian joget dan adat istiadat diraja serta golongan bangsawan.
 
4. Dalam 22 bab, kisah paling menarik adalah tentang gelagat seorang Sultan di sebuah negeri Melayu yang digelar sebagai Raja Caddock. Sultan ini pernah dinafikan haknya sebagai Sultan sehinggalah Baginda menjadi miskin pada umur 50 tahun, namun hak dan kedudukannya dikembalikan semula. Sultan ini digambarkan sebagai seorang yang sombong, suka memerintah dan suka menguasai. Disebalik perwatakan sombong baginda, baginda juga dikatakan sebagai seorang yang pintar dan berpengetahuan luas serta gigih membina persahabatan dan kesetiaan bersama British. Kedegilan Baginda telah mengheret baginda ke mahkamah kerana enggan membuat bayaran untuk kereta sorong khas untuk bayi dan kotak muzik sehingga berlaku pertengkaran antara Sultan ini dan Imam. Baginda akhirnya meninggal kerana ketumbuhan dalam otak dan hanya menaiki takhta selama 10 bulan. Baginda mangkat pada 26 Julai 1887 dan dikebumi di daerah Sayong, diberi gelaran Almarhum Gharirullah bermaksud semoga Allah mengampuni baginda.
 
5. Bab tentang pembunuhan JWW Birch, Sir Frank Swettenham menerangkan secara terperinci tentang kejadian itu yang turut melibatkan beliau dan hampir-hampir membunuh beliau serta beberapa orang yang pengikut beliau dan Raja Mahmud. Baca dengan lapang dada sebuah kisah yang tidak diceritakan dalam buku teks sejarah tetapi dari kaca mata seorang penjajah British yang ada ditempat kejadian.
 
 
Buku ini sangat menarik dan enjoy membaca kisah kehidupan orang Melayu 100 tahun dahulu yang hanya mempunyai sungai sebagai ‘jalanraya’ dan berkongsi ‘rumah’ dengan haiwan-haiwan bahaya seperti ular, buaya dan juga harimau. Sir Frank Swettenham mempunyai pemerhatian dan pengetahuan yang baik tentang budaya, cara hidup dan kepercayaan agama orang Melayu sepanjang beliau berkelana di Tanah Melayu namun segala pandangannya tentang orang Melayu adalah cuma pandangan sebagai orang luar yang masuk ke ‘rumah’ orang Melayu dan persepsinya terhadap orang Melayu saya tidak anggap ia mewakili orang Melayu secara umum. Saya menganggap Sir Swettenham sedang berkata tentang golongan bangsawan bukanlah rakyat jelata yang bekerja siang dan malam membanting tulang bercucuk tanam di atas tanah mereka sendiri.
Apa pun, buku ini sangat menarik dan membuatkan saya sukar untuk berhenti membaca namun perlu diingatkan bahawa ia ditulis oleh orang British dan seorang penjajah yang adakalanya gemar memandang rendah pada bangsa lain dan merasa bangsa mereka yang paling berpendidikan dan bertamadun.
 
 
“Perempuan itu daripada keturunan diraja bernama Maimunah. Bagi ukuran orang Melayu, dia seorang yang bertubuh mungil tetapi anggun, mempunyai tangan dan kaki yang sangat kecil,muka bujur sirih dan bermata galak, bebola mata yang hitam ibarat teratai yang terapung dalam telaga putih kebiruan, kelopak mata yang terbuka luas atau separa terbuka berkelip-kelip dengan gaya memikat yang diteduhi bulu mata nan lentik. Hidngnya mancung, bibirnya bak delima merekah menutupi barisan giginya yang cantik dan putih. Di kedua-dua belah pipinya ada “lesung mata” yang sungguh mempersona hingga menggoda orang yang melihatnya hingga mati. Rambutnya yang hitam berkilat berjuntaian melengkung membujur di dahinya, mengurai lurus di belakang kepalanya yang terletak elok dan diikat dalam simpulan ringkas dengan penyepit rambut..” – Gambaran seorang wanita bangsawan bernama Maimunah oleh Sir Swettenham dalam tajuk Perkasihan Terlarang.

