Followers

Friday, 10 June 2022

3x Ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2022

Assamualaikum dan Salam Jumaat.. gittew...

Hari ni adalah hari ke 10 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 atau singkatannya PBAKL22 yang berlangsung di WTC KL dari 3 June sampai 12 June 2022. Pesta buku ni sepatutnya diadakan pada bulan Februari 2022 tetapi masa tu program vaksin belum habis lagi, jadi extend ke bulan Jun pula.




Kali terakhir PBAKL diadakan adalah pada tahun 2019, kemudian berhenti sementara sebab covid. Saya juga berkesempatan ke PBAKL yang lepas-lepas dan kebiasaannya saya akan pergi keseorangan untuk mencari buku-buku yang boleh dibawa pulang. Bezanya pesta buku kali ini ialah saya sudah ada penerbit, penulis dan buku-buku genre yang saya sudah aim dan listkan dan lebih enjoy mengunjungi PBAKL kali ni.

Untuk pengetahuan anda, sehingga semalam saja, saya telah mengunjungi PBAKL22 sebanyak 3x. Dan sebanyak 3x juga saya datang dan bawa pulang beberapa naskhah buku dari pelbagai penerbit, penulis dan genre. Kali pertama saya ke PBAKL bersama Si Adik, kali ke dua sekadar singah untuk mengambil buku pre-order saya di reruai IBDE (tetapi sempat membeli 3 buah buku lagi) dan semalam saya datang untuk membawa Si Abang dan juga Adik untuk membeli buku mereka (malah saya juga membeli 2 buah buku lagi). Saya masih belum kira berapa banyak total damage kali ini... hahaha... seram!

Baik.. dalam entry hari ni saya nak share pengalaman, dan gambar-gambar suasana PBAKL22 kali ini.

Kebiasaan, saya akan terus menuju ke Dewan Tun Razak 3 di level 3, dimana terletaknya reruai kementerian, reruai buku-buku latihan dan rujukan untuk para pelajar sekolah serta para pelajar di pusat pengajian tinggi, dan buku-buku komik mangga. Antara pempamer yang berada di Dewan Tun Razak 3 ialah seperti Popular, Dubook Press, Ana Muslim, Karangkraf, MPH, Gerakbudaya (buku-buku di GB adalah antara buku-buku yang menarik), dan juga reruai Grolier๐Ÿ˜‚. Saya terpaksa mengelak dan memberi pelbagai alasan untuk tidak berhenti di reruai tersebut walaupun telah dimaklumkan anak saya sudah berusia 10 tahun dan sudah lancar membaca bahasa Inggeris. Bukan sekadar membaca, malah sudah pandai mengarang cerpen khayalannya sepanjang 200 patah perkataan dalam bahasa Inggeris ๐Ÿ˜‚





Terdapat kombo menarik di Dubook Indo yang menawarkan 5 buah buku dengan harga RM50. Buku Entrok adalah antara buku yang ada dalam kombo ini.

Dr Mazlee adalah antara penulis yang sangat saya minati walaupun ada sebuah buku yang tidak saya gemari, tetapi saya tetap akan terus membeli karya Dr Mazlee



Sejujurnya saya tidak begitu kenal Ustaz Adnin Roslan ini tetapi saya biasa melihat Ustaz ini di media sosial. Semalam saya berpeluang melihat Ustaz Adnin di reruai Tarbiah Sentap ketika sesi bersama penulis.


Selesai di Dewan Tunku Razak 3 di tingkat 3, saya seterusnya ke Dewan Tunku Razak 4 di tingkat 4 untuk 'melawat' pempamer yang lain pula. Di sini, perkara utama yang kita perlu ada sebelum melangkah masuk ke dalam Dewan Tunku Razak 4 ialah KEWARASAN ๐Ÿ˜‚. Kerana di sini terdapatnya penerbit-penerbit buku yang menjadi kegemaran saya. Nama-nama seperti The Patriots, Jejak Tarbiah, The Bibliopress, Iman Publications, Kata Pujangga, Kata Pillar, Keluarga Latif, Whitecoat dan penerbit kegemaran terbaru saya ialah IBDE Ilham semuanya di Tingkat 4 ini.





The Patriots ada tawarkan kombo deal dan diskaun RM5 untuk buku-buku di bawah penerbitan The Patriots dan Maha Karya. Untuk kombo, buku-buku yang berharga RM28 untuk 2 buah, akan dapat harga RM60 manakala buku-buku berharga RM38 jika beli 2 buah buku akan jadi RM60.

Di reruai Fixi pula, Si Abang mendapatkan buku kombonya 3 buah yang berharga RM50, dan oleh kerana penulis Hasrul Rizwan rajin promote bukunya di twitter yang bertajuk Bercakap Dengan Jun, jadi saya juga membeli buku itu. 




Saya mencari reruai Kata Pillar untuk mendapatkan buku baru dari Penulis Dentang, iaitu Saharil Hashim Sanin - Seluruh Alam Dalam Sebutir Debu. Saya juga membeli buku Kitab Para Ku-Cheng untuk Si Adik yang gemar kucing tetapi alergik bulu kucing.

Di sini adalah laluan BAHAYA kerana terdapat pempamer hebat seperti Jejak Tarbiah, The Bibliophile, IBDE Ilham, Kata Pujangga dan Iman Publications. Pada pesta buku yang lepas-lepas saya juga telah tergadai RM di reruai Jejak Tarbiah kerana dedikasi para staff yang berjaya 'meracun' saya dengan sinopsis buku-buku mereka. Saya juga melantik diri sendiri sebagai supporter Kiridaren iaitu owner The Bibliophile yang sentiasa dedikasi dan akhirnya saya terjebak di reruai IBDE Ilham kerana genre buku-buku sejarahnya yang mengiurkan.