Wednesday, 15 June 2022

Ulasan Buku - 1984

Tajuk : 1984
Penulis : George Orwell (Penterjemahan oleh Aida Harun Ramli
Penerbit : Biblio Press
Genre : Sci-Fic


Among the seminal texts of the 20th century, Nineteen Eighty-Four is a rare work that grows more haunting as its futuristic purgatory becomes more real. Published in 1949, the book offers political satirist George Orwell's nightmarish vision of a totalitarian, bureaucratic world and one poor stiff's attempt to find individuality. The brilliance of the novel is Orwell's prescience of modern life—the ubiquity of television, the distortion of the language—and his ability to construct such a thorough version of hell. Required reading for students since it was published, it ranks among the most terrifying novels ever written.


Buku ini diterbitkan pada tahun 1949 antara karya paling terkenal dari penulisnya George Orwell selain Animal Farm, satira novel yang diterbitkan lebih dulu dari 1984 iaitu pada tahun 1945. George Orwell atau nama sebenar Eric Arthur Blair adalah seorang pengarang dan wartawan Inggeris yang kuat menentang totalitarianism dan menyokong demokrasi.


PEPERANGAN ADALAH KEDAMAIAN
KEBEBASAN ADALAH PERHAMBAAN
KEJAHILAN ADALAH KEKUATAN


Saya mengambil masa yang agak lama untuk mencari kata-kata yang sesuai untuk menulis tentang buku ini. Buku ini membuatkan saya rasa masuk ke dalam dunia yang suram, murung dan kehidupan di bawah kawalan Bang Besar yang dilalui oleh Winston Smith dan rakyat Oceania yang rata-rata miskin dan tidak berpelajaran. Sebahagian besar penduduk Oceania terdiri dari prole atau proletariat, penduduk kelas bawahan yang miskin dan tidak mempunyai pendidikan namun mereka lebih “bebas” walaupun menjalani kehidupan yang menyedihkan dan kekurangan makanan.
Tetapi sebilangan kecil penduduk yang merupakan Ahli Parti yang bekerja untuk Parti dan Abang Besar. Setiap pergerakan mereka diteliti oleh teleskrin. Setiap objek sama ada hidup atau mati, Abang Besar berada di mana-mana dan dalam bentuk apa pun mereka mengawal kehidupan manusia seperti Winston Smith, Parsons, Syme dan juga Julia di bawah kementerian masing-masing dengan cara yang sangat extreme. Bekerja, makan, minum, tidur, bercakap, malah berfikir dan berkahwin juga dikawal oleh Parti. Sebarang tanda luar biasa secara automatic akan dikesan oleh teleskrin, Polis Fikiran malah anak-anak mereka sendiri tidak teragak-agak untuk mengkhianati ibu bapa mereka dan melaporkan kepada Parti.
Winston sendiri kurang pasti adakah benar tahun yang dilaluinya ketika itu adalah tahun 1984, kerana Parti telah membuang, menukar dan menambah sejarah lalu dan masa depan. Dalam erti kata lain, sesuatu yang dikatakan KEBENARAN itu tidak semestinya benar tetapi pandangan palsu yang direka oleh Parti untuk mencuci minda rakyat. Malah, bahasa juga ditukar dari Oldspeak menjadi Newspeak untuk mengawal pertuturan dan bahasa rakyat. Segala berita dan artikel ditukar mengikut aturan Parti dan bahasa juga ditukar dengan bahasa Newspeak.
Kebebasan adalah perhambaan, bermaksud, satu-satunya cara untuk bebas adalah dengan membiarkan Parti mengawal kehidupan dan kehilangan diri-sendiri. Berhenti untuk menjadi individu dan membiarkan Parti mengawal minda termasuk tubuh badan anda.
Winston menemui ‘kehidupan’nya ketika bersama Julia, yang bekerja di Kementerian Fiksyen. Mereka bertemu secara rahsia, di tempat yang dirasakan rahsia untuk menjalinkan hubungan cinta yang rahsia dan mengalami detik-detik pendek yang terindah dalam hidup mereka. Tetapi pada akhirnya mereka terpaksa mengkhianati antara satu sama lain setelah tertangkap, dipukul dan diseksa tanpa belas kasihan oleh Kementerian Kasih Sayang.
 
 
This book takes you through rollercoaster ride, membuatkan saya rasa gelap, sedih, murung, kecewa, naik sebentar dan turun menjunam balik dengan rasa patah hati. LENGKAP. Saya cuba meneroka dan mendalami kehidupan Winston dan Julia, saya fikir, mati adalah jawapan yang terbaik dari hidup di bawah kawalan kerajaan. Bukan sekadar kita tak boleh menjadi seorang manusia yang punya naluri, malah minda juga dikawal supaya tidak berburuk sangka dengan pihak kerajaan. Buku ini membuatkan saya berfikir dan cuba membandingkan apakah kita sedang melalui apa yang ditulis oleh George Orwell pada tahun 1949 ini, terjadi pada waktu ini? Adakah minda kita dan kehidupan kita sedang dikawal? Doublethink? Perhaps. Perhaps no.
Basically, I think everyone should read this book. Berbaloi untuk dibaca.
 
 
“.. Dan kalau pun kami membiarkan kamu hidup sehingga ke akhir hayat semula jadi kamu, kamu tetap tidak akan lepas daripada kami. Apa yang terjadi kepada kamu di sini akan kekal selamanya. Fahamkan ini dari awal. Kami akan hancurkan kamu sehingga kamu tidak dapat kembali kepada keadaan diri kamu yang asal. Ada perkara yang akan berlaku ke atas kamu, yang kamu tidak akan dapat sembuh daripadanya, walaupun kamu hidup untuk seribu tahun. Kamu tidak akan mampu lagi merasai perasaan insan biasa. Segalanya akan mati dalam diri kamu. Kamu tidak akan mampu mengalami cinta, persahabatan, merasai nikmat hidup, gelak ketawa, perasaan ingin tahu, keberanian atau integriti. Kamu akan hidup dalam kekosongan. Kami akan perah kamu sampai kering, kemudian kami aka nisi lompong dalam diri kamu dengan kewujudan kami sendiri.” – O’Brien.  

Friday, 10 June 2022

3x Ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2022

Assamualaikum dan Salam Jumaat.. gittew...

Hari ni adalah hari ke 10 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 atau singkatannya PBAKL22 yang berlangsung di WTC KL dari 3 June sampai 12 June 2022. Pesta buku ni sepatutnya diadakan pada bulan Februari 2022 tetapi masa tu program vaksin belum habis lagi, jadi extend ke bulan Jun pula.




Kali terakhir PBAKL diadakan adalah pada tahun 2019, kemudian berhenti sementara sebab covid. Saya juga berkesempatan ke PBAKL yang lepas-lepas dan kebiasaannya saya akan pergi keseorangan untuk mencari buku-buku yang boleh dibawa pulang. Bezanya pesta buku kali ini ialah saya sudah ada penerbit, penulis dan buku-buku genre yang saya sudah aim dan listkan dan lebih enjoy mengunjungi PBAKL kali ni.

Untuk pengetahuan anda, sehingga semalam saja, saya telah mengunjungi PBAKL22 sebanyak 3x. Dan sebanyak 3x juga saya datang dan bawa pulang beberapa naskhah buku dari pelbagai penerbit, penulis dan genre. Kali pertama saya ke PBAKL bersama Si Adik, kali ke dua sekadar singah untuk mengambil buku pre-order saya di reruai IBDE (tetapi sempat membeli 3 buah buku lagi) dan semalam saya datang untuk membawa Si Abang dan juga Adik untuk membeli buku mereka (malah saya juga membeli 2 buah buku lagi). Saya masih belum kira berapa banyak total damage kali ini... hahaha... seram!

Baik.. dalam entry hari ni saya nak share pengalaman, dan gambar-gambar suasana PBAKL22 kali ini.

Kebiasaan, saya akan terus menuju ke Dewan Tun Razak 3 di level 3, dimana terletaknya reruai kementerian, reruai buku-buku latihan dan rujukan untuk para pelajar sekolah serta para pelajar di pusat pengajian tinggi, dan buku-buku komik mangga. Antara pempamer yang berada di Dewan Tun Razak 3 ialah seperti Popular, Dubook Press, Ana Muslim, Karangkraf, MPH, Gerakbudaya (buku-buku di GB adalah antara buku-buku yang menarik), dan juga reruai Grolier😂. Saya terpaksa mengelak dan memberi pelbagai alasan untuk tidak berhenti di reruai tersebut walaupun telah dimaklumkan anak saya sudah berusia 10 tahun dan sudah lancar membaca bahasa Inggeris. Bukan sekadar membaca, malah sudah pandai mengarang cerpen khayalannya sepanjang 200 patah perkataan dalam bahasa Inggeris 😂





Terdapat kombo menarik di Dubook Indo yang menawarkan 5 buah buku dengan harga RM50. Buku Entrok adalah antara buku yang ada dalam kombo ini.