Saya mengidam buku IBDE Ilham bertajuk Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal dan Abu Bakr as-Siddiq: Liku-liku Hayat & Pemerintahan Khalifah Pertama yang berharga RM150 untuk 2 kombo ini. Tetapi agak extreme lari budget jika saya membelikan. Mungkin bukan rezeki saya kali ini.

Saya adalah follower tegar dan setia untuk penerbit Kata Pujangga kerana tweet-tweet dan post admin twitternya yang bersahaja dan mesra. Asalnya, mereka tegur saya di Bangunan Majestic PJ, lama-lamaan saya menjadi pengkut mereka. Jika mencari buku-buku lama, rare dan sejarah boleh cari buku-buku mereka di instagram @/buku_pujangga, atau di fb dan twitter @/BukuPujangga. Support mereka sebab nanti saya dapat kopi sedap...


Oleh kerana laluan di reruai Jejak Tarbiah dan The Bibliophile sentiasa penuh, jadi saya terpaksa mengambil gambar reruai mereka di Twitter.

Jejak Tarbiah x Jiwa telah menganjurkan program #Dana1murid1buku untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun ke bawah atas inisiatif NGO @/berbagibukubuku (akaun twitter) yang mengadakan kutipan dana untuk memberi kanak-kanak buku percuma sepanjang PBAKL22 berlangsung. Terima kasih Jejak Tarbiah atas usaha yang murni ini. Terharu melihat anak-anak kurang berkemampuan dapat memiliki buku-buku baru dan berkualiti dari reruai ini. Insya-Allah saya juga akan terus menyumbang untuk kegembiraan anak-anak yang tidak bernasib baik ini.

Pinjam gambar team Jejak Tarbiah di sini


The Bibliophile ada tawaran RM90 untuk 3 buah buku - 1984, Pedagodi Kaum tertindas dan Dilema Ahli Psikologi Muslim tetapi memandangkan saya sudah pre-order buku 1984 dan saya telah beli Pedagogi Kaum Tertindas, jadi saya terlepas kombo Pembebasan kali ini.  Untuk Kombo Wanita Anggun pula untuk buku Magdalena dan Angkuh & Prasangka ialah RM75 dan beberapa kombo lain lagi yang SANGAT BERBALOI UNTUK ANDA BELI SEMASA PBAKL ni.

Tapi saya telah belanja RM240 di kedai Bibliophile di PJ sebelum PBAKL tempohari. Saya patut dapat free payung atau tshirt mereka ๐Ÿ˜ค 

Pinjam gambar The Bibliophone dari Twitter 


Tamat sesi menghabiskan beras duit di Dewan Tun Razak 4, saya terus ke Dewan Tun Hussien Onn di tingkat 2, di mana terletaknya pempamer ITBM iaitu buku-buku terjemahan sastera dan sejarah dunia. Di Dewan Tun Hussien Onn ini, pempamer ITBM ada menawarkan diskaun yang sangat berbaloi untuk anda miliki buku-buku mereka. Saya yakin saya memerlukan masa yang agak lama untuk mencari dan menyelam di dalam lautan buku-buku terbitan ITBM jadi saya terpaksa surrender kerana memikirkan anak-anak yang akan menunggu lama nanti.




Selesai untuk kali ini, Sehingga entry ini siap ditaip, saya masih belum pastikan berapa jumlah keseluruhan RM yang saya belanjakan sepanjang 3x saya ke PBAKL kali ni. Mungkin akan datang, saya perlu daftar untuk jadi pekerja di sini dan habiskan wang gaji saya untuk buku-buku yang saya minat. Doakan saya diterima bekerja part time dengan salah satu penerbit kegemaran saya.


Pesta buku ini adalah sebuah keraian untuk para penerbit, penulis, penterjemahan, editor, penyunting hinggalah ke pembaca. Ada yang mempersoalkan ke mana perginya ANTARABANGSA jika semua penerbit dan pempamer rata-rata orang Melayu Islam. Malah pengunjung juga orang-orang melayu Islam. Tak apa, kita tunggu penganjur PBAKL jelaskan nanti itu pun jika ada tapi pendapat peribadi saya, bukan mudah untuk lihat orang Melayu menguasai sesuatu bidang perniagaan yang di monopoli oleh kaum bukan Melayu. Saya gembira melihat pengunjung PBAKL yang khabarnya mungkin akan mencecah 1 juta orang ahad nanti. Syabas saya ucapan.

Masihkah ada lagi kata-kata ORANG KITA MALAS MEMBACA atau ORANG KITA TAK MINAT MEMBACA? Boleh tepekkan gambar-gambar PBAKL22 ini di dahi mereka dan katakan pada mereka, "Di mana anda dalam 1 juta pengunjung ini?" dan tinggalkan mereka dengan penuh ke-maluan.


Ini sahaja kudrat saya untuk kali ini. Menaip lebih penat dari berjalan 3x ke PBAKL tau.. sekian.


Ulasan Buku - What Are You Looking For Is In The Library

Tajuk : What Are You Looking For Is In The Library Penulis :  Genre : Non-Fiction Rating : 3.5 ⭐ Assalamualaikum...  Saya bukan nak ulas kes...