Dr Mazlee adalah antara penulis yang sangat saya minati walaupun ada sebuah buku yang tidak saya gemari, tetapi saya tetap akan terus membeli karya Dr Mazlee



Sejujurnya saya tidak begitu kenal Ustaz Adnin Roslan ini tetapi saya biasa melihat Ustaz ini di media sosial. Semalam saya berpeluang melihat Ustaz Adnin di reruai Tarbiah Sentap ketika sesi bersama penulis.


Selesai di Dewan Tunku Razak 3 di tingkat 3, saya seterusnya ke Dewan Tunku Razak 4 di tingkat 4 untuk 'melawat' pempamer yang lain pula. Di sini, perkara utama yang kita perlu ada sebelum melangkah masuk ke dalam Dewan Tunku Razak 4 ialah KEWARASAN 😂. Kerana di sini terdapatnya penerbit-penerbit buku yang menjadi kegemaran saya. Nama-nama seperti The Patriots, Jejak Tarbiah, The Bibliopress, Iman Publications, Kata Pujangga, Kata Pillar, Keluarga Latif, Whitecoat dan penerbit kegemaran terbaru saya ialah IBDE Ilham semuanya di Tingkat 4 ini.





The Patriots ada tawarkan kombo deal dan diskaun RM5 untuk buku-buku di bawah penerbitan The Patriots dan Maha Karya. Untuk kombo, buku-buku yang berharga RM28 untuk 2 buah, akan dapat harga RM60 manakala buku-buku berharga RM38 jika beli 2 buah buku akan jadi RM60.

Di reruai Fixi pula, Si Abang mendapatkan buku kombonya 3 buah yang berharga RM50, dan oleh kerana penulis Hasrul Rizwan rajin promote bukunya di twitter yang bertajuk Bercakap Dengan Jun, jadi saya juga membeli buku itu. 




Saya mencari reruai Kata Pillar untuk mendapatkan buku baru dari Penulis Dentang, iaitu Saharil Hashim Sanin - Seluruh Alam Dalam Sebutir Debu. Saya juga membeli buku Kitab Para Ku-Cheng untuk Si Adik yang gemar kucing tetapi alergik bulu kucing.

Di sini adalah laluan BAHAYA kerana terdapat pempamer hebat seperti Jejak Tarbiah, The Bibliophile, IBDE Ilham, Kata Pujangga dan Iman Publications. Pada pesta buku yang lepas-lepas saya juga telah tergadai RM di reruai Jejak Tarbiah kerana dedikasi para staff yang berjaya 'meracun' saya dengan sinopsis buku-buku mereka. Saya juga melantik diri sendiri sebagai supporter Kiridaren iaitu owner The Bibliophile yang sentiasa dedikasi dan akhirnya saya terjebak di reruai IBDE Ilham kerana genre buku-buku sejarahnya yang mengiurkan.





Saya mengidam buku IBDE Ilham bertajuk Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal dan Abu Bakr as-Siddiq: Liku-liku Hayat & Pemerintahan Khalifah Pertama yang berharga RM150 untuk 2 kombo ini. Tetapi agak extreme lari budget jika saya membelikan. Mungkin bukan rezeki saya kali ini.

Saya adalah follower tegar dan setia untuk penerbit Kata Pujangga kerana tweet-tweet dan post admin twitternya yang bersahaja dan mesra. Asalnya, mereka tegur saya di Bangunan Majestic PJ, lama-lamaan saya menjadi pengkut mereka. Jika mencari buku-buku lama, rare dan sejarah boleh cari buku-buku mereka di instagram @/buku_pujangga, atau di fb dan twitter @/BukuPujangga. Support mereka sebab nanti saya dapat kopi sedap...


Oleh kerana laluan di reruai Jejak Tarbiah dan The Bibliophile sentiasa penuh, jadi saya terpaksa mengambil gambar reruai mereka di Twitter.

Jejak Tarbiah x Jiwa telah menganjurkan program #Dana1murid1buku untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun ke bawah atas inisiatif NGO @/berbagibukubuku (akaun twitter) yang mengadakan kutipan dana untuk memberi kanak-kanak buku percuma sepanjang PBAKL22 berlangsung. Terima kasih Jejak Tarbiah atas usaha yang murni ini. Terharu melihat anak-anak kurang berkemampuan dapat memiliki buku-buku baru dan berkualiti dari reruai ini. Insya-Allah saya juga akan terus menyumbang untuk kegembiraan anak-anak yang tidak bernasib baik ini.

Pinjam gambar team Jejak Tarbiah di sini


The Bibliophile ada tawaran RM90 untuk 3 buah buku - 1984, Pedagodi Kaum tertindas dan Dilema Ahli Psikologi Muslim tetapi memandangkan saya sudah pre-order buku 1984 dan saya telah beli Pedagogi Kaum Tertindas, jadi saya terlepas kombo Pembebasan kali ini.  Untuk Kombo Wanita Anggun pula untuk buku Magdalena dan Angkuh & Prasangka ialah RM75 dan beberapa kombo lain lagi yang SANGAT BERBALOI UNTUK ANDA BELI SEMASA PBAKL ni.

Tapi saya telah belanja RM240 di kedai Bibliophile di PJ sebelum PBAKL tempohari. Saya patut dapat free payung atau tshirt mereka 😤 

Pinjam gambar The Bibliophone dari Twitter 


Tamat sesi menghabiskan beras duit di Dewan Tun Razak 4, saya terus ke Dewan Tun Hussien Onn di tingkat 2, di mana terletaknya pempamer ITBM iaitu buku-buku terjemahan sastera dan sejarah dunia. Di Dewan Tun Hussien Onn ini, pempamer ITBM ada menawarkan diskaun yang sangat berbaloi untuk anda miliki buku-buku mereka. Saya yakin saya memerlukan masa yang agak lama untuk mencari dan menyelam di dalam lautan buku-buku terbitan ITBM jadi saya terpaksa surrender kerana memikirkan anak-anak yang akan menunggu lama nanti.




Selesai untuk kali ini, Sehingga entry ini siap ditaip, saya masih belum pastikan berapa jumlah keseluruhan RM yang saya belanjakan sepanjang 3x saya ke PBAKL kali ni. Mungkin akan datang, saya perlu daftar untuk jadi pekerja di sini dan habiskan wang gaji saya untuk buku-buku yang saya minat. Doakan saya diterima bekerja part time dengan salah satu penerbit kegemaran saya.


Pesta buku ini adalah sebuah keraian untuk para penerbit, penulis, penterjemahan, editor, penyunting hinggalah ke pembaca. Ada yang mempersoalkan ke mana perginya ANTARABANGSA jika semua penerbit dan pempamer rata-rata orang Melayu Islam. Malah pengunjung juga orang-orang melayu Islam. Tak apa, kita tunggu penganjur PBAKL jelaskan nanti itu pun jika ada tapi pendapat peribadi saya, bukan mudah untuk lihat orang Melayu menguasai sesuatu bidang perniagaan yang di monopoli oleh kaum bukan Melayu. Saya gembira melihat pengunjung PBAKL yang khabarnya mungkin akan mencecah 1 juta orang ahad nanti. Syabas saya ucapan.

Masihkah ada lagi kata-kata ORANG KITA MALAS MEMBACA atau ORANG KITA TAK MINAT MEMBACA? Boleh tepekkan gambar-gambar PBAKL22 ini di dahi mereka dan katakan pada mereka, "Di mana anda dalam 1 juta pengunjung ini?" dan tinggalkan mereka dengan penuh ke-maluan.


Ini sahaja kudrat saya untuk kali ini. Menaip lebih penat dari berjalan 3x ke PBAKL tau.. sekian.


Wednesday, 8 June 2022

Ulasan Buku - Bintang Merah di Langit Malaya - Masyarakat Majmuk Malaya 1941

Tajuk : Bintang Merah Di Langit Malaya – Masyarakat majmuk Malaya 1941
Penulis : Cheah Boon Kheng (Penterjemahan oleh Syed Omar Husain)
Penerbit : IBDE
Genre : Non-Fiction


Saya baru habiskan Jilid I sahaja, masih ‘berehat’ dari membaca Jilid II. Izinkan saya ulas tentang Jilid I dahulu untuk mengelakkan saya lupa.
 
Buku ini ditulis berdasarkan kajian arkib nan meluas di Malaysia, Britain, Jepun dan Amerika Syarikat, menghuraikan pengaruh pendudukan Jepun terhadap pembentukan semula Malaya ketika Jepun menjajah Malaya sekitar 1941 hingga 1945. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 1981 dan buku ini adalah buku edisi ke empat yang diulang cetak. Buku ini ditulis oleh Dr Cheah Boon Kheng terjemahan dari buku asal bertajuk Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation, 1941 – 1946 oleh Syed Omar Husain. Dr Cheah Boon Kheng adalah seorang Professor Sejarah di Universiti Sains Malaysia yang sangat berminat dengan Sejarah Malaya dan banyak menerbitkan buku-buku sejarah antaranya To’ Janggut: Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan dan juga menjadi editor untuk beberapa buku-buku termasuklah buku A. Samad Said.
 
 
Buku ini memperlihatkan gambaran sebenar masyarakat berbilang kaum di Malaya bermula dengan kemasukan kaum Cina dan India ke Malaya oleh dasar penjajahan British pada abad ke-19. Penghijrahan masuk tanpa sekatan buruh Cina dan India (kebanyakannya bukan beragama Islam) untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah berlaku hingga tahun 1921 sehingga jumlah kaum Cina dan India yang berhijrah telah melebihi jumlah orang Melayu-Muslim pribumi. Mulanya pihak British mengumumkan penghijrahan ini hanya sementara namun pada tahun 1931 kadar bancian menunjukkan semakin ramai kaum Cina dan India yang lahir di sini dan memperlihatkan kecenderungan untuk terus kekal tinggal di Malaya. Menurut bancian, kaum cina ramai tinggal di kawasan Bandar kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu yang mana Melayu menguasai kawasan Bandar. Terdapat beberapa perselisihan faham antara Cina dan Melayu kerana perasaan terancam dari segi ekonomi dan politik dan ketidakpuasan hati tentang cara British melindungi kepentingan Melayu manakala orang India pula umumnya berpuas hati kerana mendapat pekerjaan dalam bidang awam dan swasta dan terbuka untuk merebut peluang perniagaan. Apabila Jepun masuk ke Malaya, menerima layanan buruk kerana anasir anti-Jepun oleh PKM dan parti-parti cina lain. Jepun telah melakukan beberapa siri pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran di beberapa kampung dan petempatan orang Cina. Walaupun pentadbiran Jepun digambarkan kejam dan layanan yang kasar tetapi Jepun masih meneruskan sistem pentadbiran British yang melindungi tanah rizab dan kepentingan orang Melayu. Malah kaum Melayu ramai yang dapat menyertai perkhidmatan awam dan dilantik dengan jawatan-jawatan kategori elit oleh Jepun. Kaum India juga dilayan baik kerana Jepun mempunyai hasrat untuk menjajah India pula.
Kaum Cina dibawah PKM berhasrat untuk menubuhkan sebuah Republik Demokratik Malaya dan kaum Melayu dibawah KMM pula ingin mengikut jejak Indonesia Raya dan menuntut kemerdekaan untuk Malaya bersama-sama Indonesia.
 
Ketika kedatangan Jepun pula, PKM membentuk MPAJA untuk berperang dengan tentera Jepun. Buku ini adalah intro pengenalan tentang kaum majmuk dan sejarah penghijrahan kaum lain ke Tanah Melayu yang dibawa sendiri oleh British. Malah, Jepun juga ada membawa orang Jawa datang ke Tanah Melayu bagi tujuan untuk bercucuk tanam walaupun ketika itu, penduduk Tanah Melayu kekurangan sumber makanan dan mengakibatkan banyak kematian. Hak-hak kaum Cina di nafikan ketika zaman penjajahan Jepun sehingga mereka tidak dibenarkan membuka sekolah malah belajar dalam bahasa Mandarin juga tidak dibenarkan selain mereka di layan dengan kasar malah dibunuh tanpa perbicaraan lalu meniupkan semangat anti-Jepun yang menebal dikalangan orang-orang Cina. Semangat kecintaan pada tanahair orang Cina Malaya sebenarnya lebih untuk tanah besar China. Untuk Jilid I ini, hanya diterangkan tentang masyarakat Melayu, Cina dan India sewaktu penjajahan Jepun. Akan disambung Jilid II selepas penjajahan Jepun pula. Tunggu ulasan dari saya...
 
 
“Pada tahun 1941, tiada satu kaum pun daripada tiga kaum terbesar – Melayu, Cina dan India – menganggap diri mereka sebagai warga “Malaya” yang mencakupi semua kaum dengan memikul tanggungjawab dan masalah yang sama” – Dr Cheah Boon Kheng

Monday, 6 June 2022

Ulasan Buku - It Ends With Us

Tajuk : It Ends With Us
Penulis : Colleen Hoover
Penerbit :
Genre : Romance Fiction


Sometimes it is the one who loves you who hurts you the most.

Lily hasn’t always had it easy, but that’s never stopped her from working hard for the life she wants. She’s come a long way from the small town in Maine where she grew up
— she graduated from college, moved to Boston, and started her own business. So when she feels a spark with a gorgeous neurosurgeon named Ryle Kincaid, everything in Lily’s life suddenly seems almost too good to be true.

Ryle is assertive, stubborn, maybe even a little arrogant. He’s also sensitive, brilliant, and has a total soft spot for Lily. And the way he looks in scrubs certainly doesn’t hurt. Lily can’t get him out of her head. But Ryle’s complete aversion to relationships is disturbing. Even as Lily finds herself becoming the exception to his “no dating” rule, she can’t help but wonder what made him that way in the first place.

As questions about her new relationship overwhelm her, so do thoughts of Atlas Corrigan — her first love and a link to the past she left behind. He was her kindred spirit, her protector. When Atlas suddenly reappears, everything Lily has built with Ryle is threatened.

 

My second read after All Your Perfects. Colleen Hoover is the #1 New York Times bestselling author and won the Goodreads Choice Award for Best Romance three years in a row. Aaah malaslah nak taip dalam English. Let me proceed in BM je lah ya. First novel dari Colleen bertajuk Slammed diterbitkan pada Januari 2011 manakala It Ends With Us adalah buku ke-3 CH yang mengisahkan kisah benar tentang keadaan ibunya yang terlibat dalam keganasan rumahtangga bersama bapanya. CH adalah antara penulis buku novel romance yang sedang terkenal di media sosial dan buku-bukunya pasti laku. Kalau tengok tiktok atau instagram tentang buku, mesti salah satu buku CH akan ada dalam senarai MUST READ. CH is the kind of author that writes romance scene and troubled characters with emotional. Bak kata warga twitter, CH adalah Siti Rosmizah versi orang putih (tapi SR ending selalunya memaafkan, so far CH lebih realistic)
 
Novel ini mengisahkan tentang Lily Bloom yang dibesarkan dalam situasi keganasan rumahtangga yang membabitkan bapa dan ibunya. Ibunya sering dipukul oleh bapanya walaupun atas sebab yang sangat kecil. Lily sering tertanya-tanya mengapa ibunya tidak pernah berusaha untuk meninggalkan bapanya. Walaupun bapanya tidak pernah memukul Lily tetapi Lily sendiri merasai derita Ibunya sehingga dia dewasa. Lily mempunyai sebuah diari yang ditulis kononnya dia berinteraksi bersama host kegemarannya, Ellen. Pada usia Lily 24 tahun, Lily kembali membuka diari itu dan menyingkap kisah-kisahnya ketika dia berusia 16 tahun dan mengingatkan dia tentang cinta pertama bersama pemuda gelandangan bernama Atlas. Namun setelah Atlas pergi untuk kehidupan yang lebih baik, Lily kesepian dan murung hinggalah dia menemui cinta bersama suaminya Ryle ketika dia berada di atas bumbung sebuah apartment selepas kematian bapanya 8 tahun kemudian. Permulaan hubungan yang indah bersama Ryle menjadi mimpi ngeri untuk Lily lebih-lebih lagi selepas munculnya Atlas yang kini berjadi menjadi seorang chef dan memiliki restoran sendiri. Lily bergelut dengan perasaan cintanya terhadap Ryle, Lily juga bergelut dengan pendiriaannya untuk tidak mengikut jejak ibunya yang membiarkan diri terus bersama dengan suami yang memukulnya hingga akhir hayat atau kenangan bersama Atlas yang menjerat perasaannya.
 
CH manages to develop her characters and storyline so well. I can connected with them all on a deep level. I absolutely love how easy it was to get into this book and it gave me a whole new perception on abusive relationship. But I don’t want to reveal much about the plot of this book, I think that its better if reader goes in to and just reads the book. You won’t regret spend on this book.
*Recommend this book to people ages 18 and above due to mature content


“Every incident chips away at your limit. Every time you choose to stay, it makes the next time that much harder to leave. Eventually, you lose sight of your limit altogether, because you start to think, I’ve lasted five years now. What’s five more?” – Mother.

Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...